FOLLOW

24 November 2016

Senangnya nak bersihkan rumah bersama MAIDEASY

Assalamualaikum...
Hai korang😄


Korang tau tak.. Cik Nad ni sebenarnya dah 13 tahun menyandang jawatan full time housewife..
Errr atau lebih tepat 'modern housewife'  (urban sikit bunyinya tu kannn😎)
Alhamdulillah, anak pun dah 3 orang..


Bila jadi full time housewife ni ..

Kita lah emak..
Kita lah cikgu..
Kita lah baby sitter..
Kita lah doktor..
Kita lah driver..
Kita lah tukang masak..
Kita lah tukang cuci..
Semua-semua lah kita...Package all in one!
Betul tak???





Tak cukup dengan tu kadang-kadang dapat extra job lagi..
kita lah carpenter..kita lah plumber..

Pastu ada hati pulak nak jadi blogger lagiiii...kah!kah!kah!👅

Kadang-kadang tu...
STRESS tau tak...STRESS!

Bila tak terkejar nak manage urusan mengemas ni, serba tak kena jadinya..
Tak tenteram jiwa raga..

Macam mana nak tangani masalah kerja melebihi had yang tak sudah-sudah ni???
Okehhh..Cik Nad ada solution nya :)

Hidup di zaman serba canggih ni, kita perlu bijak menggunakan segala opportunity yang ada..
Zaman sekarang ni segalanya dah mudah..
Apa kata sesekali kita gunakan khidmat part time maid untuk membersihkan rumah?
Bukan saja untuk full time housewife macam Cik Nad ni..
Malahan Cik Nad yakin mommy mommy yang berkerja lebih-lebih lagi memerlukan khidmat part time maid ni..betul tak???

Nak ambil full time maid tinggal dengan kita dah macam-macam kes sekarang ni...
Harga pun dah bukan main tinggi lagi..
Mahal kan gaji bibik sekarang??
Kalau kita sendiri yang nak settlekan kerja-kerja rumah ni pulak..
Kadang tu sampai terkejar-kejar...tak sempat!
Daripada nak stress meroyan sensorang tengok rumah bersepah..
Elok sangat lah sesekali kita gunakan khidmat part time maid..
Seminggu sekali ke..
Dua minggu sekali ke..
Sebulan sekali ke..
Terpulanglah ikut keadaan rumah masing-masing..
Tujuannya untuk all out..kasi settle mana-mana yang tertunggak tu..
Barulah hidup kita lebih tenteram gitew...hahaha


Now Cik Nad nak suggest kat korang sebuah agensi part time maid yang sangat bagus..

Maideasy




Highly recomended!
Yang bestnya pasal Maideasy ni, pekerja diaorang 100% warga tempatan, takder foreign workers..
Kerja diaorang pulak memang tip top!


Jenis perkhidmatan yang Maideasy sediakan ialah :

  • Basic Home Cleaning Service
  • Move In / Move Out Service
  • Carpet Cleaning Service
  • Interior Painting Service

Cik Nad pilih Basic Home Cleaning Service untuk membantu kerja-kerja rumah yang tertunggak..
Sangat membantu hokeyyy😉
Satu sesi selama 4 jam dengan harga RM84.80 (termasuk 6% gst)..

Perkhidmatan Maideasy ni ada 2 sesi untuk kita pilih..
9am - 1pm  &  2pm - 6pm..

Cara nak dapatkan khidmat Maideasy senang jer..
Kita cuma perlu booking online di :

www.maideasy.my





Pilih jenis perkhidmatan yang kita nak..
Isi form yang disediakan..
Dah tentulah diaorang nak details kita especially alamat rumah kan..
Takder alamat cemana dia nak datang!
Bayaran pulak kita boleh pilih nak bayar online atau bayar by hand pada cleaner nanti..

Dah settle tu, sehari sebelum datang pihak Maideasy akan call atau sms kita untuk double confirm booking yang kita buat tu..
Kita jugak akan diberitahu nama cleaner yang akan datang dan pukul berapa..
Pastu Cik Nad terima pulak sms dari pihak Maideasy..
Ingatkan kita supaya jangan lupa prepare segala tools untuk kerja bersihkan rumah seperti vacuum, mop, kain lap, sabun cuci dan sebagainya..(pihak maideasy tidak menyediakan peralatan mencuci ya)

Peerghhh..proper giler service Maideasy ni!

Paling best, cleaner sampai ON TIME..
Bab ni Cik Nad paling suka..
Sebelum ni pernah ada pengalaman dengan agensi lain..
Janji pukul 9 pagi..9.30 kita call, on the way katanya!
Sakit hati betul!!!







Memang puas hati dengan kerja cleaner Maideasy ni tau..
Satu rumah dibersihkan..
Vacuum, mop lantai, lap tingkap, cuci toilet, lap kipas, lap grill..
Wahhhh..berkilat rumah hakak tau!
Memang 'all out'
Kalau korang ada special request nak minta diaorang iron ker, bersihkan dalam cabinet ker..
Pun boleyyy...




Ha! ni ada satu lagi berita gembira untuk korang yang nak khidmat part time maid sebelah malam..
Kalau yang berkerja tu mesti prefer nak kemas rumah sebelah malam kannn..
Maideasy ada jugak servis pukul 8 malah hingga 10 malam dengan bayaran RM50..


Dah tu, mak mak sekelian..
Korang tunggu apa lagi?
Laju-laju la hubungi MAIDEASY 😍


WEBSITE :


FACEBOOK :
Maideasy


INSTAGRAM :
@maideasy.my





16 November 2016

..DAN BILA ANAK LELAKI MINAT MEMASAK..



Hi..
Assalamualaikum😘...

Hari ni Cik Nad nak cerita perihal hobi anak teruna saya, Shahaiqal Hakimi, 12 tahun...

"My hobby is cooking" - Haiqal

Pelik ker kalau budak lelaki seusia Haiqal  minat memasak?😒
Bagi Cik Nad itu normal..takder masalah!
Zaman sekarang  ramai lelaki yang pandai memasak, suka memasak, malahan ada yang memilih memasak sebagai profesion..
Takder apa yang pelik..

So sebagai ibu, Cik Nad happy sebenarnya dengan hobi anak bujang ku ini..
Sejenis hobi yang bermanfaat, Insyaallah..
Daripada masa lapang dihabiskan dengan sia-sia, elok juga dia explore bidang yang dia minat ni.

Sebenarnya dari kecil lagi Haiqal dah tunjukkan minat memasak..
Dia suka tolong mama kat dapur..
Kalau minta dia tolong potong sayur ke..laju jer dia datang!😆
Masa dia 6 tahun lagi dia dah sibuk mintak nak tolong mama goreng ayam, goreng ikan..
Tapi Cik Nad tak berani nak bagi..
Risau kannn..minyak panas tu, bahaya jugak kottt..
So Cik Nad benarkan dia tolong sikit-sikit jer..
Buat benda yang sesuai dengan umur dia.


Gambar atas ni masa Haiqal 8 tahun..
Tinggi sikit jer dia dari kuali tu..hahaha..😅
Tengah tolong mama goreng cucoq udang!

Dulu dia tolong gitu-gitu jer..
Tapi yang betul-betul dia mula mengganas dengan hobi memasak ni sejak dia habis UPSR..
Kononnya isi masa lapang lepas habis exam la tu..
Hahaha..suka hati ko la nak!
Dia suka layan Dapur Bujang..
Seronok sungguh dia melayan celoteh si Fendi tu..
Statement dia yang paling tak boleh blah :
"Haiqal rasa Fendi tu lagi terer masak dari mama la" 😵😵

HELLOOO HAIQAL!!!!

Kau jangan cari pasal dengan mama yer..
Ko belum kenal siapa mama ko yang sebenarnya!
                             😝




                                   


💓BONDING 
Sejujurnya, Cik Nad happy bila Haiqal minat memasak ni..
Sebabnya secara tak langsung Haiqal & mama sedang berkongsi hobi..
Sweet kannn💕😉
Maka tercipta lah extra bonding antara Haiqal & mama..
Sesuatu yang sangat menyenangkan..

Kami sama-sama layan Dapur Bujang..
Sama-sama cari resepi untuk dicuba..
Sama-sama ke supermarket cari barang..
Sama-sama masak..
Sama-sama makan...

Haaa! best ker best??

Cik Nad cukup risau kalau anak-anak semakin besar semakin menjauhkan diri dari parents..
Biasa kan kita dengar cerita-cerita camtu...
Semakin meningkat remaja, ada anak yang mula cenderung memilih kawan berbanding keluarga..
Tak salah nak berkawan..mama tak halang pun..
Cuma sebolehnya mama nak jadi bff dengan anak-anak mama sampai bila-bila..
Dengan berkongsi minat yang sama, kami jadi semakin rapat, Alhamdulillah.


💪MENINGKATKAN SELF ESTEEM ANAK
Cik Nad percaya sebagai ibu, kita adalah penyumbang self esteem yang paling hebat terhadap anak..
Ibaratnya kita ada kuasa veto untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak..
Salah satu cara terbaik ialah menyokong perkara-perkara positif yang anak minat..

Itu lah sebabnya Cik Nad menggalakkan hobi Haiqal ni..
Kita support dia..
Dengar setiap cerita dia..
Cuba jawab soalan-soalan dia..(kadang-kadang geram jugak sebab banyak sangat tanya!)
Puji hasil masakan dia..
Apa-apa sajalah..asalkan boleh buat dia jadi positif..
Ataupun biar dia rasa dirinya 'valueable'..
Yang penting try to avoid cakap benda-benda negatif yang boleh buat dia jadi down..
Contonya cam "ehhh apa lah minat masak! macam pompuan..dah takde hobi lain ke nak buat?"
Sangat-sangat negatif ye ayat tu...chooiiii!

Mengenali Haiqal ni..(mestilah aku kenal, anak aku kan!)
Dia seorang yang pendiam..pemalu pun ye jugak..
Kurang keyakinan diri???
Ermmm ada jugak...
So, Cik Nad nak gunakan peluang ni untuk tingkatkan self esteem dia..Yesss!
Sebagai ibu, kita kena bijak rebut peluang..

Beberapa hari lepas, Cik Nad ada share di Facebook cerita Haiqal buat burger bakar..
Klik SINI
Terima kasih banyak pada korang yang like dan komen..
Bila tunjuk kat Haiqal, dia happy sangat..meleret senyum!
Pastu siap request nak buat video dia memasak pulak lepas ni..
Nak buat video???
Haa! tu ada unsur-unsur keyakinan diri dah mula terbit tu..Hahaha
Cik Nad yakin benda-benda begini akan dapat meningkatkan self esteem Haiqal..
Insyaallah.

All the best Haiqal..
Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Haiqal😗








Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015