FOLLOW

Showing posts with label DARI DAPUR COMEL CIK NAD. Show all posts
Showing posts with label DARI DAPUR COMEL CIK NAD. Show all posts

18 January 2016

RESEPI MUDAH BENGKANG BERAS ; SEDAP BAQ HANGGG!

Bengkang Beras.


Korang suka tak makan kuih-kuih pesen lama ni???
Eiiii Cik Nad suka giler...memang feveret! Kuih moden pun suka jugak...semua benda pun aku bedal sebanarnya..tapi paling win kuih-kuih pesen lama ni la..
Masalahnya dengan kuih-kuih "orang tua" ni ialah nak sediakannya tu agak rumit..selalunya kuih moden lebih senang nak buat..kan??? Orang dolu-dolu ni semua rajin-rajin agaknya yer..sanggup duduk lalma-lama kat dapur..buat kerja semua sangatlah tertib dan berseni..diaorang tak kisah pun seharian duduk di dapur..tapi yer la kan..dolu-dolu mana ada internet..ngehhh..ngehhh...so diaorang takder la gila nak layan fb ker..ig ker..hahaha...
Kalau macam Cik Nad ni..memang mintak mahap la nak berlama-lamaan di dapur..masak semua jenis zasssss..sepantas kilat! Lagi cepat habis masak, lagi bagussss..
Saiya ta kuad...:):):)


Tapi kannn...
resepi yang Cik Nad nak share ni memang terrrsangaatttt senanggg..
semudah 123 baq hang!!!
Budak tadika pon boleh buat..*ok, tu tipu*
Tapi series senang giler nak buat bengkang beras ni..
Errr korang panggil bingka ker? kannn??
Orang utara panggil bengkang..hehe..
sama jer la bengkang dengan bingka ni tapinya..
perkataan seerti kottt!


Sepatutnya kalau betul-betul nak ikut cara tradisional nak kena kisar beras untuk buat bengkang beras ni..tapi hakak tukar lah sikit..kita guna tepung beras jer..kan aku dah kata..saiya ta kuad..
Bahahaha...
janji bengkang menjadi elok dan rasanya pun kompom tiptop!
leceh la nak blend beras semua ni..kang tak cukup masa nak layan fb pulak..kahkahkah..amboiii sangat perangai tu!

Oklah..tanpa membuang masa..
Cik Nad persembahkan..
Jeng..jeng..jengggg...

Resepi Bengkang Beras..



BAHAN-BAHAN :
1500ml SANTAN (dari 2 bijik kelapa) @ Cik Nad guna santan kotak 1000ml + 500ml air
250gm GULA PASIR
250gm TEPUNG BERAS
50 gm TEPUNG JAGUNG
1/2 sudu teh ESEN VANILA
1 sudu teh GARAM

*Loyang 8"


Ni la pun bahan-bahannya..sikit jer bahan..senang!
Tapi Cik Nad nak ingatkan korang..kalau korang spesis pemalas sama cam Cik Nad yang nak guna santan kotak, please make sure korang guna jenama KARA yer..so far Cik Nad buat kuih guna KARA memang jadi elok..cun! Pernah sekali Cik Nad buat guna santan kotak jenama lain, tak jadi ko..lembikkk, tak boleh nak potong jadinya..dah la masa buat tu mak mertua datang rumah..choiiii..rasa nak pakai helmet full face jer tau! baru nak eksyen sikit konon terer buat kuih bengkang ni..dahhh..tetiba tak menjadi pulakkk..cisss kek betol!
So, make sure yer sila guna santan jenama KARA..
**KARA, sila buat tajaan kat Blog Cik Nad..dah buat promosi free ni**
Hahaha..
Tepung beras pulak, seeloknya guna cap TERATAI..

Nak buatnya senang jer..

STEP 1:
Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.




STEP 2 :
Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau diatas api yang slow hingga adunan menjadi agak pekat.




STEP 3 :
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles  minyak. Kemudian bolehlah dibakar.
Cik Nad bakar selama 1 jam dengan suhu 230..
Terpulang lah yer, ikut kesesuaian oven masing-masing.




Dah siap masak tu, tunggu sejuk baru boleh potong tau..bawak bersabar sket..jangan gelogoh!
Seeloknya bakar biar garing sikit bahagian atas tu..baru ada uummphhh..gitchu..:)

Ok..selamat mencuba..
Jangan lupa tau..
santan KARA & tepung beras TERATAI..
Insyaallah..mesti menjadi!

:):):):):)

11 November 2015

BAKED MEATBALL WITH MASHED POTATO



Kali ni Cik Nad nak share resepi yang sangattttt mabeles!!!
Series sedap ni...sangat membahagiakan tekak...
Tapi lemak-lemak di badan pon akan turut menari ria...Hahaha...
Alaaa kita tak payah la buatnya hari-hari kannn..
Sekali-sekala makan makanan camni ok la tuuu...
Hidup kena enjoyyy..*ehh..tetiba!*

Sebenarnya idea asal resepi ni dapi Puan Azlina Ina, Group Resepi Kita di fb...
Masa nengoknya tu dah dapat agak mesti sedap benda alah ni..
Tapi Cik Nad tak save pulak resepinya..
Memang gitu la perangai Cik Nad ni..
Karang bila nak masak baru terhegeh-hegeh scroll nak cari resepi..
Tapi memang tak jumpa sampai ke sudah...Padan muka!
Dah tu Cik Nad agak-agak jer la membuatnya...

Dan akhirnyaaa...
Nasib baik sangatlah menjadi resepi ni..
Wallaweyyyy!!!
Bukan sekadar menjadi jer, malahan sedapppp...
Wahhh bonga-bonga  hati mak tau...
Ni yang buat eksaited nak share kat blog ni...
Korang cubalah buat nanti...
Insyaallah tak akan menyesal punyer..
Believe me ok..
Hahaha...

Ok lah, jom kita tengok resepinya...




BAHAN-BAHAN :
4 keping roti gardenia
1 kotak kecil susu fresh milk
4 biji kentang saiz besar (direbus & dilenyek halus)
Meatball secukupnya direbus (anggaran 17 biji)
Cheese secukupnya (untuk ditabur di permukaan)
sedikit garam dan lada sulah

CARA-CARANYA :



1) Celup roti dengan susu dan susun kedalam tray/bekas yang siap digris.
2) Di dalam bekas yg lain, gaulkan kentang yang dilenyek bersama garam, lada sulah dan baki susu fresh milk tadi. Susu dicampur sedikit demi sedikit sehingga nampak just nice cam mashed potato. Pandai-pandai la korang main agak yer.
3) Ratakan mashed potato tadi ke atas roti. Sambil ratakan tu tekan-tekan sikit biar mampat. Susun meatball diatas mashed potato dan tekan sedikit supaya terbenam ke dalam.
4) Tabur cheese di permukaan sebelum dibakar. Suka hati la korang nak guna cheese apa, Cik Nad guna cheese slice tu jer.
5) Lastly bakar guna api atas bawah. Tak payah la lama sangat membakar, agak-agak cheese kat atas tu dah melt dan golden kira ok dah la. Sebabnya meatball dan potato kita dah siap rebus awal-awal tadi kan.


Ni lah hasilnya...
Dah keluar dari oven tu pandai-pandai la kita make up kan dia sket...


Gitewwww...
Tergoda tak???
Muahahaha...

Seeloknya lepas keluar dari oven korang biarkan sejuk sket baru potong...
Kalau potong masa panas gedik tu nanti dia tak cantik...
Tak terbentuk sempurna kekdahnya...
So masa panas-panas tu sila bawak bersabar dulu yer...
Istighfar banyak-banyak...
Kihkihkih...

Ok..Selamat mencuba...:)











30 October 2015

POPIAH CRAB STICK ~ KUDAPAN YANG MEMBAHAGIAKAN



Memang bahagia sungguh la bila ada resepi-resepi simple camni...
Senang nak sediakan dan sedap...
Paling penting anak-anak suka...
Nak buat minum petang boleh...
Breakfast boleh...
Buat bekal anak ke sekolah pon boleyyy...
Serba boleh la kiranya kan...




Bahan-bahannya pun senang nak carik...
Kulit popiah, crabstick & cheese..
Ni versi yang selalu Cik Nad buat..
Feveret anak-anak camni jer la..
Tapi inti dalamnya tu boleh jer dipelbagaikan...
Ada orang letak black paper sos..sayur..suka ati la kan.



Letak cheese & crabstick..
Roll cam biasa..
Cik Nad sapu telur dihujung tu nak kasik lekat..
Ada orang sapu bancuhan tepung gandum..
Sama jer mana-mana pon..
Janji melekat benda alah ni..



Kena double roll sebab ada cheese kat dalam tu..
Takut cheese tu meleleh keluar (melt) masa tengah menggoreng...




Roll banyak-banyak pastu simpan dalam peti ais...
Ni yang paling Cik Nad suka..
Bila anak nak makan terus keluarkan dan goreng..


siap untuk difrozenkan

nyahhh kau ke dalam minyak panasss!




Tengok cheese meleleh tuuuu...
Kalau anak-anak Cik Nad memang berebut nak yang tu..
Hehehe...

Bahagia kan resepi yang simple camni???
Iols memang sukaaaa...
Jimat masa di dapur...
Paling membahagiakan bila nak buat ni...
Anak-anak pon sibuk nak tolong...
Jom kita roll sama-sama...:)






























































































































































10 August 2015

MOIST MARBLE BUTTER CAKE




Dalam banyak-banyak kek...marble cake antara yang paling legend, betul tak?
Tak lapuk dek hujan..tak lekang dek panas...
Haaa gitulah perumpamaan yang sesuai untuk kek ni...


Selepas habis cuti raya baru-baru ni, husband Cik Nad merungut sebab kebanyakan rumah yang kami pergi beraya tak hidangkan marble cake..hehee..memanglah kannn...orang zaman sekarang lagi suka buat chocolate cake, cheese cake, red valvet dll yang nampak up to date skettt...mana nak layan sangat kek-kek classic ni di hari raya.(^-^)

Masa raya ni laa memasing nak tunjuk skill buat kek moden!
Hahaha...My hubby memang tak layan sangat kek-kek moden ni...yang classic tu jugak laaaaa yang dicarinya.


So, lepas balik KL..Cik Nad pun punggah semua resepi marble kek yang ada dalam simpanan...dok berkira-kira resepi mana satu yang nak pilih..tetiba hati tergerak nak try resepi Moist Marble Butter Cake yang diberi biras Cik Nad, Rafidah..Fidah ni memang pakar membaking...kira otai la! Semua kek sentuhan dia memang sedap..
Tahun lepas kottt Cik Nad mintak resepi ni dari Fidah, selepas rasa sendiri marble cake yang dia buat...sekali rasa terus tergoda uols...
Tapi tu laaa...setahun rupanya hakak dok peram resepi tu...lahaiiii...punya susahnya nak sampai seru buat kek ni...


Dah tu tangan ni gatal jugak nak menggoogle...cari pulak resepi kat google..tetibaaaa aikkkk...dapat satu resepi marble butter cake kat blog Azie Kitchen yang sama bahannya cam resepi dari Rafidah tadi...cuma cara nak membuatnya tu berbeza...Tapi Cik Nad prefer cara yang Rafidah berikan sebab lebih mudah dan ringkas...Biasalah Cik Nad ni...semua benda pun nak cari jalan mudah! Hehee...mungkin lepas ni boleh try cara Kak Azie pulak...
Tapi apapun kek ni memang terbaikkk...gebu, moist, padat...cukup syarat kelayakan untuk menjadi kek marble yang sempurna dan digilai ramai...gitewww!!! Korang cubalah buat...mesti tak nyesal punya...


MOIST MARBLE BUTTER CAKE.

BAHAN-BAHAN :
227 GM BUTTER
170 GM TEPUNG GANDUM
170 GM GULA CASTOR
1 SUDU TEH BAKING POWDER
5 BIJI TELUR (SEJUK DARI PETI AIS)
3 SUDU BESAR SUSU PEKAT
1 SUDU TEH ESEN VANILLA
1 SUDU BESAR OVELLATE
3 SUDU BESAR KOKO POWDER

CARA-CARANYA :
  1. AYAK TEPUNG GANDUM DAN BAKING POWDER. KETEPIKAN
  2. PUKUL BUTTER DAN GULA HINGGA KEMBANG.
  3. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI DAN TERUS PUKUL.
  4. MASUKKAN PULAK SUSU PEKAT, ESEN VANILLA DAN OVELLATE. PUKUL HINGGA SEMUA BAHAN SEBATI DAN KEMBANG.
  5. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG DAN GAUL SEMPURNA.



NOTA ;
*Kalau korang rasa nak guna butter 250gm pun boleh, tapi kurangkan telur jadi 4 bijik.



01 August 2015

RESEPI NASI AYAM.



Bagi Cik Nad nasi ayam ni ialah menu penyelamat...Kalau dah takder idea nak masak apa, anytime on jer buat nasi ayam ni...anak-anak mesti suka!
Ermmm makpaknya pun suka jugak...
Nak buatnya pun tak lah sesusah mana...

Weekend lepas Cik Nad rasa cam nak masak nasi ayam...terus jer lajuuu tangan ni menggoogle...
yer laaa kalau kita perasan resepi nasi ayam ni ada pelbagai versi...
tak salah kan kalau kita mencuba versi2 yang lain dari kebiasaan...
Cik Nad memang suka mencuba!
Dan hasil menggoogle hari tu..Cik Nad terjumpa 2 resepi nasi ayam yang sangat menarik...

Kedua-dua resepi ni ada keistimewaan tersendiri...Paling Cik Nad tertarik resepi dari Kak Azlita menggunakan gula merah bersama bahan-bahan lain untuk merebus ayam...menarik kan!
Kak Azie pulak menggunakan susu fresh cream didalam nasi..hmmm meletoppsss
Cik Nad gabungkan dan olah kedua-dua resepi ni mengikut selera family...
Tak sabar nak cuba...Haiqal, Daniel & Syamim mesti suka...
Selalunya pon memang budak-budak ni hantu nasi ayam..port feveret diaorang ialah nasi ayam kat stesyen minyak Petron, Taman Melati...depan rumah Cik Nad tu...
Ok, kali ni mama try buat yang lebih sedap dari nasi ayam Petron tu yer nak...hehehe...
Jom kita mula...


Step pertama dah tentulah kita kena rebus ayam hingga separuh masak untuk dapatkan air rebusan ayam tu...


Seekor ayam dipotong ikut selera kita sendiri...nak potong 4 pon bolehhhh...potong 2 bolehhh...tak nak potong langsung pon bolehhh, masak terus seekor gitu...
tapi Cik Nad potong kecik cam biasa jer...senang anak nak makan nanti...

**Perap seketika ayam bersama ;
2 sudu besar halia + bawang putih yang diblend
1 biji bawang besar dipotong 8
5 sudu besar gula merah (Cik Nad guna brown sugar)
1 kiub pati ayam.

Perap seketika bahan-bahan diatas...kemudian tambahkan air (banyakkan sikit air tu) dan rebus hingga ayam separuh masak. 


AYAM

Ayam yang telah direbus tadi, keluarkan dari rebusannya..toskan dan perap pulak bersama :

-Sos tiram
-kicap cair
-kicap manis
-madu
-minyak bijan

biarkan seketika dan bolehlah di goreng atau dibakar...
Cik Nad memilih untuk membakar dengan menggunakan periuk ajaib...
Senang citer kan...aromanya ya hampunnnn....
Dah settle bab ayam..pastu pandai-pandai la hias dengan salad, timun, tomato semua tu yer...


NASI


BAHAN-BAHAN :
-Mentega
-Bawang merah, bawang putih & halia yang diblend
-Daun pandan
-serai
-sedikit susu fresh cream / susu cair
-Kiub ayam
-garam & gula secukup rasa
-kelengkap penumis

** Cuci beras hingga bersih dan ketepikan...Di dalan periuk rice cooker panaskan mentega, kemudian tumis kelengkap penumis, bawang merah, bawang putih & halia yang diblend, daun pandan dan serai...tumis hingga naik baunya...kemudian masukkan beras dan gaul bersama...Akhir sekali masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan yang kita perlukan..tambahkan sedikit susu fresh cream, kiub ayam dan gula garam secukupnya.


SUP


**Didih kan semula sebahagian air rebusan tadi (yang sebahagian lagi kita dah guna untuk masak nasi)...masukkan kentang dan carrot yang dipotong dadu...Setelah empuk, masukkan daun sup, daun bawang, lada sulah dan garam...

Bagi Cik Nad sup ni memang paling win!!! maybe sebab dalam air rebusan tadi kita dah letak gula merah...so memang lain rasanya...sedap sangattt...selalu kalau kita beli nasi ayam, sup nyer terasa kosong jer kan...tapi yang ni memang lain...hirup sup tu saja pun dah bahagia anak tekak ni...hahaaa


SOS CILI


-10 biji cili merah
-5 ulas bawang putih
-6 biji bawang merah
-seinchi halia muda
-5 biji cili padi
-sedikit air limau nipis

** panaskan sedikit minyak, goreng kesemua bahan kecuali air limau nipis..kemudian tambahkan sedikit air rebusan ayam (beberapa sudu jer) dan blend.. dan campurkan air limau nipis..


SAMBAL KICAP



Cara nak buat sambal kicap yang besttt ni Cik Nad dapat dari sepupu, Kak Sakinah...lain dari yang lain...menjadikan gabungan nasi ayam kita lebih power gitewww...

**Blend kering sedikit bawang goreng..kemudian campur dengan sedikit air rebusan ayam dan kicap lemak manis..panaskan seketika dan siap.

06 July 2015

ALMOND CHOCOLATE CRYSTAL COOKIES

Cerita biskut raya lagi....
Sebelum ni dah upload kat fb Cik Nad...
Baru sekarang rasa free skit nak up kat blog ni...
Entah laaa bulan posa ni jadi malas nak buat entry...
Nak hapdet fb pon malas gak bebenornya...
Kategori kemalasan apakah ini???
Hewwww...hewwww....
Bukannya apa...
Selalunya ai bermedia sosial nyambil minum2 coffee...
Relax santai lerrr kekdahnya konon...
Hahahaha....ngada2 kannn hakak nih!

Okehhh sementara ada mood ni meh kita tulis laju2....
Sebenarnya resepi biskut ni Cik Nad dapat masa attend class biskut kat Penang dulu...
Lama dahhh...tahun 2005 kalau tak silap...kottt la!
Belajar dengan Hajah Fatimah dari Akademi Masakan Tanjong...
Memang meletopsss tau resepi2 biskut Hajah Fatamah ni...
Kalau korang ada kat Penang gi la terjah kelas biskut dia...
Kompom tak nyesal!
Untuk tahun ni kelas biskut dah buat bulan Mac ritu...
Cik Nad tak pegi pon...
Dah lama tak dapat join sebenarnya...
Sebab selalunya Cik Nad tak dapat nak balik Penang date yg ada kelas...
So far 2 kali jer dapat join...
Sekali masa sebelum kawen...
Sekali lagi yang tahun 2005 tu la, Haiqal pon kecit lagi masa tu...
Nangessss...rogi oiiii...best2 biskut dia!
Lain dari yang lain gitewww...

Ok lah...jom kita terjah resepi:


ALMOND CHOCOLATE CRYSTAL COOKIES.


BAHAN-BAHAN :

120 GRAM BUTTER
60 GRAM GULA ICING
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
150 GRAM TEPUNG GANDUM
30 GRAM CHOCOLATE FLAVOUR POWDER
10 GRAM SERBUK BADAM
10 GRAM ROASTED COCONUT (DIKISAR)

HIASAN :
BADAM BIJI & GULA CASTOR


CARA-CARANYA :
  1. SATUKAN TEPUNG GANDUM, CHOCOLATE POWDER, SERBUK BADAM & ROASTED COCONUT. KETEPIKAN.
  2. DALAM BEKAS YANG LAIN, PUKUL BUTTER, GULA ICING & ESEN VANILA HINGGA SEBATI. JANGAN MIX LAMA SANGAT TAU, MEMADAI SEMUA BAHAN DAH SEBATI.
  3. MASUKKAN BAHAN-BAHAN KERING YANG DISATUKAN TADI. SATUKAN KESEMUANYA HINGGA JADI DOH.
  4. CANAI DAN TERAP DENGAN ACUAN KEGEMARAN, SAPU KUNING TELUR ATAS BISKUT, LETAK BADAM SEBIJI DAN BAKAR.
  5. SETELAH SIAP DIBAKAR, GOLEK-GOLEKKAN BISKUT DALAM GULA KASTOR.


NOTA : CHOCOLATE FLAVOUR POWDER ni tak sama dengan koko powder tau. Bahan ni yang jadikan biskut kita uummphhh! penuh rasa coklat...aroma pun memikat! Harganya lebih mahal dari koko powder. So untuk kualiti biskut yang terbaik, gunakan original chocolate flavour powder ya.

26 June 2015

KUIH RAYA 2015 : TWIN CHERRY CORNFLAKES COOKIES

Assalamualaikum...
Korang dah buat kuih raya ker???
Cik Nad dah mulakan operasi pada 6 Ramadan...
Awal sangat ehhh???
Biasala laaa...
Hakak ko ni memang over...
Wakakakaka...
Takder la, ok apa siapkan awal2...
Cik Nad memang suka buat kerja relax2...
Enjoy gituuu...
Tak suka lah rushing2...
Nanti aku sendiri jugak yang tension...
Cuma yang jadi problemnya nak kena sembunyi balang biskut nih...
Kang sebelum raya dah habisss semua...
Nangessss mak!
Ni aku buatkan sekali untuk mak & mil...
Baik tak aku???
Ada ciri2 anak syorga tak???
Kahkahkahkah....
Harap takder yg muntah ijau baca statement berani mati mak ni yer!!!


TWIN CHERRY CORNFLAKES COOKIES
Simple jer bahan2 untuk biskut ni...
Tak renyah nak membuatnya pon...
Rasa pon sedap!
Ko guna pure butter lagiii sodap...
Rasa Crunchy2 premium butter gitew...
Anak2 Cik Nad suka sangat...
Abang Haiqal dah request nak kasik sebalang kat cikgu dia...
Boleh jer nak...Insyaallah...





Cantik tak???
Sweet jer kennn...
Gabungan cherry merah & ijau tu nampak berseri...
Naik serilah kekdahnya tu...
Kos nak buat biskut ni tak banyak pon...
Antara biskut paling murah bahannya kottt...
Tapi Insyaallah sedapppp...
Meh kita tengok resepinya...


TWIN CHERRY CORNFLAKES COOKIES

250 GRAM BUTTER
175 GRAM GULA ICING
1 BIJI KUNING TELUR
30 GRAM CORNFLAKES DIKISAR
20 GRAM TEPUNG JAGUNG
350 GRAM TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH ESEN VANILA

CARA2NYA :
  1. SATUKAN CORNFLAKES, TEPUNG JAGUNG & TEPUNG GANDUM. GAUL SEBATI DAN KETEPIKAN.
  2. DALAM BEKAS YANG LAIN, PUKUL BUTTER & GULA ICING (MIXER). 
  3. MASUKKAN TELUR DAN ESEN VANILA KEDALAM CAMPURAN BUTTER. JANGAN PUKUL LAMA SANGAT. AGAK DAH SEBATI SEMUA OK LA TU.
  4. MASUKKAN PULAK CAMPURAN CORNFLAKES DAN TEPUNG. SEBATIKAN SEMUA HINGGA MENJADI DOH.
  5. TERAP GUNA ACUAN KEGEMARAN ANDA DAN SAPU KUNING TELUR DIATASNYA. HIAS DENGAN POTONGAN CHERRY MERAH & HIJAU.


Selamat mencuba yer...
Semoga perkongsian ini bermanfaat...




19 June 2015

CISKUT ~ PEMANIS MULUT 1 RAMADAN.



Semalam tekak rasa nak makan ciskut...
Tapi kalau ikutkan Jadual Menu Berbuka Cik Nad
1 Ramadan nak buatkan puding oreo...
Haaaahhh...acaner tu???
Sebenarnya malas nak keluar gi beli oreo...
Susah kan bila nak masak bahan tak ada...
Tu yang pikir2 tukar jer la menu...
Ok..itu tipu!!! Muahahaha...
Sebenarnya nak buat ciskut pun kena gi beli biskut cream crackers...
Bahahaha...
Alaaa dah tekak meronta nak makan ciskut...
Kita tukar jer la...
Bukannya berdosa pon...
Kannnn...
Janji kerja memasak berjalan pantassss...
Tak nak lama2 sangat kat dapur...
Banyak lagi benda lain nak dibuat hoiiii...




Kebetulan bahan2 nak buat ciskut ada jer kat rumah ni...
Cuma gi kedai beli biskut empat segi tu...
Nak buatnya pon sekejap jer...
Sappp sappp soiiii...
Dah siap!




Taknak citer la cemana nak buatnya...
Korang semua pon dah tau kan...
Cik Nad buat versi tabur nestum kat atas tu...
Ada orang buat tabur milo atau serbuk biskut oreo...
Suka ati la..ikut selera masing2...
Cik Nad letak nestum sebab tak manis...
Milo oreo tu rasa manis skit kannn...
Terpulang la tuh!
Dan satu lagi...
Cik Nad letak sikit sunquick dalam campuran cream cheese + susu pekat...
Kalau ikut tekak hakak ni...
Muak sikit kottt kalau rasa cheese susu sesaja...
Ada rasa oren sikit...baru best!

Hari ni ada lagi ciskut ni balance yg semalam...
Simpan dalam peti ais, boleh tahan lama kannn...
So 2 Ramadan punyer pemanis mulut pon Ciskut jugakkkk...
Kalau arini pon tak abisss...
3 Ramadan punyer pemanis mulut pon Ciskut jugakkk...
Hahahaha...senang kerja aku camni!
Ok la tuuu...
Anak-anak pon suka...:)
Errr tapi tak tau laaaa...
Kalau sampai 3 hari berturut dok menghadap Ciskut, kot ada yang termuntah gamaknya...
Kahkahkah....

Ok la, Selamat berpuasa korang...
Lepas berbuka, Jom terawih!



AYAM MASAK MERAH IBU MERTUAKU.

2 RAMADAN.

Assalamualaikum...

Motif nama resepi ni ada "ibu mertuaku" kat belakang???
Ngehhh...ngehhh...ngehhh...
Ofkos la sebab ni resepi dari mak mertua ai...
Cik Nad pun tak sure mak mertua Cik Nad ingat lagi ker tidak dia ajar Cik Nad masak ni...
Lamaaa dah dulu...
Masa hakak baru2 kawen...
Teman mak mertua masak kat dapur...
Sambil sembang2, mata aku menjeling tengok cara dia masak...
Hahaha...dasar mata keranjang kan!!!
Pastu masuk bilik terus tulis resepi ni...
Sampai hari ni kalau nak masak ayam masak merah, memang ikut resepi ni...
Ikut tekak iols resepi ni memang paling win...
Menu berbuka semalam nasi tomato + ayam masak merah ni...
Memang masyukkkk...

Hokey...
Cik Nad sharekan resepi ibu mertuaku ni yer...
(Harap2 mak mertua aku tak saman!)


Ayam Masak Merah Ibu Mertuaku.


BAHAN-BAHAN :

1 EKOR AYAM 
2 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS
SEDIKIT DAUN PUDINA
KELENGKAP PENUMIS
2 CAMCA BESAR SERBUK CILI
1 CAMCA BESAR REMPAH KURMA
1 CAMCA BESAR REMPAH DAGING
1/2 CAWAN SUSU CAIR
1/2 CAWAN TOMATO SUP atau 2 CAMCA BESAR TOMATO PUREE
GARAM + GULA SECUKUP RASA

BLEND :
5 BIJI CILI MERAH
2 BIJI TOMATO
2 BATANG SERAI
2 BIJI BAWANG BESAR
SEINCI HALIA
4 ULAS BAWANG PUTIH


CARA-CARANYA :
  1. PANASKAN MINYAK + SEDIKIT MINYAK SAPI JIKA SUKA.
  2. TUMIS KELENGKAP PENUMIS, BAWANG BESAR YANG DIHIRIS DAN BAHAN YANG DI BLEND.
  3. LEPAS DAH NAIK AROMANYA, MASUKKAN SECAWAN AIR. TERUS MASUKKAN SERBUK CILI, REMPAH KURMA DAN REMPAH DAGING. GAUL SEBATI DAN BIAR REMPAH MASAK. KALAU PEKAT TAMBAHKAN AIR SIKIT.
  4. MASUK SUSU CAIR DAN TOMATO SUP. 
  5. LEPAS KUAH DAH SEBATI MASUKKAN AYAM.
  6. PERLAHANKAN API DAN BIAR AYAM MASAK. PERASAKAN GULA + GARAM SECUKUPNYA.
  7. SETELAH AYAM MASAK, TABUR DAUN PUDINA DI ATASNYA.


*kalau ko nak goreng dulu ayam pun boleh, tapi goreng sikit ala2 manja gitu la..jangan goreng sampai garing sangat


18 June 2015

DAGING MASAK HITAM ALA UTARA

Salam Ramadan Kareem...
Alhamdulillah dah masuk bulan mulia ni yer...
Cik Nad is happy giler...
Nak2 lagi semua rancangan yg Cik Nad plan berjalan lancar...
Setakat ni laaa...
Hopefully esok2 pun semuanya dipermudahkan...
Tapi tu la kannnn...
Pentingnya planning dalam kehidupan seharian kita...
Bak kata omputeh...
"PLAN YOUR WORK...AND WORK YOUR PLAN"
Gitewww...
Ehhh housewife, mak2 pon kena ada planning cantekk tau...
You dont play2...
Timetable is sangat penting hokeyyy...
Barulah kita boleh manage time sebaiknya...
Sekarang ni semua kerja rumah hakak dah settle...
Sementara tunggu solat Asar sempat buat entry kejap...
Ngeheee...

Korang makan apa bersahur tadi???
Cik Nad masak simple jer...
Daging masak hitam ala utara & Sambal tauhu...
Daniel punya permintaan...
Memandangkan hari ni first day budak tu berpuasa...
Mak layankan jer laaa...
Lagipun daging masak hitam ni feveret Encik Abah jugak...
Memang sedap resepi ni...
Makan dengan nasik putih pon boleyyy...
Dengan nasik minyak pon masuk jugak!!!





Sebenarnya Cik Nad terlupa nak ambik gambar...
Dah abis makan baru teringat...
Dasar sangat kan!!! Kahkahkah...
Dah tu aku terpaksa la edit sket letak frame keliling lauk tu...
Tak la nampak comot sangat!!!
Hahaha...aci la yer camtu???
Hakak fenin la koranggg first day bersahur kekdahnya...
Oklah...meh kita jenguk resepi...


DAGING MASAK HITAM ALA UTARA.

BAHAN-BAHAN :
1 KG DAGING
1-2 BIJI BAWANG DIHIRIS
KELENGKAP PENUMIS
SEGENGGAM DAUN PUDINA
1 CAMCA BESAR REMPAH KURMA
2 CAMCA BESAR SOS TOMATO
2 CAMCA BESAR KERISEK
1/2 CAWAN KICAP MASIN + KICAP MANIS


BLEND :
30 TANGKAI CILI KERING
2 BIJI BAWANG BESAR
4 BIJI BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
3 BATANG SERAI
2 BIJI BUAH KERAS
1 BIJI TOMATO


CARANYA :
  1. PANASKAN MINYAK. TUMIS KELENGKAP PENUMIS (kayu manis + buah pelaga + cengkih + bunga lawang), BAWANG DIHIRIS DAN DAUN PUDINA. BIAR SEKETIKA HINGGA WANGI.
  2. MASUKKAN BAHAN YANG DI BLEND. KACAU SEBATI. 
  3. MASUKKAN REMPAH KURMA, SOS TOMATO, KERISEK DAN KICAP. GAUL SEBATI. TAMBAH AIR JIKA TERLALU PEKAT.
  4. AKHIR SEKALI MASUKKAN DAGING. BIARKAN HINGGA DAGING EMPUK. TAMBAH AIR JIKA PERLU.
  5. PERASAKAN DENGAN GARAM SECUKUP RASA.


Simple dan sedap...
Cubalah...:)



Ni pulak sambal tauhu hakak...
Orang Penang panggil sambal taukua...
Hahaha...
Alhamdulillah berselera suami & anak2 bersahur tadi...


20 May 2015

RESEPI CONGO BAR



Assalamualaikum...
hai...
Apa khabar korang???
Hari ni Cik Nad nak share resepi congo bar...
Pada yang follow fb Cik Nad mesti dah tengok kan Cik Nad upload pic ni...
Sorry la lambat sket nak update resepi kat blog...
Banyak sungguh aktiviti Cik Nad semenjak dua menjak ni...
Tapi takper...mak happy life cenggini, Alhamdulillah...

Ehhh citer pasal congo bar ni kannn...
Ada yang tanya Cik Nad congo bar ni biskut ker kek...
Hahaha...
Aku suka nak jawab ni...
Congo bar ni kiranya sejenis makanan yang mengalami krisis identiti...
Gituuuu...
Sebabnya dia antara kek dgn biskut...
Unik kan!!!
Tapi apapun yang pasti benda alah ni memang sedap...
Boleh simpan lama jugak ni...
Masuk dalam tupperware boleh jer bertahan seminggu dua...
Tak payah masuk peti ais tau...

Okeylah taknak bebel panjang2...
Jom kita share resepi...


BAHAN-BAHAN :

315 gram tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
150 gram butter
240 gram gula perang
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
300 gram chocolate chip
100 gram badam hiris

*Loyang 10x10

CARA-CARANYA :

  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. Kemudian gaul bersama chocolate chip dan badam. Ketepikan.
  2. Satukan butter dan gula perang, gaul sebati. Tak payah guna mixer tau.
  3. Masuk telur satu per satu dan gaul rata.
  4. Masukkan campuran tepung tadi. Kaup balikkan hingga sebati. Jangan over gaul pulak, nanti choc chip & badam tu hancur tak sedap jadinya.
  5. Tuang dan ratakan dalam loyang yang digris dengan kertas minyak. Kalau ko nak tabur lagi choc chip & badam kat atas tu boleh jer...terpulang.
  6. Bakar selama 30 minit pada suhu 170.
Simple jer kan...Insyaallah semua orang pun boleh buat...:)
Kalau ko nak tempah dengan Cik Nad pon boleyyyy...
Whatsapp jer ke Dapur Comel Cik Nad - 019 2802910...


saja nak share workstation Cik Nad...mihmihmih...



Assistant cilik mama...:)

07 May 2015

CHEEZY CHOCOLATE LAYER.

CHEEZY CHOCOLATE LAYER


Hai korang...pekabor?? Hari ni Cik Nad nak share resepi cake CHEEZY CHOCOLATE LAYER...Kalau korang ikut fb & ig Cik Nad mesti dah tengok Cik Nad upload pic kek ni kannn? Pastu Cik Nad dah janji nak share resepi kannn...pastu agak lama jugak hakak menghilang kannn...
Sorryyyy korangggg...hampun!!! Ai tak sengaja tau...biasa lerrr mak anak tiga kannn...harus bizi memanjang...Terpaksa dulukan mana yang penting...gitu kekdahnya!

Hokeyyy...sekarang kita share resepi kek yang bessttt sangat tu yer...series best tau kek ni...nak buat pun sonang jer...rasanya memang wallaweyyyy...Jom kita terjah resepi :



**FIRST STEP --- SEDIAKAN KEK.

BAHAN-BAHAN :
350 GM COOKING CHOCOLATE
225 GM BUTTER
500 ML AIR
3 BIJI TELUR
300 GM GULA CASTOR
400 GM TEPUNG NAIK SENDIRI

CARA2NYA :
  1. MASAK BUTTER & COOKING CHOCOLATE DALAM PERIUK MENGGUNAKAN API SLOW. KACAU HINGGA MELT. KEMUDIAN MASUKKAN AIR DAN KACAU SEBATI SEMUANYA. KETEPIKAN.
  2. PUKUL TELUR DAN GULA MENGGUNAKAN MIXER. SETELAH GULA HANCUR, MASUKKAN CAMPURAN COKLAT TADI.
  3. SAMBIL DIPUKUL PERLAHAN, MASUKKAN PULA TEPUNG SEDIKIT2 DAN GAUL SEBATI.
  4. TUANG KE DALAM LOYANG 8" DAN BAKAR.
nota : Adunan ini agak cair, jadi pastikan ianya dibakar dengan suhu yg lebih rendah & tempoh yg lebih lama...


**2nd STEP --- SEDIAKAN FILLING.


BAHAN-BAHAN:

250 GM FRESH CREAM
125 GM CHEESE
30 GM GULA CASTOR
60 GM INSTANT CUSTARD
165 GM SUSU CAIR
SEDIKIT ESEN VANILLA
100 GM COOKING CHOCLATE
1 SUDU BESAR SERBUK KOKO


CARA2NYA :
  1. PUKUL FRESH CREAM HINGGA KENTAL DAN KETEPIKAN (refer gambar no.1)
  2. PUKUL CHEESE, GULA, VANILLA. SEMENTARA TU KACAU SEBATI INSTANT CUSTARD + SUSU CAIR. KACAU GUNA SUDU JER TAU. KEMUDIAN MASUKKAN CAMPURAN INSTANT CUSTARD KE DALAM CAMPURAN CHEESE. PUKUL SEBATI. (refer gambar no.2)
  3. MASUKKAN FRESH CREAM TADI DAN TERUS PUKUL HINGGA SEMUANYA SEBATI. (takder gambar, lupa nak snap!)
  4. CAIRKAN COOKING CHOCOLATE + SERBUK KOKO (refer gambar no.3)
  5. TUANG COOKING CHOCOLATE KE DALAM ADUNAN FILLING DAN GAUL SEBATI SEMUANYA DENGAN SPATULA (refer gambar no.4)
**3rd STEP --- POTONG KEK MENJADI 3 LAYER. (rujuk gambar dibawah)

Add caption
**4th STEP --- LAYERKAN KEK DENGAN FILLING.

BAHAGIKAN FILLING TADI KEPADA 3 BAHAGIAN...LEPA BAHAGIAN PERTAMA ATAS KEK DENGAN FILLING DAN TANGKUP KEK LAYER KEDUA DIATASNYA...SAPU LAGI FILLING DAN TANGKUP KEK SETERUSNYA DIATAS...BAHAGIAN FILLING YANG KETIGA PULA, RATAKAN DIATAS KEK DAN SEKELILINGNYA. MASUKKAN KEK KE DALAM PETI SEJUK SEKETIKA SUPAYA MENJADI SEDIKIT KERAS. (refer gambar dibawah)



**5th STEP --- FINALLY SEDIAKAN GANACHE DAN TUANG KE ATAS KEK.


nota : Cik Nad guna cara diatas ni utk ganache...so far ok...kek jadi moist2 gitu...tapi kalau korang nak guna cara2 lain yang korang selesa boleyyy jer! Kan ada banyak cara untuk sediakan ganache...Cik Nad dapat resepi ganache ni dari seorang aunty yang baik hati...jumpa kat kedai bakery jer pun..:)

Okey...selamat mencuba yer...
Babai...

26 March 2015

RESEPI BEEF MUSHROOM PIE...

Assalamualaikum...
Hai...hai...hai...

Cik Nad dah nak tidoq sebenarnya tadi...
Tetiba teringat, last week CikNad ada update status di fb...
Letak pic Beef mushroom pie yang ai buat...
Pastu ada la yang mintak nak share resepi...
Cik Nad pulak beriya janji nanti nak upload resepi kat blog...
Alololo...ahkak mintak mahap bebanyak yer...
Ai is terlupa...
Maklum laaa sel-sel otak banyak yang dah putus...
Memanjang terlupa!!!

Okey, dah aku teringat tetiba ni...
Meh kita share resepi...
Sila...sila...

BEEF MUSHROOM PIE...


BAHAN-BAHAN:-
Puff pastri jenama kawan (saiz 4 inchi x 4 inchi)
1 bijik kuning telur dupukul
400 gram daging lembu segar dicincang (nak guna daging kisar pun boleyyy)
2 bijik kentang dipotong dadu
1 bijik bawang besar dipotong dadu
1 bijik capsicum dipotong dadu
1 tin button mushroom (sebiji dipotong 4)
sedikit halia + bwg putih ditumbuk
1 tin mushroom soup Campbells
sedikit lada hitam
sedikit garam

CARA-CARA UTK FILLING PIE:-
1) Tumis bawang besar dan halia + bwg putih
2) Masukkan kentang dan daging..gaul sebati...kalau perlu tambahkan sedikit air...biarkan daging dan kentang empuk
3) Setelah empuk, masukkan bahan2 yang lain kecuali puff pastri dan kuning telur.. Gaul sebati...Perasakan secukupnya.
4)Sejukkan seketika...


***Dah siap filling tu senang jer la...Cik Nad guna puff pastry jenama kawan, banyak di pasaran kan...Alaaa tak koser la ai nak uli2 tepung nak buat kulitnya tu...kerajinan untuk itu tidak kunjung tiba...kihkihkih...

So, kerat dua sekeping pie tadi...letak filling pada satu bahagian...tutup dengan sebahagian lagi tu...
Tekan-tekan dengan garfu dikelilingnya untuk buat pie kita melekat..Then cucuk2 dengan garfu kat atas dan sapu kuning telur...Atas sapuan telur tu ko nak tabur lada hitam skit pon boleh gak...

Satu lagi cara...lepas letak filling pada satu bahagian...kita kelar2 skit bahagian yang satu lagi, yang nak letak di atas tu...biar nampak comey bercorak gitu...pastu cam biasa la tekan2 kelilingnya dgn garfu dan sapu kuning telur diatas...Siap untuk dibakar...



NOTA : #Tak perlu bakar lama sangat sebab fillingnya dah sedia masak...agak2 kulitnya tu nampak 
                dah golden cantik...terus boleh angkat...
              #Cik Nad bakar pada suhu 190 darjah utk 25 minit...
              #Puff pastry jenama Kawan ni memang Cik Nad highly recomended...especially utk
                beginner...


Selamat mencuba yer korang....
Sedap buat minum petang ni...:)



Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015