FOLLOW

26 January 2016

KISAH "KAK ANDAM" TERLAMPAU...



Baru-baru ni kan Cik Nad ada citer pasal majlis pertunangan adik Cik Nad, Nurul..
Ingat tak? kalau tak ingat klik sini


Biasalah kannn kalau dah nak buat majlis pertunangan haruslah nak makeup-makeup pengantin yer dokkk..Cik Nad  awal-awal lagi dah surrender kalau bab nak makeup orang ni..muka iols sendiri pun tak reti nak touch up inikan pula makeupkan pengantin..memang tak la! Kalau dolu-dolu masa zaman muda mudi hakak reti la jugak main dengan alat-alat makeup ni..tapi sekarang hakak dah insappp..*phuiii*...kahkahkah...
Tapi series la, dah lama iols tak bermakeup, lipstick pun ada 2 batang jer beli tahun lepas kottt..
Adik Cik Nad, Hanim tu terer la jugak makeup, tapi dia pulak ada anak kecik..bila anak dia nak besar pun tak tau..asal besar jer, muncul lagi yang kecik..yang kecik tu besar sikit..keluar lagi yang kecik!!! Hahaha..ok, tak kelakar!


So untuk menyelamatkan keadaan yang sediakala selamat, Nurul laju-laju dah deal dengan seorang 'kak andam' dari Pulau Pinang..Yeahhhh!!!
(sebenarnya aku tau Nurul pun memang cuak nak serah muka dia kat kakak-kakak dia)
:):):)
Dengan tu kami ingatkan dah settle la satu bab...


TAPI...


Kusangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahhari..
ehhh..silap..silap!!!
Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari..

Sekali kak andam tu dah buat taik..
Adoiyaiiii...orang Penang kata dok buat leceyyyyy...


Ceritanya camni...hmmm sebelum tu Cik Nad rasa elok tak payah dedahkan nama kak andam ni yer..bukan apa, kita faham dia berbisnes..taknak la sampai kacau periuk nasik dia pulak..cukuplah perkongsian ni untuk kita ambil pengajaran mana yang patut..okehhh???


Haaa berbalik pada cerita tadi..majlis pertunangan Nurul start pukul 12 tengahhari..so, si pengantin perempuan ni dengan machonya  deal dengan kak andam suruh dia datang pukul 10.30 pagi..dah bagi alamat..dah habaq tarikh..dan kak andam tu pon dah setuju..kira settle la..ok fine!


Malam sebelum majlis pertunangan tu lagi sekali Nurul ingatkan kak andam..dan kak andam pun kata ok..
korang boleh agak tak apa yang akan  terjadi???
Hehehehe...
Tiba hari yang ditunggu-tunggu, kami sekeluarga memang bizi la start dari pagi lagi..yang tak bizi pun acah-acah bizi jugak..mana nak kemas dewan, susun hantaran, tunggu catering..tapi yang paling ketara ialah masing-masing dok sibuk melawa..haha..5 beradik pompuan weiii..sesak semua beratur depan cermin nak lilit tudung..berdiri paling depan hadap cermin ialah mak aku!!! Kahkahkah..takper, relax arrr mak Cik Nad bukannya baca pun blog nih..:)


Sedar-sedar jam dah pukul 11 pagi..baru aku teringat, kak andam tak datang lagi!!!
Tengok-tengok Nurul dok terpacak dengan muka pucat lesi..ketaq kottt minah tu..haruslah kan..rupanya dia dah berkali-kali mesej kak andam..kak andam kata dia on the way..eiiii series Cik Nad tak suka janji dengan orang yang tepati waktu..sakit ati kottt..
Tunggu punya tunggu dah pukul 11.30..bayang kak andam pun tak nampak..
Ini boleh menimbulkan ammarah!!!
Gila ko..majlis nak start kul 12...11.30 dia tak sampai lagi..
Last-last aku suruh Nurul desak dia..tanya bebetul dia ada kat mana sekarang..tak payah nak on the way sangat! bukannya dia mai dari KL pon...Akhirnya kak andam bagi jawapan yang sangat besttt..
Time tuuu masa pukul 11.30 pagi dia sedang berada di depan gereja Bukuit Mertajam..dan kat situ tengah jam teruk!!!


WHAT???


Korang tau tak dari gereja Bukit Mertajam tu nak ke rumah mak Cik Nad ambil masa setengah jam kalau jalan clear..tu kalau jalan clear tau..kalau dok hadap jam teruk camni bila yang dia nak sampai??? Nanti nak cross penang bridge kompom jam lagi cuti-cuti ni..Adoiiii awat la hang camni kak andam oiiii...
Takkk..yang Cik Nad tak pahamnya..hari tu 26 December, sehari selepas krismas..ko tak boleh pikir ker, mestilah jam area-area gereja ni semua..tambah pulak gereja Bukit Mertajam tu ialah gereja besar Pulau Pinang..awat ceq pi lalu jalan tu kak andam oiii...hang tak boleh pikiaq jalan alternatif lain kaaa??? kalau dah takdak jalan lain pun, hang kena la keluaq rumah awai-awai..lepas subuh nak keluaq pon takpa..sebab hang dah janji dengan orang..amanah ni tau...ker hang pi makeup paderi kat gereja tu..haihhhh!!!


Yang tu satu hal..ada satu lagi yang paling tak boleh blah..


Kak andam tu kata kat Nurul suruh postpone majlis tu ke pukul 2..
Amboiiii...amboiiii...amboiiii...
Dia siap cakap ni first time orang mintak dia makeupkan pukul 10.30 pagi..konon dia tak pernah dengar orang buat majlis bertunang kul 12 tengahhari..
Apa kata kau???
Sorry to say, tapi ni dah kira kuang hajaqqq...sewel ker hapa minah ni? Majlis orang, soka ati la nak buat kul berapa pun..kalau tak boleh makeup, awal-awal lagi cakaplah tak boleh..
Bukannya kami paksa hang, acu pisau kat leher suruh makeup jugak-jugak ker hapa!
Yang hang pi mengaku kata boleh tu pasaipa? Annoying betoi laaaa...
Aku terus suruh Nurul cakap dengan dia tak payah datang terus..lantak la hang on the way ker.. in the way ker..masa ada lagi setengah jam jer..tak payah dok buang karen melayan kak andam terlampau tu..Apapun memang tak profesional la tindakan kak andam ni!


Haaaa masa tinggal lagi setengah jam!!!
Siapa pulak nak makeupkan budak nurul ni???
Alalalalala...
Korang suspen tak???
Tengah kami semak-semak otak tu..nasib baik muncul wonder pets datang membantu..
Lega!!! Alhamdulillah, muncul tiga dara tepat pada masanya...
Nurul nyer best friends sampai..yeayyyy..
Tunggu apa lageyyy..terus serah tugas makeupkan pengantin pada diaorang bertiga...
Terima kasih yer adik-adik...nasib baik hangpa ada..kalau tidak dah sah-sah hakak akan jahanamkan muka Nurul dengan tangan hakak yang keras kejung ni..


Adik-adik..kakak serahkan muka Nurul kat hangpa..buatlah lagu mana hangpa suka pun.. kami redho! Tak sia-sia Nurul berkawan baik dengan wonder pets bertiga ni..hahaha..hangpa memang terbaik la!


Masa bila yang hangpa beratoq ambik gambaq ni pun tak tau..awat tak ajak hakak sekali?
:)
Ok apa wonder pets ni makeup..dah cantik pun..berseri-seri..
Huhhh..kirim salam jer la kat kak andam terlampau tu! *mata pandang atas*

Dah sampai dewan, Hanim touch up sikit..

Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan lancar walaupun kak andam berpotensi untuk membuat onar pada mulanya..


Ucapan ringkas untuk Kak Andam :

Salam dik..
Pertamanya Cik Nad doakan adik berjaya dalam bisnes yang adik ceburi ni..
Cik Nad tau adik berpotensi untuk terus maju ke hadapan..
Tapi sejujurnya Cik Nad rasa masih banyak yang perlu adik pelajari..
Paling penting cara berkomunikasi dengan pelanggan..:)
Awak berbisnes dikkk..kena fikir panjang sebelum bercakap..
Jadikanlah ini satu pengajaran..
Entry ni bukan untuk jatuhkan awak yer..(sebab tu Cik Nad tak mention nama)
Semoga adik tak akan ulangi kesalahan ni lagi..
Ingat, bila dah berjanji dengan pelanggan itu dah dikira amanah...
Jangan sulitkan urusan orang, Insyaallah urusan kita juga akan dipermudahkan..
Lastly, kalau dah terbuat salah...ringankanlah mulut tu untuk meminta maaf..:)

All the best!!!


Sekadar gambar hiasan...tiada kena mengena dengan cerita kak andam..haha











18 January 2016

RESEPI MUDAH BENGKANG BERAS ; SEDAP BAQ HANGGG!

Bengkang Beras.


Korang suka tak makan kuih-kuih pesen lama ni???
Eiiii Cik Nad suka giler...memang feveret! Kuih moden pun suka jugak...semua benda pun aku bedal sebanarnya..tapi paling win kuih-kuih pesen lama ni la..
Masalahnya dengan kuih-kuih "orang tua" ni ialah nak sediakannya tu agak rumit..selalunya kuih moden lebih senang nak buat..kan??? Orang dolu-dolu ni semua rajin-rajin agaknya yer..sanggup duduk lalma-lama kat dapur..buat kerja semua sangatlah tertib dan berseni..diaorang tak kisah pun seharian duduk di dapur..tapi yer la kan..dolu-dolu mana ada internet..ngehhh..ngehhh...so diaorang takder la gila nak layan fb ker..ig ker..hahaha...
Kalau macam Cik Nad ni..memang mintak mahap la nak berlama-lamaan di dapur..masak semua jenis zasssss..sepantas kilat! Lagi cepat habis masak, lagi bagussss..
Saiya ta kuad...:):):)


Tapi kannn...
resepi yang Cik Nad nak share ni memang terrrsangaatttt senanggg..
semudah 123 baq hang!!!
Budak tadika pon boleh buat..*ok, tu tipu*
Tapi series senang giler nak buat bengkang beras ni..
Errr korang panggil bingka ker? kannn??
Orang utara panggil bengkang..hehe..
sama jer la bengkang dengan bingka ni tapinya..
perkataan seerti kottt!


Sepatutnya kalau betul-betul nak ikut cara tradisional nak kena kisar beras untuk buat bengkang beras ni..tapi hakak tukar lah sikit..kita guna tepung beras jer..kan aku dah kata..saiya ta kuad..
Bahahaha...
janji bengkang menjadi elok dan rasanya pun kompom tiptop!
leceh la nak blend beras semua ni..kang tak cukup masa nak layan fb pulak..kahkahkah..amboiii sangat perangai tu!

Oklah..tanpa membuang masa..
Cik Nad persembahkan..
Jeng..jeng..jengggg...

Resepi Bengkang Beras..



BAHAN-BAHAN :
1500ml SANTAN (dari 2 bijik kelapa) @ Cik Nad guna santan kotak 1000ml + 500ml air
250gm GULA PASIR
250gm TEPUNG BERAS
50 gm TEPUNG JAGUNG
1/2 sudu teh ESEN VANILA
1 sudu teh GARAM

*Loyang 8"


Ni la pun bahan-bahannya..sikit jer bahan..senang!
Tapi Cik Nad nak ingatkan korang..kalau korang spesis pemalas sama cam Cik Nad yang nak guna santan kotak, please make sure korang guna jenama KARA yer..so far Cik Nad buat kuih guna KARA memang jadi elok..cun! Pernah sekali Cik Nad buat guna santan kotak jenama lain, tak jadi ko..lembikkk, tak boleh nak potong jadinya..dah la masa buat tu mak mertua datang rumah..choiiii..rasa nak pakai helmet full face jer tau! baru nak eksyen sikit konon terer buat kuih bengkang ni..dahhh..tetiba tak menjadi pulakkk..cisss kek betol!
So, make sure yer sila guna santan jenama KARA..
**KARA, sila buat tajaan kat Blog Cik Nad..dah buat promosi free ni**
Hahaha..
Tepung beras pulak, seeloknya guna cap TERATAI..

Nak buatnya senang jer..

STEP 1:
Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.




STEP 2 :
Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau diatas api yang slow hingga adunan menjadi agak pekat.




STEP 3 :
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles  minyak. Kemudian bolehlah dibakar.
Cik Nad bakar selama 1 jam dengan suhu 230..
Terpulang lah yer, ikut kesesuaian oven masing-masing.




Dah siap masak tu, tunggu sejuk baru boleh potong tau..bawak bersabar sket..jangan gelogoh!
Seeloknya bakar biar garing sikit bahagian atas tu..baru ada uummphhh..gitchu..:)

Ok..selamat mencuba..
Jangan lupa tau..
santan KARA & tepung beras TERATAI..
Insyaallah..mesti menjadi!

:):):):):)

13 January 2016

SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN NURUL ZAKIAH & MOHD ARIFF



Sebenarnya tahun 2016 ni merupakan tahun penambahan ahli keluarga untuk family kami..
Cik Nad nak dapat 2 orang adik ipaq serentak oiiii...
Iyaa..lump sump 2 orang sekaligus..kira pakai borong la kott..kahkahkah..
Insyaallah kalau takder aral lepas aidilfitri nanti adik Cik Nad yang ke 3 & 4 akan kahwin serentak..
Insyaallah..
Korang tolong doakan semuanya berjalan lancar yer..:)


Entry kali ni Cik Nad nak citer sekitar pertunangan adik Cik Nad, Nurul Zakiah..
Yang seorang lagi tu, Insyaallah 7 Feb ni baru nak bertunang..
So, kita citer pertunangan Nurul dulu lah..
Ni adik Cik Nad yang ke 4..
Sebenarnya majlis pertunangan Nurul telah berlangsung pada 26 Dec 2015..
(Sekarang baru sempat nak update..hehee)
Ehhh.. korang setuju tak kalau Cik Nad kata family yang ada anak pompuan ramai ni meriah dia lain macam bila buat kendura-kendara..
Setuju tak???
Hahaha..
well..pompuan kannn..mestilah havoc dia lain macam sikit!
camtulah kami ni..kami 6 jahanam  beradik ..seorang jer lelaki..5 lagi pompuan..
LIMA POMPUAN  gila  ko..cer bayangkan! 
Macam-macam perangai..macam-macam peel..
Tak payah tunggu majlis perkahwinan..nak buat birthday kecil-kecilan pun kompom riuh rendah..
Tapi memang best la kannn..meriah giler kottt..bila dah berkumpul tu bisingnya ya hampuunnn..
sampaikan tenggelam suara mak pak aku..sekejap-sekejap kena check mak pak ada tak..takut senyap-senyap diaorang lari dari rumah ker hapa sebab tak tahan nak hadap peel anak cucu...

---___---


Sebelum majlis tu cam biasa la..kitaorang dah bincang-bincang..bahagi tugas bagai..
Ehhh..cam over pulak ayat 'bahagi tugas' tu..padahal majlis kecil-kecilan jer pon..Hahaha..
**sukaati aku la nak tulis apa pun**jeling sket!
okehhh..jom kita merewang..
Apa yang penting?
Kerjasama!
Kami wonderpets datang membantu..
Hahaha...


Yang ni adik aku Amirah..still single and available
Ni lah dianya orang kuat di belakang tabir..
Paling kreatif dan paling kuat merapu dalam family..
Makhluk ni la yang membereskan hal ehwal hantaran..opkos dengan kerjasama kak long la khennn..
mihmihmih..
kerja nak dapat kredit jer haku nih!
Kami gi sopim barang nak gubah hantaran kat Mydin BJ jer..ok gak situ..banyak pilihan..
Asalnya tema kami turqoise..tapi bila pompuan-pompuan gila yang pi beli barang hantaran ni..tetiba time tu jugak tergedik nak tukar tema..dah jadi biru hijau pulak..
Whateverrrrr!!!..mata jeling ke atas!


Balik rumah jer terus buat kerja-kerja menggubah..tapi sambil buat tu sambil kami kena marah dengan mak..sebab kononnya carpet dia rosak! hahaha..thats my mazer..:)
Even simple jer, tapi sweet kannn?? kannn??
Ok la tuuu..homeiii kannn..
Siapa kata tak cantik... jaga ko!!!
Sebenarnya hantaran yang nak kena gubah-gubah melipat-lipat tu kami mintak tolong mak sedara buatkan..dia memang otai..tima kasih la mami, sudi tolong kami..:)
Aku rasa ada jer ambik gambar gubahan tu semua..tapi sekarang ni takder pulak..dah terdelete ker hapa ntah..takder rezeki nak show off  share kat sini...:)



Kat atas ni gambar merewang kitaorang..haha..merewang la sangat..gambar yang first tu adik aku Hanim..gigih dia sensorang dok potong daun pandan nak buat bunga rampai..tak meriah kenduri kalau takder bunga rampai katanya..mak-mak sungguh hang hanim oiii..:)
Pic sebelah tu si bongsu kami, Mastura..yang ni makhluk paling pendiam antara kami..
Yang paling zirafah pun dia jugakkk...paling bongsu tapi dia yang paling tinggi!


Dah habis citer merewang kat rumah, jom kita pi dewan pulak..


Jemputan tak ramai pun..yer la, majlis bertunang jer pun kan..tapi sengaja buat kat dewan..selesa sikit tetamu yang datang..Maka malam sebelumnya tu kami gi la makeup2 sikit dewan tu..dewan kocik jer..sonong kojo kami..Bahahaha..
Paling seronok time ni ialah budak-budak tu..
Kemain sibuk diaorang..konon bizi laaa dapat tugas susun2 kerusi tu..


Ni lah orang kuat yang selesaikan kerja-kerja kat dewan..:)


Kami buat jugak mini pelamin..buat sendiri taw!!!
 Tolong respek sikit yer..*libas selendang*
Sila abaikan pic yang last tu..biasalah, dalam orang dok sibuk-sibuk buat kerja, mesti ada seekoq dua yang nak buat perangai sewel selfie-wefie ni kannn..dah la dua2 muka sememeh! hahaha..


Para zirapah sedang menggantung back ground pelamin..yang renek-renek pulak berdiri kat depan sambil sibuk bagi arahan itu ini..mujur takdak yang pengsan kena baling kerusi..

*
*
*
*

FINALLY...
Jeng..jenggg..jenggg...


*
*
*
*



Cantik tak???
Hasil kerjasama kami adik-beradik...(err termasuk 2 menantu & cucusss)
Berani siapa nak kata tak cantik..
Aku sumpah jadi batu!
Ehhh kamon la..we all buat sendiri tau..ok sangat la niii..
apa punya perangai ntah..nak paksa semua org kata cantik


Kak Long rasmikan dulu..ngeheee..
buruk bebenor perangai!


Ok..ok..ni pengantin yang betulnya..
Si cantik manis Nurul Zakiah Abdul Wahab..


Nurul Zakiah di atas singgahsananya..
Harap ko happy yer dik dengan pelamin ni..:)

Sebenarnya mini pelamin ni surprise dari kami untuk Nurul..
Semalam masa kami merewang kat dewan Nurul tak ikut..dia sibuk diinaikan time tu kat rumah..
Nasib baik dia cool jer masa tengok pelamin ni..
dibuatnya dia terkejut beruk, terus bukak langkah silat ker hapa tak ker haru biru!
Kahkahkah..
ok2..tak kelakar pun kan!


Bersama Ayahanda & Bonda..


Sekitar majlis...



Ada dua orang photographer bertugas masa hari tu..seorang pompuan yang tudung ijau tu..seorang lagi kanak-kanak bawah umur yang perasan dewasa..ada gak la insiden bergaduh berebut camera antara mak sedara dengan anak buah..hahaha..


Cincin pertunangan..cer cari cincin tersembunyi di celahan bunga..:)


*******************

Selesai sudah majlis...

 Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Finally,

Selamat bertunang untuk Nurul dan pasangannya Ariff..
:)


07 January 2016

CERITA AWAL TAHUN 2016

Ehhh dah masuk tahun 2016  kannnn..

Selamat Tahun Baru korangggg...

Dah 7 January baru terhegeh-hegeh nak wish...
Heheheh..
Maafkan hamba..:)

Hamba mengalami kebizian melampau sejak penghujung tahun 2015 lagi..
Sekarang ni Insyaallah dah stabil sikit jadual harian..
Kepala hotak pun rasa cam semakin stabil..
Makanya moh la kita berblogging...


Awal tahun cam biasala mak-mak ni kannn...semua bizi menggila dengan persekolahan anak-anak..tak ketinggalan mak bear nan seekor ni pun..kehulu kehilir membizikan diri..sampai kadang-kadang Cik Nad rasa cam..ehhh apa yang aku dok bizi sangat sebenarnya ni??? entah...kalau tak bizi pun kita buat-buat bizi jer laaa..baru nampak cam supermom!!! Bahahaha...

Baju bajan sekolah anak semua settle beli kat Penang..dari Abang Haiqal darjah 1 sampai sekarang dia dah darjah 6..tetap laaa mak dia setia membeli baju sekolah kat Penang..cisss..macam KL takdak jual baju sekolah!! Tapiiii kannn..sebenarnya iols ada agenda tersembunyi..kihkihkih..kalau beli kat Penang, senang kerja sebenarnya..sebab selalunya seluar sekolah Abang Haiqal & Daniel mesti nak kena potong bawah sikit..so, kerja-kerja gunting, jahit , adjust mana yang patut semua tu mak aku akan selesaikan..ngehhh..ngehhh..ko nampak tak betapa bijaknya mak bear ni menggunakan peluang yang ada??? 
Dasar sangat kannnnnn..-__-
Tu pun dok stress tahap gaban sebab lupa bawak balik lencana sekolah diaorang..kan senang kalau bawak balik lencana tu, boleh mak aku jahitkan sekali..
Grrrrr...awatlah pi lupa pulakkk???
Kan dah kena jahit sendiri..
Padan muka!




Kita sambut new year hari Jumaat kan..
Keesokannya tu iaitu 2 January bersamaan hari Sabtu kami dikejutkan dengan satu berita..
Memang terkejut habisss beb..
Hari Sabtu tu ialah birthday mamat kat sebelah aku nih..
Ha ahhh 2 January besday diaaa..
Selalu terkejut dengan besday laki aku ni sebab awal tahun sangat..
Alalalala..
Cik Nad ni kalau boleh nak buat application mintak tukar date besday laki aku nih..tak best la 2 January..time tu selalu dok sibuk dengan persediaan anak-anak ke sekolah..kalau tak pun time tu mesti ada di Penang..biasa la hujung-hujung tahun nak habiskan cuti kekdahnya mesti terlajak bercuti sampai awal tahun ..so selalu tak sempat nak prepare apa-apa pun..walaupun aku tahu sebenarnya dia tak kesah ponnn..lagi suka kott aku tak buat apa-apa untuk besday dia..heheee..well my husbeng is sangat simple orangnya..
Tapi Cik Nad nak jugak kalau boleh buatkan surprise birthday ker hapa untuk dia..ermmm tapi aku rasa dia tak suka kot surprise-surprise ni..tapi tak kesah lahhh aku teringin jugak nak buat untuk puaskan hati aku sendiri..kahkahkah..buat birthday orang untuk kepuasan diri sendiri??? Apa punya perangai ntahhhh!!!

Neway..

Happy Birthday Abang...:)

Cik Nad belanja makan-makan jer..

@Zawara Coffee, Setapak.




Sedap makanan kat Zawara Coffee ni..
Lain kali boleh datang lagi!

Setakat tu jer la besday Pak Incik ni untuk tahun 2016..
Insyaallah panjang umur tahun depan ai buat surprise yer bang..
Hahaha..tahun depan nak buat surprise, lani habaq siap-siap..
Bengong!!

Dah tu..4 January start lah sessi persekolahan 2016..Makanya ketiga-tiga anak syurga saya pun mulalah bersekolah..tahun ni relax jer sebab takder yang baru nak mula sekolah atau ke sekolah yang baru..masing-masing meneruskan persekolahan yang sama..Abang Haiqal dah darjah 6..Abang Daniel darjah 2 & Syamim 6 tahun di Smart Reader Kids.
Diaorang pun nampak relax jer..
Masing-masing control macho ke sekolah..:)



First Day ke sekolah Syamim takder uniform lagi sebab mak dia terhegeh-hegeh belum registerkan nama dia..ehhh tapi last year dah booking dahhh..saja jer melambat-lambatkan pembayaran..manalah tahu kottt principal diaorang kata siapa yang bayar lewat saya bagi diskaun 50%..takpun dia kata..siapa yang bayar lewat akan dapat hadiah berupa BMW..ngeheheheee..
Ada tak siapa-siapa yang rasa cam nak tampaq muka Cik Nad???
-___-

First day tu Syamim balik sekolah sendiri..dia merempit naik motor..
Ko tak caye???
Ehhh betul la!!!


Haaa tu laaaa Cik Nad cakap dahhh..ko tak nak percaya!



Ni citer Shahizz Daniel pulak..
tahun ni dia darjah 2..
Sempena menyahut saranan Pak Menteri supaya rakyat marhaen melakukan dua pekerjaan..
Maka Shahizz Daniel sekarang ni waktu pagi dia akan ke sekolah sebagai pelajar..manakala sebelah petang pulak dia menganggotai perwakilan UMNO...
---_---
Gasak ko lah nak..
Hahaha..



Yang ni paling diva!!!
Warning mak dia tak bagi ambil gambaq..
hamboiiii..hang ingat hang retisss???
Pastu siap bagitau kalau nak ambil gambar dia hari Jumaat baru boleh..
WHAT???
Ada hari-hari pulak..
Hok alohhh..ada yang nak kena gigit telinga ni!! ni mak dia curi-curi snap..tu yang dapat kot sisi jer 
tu..
Abang Haiqal darjah 6 tahun ni..
Yeahhhh UPSR!!!
Takper nak..chilll...
Usaha, Doa & Tawakal..:)
Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015