FOLLOW

20 August 2015

MELATIH ANAK BERSOLAT.

Anak adalah amanah...

Antara tugas yang paling utama untuk parents ialah mendidik anak bersolat...



"perintahkan anak-anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun..
dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun..
dan asingkan tempat tidur diantara mereka (lelaki dan perempuan)

                                                                         ~Hadis Abu Dawud~




Tahun ni Shahizz Daniel dah 7 tahun....
Tahun yang sangat penting...dah kena mula biasakan dia dengan solat...
Masih lagi dalam proses nak membiasakan...tak boleh ekstrim sangat...
tapi proses ni kena berterusan untuk jangkamasa panjang...tak boleh on and off..
Secara peribadi bagi Cik Nad pendekatan yang mak bapak gunakan sangat memainkan peranan...
Cuma kita yang tau perangai anak kita...kita yang paham dia jenis cam mana...
Setiap budak kan lain-lain peel... di sini la peranan mak bapak sangat penting...


Shahizz Daniel, 7 tahun.


Sembahyang subuh sebelum ke sekolah.


Di sini Cik Nad nak share beberapa point yang Insyaallah boleh membantu untuk melatih anak bersolat...Semoga perkongsian ini bermanfaat yea...


  • Point pertama yang Cik Nad nak share kat sini...perkara yang sangat penting...peringatan untuk diri Cik Nad sendiri jugak...Mengajar anak solat ni seharusnya IKHLAS KERANA ALLAH..Jangan sesekali kita mengajar anak solat kerana ingin bersaing dengan anak-anak orang lain...
Nauzubillah...

Ini bererti kita melatih anak bersolat kerana manusia dan bukan kerana Allah...
Rasa bangga atau ujub ibubapa dikhuatiri merosakkan anak kita sendiri...
Pertama sekali, set in mind..apa yang kita buat ni adalah kerana Allah..
Moga kita mampu melahirkan generasi yang mendirikan solat, Insyaallah.


  •  Biasakan anak-anak melihat kita bersolat sejak mereka kecil/bayi lagi.. (sebelum latih anak solat, ibu bapa kenalah menjaga solat kita terlebih dahulu!) biarkan mereka "solat main-main" bersama kita ketika kita bersolat... mengajak anak-anak ikut solat berjemaah bersama juga merupakan satu pendekatan yang sangat baik..cara ini menjadikan mereka rasa sangat dekat dengan solat..

          Ini kerana...Anak-anak percaya apa yang dia lihat, bukannya apa yang kita cakap..
80% didikan adalah memalui tauladan...

Jom lah kita berusaha untuk jadi role model pada anak-anak..Insyaallah!


  • Pada waktu lapang, time lepak2 dengan anak eloklah kita isikan dengan bercerita tentang ganjaran syurga untuk orang yang menjaga solat...sesekali selitkan jugak amaran Allah dan azab neraka untuk yang mengabaikan solat...benda ni kena berterusan...lagiiii dan lagiiii...Insyaallah lama kelamaan perkara ni akan berakar umbi dan menjadi darah daging dalam diri anak-anak..


  • Sebagai ibu...Jomlah kita banyakkan berdoa untuk anak...Sentiasa...setiap hari...Rajin-rajin lah buat solat hajat...Mohon pada Allah supaya jadikan keturunan kita golongan yang menjaga solat...



  • Ibubapa perlu tegas dalam mendisplinkan anak bersolat...tak boleh jemu atau lalai...Zohor kita dah suruh, Asar ingatkan lagi...Maghrib ingatkan lagi dan seterusnya..Kegagalan ibubapa bertegas dalam urusan solat anak-anak menjadikan anak-anak memandang remeh soal solat.

  • Parents perlu bijak agar anak tidak rasa jemu atau menganggap solat ni suatu penyiksaan..Dalam ketegasan perlu ada kelembutannya..ini yang Cik Nad cuba sampaikan tadi..pendekatan ibu bapa tu sangat penting..hanya kita yang tau anak kita ni jenis budak yang macam mana kann..
Salah satu cara yang Cik Nad gunakan untuk Daniel ialah sediakan kalender Prayer Practice..


Setiap kali lepas solat, Daniel akan tampal sticker tick tu..Pastu kalau dalam sebulan dia berjaya penuhkan maknanya dalam bulan tu dia berjaya solat 5 waktu..dia akan dapat la hadiah dari mama & abah..:) small gift jer..asalkan budak tu happy untuk bersolat..
So far, Cik Nad tak pernah lagi rotan Daniel pasal solat ni..kaedah menghukum tu nanti dulu (tu pon kalau perlu)..mula-mula ni kita bagi galakan dengan rewards terlebih dulu..


Dari pengalaman Cik Nad sendiri...mendidik 2 orang anak lelaki bersolat...
Memang tak sama...masing-masing punya karakter yang berlainan...

Abang Haiqal sekarang dah 11 tahun...Alhamdulillah setakat ni dia seorang anak yang menjaga solat... Dan dia mula bersolat sejak dia 7 tahun..

Sekarang ni time untuk Daniel pulak...
Sebenarnya Daniel bagi cabaran yang lebih untuk mama..hehee..
Dia ni memanjang "terlupa" pasal solat...akal dia jer tuuu...
Tapi takper...mama kan ada..boleh jer mama ingatkan bila masuk waktu...


Ni ada sekali tu Daniel sakit kaki...boleh pulak dia dapat idea nak sembahyang duduk...:)


  • Persediaan kearah melatih anak bersolat elok kita mulakan sebelum mereka 7 tahun..contohnya melatih anak berwudhuk dan mengajar mereka menghafal surah-surah pendek seperti Al-Fatihah, Al- ikhlas, Al-falaq dll..

  • Berikan masa untuk anak..ibubapa perlu banyak bersabar..Janganlah kita paksa anak cepat pandai bersolat, bimbang nanti perkara ni jadi tekanan untuk mereka..kita usaha slow2 tapi konsisten..maknanya proses ni berterusan untuk jangkamasa panjang..Insyaallah apabila anak menginjak ke usia 10 tahun, mereka sudah konsisten dalam bersolat...
PRACTICE MAKES PERFECT!









10 August 2015

MOIST MARBLE BUTTER CAKE




Dalam banyak-banyak kek...marble cake antara yang paling legend, betul tak?
Tak lapuk dek hujan..tak lekang dek panas...
Haaa gitulah perumpamaan yang sesuai untuk kek ni...


Selepas habis cuti raya baru-baru ni, husband Cik Nad merungut sebab kebanyakan rumah yang kami pergi beraya tak hidangkan marble cake..hehee..memanglah kannn...orang zaman sekarang lagi suka buat chocolate cake, cheese cake, red valvet dll yang nampak up to date skettt...mana nak layan sangat kek-kek classic ni di hari raya.(^-^)

Masa raya ni laa memasing nak tunjuk skill buat kek moden!
Hahaha...My hubby memang tak layan sangat kek-kek moden ni...yang classic tu jugak laaaaa yang dicarinya.


So, lepas balik KL..Cik Nad pun punggah semua resepi marble kek yang ada dalam simpanan...dok berkira-kira resepi mana satu yang nak pilih..tetiba hati tergerak nak try resepi Moist Marble Butter Cake yang diberi biras Cik Nad, Rafidah..Fidah ni memang pakar membaking...kira otai la! Semua kek sentuhan dia memang sedap..
Tahun lepas kottt Cik Nad mintak resepi ni dari Fidah, selepas rasa sendiri marble cake yang dia buat...sekali rasa terus tergoda uols...
Tapi tu laaa...setahun rupanya hakak dok peram resepi tu...lahaiiii...punya susahnya nak sampai seru buat kek ni...


Dah tu tangan ni gatal jugak nak menggoogle...cari pulak resepi kat google..tetibaaaa aikkkk...dapat satu resepi marble butter cake kat blog Azie Kitchen yang sama bahannya cam resepi dari Rafidah tadi...cuma cara nak membuatnya tu berbeza...Tapi Cik Nad prefer cara yang Rafidah berikan sebab lebih mudah dan ringkas...Biasalah Cik Nad ni...semua benda pun nak cari jalan mudah! Hehee...mungkin lepas ni boleh try cara Kak Azie pulak...
Tapi apapun kek ni memang terbaikkk...gebu, moist, padat...cukup syarat kelayakan untuk menjadi kek marble yang sempurna dan digilai ramai...gitewww!!! Korang cubalah buat...mesti tak nyesal punya...


MOIST MARBLE BUTTER CAKE.

BAHAN-BAHAN :
227 GM BUTTER
170 GM TEPUNG GANDUM
170 GM GULA CASTOR
1 SUDU TEH BAKING POWDER
5 BIJI TELUR (SEJUK DARI PETI AIS)
3 SUDU BESAR SUSU PEKAT
1 SUDU TEH ESEN VANILLA
1 SUDU BESAR OVELLATE
3 SUDU BESAR KOKO POWDER

CARA-CARANYA :
  1. AYAK TEPUNG GANDUM DAN BAKING POWDER. KETEPIKAN
  2. PUKUL BUTTER DAN GULA HINGGA KEMBANG.
  3. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI DAN TERUS PUKUL.
  4. MASUKKAN PULAK SUSU PEKAT, ESEN VANILLA DAN OVELLATE. PUKUL HINGGA SEMUA BAHAN SEBATI DAN KEMBANG.
  5. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG DAN GAUL SEMPURNA.



NOTA ;
*Kalau korang rasa nak guna butter 250gm pun boleh, tapi kurangkan telur jadi 4 bijik.



08 August 2015

POTLUCK SELEPAS RAYA.

Habis jer cuti raya dah mula la bersusun-susun aktiviti sambutan Hari Raya sana sini kannn... Cik Nad sukaaa, meriah jer rasa bila ada sambutan hari raya tu..Tak kiralah sambutan hari raya kat sekolah anak-anak jer pun, mak dia ni tetap rasa meriah...tumpang seronok ke anak tu...
Yer la budak kann..asal ada jamuan makan-makan jer...seronoknya kemahen!!!

Sekarang ni memang trend kalau buat apa-apa jamuan mesti konsep potluck...betul tak?
Best gak jamuan cenggini...masing-masing bawak juadah seorang sikit pastu kongsi-kongsi makan...
Meriah...macam-macam hado...

Cik Nad paling suka tengok sambutan raya budak-budak sekolah...Best tengok diaorang datang sekolah dengan wajah ceria..memasing bawak juadah, pastu baju raya budak-budak tu memang win! Macam-macam fesyen...hahaaa...suka sangat tengok...Untungkan bebudak sekarang...cantik-cantik baju raya...Tambah-tambah yang girl...amboiii yang datang cam retis pon ada...dengan baju liplap...manik sana sini..yang pakai tudung naelofar pon hado tuh! Entah kot dia rembat yang mak dia punya ker tak tau la pulokkk...hahaha...tapi kelasss habisss...Glam!

Minggu yang balik dari cuti raya tu terus sekolah Abang haiqal & Daniel dah buat sambutan hari raya...Kemahen suka la budak berdua tu...awal-awal lagi dah pesan kat mama mintak gorengkan mee dan meehoon...baekkk la nak...Kita goreng versi budak-budak nak makan yer, tak pedas sangat...
ala-ala manja gitu...



Ceria jer tu nak gi sambutan hari raya...Mula-mula tu Cik Nad nak buatkan kek...tapi diaorang tak nak..Ok lah, ikutkan korang jer laaa...Risau gak nak sediakan dalam kuntiti yang banyak ni...selalunya dok main masak-masak ikut portion yang family kami nak makan jer...Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...Boleh tahanlah jugak rasanya...Harap-harap kena lah dengan selera budak-budak tu...

Minggu seterusnya pulak skul Syamim pulak buat sambutan hari raya...konsep potluck la jugak..
Lagi sekali Cik Nad cadangkan nak buat kek..dan sekali lagi cadangan Cik Nad ditentang! Haizzz budak-budak ni...banyak bunyi betul...Syamim kita kawan-kawan dia semua suka makan sosej...dah tu ko nak bawak sosej jer gi jamuan raya??? Adoiiii...beriya sangat nak bawak benda alah tu...mak ok jer...lagi sonang kerja mak ko ni...mihmihmih...cuma aku rasa cam tak berapa nak kena la pulak...tapi dah itu yang dia nak...layan jer la! Grill sosej, pastu hias-hias sikit...dah selesai! Lupa nak snap pic sosej tu..sebab dok saited snap pic tuan yang bawak sosej...heheee...


Ramai yang tanya baju Syamim ni beli kat mana...
Mak aku yang jahitkan sebenarnya...:)

Lepas dah settle jamuan raya Syamim..tetiba Abang Haiqal kata cikgu dia nak buat sambutan birthday party untuk pelajar-pelajar kelas dia yang lahir bulan May, June & Julai...
Potluck lagiiikkk...
Ko nak bawak apa Abang Haiqal???
Dia mintak nak bawak nasi goreng...dah la malam ni baru gitau, esok pagi dah nak kena bawak...
boleh jer mak nak buat nasik goreng..tapi dalam freezer tu ada udang sikit jer...tak padan kot nak buat nasik goreng untuk 37 orang nak makan...huhu...

Pastu kannn...tetiba Cik Nad teringat satu drama yang Nadiyaa Nisa berlakon tu...
Alaaa apa ntah tajuknya...yang Rahim Razali jadi bapak dia...mak dia dah meninggal, pastu nadiyaa nisa dok try masak nasik goreng cam mak dia buat tapi tak menjadi...sampai nangess minah tu dok try...ko tengok tak citer tu??? Aku tak ingat apa endingnya...yang aku ingat part nasik goreng tu jer...
Dia buat nasik goreng bodo-bodo jer..tapi nampak cam sedap!!!
Hahaha...dah melalut ke drama pulak hakak ni...kahkahkah...
Anak suruh goreng nasik jer pon...dah sampai keluar cerita drama semua apa cerrr???
Tapi tu lah yang Cik Nad buat...dapat ilham dari drama tu...ngeheee...


Yang ni namanya nasik goreng Nadiyaa Nisa...Hahaha...
Hakak masuk jer semua bahan yang ada dalam peti ais...
Buat cam nasik goreng cina...letak lada sulah...
Haiqal cakap sedappp..kawan-kawan dia semua suka...Alaaa budak sekolah memang cenggitu kan...
Ko bagi jer la apa pon...dia bedal jugak!!! hahaha...

Last sekali dah habis potluck anak-anak, mak pulak nak berpotluck...hahaaa...
Potluck mak dengan geng mak-mak la jugak...Cik Nad ni bukannya kerja opis pon..so takder la nak berpotluck dengan opismate semua tu...tapi ni potluck dengan geng-geng surau...haaa ko hado??? Hahaha...
Hakak kan dok join Kuliah Dhuha kat Masjid Al-Iman, Kemensah...diaorang la yang ngajak berpotluck ni...



Cik Nad buatkan Cashewnuts Congo Bars & Fudgy Brownies...
Haritu masa upload kat fb ada yang mintak resepi...Insyaallah nanti Cik Nad share yer...
Senang jer nak buatnya...

01 August 2015

RESEPI NASI AYAM.



Bagi Cik Nad nasi ayam ni ialah menu penyelamat...Kalau dah takder idea nak masak apa, anytime on jer buat nasi ayam ni...anak-anak mesti suka!
Ermmm makpaknya pun suka jugak...
Nak buatnya pun tak lah sesusah mana...

Weekend lepas Cik Nad rasa cam nak masak nasi ayam...terus jer lajuuu tangan ni menggoogle...
yer laaa kalau kita perasan resepi nasi ayam ni ada pelbagai versi...
tak salah kan kalau kita mencuba versi2 yang lain dari kebiasaan...
Cik Nad memang suka mencuba!
Dan hasil menggoogle hari tu..Cik Nad terjumpa 2 resepi nasi ayam yang sangat menarik...

Kedua-dua resepi ni ada keistimewaan tersendiri...Paling Cik Nad tertarik resepi dari Kak Azlita menggunakan gula merah bersama bahan-bahan lain untuk merebus ayam...menarik kan!
Kak Azie pulak menggunakan susu fresh cream didalam nasi..hmmm meletoppsss
Cik Nad gabungkan dan olah kedua-dua resepi ni mengikut selera family...
Tak sabar nak cuba...Haiqal, Daniel & Syamim mesti suka...
Selalunya pon memang budak-budak ni hantu nasi ayam..port feveret diaorang ialah nasi ayam kat stesyen minyak Petron, Taman Melati...depan rumah Cik Nad tu...
Ok, kali ni mama try buat yang lebih sedap dari nasi ayam Petron tu yer nak...hehehe...
Jom kita mula...


Step pertama dah tentulah kita kena rebus ayam hingga separuh masak untuk dapatkan air rebusan ayam tu...


Seekor ayam dipotong ikut selera kita sendiri...nak potong 4 pon bolehhhh...potong 2 bolehhh...tak nak potong langsung pon bolehhh, masak terus seekor gitu...
tapi Cik Nad potong kecik cam biasa jer...senang anak nak makan nanti...

**Perap seketika ayam bersama ;
2 sudu besar halia + bawang putih yang diblend
1 biji bawang besar dipotong 8
5 sudu besar gula merah (Cik Nad guna brown sugar)
1 kiub pati ayam.

Perap seketika bahan-bahan diatas...kemudian tambahkan air (banyakkan sikit air tu) dan rebus hingga ayam separuh masak. 


AYAM

Ayam yang telah direbus tadi, keluarkan dari rebusannya..toskan dan perap pulak bersama :

-Sos tiram
-kicap cair
-kicap manis
-madu
-minyak bijan

biarkan seketika dan bolehlah di goreng atau dibakar...
Cik Nad memilih untuk membakar dengan menggunakan periuk ajaib...
Senang citer kan...aromanya ya hampunnnn....
Dah settle bab ayam..pastu pandai-pandai la hias dengan salad, timun, tomato semua tu yer...


NASI


BAHAN-BAHAN :
-Mentega
-Bawang merah, bawang putih & halia yang diblend
-Daun pandan
-serai
-sedikit susu fresh cream / susu cair
-Kiub ayam
-garam & gula secukup rasa
-kelengkap penumis

** Cuci beras hingga bersih dan ketepikan...Di dalan periuk rice cooker panaskan mentega, kemudian tumis kelengkap penumis, bawang merah, bawang putih & halia yang diblend, daun pandan dan serai...tumis hingga naik baunya...kemudian masukkan beras dan gaul bersama...Akhir sekali masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan yang kita perlukan..tambahkan sedikit susu fresh cream, kiub ayam dan gula garam secukupnya.


SUP


**Didih kan semula sebahagian air rebusan tadi (yang sebahagian lagi kita dah guna untuk masak nasi)...masukkan kentang dan carrot yang dipotong dadu...Setelah empuk, masukkan daun sup, daun bawang, lada sulah dan garam...

Bagi Cik Nad sup ni memang paling win!!! maybe sebab dalam air rebusan tadi kita dah letak gula merah...so memang lain rasanya...sedap sangattt...selalu kalau kita beli nasi ayam, sup nyer terasa kosong jer kan...tapi yang ni memang lain...hirup sup tu saja pun dah bahagia anak tekak ni...hahaaa


SOS CILI


-10 biji cili merah
-5 ulas bawang putih
-6 biji bawang merah
-seinchi halia muda
-5 biji cili padi
-sedikit air limau nipis

** panaskan sedikit minyak, goreng kesemua bahan kecuali air limau nipis..kemudian tambahkan sedikit air rebusan ayam (beberapa sudu jer) dan blend.. dan campurkan air limau nipis..


SAMBAL KICAP



Cara nak buat sambal kicap yang besttt ni Cik Nad dapat dari sepupu, Kak Sakinah...lain dari yang lain...menjadikan gabungan nasi ayam kita lebih power gitewww...

**Blend kering sedikit bawang goreng..kemudian campur dengan sedikit air rebusan ayam dan kicap lemak manis..panaskan seketika dan siap.

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015