FOLLOW

28 January 2015

SYAMIM KENA LUNCH DALAM KERETA

Uwaaa....
Pagi ni Cik Nad sedih sangat...
Sebab anak mintak nasik...
Mesti ko rasa pelik kannn...
Apahal yang nak sedih-sedih anak mintak nasik nih...

Kalau korang nak tau....
Syamim Nur Izzah ni satu makhluk yang jaraaannggg sangat nak lapar...
Umur dah nak masuk 5 tahun...
Tapi dia boleh kenyang dengan makan 2 keping oreo...
Haaa...magic tak budak tu?
Kadang terpikir jugak...
Kenapa laaa mak dia ni tak bleh buat magic camtu...
Bahahaha...kalau tak kompom dah kurus mak dia kennn...

Semalam Syamim tidoq awal...
Lepas Cik Nad sembahyang maghrib dia dah lena...
Letih sangat la tuu...

Pagi tadi...
Tengah Cik Nad kemas katil...
Tetiba dengar suara Syamim...
"MAMA...SYAMIM NAK NASIK..."
Haaahhh...terpaku aku dibuatnya...
Kesiannya anak aku...
Syamim kalau mintak nasik maknanya dia dah betul-betul lapar la tu...
Huhuhu...baru Cik Nad teringat...
Semalam dia langsung tak makan...
Lunch Syamim cuma makan muffin jer...
Oh myyy...kesian dia...
Aku cuaiii...Aku cuaiii...
Rasa down dan bersalah sangat...
Seumur hidup Syamim dia tak pernah mintak nasik bangun2 tido...
Ni mesti dia bebetul lapar...
Maafkan mama nak...:(

Cik Nad terus mandikan dia...
Pastu say sorry dengan dia sebab nasik tak masak lagi...
yer la...pepagi ni mana nak ada nasik...
Nak keluar gi beli pon mana sempat...
Syamim nak gi sekolah...
So Cik Nad buatkan dia cheese ommelette...



Habisss Syamim makan...
Kesian dia, lapaq bebenor la tu...

Pengajaran sesangat untuk Cik Nad...
Satu tamparan sebenarnya...
Baru tersedar aku ni...
Sejak awal tahun 2015...
Jadual Cik Nad memang pack...
Bizi hantar ambil anak sekolah, kelas tahfiz, mengaji, taekwondo...
Dan sebenarnya secara tak langsung time makan Syamim dah terganggu...

Cik Nad sibuk terkejar sana sini untuk abang-abangnya...
Kadang tu Syamim cuma makan roti jer..
Pesyen dia, makan roti sekeping pon dah kenyang...
Sebab tu Cik Nad boleh terlepas pandang...
Alahaiii...tak patut betul la mak ko ni...uhukkk...

Cik Nad nekad...
Mulai hari ni..
Nak pantau betul2 jadual makan Syamim...
Rasanya Syamim kena lunch dalam kereta laaa..
Sementara tunggu abang Daniel & abang Haiqal...
Sebab selalunya lepas balik rumah Syamim dah letih...
Langsung dia taknak nasik...
Makan biskut sket, pastu tidoq...
Malam kalau dia terlena awal terus tak makan...
Kenot...kenot...
Tak boleh jadi ni!!!

lunch dalam kereta...

Terpikir jugak...
Anak aku 3 orang jer...
Dah pening nak uruskan jadual harian...
Camner la yang anak 6-
Hurmmm...



BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

27 January 2015

BAKED CHEEZY MACARONI


Weekend lepas Encik Abah outstation...
Tinggal la kami 4 beranak...
Ahad pagi Haiqal & Daniel ada taekwando...
Habis kul 12.30, terus bawak anak2 gi luch kat luar...
Ai is malas nak masak....
Kemas-kemas rumah sikit pastu nak check buku budak2 ni...
Sepatutnya Hari Ahad diaorang kena belajar bahasa arab dengan abah...
Minggu ni tak jadik la nampaknya...
Mak ko ni kalau subjek nan satu ni memang tak dapat la nak nolong...
Haram aku tak reti bahasa arab...
Mujur abah sekolah aliran agama dulu...
Mak ni sekolah convent...hahaha...

Dah tu petang lepak-lepak jer kat umah...
Tengok siaran ulangan Suamiku Encik Sotong sambil makan twisties...
Tetiba Haiqal requested nak makan makaroni bakaq...
Hmmm ok jugak tu...
Tak payah Cik Nad keluar gi beli dinner dah...
Bernas idea mu nak...mak sukeee...hewhew!!

Baked cheezy macaroni ni kira resepi 'sap sap soiii'
Pakai main campak jer bahan2 yang ada kat umah...
Tapi ok la jugak kejadiannya...
Kena dengan tekak Cik Nad & anak-anak...
Ada balance skit malam tu Haiqal suruh simpan...
Nak buat bekal ke sekolah esok...
Heheh...sedap la tewwww...
Jom kita share resepi...


BAKED CHEEZY MACARONI.

BAHAN-BAHAN:
+/- 250 GM MACARONI DIREBUS BERSAMA SEDIKIT GARAM
1 TIN SUP CAMPBELL MUSHROOM
1 SUDU BESAR REMPAH DAGING
3 KEPING DAGING BURGER POTONG DADU
3 BIJI TELUR DIPUKUL
1 BIJI BAWANG BESAR DIPOTONG DADU
4 KEPING CHEESE CHEEDAR
1/2 TIN CENDAWAN BUTANG
SEDIKIT HIRISAN CAPSICUM
SEDIKIT DAUN SUP & BAWANG DIPOTONG HALUS

CARA-CARANYA:
1) TUMIS BAWANG BESAR HINGGA LAYU, KEMUDIAN MASUKKAN DAGING BURGER. BIAR SEPARUH MASAK

2)MASUKKAN REMPAH DAGING DAN SECAWAN AIR. KACAU SEBATI.

3)MASUKKAN CENDAWAN BUTANG BERSAMA SUP CAMPBELL. GAUL SEMUANYA. KALAU TERLALU PEKAT TAMBAHKKAN AIR SKIT.

4)MASUK MACARONI, CAPSICUM, DAUN SUP & BAWANG. GAUL SEBATI SEMUANYA DAN TUTUP API.

5)MASUKKAN SETENGAH DULU BAHAN-BAHAN TADI KE DALAM TRAY...PASTU TUANG SEPARUH TELUR YANG DIPUKUL TADI (RATAKAN SIKIT)...KOYAK KECIL DUA KEPING CHEESE DAN TABURKAN.

6)TUANG DIATASNYA BAKI SEPARUH LAGI MACARONI...TUANG BAKI TELUR, DAN TEKAN-TEKAN SIKIT DENGAN SUDU UNTUK RATAKAN MACARONI DALAM TRAY...
KOYAK KECIL LAGI 2 KEPING CHEESE DAN TABUR DIATAS.

7)BAKAR HINGGA MASAK DAN GOLDEN.

nota: Cik Nad tak guna garam sebab sup campbell tu dah sedia masin...lagipun masa rebus macaroni tu dah letak garam. Daging burger tu boleh jer nak tukar dengan bahan lain ayam ker..daging cincang ker...udang ker...Cik Nad guna burger sbb itu jer yg ada dlm fridge aku time tu...heheh



23 January 2015

JALAN-JALAN WAR MUSEUM PENANG.



Ni sebenarnya entry peram...kami pegi War Museum ni masa cuti sekolah yang lepas...Sekarang baru sempat nak buat entry...Cik Nad ni dah la pelupa, sebelum ingatan aku makin mengarut...baik buat entry cepat-cepat...Okey, jom kita terjah!


Lokasi :

LOT 1350, MUKIM 12,
DAERAH BARAT DAYA, BATU MAUNG,
11960 PULAU PINANG.

Bayaran Masuk :

ADULT : RM 20
CHILD : RM 10
FAMILY : RM 55 (2 ADULT +2 CHILD)
PARKING : RM 5
CAMERA / HP : RM 2




Lepas dah beli tiket, kita akan diberi sedikit penerangan tentang sejarah War Museum ni.. Cik Nad terkebil-kebil dengar...sebab apa tau?? Sebabnya pekerja kat kaunter yang dok bagi penerangan tu seorang warga Indon...Hok allohhh dah kenapa pulak ni?? Orang Indon pulak citer kat kita sejarah tempat kita...Dah la Cik Nad memang asal Penang...Krikkk...krikkk...
Paling best, masa nak bayar dia minta ic kita sebab harga special untuk Malaysian Citizen...Ko tengok!!! Rasa tercabar pon ada...

Okey, meh Cik Nad story skit history War Museum ni (seperti yg diceritakan makcik Indon tu...tepuk dahi sket!)
Tempat ini merupakan bekas kubu pertahanan tentera British...Ini merupakan Kubu Perang yang pertama di Malaysia...Dibina pada tahun 1930 dan siap pada 1939...Selepas kemasukan tentera Jepun, tempat ini menjadi kem tahanan pada perang dunia ke-2...Kubu ini menjadi tempat penyeksaan tawanan oleh tentera Jepun...Ramai yang mati diseksa disini...Sila seram sket yea dengan tempat ni...


Tempat ni self guided tau...kita kena jalan sendiri ikut arrow yang di sediakan...penerangan ada di setiap check point...Masa nak masuk tadi kita akan dapat flyers untuk rujukan sepanjang meneroka kawasan ni...Kawasannya besar boleh tahan jugak hooiii...Yang ada baby tu, Cik Nad rasa tak berapa sesuai kott datang sini...Dah la kawasan hutan, jauh nak kena jalan..naik turun bukit lagi...Pastu, ermmm cam seram jugak la tempat ni...
Eh, lupa nak gitau...tempat ni terbiar 60 tahun sebelum dibuka untuk orang awam...ko bayangkan...sila la bayangkan!!! Hehe...




Pic atas ni ialah terowong bawah tanah...jauuuuhhhh ke bawah nun...dalam! Kita tak boleh masuk, boleh tengok jer...Kalau boleh masuk pon, Cik Nad tak sanggup kott...ko nak???
Terowong satu lagi tu, pengunjung boleh masuk...kita akan dibekalkan sebijik toarch light kecik...
Dalamnya gelap ya hampun...kami satu family dapat 1 toarch light jer...Encik abah jalan depan sekali, dia yang pegang toarch light tu...Cik Nad yang paling belakang...huhu...gelap siotttt...mujur ada hp kat tangan, terus on hp bagi cerah sket...Dalam terowong ni kannn...sempit, gelap, bau semacam...ermm kalau ko ada anak kecik Cik Nad nasehatkan tak payah masuk la..karang ada yang nanges tak tido malam pulak...

jalan nak masuk terowong ni cerah lagi...dalamnya gelap gelita, sempit pulak tu!

Seterusnya ada satu lagi terowong...yang ni lagi rare!!!...kena merangkak 7 meter pastu gigih pulak kena memanjat ke atas 9 meter...Kami tak masuk pon...tak sanggup Cik Nad nak beraksi lagak ngeri kat sini..Hahaha...Daniel seorang jer yang dok bising nak masuk...Maaf la nak, jangan nak tunjuk hero sangat kat sini boleyyy...:)

Terowong merangkak


Errr..ingatan aku dah lupus tentang pic ni..tempat apa ntah yang budak2 ni kemahen dok bertinggung tu!

Add caption

Antara bilik para tentera

Tetiba kat tengah hutan tu ada Paint Ball Park...
Tu laaa dah cakap tempat ni besar jugak...tengok Syamim dah nak abis bateri tu...Boleh dia mintak mama dukong...alahaiii jangan la nak...hazab mama ni nanti! Mujur ada buai ni, boleh dia rest sekejap..


Jalan sikit lagi...haaa sampai tempat yang betul2 scaryyyy...Tempat pancung!!! Ni la peralatan yang digunakan dan tempat ni dah tentu-tentu menyimpan 1001 kesah...Tak dapat bayangkan penyeksaan yang rakyat tempatan terima pada zaman tu kann...:(

Tempat pancung...

Dalam ni ditunjukkan alatan yang digunakan untuk menyeksa tawanan

Yang satu ni memang Cik Nad sedih sangat tengok...Tempat tahanan wanita-wanita tempatan yang dipaksa menjadi pelayan seks...sedihnya...bilik tu sempit jer...Kebiasaannya pengakhiran hidup diaorang ni, akan diseksa hingga mati...



Bilik para pegawai tentera

Yang ni pulak biliknya cantik dan besar sket...Ini ialah bilik untuk tentera Melayu yang berkhidmat untuk British...Errr tali barut British la kottt ni..Amboiii sangat nih!!!






Tu la kisahnya jalan-jalan kami ke War Museum Penang...Tempat bersejarah yang menyimpan 1001 kisah...Tempat yang menjadi saksi penderitaan rakyat...Kalau korang ke Penang, boleh la masukkan tempat ni ke dalam senarai lawatan...:)

Dah nak balik tu, semua muka monyok sebab lapar...Badan pon dah melekit berpeluh...Tapi semua jadi cargasss semula bila Encik Abah kata nak bawak gi lunch di Pen Mutiara...Kalau ingatan Cik Nad stabil lagi, nanti daku story plak pasal Restoran Pen Mutiara...

Ok byeee...nak balik dah!

BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

21 January 2015

SERONOKNYA ADA BLOG...:)

Hamboiii...hamboiii...hamboi...
Kemahen yer Cik Nad semenjak dua menjak ni...
Tajuk entry semua nak citer yang best-best kononnya...
Entry lepas citer seronok jadi full time housewife...
Entry ni nak citer seronok ada blog pulak...
Dah tu kesah-kesah sedih pilu yang dok nanges sensorang kat bucu katil, celah lemari...
Yang tu semua tak nak buat entry pulak yea!!!

Kahkahkah...
Tapi series tau...
Sekarang ni dah takder dah episod aku nanges bucu katil & celah lemari semua tu...
Alhamdulillah...hormon kepala otak aku dah semakin stabil agaknya...
Tak caya tanya laki Cik Nad...
Aku dah takder nak stress2 sekarang ni...
Tu yang aku asyik dok buat entry bahagia jer nih...
Cheeehhh...poyo!!!

Okey la...
Cik Nad sebenarnya malu nak gelar diri blogger...mihmihmih...
Errr kalau kita ada blog memang kita kiranya jadik blogger ek??
Ker?? Camtu ker??
Takmaw laaaa...
Ai is pemalu hokehhh...
Sebab tu tajuk entry ni 'Seronoknya ada blog'...
Bukannya 'Seronoknya jadi blogger'...
Ngeeeee....

Sejujurnya Cik Nad gumbira sangat ada blog ni...
Walaupun cuma blog picisan...
Walaupun berapa kerat jer makhluk yang menjenguk blog ni...
Walaupun follower Cik Nad tak ramai...
Tapi Cik Nad happy dengan apa yang Cik Nad buat ni...

Mula-mula buat blog dulu, saja suka2 sebab ai is suka menulis...
Selalu dok update fb jer...
Kat fb mana boleh mengarang panjang-panjang kannn...
Maka Cik Nad pon panjangkan langkah ke blog...
Manalah tau kot benda yang kita share tu bermanfaat untuk pembaca...
Mudah-mudahan...

Tapi kannn...
Memang tak sangka sangat tauuuu...
Rupanya berblog ni pon boleh dapat ramai kawan...
Best youuuu...
Tetiba jer kita jadi ramai kawan...ramai kenalan...
Memang tak pernah bersua...
Rakan di alam maya gituu...
Sweet kan...:)

Pastu pulak ada rupanya Group Gojes Blogger & Supermom...
Seronok ooiii join secret group ni...
Meriah jer sembang2 kat situ tiap2 hari...
Share masalah...share cerita suka duka...
Member2 situ pon semuaaaa best2...
Even Cik Nad ni baru la jugak jadi ahli...
(Cik Nad berblog tak sampai setahun pon lagi )
Tapi rasa "dekat jer di hati"
Muahciked korang!!!

Dannnn...
Yang paling touching nyer...
Baru2 ni Cik Nad terima souvenier dari seorang blogger yang femes...
Femes tau dia ni, pernah masuk suratkhabar gitu hah...
JULIA JOHARI...
Tqvm Ju...
Touching rasa tau atas ingatan Ju pada Cik Nad...
Dah lama Cik Nad jadi silent reader blog Julia Johari...
Tak sangka akhirnya dapat berkawan dengan Ju...
Sweetnyer....:)



sweet tak souvenir dari Ju ni...Mekaseh yer...

Dan satu lagi yang Cik Nad tak sangka...
Ada jugak readers yang e-mail Cik Nad...
Terima kasih yer...
Insyaallah, Cik Nad akan cuba rajin2kan lagi tulis blog...
Pada yang sudi tinggalkan komen pulak...
Cik Nad sentiasa menghargai komen2 kalian...
Insyaallah...
Semoga blog http://nadiah245.blogspot.com akan terus hidup...
Dan semoga ukhwah sesama kita akan terus terjalin...

SERONOK KAN ADA BLOG???

 Hehehehe....


BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!






17 January 2015

ANTARA YANG BESTNYA JADI FULL TIME MOMMA...

Hahhh tajuk entry kemahen...
Antara yang bestnya jadi full time momma...
Apa yer??
Macam-macam la yang bestnya kan...
Tapi yang tak best pon ada jugak...
Biasalah beb, semua benda mesti ada pro & kontra kennn....
Kali ni Cik Nad nak citer yang best jer...
Yang tak best kot esok-esok la kalau tergerak ati nak buat entry ker...mihmihmih...

Satu benda yang cukup membahagiakan Cik Nad sebagai full time momma ialah...
Aku boleh gi jalan mana2 pon suka ati tak payah pikir nak ambik cuti...
Contoh masa cuti sekolah...
Berbunga hati mak ni oiii...
Kalau nak gi shopping sensorang...
Lagi la sorgaaa...
Tak payah tunggu cuti sekolah dah...
Lepas hantar anak2 sekolah, terus zassss...
Sampaikan dah beberapa kali terjadi...
Aku sampai depan shopping complex, pintu pon tak bukak lagi!!!!
Kuang3x...
Padan muka ko Cik Nad!!!
Port Cik Nad selalunya KL Festival, Alpha Angle & Wangsa Walk...
Tu kira di bawah jajahan takhluk Cik Nad la...
Hew..hewww...

Masa cuti sekolah yg lepas, aku "buat perangai" jugak...
Masa di Penang ritu...
Aku bawa anak2 sekali dengan anak2 menakan gi main di Urban Playground...
Tapi adik aku la yang drive...
Aku fail sikit jalan2 di Penang nih...


 Urban Playground ni dalam Penang Time Square Shopping Complex...
Kami gi hari Jumaat...
Kosong kau...
Satu umat pon takdak!
Tinggal dlm tu segerombolan pasukan kami dengan pekerja situ...
Ni yang aku kata bahagianya jadi full time momma...
Weekdays pon boleh pi merayau...
Tak payah sesak2 tunggu weekend...
Syiokkkk....


 Dah memang takder orang lain disitu kan...
Apa lagi budak-budak ni...
Buat tempat tu cam harta makpak depa la...
Pendek citer, memang puas main...
Bayar masuk tu seorang RM10 kot tak silap...
Memang puas ati la...berbaloi-baloi!!!
Budak-budak ni main sampai lebam kot...
Agagagaga...

Tu citer budak...
Mak budak pulak...
Ambik kesempatan jugak sebab takder makhluk lain dalam tu...
Dapat tuan tanah posing seround dengan tak malu nyer...
Hikhikhik...

heheh...jangan marah yer...:)






16 January 2015

CERITA WANG BANTUAN SEKOLAH RM 100...

Parents yang ada anak bersekolah di sekolah2 kerajaan tak kira la sekolah rendah atau menengah mesti tau pasal Wang Bantuan RM 100 ni kannn...
Tak silap Cik Nad pada 6 January 2015 pihak Kementerian Pelajaran dah mula agihkan wang bantuan ni ke sekolah2 seluruh Malaysia...
Kiranya semua murid akan terima wang ni..tak kira la kau anak siapa...mak bapak kau sokong parti mana...Semua students dapat...

Anak-anak Cik Nad pon dapat la jugak...
Haiqal darjah 5 & Daniel darjah 1...
Dapat RM 200 la kekdahnya...
Sepatutnya 9 January lepas dah boleh gi collect duit tu di office sekolah...
Tapi Cik Nad tak pergi2 pon...
Asyik bertangguh jer...
Padahal hari2 gi sekolah tu ambik anak2 balik sekolah...
Tetiba semalam Daniel cakap 16/1/2015 hari last untuk collect tu bantuan tu...
Ehhhh...dah hari last yer???
Pemalas betul la mama ni kan...
Nak kena naik ke opis jer pon...
Macam la susah sangat...haizzzz

So...okey la, pepagi ni lepas hantar Syamim ke sekolah...
Terus mama zassss ke sekolah Abang Haiqal & Daniel...
Tapi Cik Nad pergi tu dengan membawa sepucuk surat...
Surat apa tuuu???
Jengggg...jenggg...jengggg...

Hahaha...buat suspen konon...
Tampaq lelaju kang!

Okey...okey...
Sekarang series...
Tarik napas...hembus...

Macam ni la...
Ni pendapat peribadi Cik Nad okehhh...
Setelah pikir2...Cik Nad rasa kali ni nak dermakan Wang Bantuan tu untuk pihak sekolah...
Bukanlah sebab Cik Nad ni kaya raya...
No...no...no...
Aku pon rakyat marhaen biasa2 jer...
Tapi Alhamdulillah, masih mampu untuk menanggung persekolahan anak2...
Kerajaan pon memang dah banyak tolong...dengan bantuan buku teks semua tu kan...
So rasanya why not bagi jer duit tu ke pihak sekolah...
Masuk tabung PIBG ker...
Dana untuk kelas anak kita ker...
Untuk faedah anak2 kita jugak...
Insyaallah semoga anak2 kita dapat belajar dengan lebih selesa...gitu!



Begini la hodohnya rupa surat Cik Nad tu...
Kahkahkah...
Dengan takder formatnya...
Suka ati aku jer...haha...
Takper...yang penting aku ikhlas...
kan...kan...kan...

Tadi kerani di opis sekolah tu cakap ada lagi parents yang tak collect duit tu...
Tahun lepas pon sama...
Ada yang langsung memang taknak ambik...
yer la..ramai jugak rakyat marhaen kat Malaysia ni yang mampu kan...
Tapi itu la...
Macam sayang jer tau!!
Kalau kita tak ambik, duit tu kena return semula ke kementerian...
Meh la kita pakat2 salurkan duit tu ke tabung sekolah...
Bukan untuk orang lain...
Untuk kegunaan anak2 kita jugak nanti...

Neway, pada parents yang dah ambik duit tu...
Alhamdulillah...
Semoga dapat la meringankan perbelanjaan persekolahan anak kan...
Insyaallah...


BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

15 January 2015

INGAT PESAN MAMA YA SAYANG...

SHAHAIQAL HAKIMI, 11 THN & SHAHIZZ DANIEL 7 THN...


SYAMIM NUR IZZAH, 5 THN...


Alhamdulillah cinta hati mama dah meneruskan sessi persekolahan 2015...
Ketiga-tiganya dah happy ke sekolah...
Dah dapat biasakan diri dengan suasana sekolah...
Berbunga-bunga hati mama tengok korang ke sekolah...
Belajar rajin-rajin ya nak...(ayat mak2 sangat ni...hehe)

Tahun ni Shahaiqal Hakimi dah 11 tahun...
Masuk darjah 5...
Cabaran semakin hebat...
Kena lipat gandakan lagi usaha ya nak...
Belajar dengan konsisten...
Ikut jadual yang mama & abah dah buat tu...
Dan yg paling penting...
Jaga solat nak...
Ingat pesan mama ya sayang...

 Shahizz Daniel pulak baru masuk darjah satu...
Baru melangkah ke fasa baru dalam kehidupan...
Sedang bertatih mempelajari erti hidup...
Insyaallah mama sentiasa ada disisi Daniel ya nak...
Akan mama cuba mengajar Daniel erti hidup...
Tahun ni Daniel dah kena mula solat 5 waktu...
Jaga solat nak...
Jaga akhlak nak...
Ingat pesan mama ya sayang...

Syamim Nur Izzah, puteri tunggal mama...
Dah masuk 5 tahun...
Alhamdulillah, Allah izinkan Syamim membesar dgn sempurna...
Melihat wajah suci Syamim setiap pagi adalah anugerah terindah untuk mama...
Si kecil yang sangat manja ini sudah mula mengorak langkah untuk berdikari...
Girang hati mama melihat anak kecil ini sudah boleh membaca...
Terhibur hati mama mendengar mulut comel ini menyanyi-nyanyi lagu yg diajar cikgu...
Sentiasa jadi anak yg mendengar kata ya nak...
Jadilah anak yang boleh membawa mama & abah ke syurga ya nak...
Ingat pesan mama ya sayang...


Semoga Allah kurniakan mama kekuatan untuk terus menjaga, mendidik & membesarkan kalian
Semoga Allah izinkan mama dapat memberi yang terbaik untuk kalian...


 BE KIND WHENEVER POSSIBLE , LET'S SPREAD LOVE...



09 January 2015

AKTIVITI OUTDOOR YANG AWESOME...


 Dalam banyak2 aktiviti outdoor bersama anak-anak...
Cik Nad paaalingggg suka main pasir pantai...
Setiap kali balik Penang mesti tak pernah miss...
Rasa cam ada satu kepuasan dapat biarkan anak2 main pasir pantai tu...
Budak2 tu pon ceria kemahen...
Suka sangat la dapat mencomotkan diri tu kennn...
Takper2...
comotkanlah diri tu nak ooiiii...
Mak ko tak kesah pon...
Malahan mak rasa bahagia nengok kecomotan korang tu...
Hikhikhik...boleh camtu?

Muka bahagia jer dapat comotkan diri...

Sebenarnya kannn...
Cik Nad ni masa kecik2 dulu tinggal di perkampungan tepi pantai...
Membesar bersama pasang surutnya air laut...(dahsyat tak ayat aku!)
Main pasir pantai tu kira aktiviti harian Cik Nad & gang...
Banyak sangat la kenangan di tepian pantai ni...
Senang citer...
Jiwa Cik Nad bersama pasiran pantai ni cam ada sentimental value gitew...
Ni jugak antara faktor Cik Nad suka bawa anak2 main pasir pantai...


So far anak2 memang happy giler kalau gi pantai...
Biasa la kann..budak!
Nampak ceria dan bahagia jer...
Cik Nad tak larang diaorang nak main camner pon...
Asal tak bahaya, gasak korang la nak pulun main camner pon...
Tapi selalunya aktiviti feveret diaorang ni buat istana pasir...:)
Hari tu ada snap pic budak2 ni buat istana...
Tapi ntah mana perginya pulak...haissyyyy!!!

Macam-macam lah diaorang explore...
Kejar ketam ...
Buat perigi...
Main masak-masak...
Buat highway main kereta...
Kutip kulit siput...
Melukis...
Tanam kaki dalam pasir...

Seronok kannnn!!!
Dengan ditemani angin pantai yang mendayu...
Alahai...rindunya keindahan pantai...:)

Sebenarnya korang semua pon memang dah tahu kannn...
Bagus tau biarkan anak2 main-main manja di tepian pantai ni...
Dapat stimulate sistem2 otot kasar & halus...
Membantu perkembangan deria sentuh...
Anak2 jugak dapat explore kreativiti dan tingkatkan daya imaginasi...

Cuma satu jer Cik Nad nak pesan...
Make sure kuku anak tak panjang yea bila ke pantai...
Takut nanti sangkut pasir di celah2 kuku...

Suka sangat tengok jari-jari kecil ni menggenggam pasir...:)

BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

07 January 2015

SYAMIM NUR IZZAH @ SMART READER 2015...

Tahun ni Syamim Nur Izzah dah masuk 5 tahun...
Last year Syamim tadika di CIC...
Tahun ni kita tukar angin la pulak yea...hihihi..

Sebenarnya dari bulan Oktober tahun lepas Cik Nad dah survey2...
Mencari-cari tadika mana yang berkenan di hati...
Nak hantar budak Syamim  ni...
Kalau yang dekat dengan rumah Cik Nad ni...
CIC...SMART READER...LITTLE CALIPH...
Satu lagi, jauh sikit dari rumah tapi termasuk dlm senarai Cik Nad...
REAL KIDS di Wangsa Melawati...
BRAINY BUNCH pon ada jugak di Melawati...

Haaa...gitew!
Senarai2 tadika yang ada dalam list Cik Nad...
Kemahen kennn...
Macam la susah sangat nak hantar anak tadika...
Miahahaha....
Saja laaa buat ramai sikit...
Syamim kan yang bongsu...
Lepas ni takder dah nak pikir anak ke tadika mana...

Lepas dah survey2...
Cik Nad pergi sendiri tadika2 tu semua...
Masuk dalam, tengok environment nyer...
Lastly rasa cam SMART READER yang berkenan di hati...
Sebenarnya Cik Nad cuma berdoa minta pilihan yang dibuat ni
Terbaik untuk Syamim Nur Izzah...
Cik Nad pilih ni pon ikut gerak ati jer...
Insyaallah...gerak ati seorang ibu selalunya betul kannn....

Kalau dari segi yuran...
Tak jauh beza sangat...
Errr Little Caliph murah sikit kottt...

Reaksi Syamim Nur Izzah...
Dia happy sangattt...
Suka sangat nak ke Smart Reader...
Cik Nad dah bawak dia ke Smart Reader tu sekali...
Bagi dia tengok sendiri & ambik feel kekdahnya...
Taknak la kalau Syamim rasa terpaksa nak tukar tadika...
Tapi dia cam sukeee jer...
Alhamdulillah...anak suka, mama pon setuju...:)
Ngehhh...ngehhhh...

First day...
Syamim masuk kelas 5 Tulip...
Class Teacher dia nama Teacher Su... 
Cool jer Syamim...
Memang la..dia kan dah ke tadika tahun lepas...
Bezanya tahun lepas ada Abang Daniel sama2 tadika...
Tahun ni Abang Daniel dah masuk Tahun 1...


 
 


Flying kiss sekali kat mama sebelum masuk kelas...muahhh!!


Sessi perkenalkan diri...My name is Syamim Nur Izzah...hehe

First day mama tak tunggu pon...
Sebab Teacher Su tutup pintu kelas...
Pastu nampak Syamim cam ok jer dlm kelas...
Takder pulak dia tertoleh-toleh carik mama ker hapa...
Sempat lagi mama skodeng ambik gambar ikut celah cermin pintu tu...
Mihmihmih...
Dah level mamarazi mak ko ni nak...:)



First day sebelum balik...teacher kata Syamim good girl!

2nd Day...sekali lagi mama jadi mamarazi...skodeng Syamim dalam kelas sebelum balik.

Hari kedua...
Syamim happy sangat masa nak balik tu...
Sebab Teacher Su kata dia very good in colouring...
Pastu teacher bagi dia star di tangan...
Selalunya kalau colour cantik2 dapat star atas kertas colouring tu kann...
Tapi kali ni dapat star di tangan tu yang dia happy sangat tu...
Pandai Teacher Su tackle budak!!!

SYAMIM NUR IZZAH MOHD SHAHNAZ...
ALL THE BEST TO U SAYANG...
SEMOGA JADI ANAK YANG CEMERLANG DI DUNIA & DI AKHIRAT...
AMIN...
Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015