FOLLOW

29 August 2014

RESEPI KARI DAGING...


Haiii...Hellooo...Hari ni Cik Nad nak share resepi kari daging versi Cik Nad...Sebenarnya Cik Nad baru habis masak kari daging ni...Terus terfikir nak share...:)

Ramai yang dah tau kannn nak buat kari daging niii...Tapi sesaja ler, kot2 ada yang nak try versi Cik Nad ni haaa...versi anak mami gitewww! Hahaha..Yang baru nak belajar2 masak tu, Cik Nad harap resepi simple ni dapat membantu okeyyy...Let's check it out...



BAHAN-BAHAN:
1 KG DAGING BATANG PINANG
2 BIJI BAWANG BESAR
SECUKUPNYA KELENGKAP MENUMIS (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
2 SUDU BESAR HALIA & BAWANG PUTIH DIBLEND
4 SUDU BESAR REMPAH DAGING
1 SUDU BESAR REMPAH KURMA
1 SUDU KECIL SERBUK CILI
2 BIJI TOMATO
2 BIJI CILI HIJAU
SEDIKIT SANTAN (Cik Nad guna santan KARA)
1 PAKET KECIL KERISIK
SEDIKIT DAUN PUDINA
GARAM SECUKUP RASA
3-4 BIJI KENTANG DIPOTONG 4

CARA-CARANYA;
  1. PANASKAN MINYAK MASAK + SESUDU MINYAK SAPI JIKA SUKA. TUMIS BAWANG YANG DIHIRIS, KELENGKAP PENUMIS, SEDIKIT DAUN PUDINA DAN HALIA & BAWANG PUTIH BLEND...KACAU HINGGA NAIK BAU
  2. MASUKKAN 2 CAWAN AIR...KEMUDIAN MASUKKAN KESEMUA REMPAH DAN SERBUK CILI. KACAU DAN BIAR HINGGA PECAH MINYAK. KALAU TERLALU PEKAT CAMPURAN REMPAH TU, KO TAMBAH LA AIR SKIT..TAKUT GARING PULAK NANTI..
  3.  DAH TU BOLEH LA KITA MASUKKAN DAGING...MAKE SURE DAGING TU DIPOTONG ELOK2 YER...KALAU TIDAK KERAS PULAK NANTI. SELALUNYA CIK NAD TAMBAH 3 CAWAN AIR SEBAB DAGING AMBIL MASA SKIT UNTUK MASAK KAN...MASUKKAN JUGA TOMATO DAN CILI HIJAU
  4. PASTU BOLEH MASUKKAN SANTAN. CIK NAD SELALU GUNA SANTAN KOTAK KARA TU JER..TAK PAYAH BANYAK SANTANNYA YER SEBAB KITA ADA KERISIK LAGI. CUKUP LA DALAM SETENGAH KOTAK KECIL. (KALAU NAK KURANGKAN LAGI PON BOLEH)
  5. SEKARANG KO DUDUK DIAM2, BIARKAN DAGING TU EMPUK...SAMBIL2 TU BOLEH LA KEMAS2 DAPUR!!
  6. BILA DAGING DAH HAMPIR EMPUK BARU MASUKKAN KENTANG, KERISIK DAN GARAM. KALAU PEKAT SANGAT KUAH KARI TU TAMBAH AIR SIKI-SIKIT YEA...
  7. AKHIR SEKALI BILA KENTANG PON DAH EMPUK KITA SESUAIKAN RASA..(.KALAU CIK NAD LA KANNN...I SUKA LETAK TOMATO OR CILI SOS SIKIT, DALAM 2 SUDU BESAR SEBAGAI PENAMBAH PERASA...CIK NAD TAK SUKA GUNA AJINIMOTO.)
Sekian resepi kari daging versi Cik Nad...resepi ni memang favourite anak2 Cik Nad...korang cuba laaa...Insyaallah sedappp!!!

Semoga bermanfaat yea...:)

BE KIND WHENEVER POSSIBLE... LET'S SPREAD LOVE!

25 August 2014

RAWATAN ALTERNATIF SAKIT PERUT

Hari Jumaat yang lepas Shahizz Daniel kena cirit-birit...tak pasti pulak Cik Nad apa puncanya...hmmm sebab tetiba jer dia sensorang yang kena...Apa benda la agaknya Si Daniel ni makan tak kasik kitaorang hah?? Hahaha...

Bangun tido jer pagi Jumaat tu dia dah gi toilet, lepas tu terus dia cakap dengan Cik Nad "Mama...hari ni Daniel tak boleh gi school la...sakit perut". Okeyyy kalau Daniel sendiri yang cakap macam tu maknanya memang betul la dia tak sihat tu...


Budak bernama Shahizz Daniel ni sebenarnya memang payah sangat nak ponteng sekolah...setakat demam, selsema tu memang dia akan redah jugak ke sekolah. Kadang sampai merayu mak dia ni suruh rehat kat rumah bila dia tak sihat...bukan apa, takut jugak nanti berjangkit ke kawan-kawan dia pulak...Tak best la kannn...

So bila pagi ni dia surrender takmaw gi sekolah, Cik Nad pasti dia bebetul tak larat dah niii...alahaiii kesian anak mama...huhu....


Tapi kannn satu hal yang Cik Nad tak boleh tahan...bila Abang Daniel tak boleh gi school, Syamim pon automatik cotiii...Apahal pulak kannn...Ko sihat walafiat jer ponnn...Mengada-ngada sungguh si bongsu ni tau...boleh pulak reka cerita konon teacher kata Syamim tak payah gi school hari ni...teacher suruh Syamim jaga Abang Daniel...Iya la tu Syamim ooiii...Hahaha...

Ok2 balik pada cerita Daniel sakit perot tadi...Cik Nad ni sebenarnya kurang gemar sikit-sikit nak jumpa doktor...Cik Nad klau boleh suka jerr anak-anak jangan terlalu dibiasakan dengan ubat klinik. Bukannya tak boleh, tapi kalau ada petua atau rawatan alternatif...Cik Nad pilih untuk cuba dulu yang alternatif...Kalau Allah izinkan terus sembuh, alhamdulillah...Tapi kalau tak sembuh juga, kita ke doktor la juga jawabnya...Takper..yang penting usaha...

Untuk sakit perut Daniel ...Cik Nad try petua ni...


Campurkan bawang besar, minyak angin skit dan minyak masak skit. Ramas semua bahan ni sambil berselawat, then sapu ke perut anak. Sapu juga di bahagian belakang badan anak. 

Bawang tu dipotong camni haaa...jangan terlampau halus sangat...

Alhamdulillah...lepas try petua ni, Daniel macam ok sikit...petangnya Cik Nad buat lagi sekali...second round...Pastu dah nampak semakin okey...Alhamdulillah...Simple jer petuanya...bahan-bahan yang diperlukan pon memang kompom ada di rumah kita kannn...:)


BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

19 August 2014

KERTEH DI HATIKU...

Weekend yang baru lepas ni, Cik Nad and anak-anak follow Encik Asben outstation ke Kerteh...kalau outstation ke tempat-tempat lain memang malas kami nak ikut...tapi kalau KERTEH memang laju-laju nak ikuttt!!! Sebenarnya kami memang pernah tinggal di Kerteh tahun 2009-2011...lebih kurang tiga tahun. Masa tu Encik Asben Cik Nad berkerja di sana...Best korangggg...Bagi Cik Nad hidup di Kerteh ni ada sentimental value tersendiri...payah skit nak story. Memang takder yg special kat situ, iyer laaa kampung biasa jer kan. Entahlah...hanya orang yang pernah tinggal di sana jer yang tahu kenikmatan di Kerteh...nak-nak lagi yang pernah tinggal di Perumahan Rantau...Adoiiii so sweet!


Tempat yang menenangkan dengan dikelilingi pantai yang cukup mendamaikan....

Ini antara laluan Cik Nad setiap hari masa tinggal di Kerteh dulu....cantik kan!

Cuba korang tengok...ha..ni lah rupanya cuaca di Kerteh...panassss!!!! Tapi korang percayalah sekarang ni Cik Nad selalu rindu dengan cuaca panas tu. Huhu...Rindu laaaa...dulu selalu gi hantar Haiqal mengaji sambil drive meredah cuaca panas ni. Yang lagi best tu hujung tahun ada musim tengkujuh hooiiii...time tu sejuk sampai ke tulang pulak...Cik Nad kalau musim tengkujuh siap pakai stokin 24 jam..Sejukkkk...nyamannnn...alahai, rindunya!!!

 
Boleh bayangkan tak betapa bestnya drive di Kerteh? Jalanraya selalu koosoonggg jer tau. Cuma kadang-kadang banyak lori...apapun still relax dan best jer drive kat sini.


Antara kenangan terindah Di Kerteh ialah Cik Nad diberi rezeki untuk kenal dengan seorang hamba Allah yang baik hati...seorang makcik yang dikenali dengan panggilan Che Ngah...baik sangat orangnya...setiap petang sanggup ulang-alik ke rumah Cik Nad tolong ajarkan Haiqal mengaji. Che Ngah ni dah macam mak dengan Cik Nad...So alang-alang dah sampai Kerteh, wajib la kami gi jenguk Che Ngah...

Alhamdulillah...ada rezeki kitaorang makan  cucur ikan goreng air tangan Che Ngah...beriya-iya Che Ngah marah sebab tak bagitau nak datang...kalau tidak mesti dia siapkan nasi dagang untuk kami...hehe...rasa rugi pulak kannn! Sedap ooo nasi dagang Che Ngah...memang terbaeekkkk...Haiqal, Daniel & Syamim memang seronok sangat kat rumah Che Ngah sebab dapat kait buah rambutan kat belakang rumah...Di KL mana la nak dapat buat benda2 camtu kannn


Sepanjang di Kerteh tempoh hari kami tinggal di Hotel Awana, Kijal... Di bawah ni gambar view dari balkoni bilik Cik Nad...:)


Kanak-kanak ribena dengan muka seposen...dah letih sangat la tu...ni masa dah nak balik KL


Hopefully lepas ni ada la lagi rezeki kami nak melawat Kerteh...jumpa kawan2 lama yang sentiasa di hati...Terkilan hari tu lupa nak snap pic dengan kawan2...asyik sangat berborak, lama tak jumpa katakan! Next time kita gather2 la gi ok...:) Apapon...Kerteh tetap di hati....:)))

BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE...

15 August 2014

ANAK KESAYANGAN???

Pagi tadi Cik Nad tersentap dengar soalan dari Mila (Cik Nad punya part time maid)..."Emangnya dalam semua anak kakak, siapa yang paling kakak sayang?" Errrmmm dah kenapa pulak Si Mila ni? Tetiba jer pepagi ni kasik soalan cepu emas! "Ehhh mestilah tiga-tiganya kakak sayang...mana boleh kita bezakan kasih sayang pada anak!" Camtu la jawapan Cik Nad...Jawapan sehabis ikhlas!!!

Rupanya tak puas ati lagi Si Mila tu...dia tanya lagi " Tapiiii Mila nampak kakak seperti selalu lebihkan seorang anak kakak..." HAH...APA???? Memang tersentap Cik Nad dengar...Biaq betoi hang ni Mila ooiii...sesuka ati jer nak tuduh aku pilih kasih...Arrgghhh...Cik Nad pandang muka Mila dan tanya "Siapa yang kamu nampak saya lebihkan tu?" Suspen tunggu jawapan minah Indon ni...
"Hmmm Mila rasa kakak lebih sayang pada DANIEL.." Pulak dahhhh...Dengan muka tak puas ati aku tanya kenapa Mila cakap camtu...adoiiii...ada ciri-ciri nak kena lempang dah Si Mila ni!!!

Jawapan Mila ringkas jer...katanya aku selalu sebut-sebut nama Daniel bila bercakap...Kiranya banyak story aku pasal Daniel setiap hari...Haaa gitu la lebih kurangnya maksud Si Mila....Cik Nad terus tarik nafas dalam-dalam sambil ligat berfikir apa yang Mila katakan tu...Okey, I get it!!! Cik Nad dah faham kenapa jadi camtu...huhu...No..no..i'm not that type of mother...No way!

Cik Nad hampir yakin 100%...punca yang menyebabkan Mila nampak Cik Nad lebihkan Daniel ialah kerana sikap Daniel sendiri...yup!


Shahizz Daniel sememangnya seorang yang sentiasa ceria dan aktif...:) Kata orang, tengok muka dia pon kita dah boleh agak karakter nyer camna kan! Murah dengan senyuman dan sangat senang mesra dengan orang, even baru kenal. Dalam ketiga-tiga anak Cik Nad, Daniel la yang paling 'banyak akal'...ada jer la yang dia nak buat. Kalau ada tetamu datang rumah...Daniel la orang yang akan entertain tetamu! Abang Haiqal agak pendiam...Syamim pulak suka main sendiri-sendiri...Agaknya ni lah sebabnyaaaa...kannnn! Daniel sendiri yang suka expose diri dia kottt...



Shahizz Daniel yang banyak ragam!


Apapun Cik Nad sangat memandang series apa yang Si Mila tu cakap...Tak best arrr kalau nampak cam Cik Nad lebihkan Daniel...Sumpahhhh...Tak pernah tau ada sekelumit sebesar kuman pon perasaan nak bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. Ketiga-tiga mereka adalah permata hati Cik Nad, anugerah dari Ilahi yang terindah dalam hidup Cik Nad....

Dan yang paling penting ialah Cik Nad selalu ingatkan diri sendiri yang anak2 itu adalah AMANAH dari Allah...yer, amanah...suatu perkara yang tak boleh dipandang sebelah mata...Sesungguhnya kita akan disoal atas setiap perbuatan kita dalam menyempurnakan amanah yang kita pikul. Cik Nad tak nak jadi ibu yang 'derhaka' pada anaknya....Ya Allah..berikan aku petunjuk agar mampu menjadi seorang ibu yang terbaik untuk ketiga-tiga anakku...Amien...


Inilah ketiga-tiga permata hati Cik Nad...my everything!

Nampaknya Cik Nad kena muhasabah diri...buat 'post mortem' dan ubah sikap mana yang perlu. Sekali sekala minta maaf dari anak-anak apa salahnya kannn!


BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

07 August 2014

AIDILFITRI 2014 YANG SIMPLE DIMPLE...

Selamat Hari Raya...dah masuk 11 Syawal baru nak update blog...ngeh..ngeh..ngeh...apakan daya, Cik Nad is bizi la!

Raya kali ni biasa-biasa jer untuk Cik Nad sekeluarga. Tersangatlaaahhh bersederhana. Takder nyer baju-baju sedondon bagai. Kuih raya pon ada la dalam 5 jenis, tu pon semua yang simple dimple jer...tapi semua kuih Cik Nad buat sendiri tau...:) Simple pon takper kan...janji kita buat sendiri! Cuti raya Encik Asben pon tak lama...kami sempat beraya di Penang 4 hari jer...hari ke 5 Encik Asben dah kena kerja. Family kitaorang ramai hooiii...memang tak cukup la cuti 4 hari. Nak buat cammana...mana yang sempat jer la...Ahkak pasrah!!!!



Ini la antara gambar raya family Cik Nad untuk Aidilfitri 2014 ni...Simple jer kan, memang tahun ni takder buat baju sedondon. Yang penting anak2 happy...ya itu la yang paling penting. Apa pon syukur Alhamdulillah kami sekeluarga dapat balik beraya bersama sanak saudara di Penang, tak kisah la walaupun sekejap...

And the best part is...tahniah sesangat pada Encik Asben Cik Nad sebab dapat mengekalkan prestasi cemerlangnya dalam bab plan time bertolak balik kampung..Dah 11 tahun kitaorang kawen dan hidup merantau, tapi tak pernah lagi terjebak dengan heavy jam kat highway masa balik kampung...Tahun ni pon sama...Alhamdulillah! Suspen jer kan bila dengar orang citer sangkut dengan jam berjam-jam kat highway..eeiiii ngeri ahkak!

SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Dari Cik Nad & Family...


                BE KIND WHENEVER POSSIBLE, LET'S SPREAD LOVE....

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015