FOLLOW

30 October 2015

POPIAH CRAB STICK ~ KUDAPAN YANG MEMBAHAGIAKAN



Memang bahagia sungguh la bila ada resepi-resepi simple camni...
Senang nak sediakan dan sedap...
Paling penting anak-anak suka...
Nak buat minum petang boleh...
Breakfast boleh...
Buat bekal anak ke sekolah pon boleyyy...
Serba boleh la kiranya kan...




Bahan-bahannya pun senang nak carik...
Kulit popiah, crabstick & cheese..
Ni versi yang selalu Cik Nad buat..
Feveret anak-anak camni jer la..
Tapi inti dalamnya tu boleh jer dipelbagaikan...
Ada orang letak black paper sos..sayur..suka ati la kan.



Letak cheese & crabstick..
Roll cam biasa..
Cik Nad sapu telur dihujung tu nak kasik lekat..
Ada orang sapu bancuhan tepung gandum..
Sama jer mana-mana pon..
Janji melekat benda alah ni..



Kena double roll sebab ada cheese kat dalam tu..
Takut cheese tu meleleh keluar (melt) masa tengah menggoreng...




Roll banyak-banyak pastu simpan dalam peti ais...
Ni yang paling Cik Nad suka..
Bila anak nak makan terus keluarkan dan goreng..


siap untuk difrozenkan

nyahhh kau ke dalam minyak panasss!




Tengok cheese meleleh tuuuu...
Kalau anak-anak Cik Nad memang berebut nak yang tu..
Hehehe...

Bahagia kan resepi yang simple camni???
Iols memang sukaaaa...
Jimat masa di dapur...
Paling membahagiakan bila nak buat ni...
Anak-anak pon sibuk nak tolong...
Jom kita roll sama-sama...:)






























































































































































13 October 2015

KEMASKINI BUKU-BUKU ANAK.

Dah bulan Oktober sekarang ni yer...
Tak lama lagi nak sampai ke penghujung 2015...
Waktu-waktu camni elok sangat la kita 'rombak' buku2 anak...
Cik Nad baru habis 'merombak' ni haaa...
Check semula semua buku diaorang...
Buku2 latihan tu yang dah habis buat Cik Nad let go jer..
Nanti nak masuk tahun baru kita beli pulak buku2 latihan yang baru kannn...
Yang mana buku latihan yang belum habis buat, keluarkan dan letak terus atas meja study anak...
Guide dia supaya habiskan semua latihan tu...
Lagipun sekarang ni memang nak dekat ujian akhir tahun...
Elok lah perbanyakkan buat latihan...


Buku-buku cerita pon sama...
Budak-budak ni kalau pergi kedai buku dah macam orang kena sawan...
Mengangkut buku cerita kemahen!!!
Bagus la kot ko suka membaca nak...
Jangan ko simpan buat pekasam buku-buku tu sudahhh...


Buku-buku cerita pon Cik Nad check juga...
Asingkan mana yang dah habis dibaca...
Tu yang plan nak beli rak buku...
Comey sket nak atur buku2 cerita budak-budak ni...
Nantilah..tengah survey dulu...
Banyakkk buku cerita Haiqal, Daniel & Syamim..
Buat masa ni Cik Nad kumpul dalam lemari jer yang dah habis dibaca...
Tak kan pulak nak buang...sayang kannn...
Buku-buku cerita nanti-nanti pon boleh baca lagi...


Kalau ada buku cerita yang belum dibaca tu...
Siaplah korang tadah telinga yer...
Izinkan mak menyampaikan sepatah dua kata...
Masa nak beli kemahen eksaited...
Balik rumah ko buat pekasam...
Memang mencari la tu...
Ingat mak ko tak garang ker???
Sila takut sket wahai anak...
Tapi so far Syamim jer ada 1-2 buku tak baca lagi...
Abang Haiqal & Daniel rekod bersih...
Syabas mere beta!
Ngehhh...ngehhh...ngehhh...


Bukannya apa..
Budak-budak ni kalau kita belikan jer buku tanpa pemantauan...
Tak guna jugeee...
Mak kena rajin buat spot check...
Dah nak dekat hujung tahun ni...
Elok sangat la kita punggah-punggah semula mana yang patut...
Biar organized buku-buku anak ni...












01 October 2015

BERMAIN DENGAN OPERASI TAMBAH / TOLAK



Kalau dah namanya budak tu kan..Benda-benda gini memang suka sangat la diaorang...
Ni cara yang Cik Nad gunakan untuk ajar Syamim operasi tambah & tolak..
Sebenarnya kat sekolah pon cikgu dah mula ajar tambah tolak ni..
(Syamim Nur Izzah berusia 5 tahun sekarang)
Cik Nad cuma mantapkan lagi pengusaannya kat rumah..
Buat cara gini memang suka la budak Syamim tu..
2-3 hari ni dok 'main' benda ni jer..
Dia rasa cam dia sedang bermain, tapi sebenarnya dok kukuhkan pengiraan..
Tu yang bagusnya kaedah bermain sambil belajar ni..
Insyaallah makin lama semakin laju dia mencongak..


Caranya..
Di setiap batang kayu tu ada ditulis operasi tambah /tolak..
Anak kena mencongak dan masukkan ke dalam bekas angka jawapannya..


Nak buat benda alah ni pon senang jer...
Ko tengok pon dah tau camner Cik Nad buat kan...
Kos pon tak banyak..barangnya pon ada jer kat umah ni..

Syamim Nur Izzah, 5 tahun.

Sebelum ni Cik Nad dah berjumpa dengan cikgu Syamim..
Tanya cara yang cikgu gunakan di sekolah..
Nak seragamkan untuk Cik Nad ajar Syamim kat rumah..
Takder la kompius pulak budak tu kan..
Yer la nak ajar basic tambah tolak ni pon ada beberapa cara..
Ada yang guna objek cam guli untuk dikira..
Ada yang guna sempoa..
Ada yang guna lukisan..
Cikgu Syamim gunakan cara "simpan dalam kepala"

Contohnya 5+3,  Dikira begini...
Simpan 5 dalam kepala, keluarkan 3 dijari..
Kemudian congak...
Lepas 5...6,7,8! (sambil menutup 3 jari tadi)
So far okey laaa..laju jugak Syamim mencongak guna kaedah ni..


Shahizz Daniel, 7 tahun.

Ehhh... Abang Daniel pon nak join sama yer...
Hehehe...jangan harap la dia nak bagi laluan Syamim main seorang...
Okey..untuk Abang Daniel mama guna konsep lain sikit..
Yer la dia dah darjah 1 kan...benda gini kira 'kacang putih' la untuk dia!!!
So mama buat camni..
Mama akan set time, 2 minit...
Daniel kena habiskan game ni dalam masa 2 minit...
Laju-laju mencongak kekdahnya...
Ada Cik Nad ambikkan video Daniel & Syamim bermain tolak tambah ni..
Tapi mak tak reti pulak nak upload kat Blog..hehe..
Kalau korang nak tengok, silalah jenguk FB Nadiah Hanum yer...


Seronok tengok anak-anak gembira bermain sambil belajar gini..


Lepas ni Insyaallah nak sambung buatkan angka yang lebih besar..:)







Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015