FOLLOW

25 July 2014

BALIK KAMPUNG.

Yesss balik kampung...mesti semua orang tergedik-gedik nak balik kampung kan...nak-nak lagi time nak sambut raya camni. Memang tak dinafikan, semua perantau dah rindu sangat nak balik beraya bersama keluarga tercinta. Cik Nad sekeluarga pon camtu la jugakkk...teruja sangattt!!! Yang paling happy dah tentu la anak-anak. Rasanya diaorang dah seminggu dok excited!

Tapiii kannn...haaa mesti ada jugak tapinya kan! Hahaha...ada 2 tapi disini. Setiap kali nak balik kampung Cik Nad ada 2 problem.
  • Yang pertama : PACKING BARANG - sumpah ni laaa perkerjaan yang paling Cik Nad tak suka. Anak 3 orang, dengan mak pak nyer sekali...5 orang semuanya. kalau balik seminggu, cuba bayangkan baju yang nak dibawa. Tu baru cerita baju tak kira lagi barang-barang lain...susu, pampers, bedak, minyak rambut, sikat...bla..bla..bla...Nak-nak anak dara Cik Nad tu...dengan klip rambut dia, anak patung lagi..pitam mak dia hooiii! Jenuh nak kutip barang. Nanti sebelum balik KL kena makesure pulak semua yang dibawa tu dikutip balik. Huwarrgghhh...
  • Yang kedua : JAMMED - Haaa yang ni memang semua pengguna jalanraya cuak kannn...aiiihhh tak sanggup mak! Sekarang ni kira ok la jugak, KL - Penang 4 jam jer...kalau tak jam la. Dulu masa bebedak ni kecik-kecik lagi kitaorang tinggal di Kerteh, Terengganu. Yang ni memang takder ampun punya, 8 jam tau! Kalau anak tak meragam takper, mau datang angin kus-kus...meroyan mak diaorang dalam kereta dibuatnya. Tapi mujur jugak Encik Suami Cik Nad ni boleh dikatakan terror la jugak planning time perjalanan. Selalunya dia pilih time cun untuk bertolak, elakkan kitaorang terjebak dengan jam. Rimas ooiii dok dalam kereta lama-lama. Harap-harap kali ni pon kami terlepas dari terjebak dengan jam. 

Antara barang yang dah siap packing


Yang ni semua dah siap iron, nanti nak pakai touch up sikit2 jer, kat mana yang nampak line2 tu.


Kuih raya serba sikit untuk mak & mak mertua. Belum masuk beg lagi!

Ni semua barang-barang utama yang akan masuk bonet. Yang sampingan pon boleh tahan jugak...cth: kasut, beg telekong, beg susu, pampers...hehe..meriah kan!!! (sambil senyum tak ikhlas) Wajib juga bawa mainan anak-anak serba sikit, biar diaorang boleh main-main sikit dalam perjalanan. Budak-budak ni kalau takder akviti boleh pitam mak pak nak handle diaorang! Lagi..dengan laptop, tab, charger bagai...allaaaa kalau nak list satu-satu, boleh sawan Cik Nad kat sini tau!

Apa-apa hal pon...balik kampung tetap dinantikan...tambah-tambah nak balik raya ni...syahdu semacammmm jerrr...kannn!!! Yang paling penting untuk anak-anak...keceriaan di wajah anak-anak adalah segalanya untuk mama diaorang ni...:) Asalkan korang bahagia anak-anakku....
Insyaalah selepas 2 jam dari entri ni, Cik Nad & family akan bertolak balik Penang...Semoga semuanya berjalan lancar. Kali ni adik Cik Nad yang belajar di UM tu pon nak follow kitaorang.

Budak bertiga ni la yang over excited tiap kali balik kampung. Suruh diaorang balik sendiri naik basikal tu...baru ada akai!!!

BE KIND WHENEVER POSSIBLE, LET'S SPREAD LOVE...







23 July 2014

ALAHAI...ANAK POMPUAN MAMA!

Syamim Nur Izzah Bt. Mohd Shah Naz....ni lah sesatunya anak pompuan Cik Nad...dia la bidadari dalam keluarga kecil kami. Cik Nad & encik suami sangat bersyukur dengan anugerah Allah yang tak ternilai ni...Alhamdulillah!

Sekarang Syamim dah 4 tahun, dah bersekolah. So far Alhamdulillah dia langsung takder masalah nak ke sekolah. Mula-mula dulu ingatkan dia mesti melalak bila gi sekolah..tapi rupanya kuat jugak budak ni. kalah abang-abangnya...hehe...Abang Haiqal & Abang Daniel mula-mula sekolah dulu  'banjir' jugak...hehe...tapi Syamim relaks jer. Dia ada survivor spirit cam mama dia agaknya! Kihkihkih...yea la...mama dia korang campak kat mana pon, insyaallah boleh hidup punya. Sebab tu Cik Nad tak pernah kisah husband nak kena transfer ke mana pon...aku redah jer...:)

Sebenarnya nak citer ni pasal keterujaan Cik Nad pada perkembangan terkini Syamim. Al-kisah lepas buka puasa semalam Cik Nad pon bizi la dok kemas di dapur. Tetiba Si Syamim datang ambil penyapu, sambil lalu tu dia cakap "Syamim tolong mama sapu ok"...Cik Nad angguk jer. Dalam ati Cik Nad ingat banyak la ko punya nak tolong! haha...Dah habis kemas dapur Cik Nad pon keluar la ke ruang makan...Tetibaaaa.....

Dah beresss ko...bersih dah anak dara Cik Nad sapukan. Wahhh terharu mak! Tetiba rasa touching...Ya Allah, dah besar rupanya anak pompuan mama ni! Dah boleh tolong mama yea...alololo...Series mama terharu nih! Pandai pulak dia kumpulkan dulu makanan yang tumpah ke satu tempat, pastu tolak masuk dalam penyodok. Siap tarik kerusi semua ke tepi tau...sebijik macam gaya Cik Nad menyapu. Nampak sangat dia perhati apa yang kita buat kannn...Terkebil-kebil mama dia dibuatnya!

Hmmm...dan semalam si mama yang over acting ni pon sebelum tidur dok flashback memory sejak Syamim kecil...alahaiii cepatnya masa berlalu...Sempat la Cik Nad berdrama seround sambil kenangkan kenangan masa anak-anak kecik dulu. Muahaha...

Syamim Nur Izzah bersama Abang Daniel...cinta hati mama!


BE KIND WHENEVER POSSIBLE, LET'S SPREAD LOVE....

22 July 2014

SHAHIZZ DANIEL @ CIC RAMADHAN ROADSHOW

Hari Sabtu yang lepas, 19 Julai 2014 school Abang Daniel (CIC) ada buat Ramadhan Roadshow di AEON AU2 Setiawangsa. Punya la excited Si Danel tuuu...dia memang suka sangat benda-benda camni...

Sebenarnya dari bulan lepas lagi Abang Daniel dah bagitau yang dia terpilih untuk wakili centre CIC Melati Utama untuk Ramadhan Roadshow. Teacher Ain kata 7 orang student jer yang terpilih...Haiihhh happy giler Daniel dah macam terpilih mewakili Malaysia ke Sukan SEA! Hahaha..
Tapi Cik Nad kena hati-hati jugak memuji si abang ni...risau Syamim terasa hati pulakkk...Syamim tak terpilih...tapi yang Cik Nad tau budak 6 tahun jer yang teacher pilih. Relax yer Syamim...hehe..

Program start pukul 2 petang, tapi awal-awal lagi Daniel dah siap kat rumah...sempat posing kejap, tu Si Syamim pon tumpang sekaki. Errr kenapa diaorang tadah tangan camtu, entah..Cik Nad pon tak pasti...gasak korang laaa...hahaha

 Al-kisahnya hari tu kami yang sampai paling lewat...huhu...yeala, kitaorang tunggu sembahyang zohor dulu baru keluar..hehe...tak boleh camtu ek? Alaaa susah la nak carik surau kat shopping complex nanti...Tapi ok la, takder la lambat sangat...just nice gitew. Cuma teacher Ain dah 2-3 kali call mama..hehe...diaorang cuak ketua kumpulan tak sampai-sampai! Ha ahhh Abang Daniel ni jadi ketua kumpulan , kena berucap sikit sebelum persembahan...bukan main ko Daniel...:) Sampai jer situ terus Teacher Fifi touch up Abang Daniel...tersipu-sipu dia dipakaikan lipstick...Hhahah

Ni la stage diaorang


Haa...ni budak-budak comel 7 orang yang mewakili CIC Melati Utama...Diaorang perform Tarian Zapin...cute sangat! Semuanya ada 8 branch CIC yang ambil bahagian...Semoga kesemua anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan berjaya, Amien...

Untuk Muhammad Shahizz Daniel B. Mohd Shah Naz...
"Mama bangga dengan Abang Daniel...
Semoga membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang baik...
Mama akan sentiasa ada di sisi Daniel ketika susah dan senang...
Mama loves u sayang..."


BE KIND WHENEVER POSSIBLE, LET'S SPREAD LOVE...




15 July 2014

BISKUT KELAPA CRUNCHY...



Salam...biskut raya Cik Nad yang pertama untuk 2014 dah siap!!!
Haaa dah siap...nak tau tak punyalah jenuh nak start! Fuhhhh....apa masalah sebenar Cik Nad pon tak tau. Yang pastinya Cik Nad dah tak serajin dolu-dolu...huhu...Errr tapi memang la kan...anak dah 3 orang sekarang, komitmen pon semakin bertambah...macam2 nak kena pikir, macam2 nak kena buat..jadual harian semakin padat. Hok aloh...macam dahsyat la sangat kau Cik Nad...haha...drama la tu!

Okeyyy dah stop melalut tu! Now kita share resepi ok...resepi biskut kelapa crunchy ni simple sangat, sesuai untuk orang ''rajin'' cam Cik Nad...hehe...Tapi rasanya sedap tau...iyerrr series! Cik Nad yang baik hati ni mana suka nak tipu-tipu...not good okey, tambah2 bulan posa ni. So sesiapa yang nak try biskut yang senang dan sedap, boleh la try...Insyaallah...


BUSKUT KELAPA CRUNCHY

Bahan-bahan:
250 gm butter
2 biji kuning telur
200 gm gula kaster
100 gm tepung ubi
100 gm tepung gandum
200 gm tepung jagung
50 gm tepung kastad
2 sudu besar badam keping
100 gm kelapa parut-sangai hingga kekuningan
1 sudu teh esen vanila
Secubit emplex
Paper cup secukupnya
Hiasan - suka ati!

Cara-caranya:
  1. Putar butter, gula kaster, kuning telur dan esen vanila hingga sebati. Jangan lama sangat putar tu tau...kalau lembik sangat nanti tak crunchy biskut, kau jangan salahkan Cik Nad! Agak-agak dah sebati tu kira okey dah la.
  2. Dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan-bahan kering - tepung ubi, tepung gandum, tepung jagung, tepung kastad, badam keping, kelapa parut & emplex. Gaul semua bahan biar sebati. 
  3. Masukkan bahan-bahan kering tadi kedalam campuran butter dan uli hingga jadi doh.
  4. Seterusnya buat bulat-bulat dan masuk kedalam paper cup.
  5. Sapu kuning telur diatas biskut dan decorate la camner pon yang korang suka...nak tabur hundred thousand ker...letak badam ker...cherry ker...chocolate rice ker...suka ati ler..ikut citarasa sendiri ok. 
*Cik Nad gantikan tepung gandum dengan tepung red rose...rasanya red rose paling elok untuk buat biskut.
*Kalau korang rasa tak nak buat bulat-bulat, boleh jer canai dan terap ikut bentuk yang korang suka.

Okey, selamat mencuba....

cantik kan masa kat dalam oven..golden gitu! Bau nyer jangan citer la...hmmm


BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!


12 July 2014

GAZA BERDARAH LAGI...

Salam Ramadhan...

Cik Nad rasa sekarang ni semua orang tengah bersedih dengan kejadian di Gaza kan..yea ini bukannya pertama kali Gaza berdarah, tapi memang setiap kali peristiwa Gaza diserang akan membuatkan jiwa setiap umat Islam di seluruh dunia bagai disiat-siat...sedih dan marah...

Bagi diri Cik Nad sendiri, secara peribadi peristiwa ini memang terkesan di hati...sedih...tak tau nak citer camna. Setiap benda yang dibuat rasa tak kena...fikiran Cik Nad sentiasa melayang ke Gaza. Mujur la sekarang ni zaman FB...banyak informasi yang boleh kita dapat dari FB kan, Alhamdulillah. Dalam sehari entah la berapa ratus kali Cik Nad buka FB...nak tau keadaan semasa kannnn. Jadual harian Cik Nad pon dah huru-hara skit...sedih bai...jiwa kacau!!!

Perasaan kita jadi tak terkawal kan bila tengok gambar2 keadaan di Gaza yang di upload di FB. Cik Nad yakin bukan Cik Nad seorang jer...semua orang pon sama...kannn??? Yesss setiap manusia yang ada hati tak akan tergamak melihat penderitaan di Gaza. Tak kira la orang Islam atau bukan Islam...selagi korang ada hati dan perasaan!!!




Ya Allah...Ya Allah...hati mana yang tidak tersentuh? Naluri keibuan Cik Nad bagai dihiris melihat anak2 syurga ini...

sabarlah sayang, wahai anak2 palestin...syurga lah tempat kalian. Sesungguhnya kalian anak2 yang hebat...yang Allah pilih untuk berdepan dengan dugaan maha hebat...Kalian lah putera puteri syurga firdausi yang gagah berani menjulang panji-panji Islam...Tabahkan hatimu sayang...Sesungguhnya janji Allah itu pasti...Dan...maafkan kami yang lemah ini...Kami hanya mampu berdoa bersama linangan airmata diatas setiap pendertaan yang kalian hadapi...hati kami marah, tersangat marah...Tapi kami insan lemah, kami tidak mampu berbuat apa2 selain berdoa! Maafkan kami...


Sesungguhnya dalam Al-Quran Allah telah menceritakan tentang pergolakan di Palastin, malangnya kita hamba Allah yang sentiasa lalai...kita baca Al-Quran tanpa memahami isi kandungannya. Ampunkan hambaMu yang sentiasa leka ini Ya Allah...Cik Nad bukan lah orang yang selayaknya untuk mengupas ayat2 Al-Quran..tapi kita sebagai umat Islam memang meyakini sedalamnya bahawa pertolongan Allah akan tiba di Palastine. Bumi warisan anbiya' itu akan terbela...kemenangan akan berpihak kepada Islam dan musuh2 Islam akan dihancurkan!!! Itu janji2 Allah...Teruskanlah kita berdoa...semoga doa2 kita menjadi kekuatan untuk saudara2 kita di Palestin..Insyaalah...


Tentera Al-Qassam...Selamat berjuang...kalian lah tentera2 Muhammad...keberanian kalian umpama Singa Allah...Teruskan perjuanagn sucimu...Doa kami sentiasa untuk kalian...Bersedialah wahai Israel Laknatullah untuk berdepan dengan kemaraan Tentera Muhammad ini!


Jangan kita berhenti dari berdoa untuk Gaza...Maaflah coretan Cik Nad kali ini agak beremosi...dah takder sembang santai...:) Tak mampu beb...jiwa ni dah tak mampu nak santai2 bila kenangkan nasib saudara2 kita yang teraniaya tu....

BE KIND WHENEVER POSIBBLE....LET'S SPREAD LOVE!

06 July 2014

AKU & KUIH RAYA...

Aku dan kuih raya...memang nostalgia sangat bila Cik Nad fikir pasal kuih raya! Sebenarnya Cik Nad ni dari kecik-kecik dulu memang minat giler buat-buat biskut  ni. Start jer bulan puasa mula la Cik Nad terkinja-kinja suruh mak buat kuih raya...dan selalu la jawabnya Cik Nad kena marah dengan mak...sebabbb orang baru puasa 2-3 hari aku dah bising nak buat kuih raya. Mak Cik Nad pulak jenis yang suka buat kuih raya hujung-hujung ramadan gitew! Dah puasa 25 hari baru dia nak start episod kuih raya..makan hati betul Cik Nad tau!!!

Episod seterusnya ialah selepas Cik Nad dah berkahwennnn...hahaha...duduk rumah sendiri kannn soka ati aku lerrr...Ingat lagi masa first year bulan puasa lepas kawen tu Cik Nad tengah pregnant, rasanya 3 bulan kot time tu...Tapiii gigih kau...aku buat 6 jenis biskut, dan setiap jenis anggaran 300 biji! Cer kau calculate...berapa??? Haaa dan semua tu Cik Nad buat sensorang tau! yes...absolutely sensorang! Takder maknanya Encik Asben aku nak tolong...tu bukan bidang dia katanya! Ok , fine...Tak jadi hal pon, sensorang pon laju gak kerja Cik Nad. Minat punya pasal kannn...Yeahaaa!!!

Tahun kedua selepas kawen, Cik Nad melangkah lagi setapak dalam bidang kuih raya ni dengan open order dari kengkawan dan sedara mara. Tak silap Cik Nad ada 6 jenis biskut yang Cik Nad buat. Dannn kau jangan tak tahu, sambutan yang Cik Nad terima sangat-sangat laaa di aluar jangkaan. Rasanya Cik Nad terima tempahan dalam 7000 biji. Hahhh hambek kaw 7000 biji tu! Yang parahnya time tu Cik Nad takder sesiapa yang bantu...mampu ker sensorang nak buat??? Masa tu pulak Haiqal baru setahun...cer bayangkan! mujur la Mak mertua Cik Nad tolong tengok-tengokkan Haiqal.

Tapi tu arr...orang kata apa-apa hal pon pengalaman tu penting kannn! Memang betul..tanpa pengalaman Cik Nad gagal berikan yang terbaik untuk customer...sobbb...sobbb...sampai arini sedih tau bila kenangkan. Kesilapan pertama ialah Cik Nad ghairah sangat ambik order tanpa pikir panjang...kan aku takder pembantu, sepatutnya hadkan jumlah order. Sample yang Cik Nad buat memang best giler laaa sebab sikit jer kan buat sample tu, satu adunan jer. Maka tergoda la customer! Tapiiii sumpah tauuu...takder niat sikit pon nak tipu customer. Bebetul tak terfikir ...bila buat sensorang dengan kuantiti yang banyak, ada anak kecik lagi pulak tuuu...memang susah sangat nak control quality..series! Huhu...Selain tu, Cik Nad jadi stress jugak sebab masa buat sample, bahan-bahan bakery semuanya Cik Nad beli di KL. Bila nak siapkan tempahan Cik Nad beli pulak bahan-bahan di Penang. Rupanya, disitu pon jadi masalah jugak sebab ada antara bahan -bahan yang quality nyer tak sama. Ahhhhh.....

Sedih kauuu...Memang sedih sangat bila hasil tempahan biskut yang Cik Nad siapkan dengan susah payahnya tapi kurang menjadi! Ermm kurang menjadi tu maksud nyer tak sama dengan sample. Mesti customer tak suka kannn...Iyer laa kalau Cik Nad jadi customer pon mesti frust! Tapi yang peliknya takder plak customer yang bersungut! Langsung Cik Nad tak terima komplen! Kenapa erk?? Kompius jugak...Agaknya diaorang malas nak bising-bising kottt..agaknya la. Tapi...bagi diri Cik Nad, sendiri mau ingat la kannn...Memang ni pengalaman la buat Cik Nad, belajar dari kesilapan.

Untuk tahun berikutnya pulak, Cik Nad bertekad untuk membetulkan semua kekhilafan. Cik Nad open order lagi 6 jenis biskut. Hmmm jumlah tempahan yang diterima dah menurun..Kihkihkih...Rasakan kau Cik Nad!!! Tapi takper, Cik Nad positif jer bab-bab gini. Kali ni memang best, berbekalkan pengalaman yang ada...boleh dikatakan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah...:)
Yang paling memberi kepuasan pada Cik Nad ialah pujian yang diterima dari customer. Senyum sampai telinga aku nih tau! Bukan la Cik Nad ni gilakan pujian...ahhh takder maknanya! Tapi itu la...maknanya customer berpuas ati dengan biskut Cik Nad. Sampaikan lagi 2-3 hari nak raya pon ada lagi yang nak repeat order..ishhh tak kuasa tau! Tak berani dah aku buat kerja kelam-kabut, nanti quality kelaut baru korang tau...hehe...pengajaran dari pengalaman yang lalu..:)

Tahun 2009 adalah tahun terakhir Cik Nad berbisnes kuih raya nih...masa tu Cik Nad di Kerteh. Hmmm buat sikit-sikit jer...kawan pon tak ramai di Kerteh. Lagipun susah nak jumpa bakery supplier kat sana. Di Kemaman ada la satu, tapi Cik Nad kurang berkenan quality barangnya. Selain tu yang Cik Nad tau ialah di Kuantan...giler kauuu sejam lebih perjalanan tu! Kalau nak repeat beli barang acamner?? Tak koser la mak!

Dannnn selepas 2009 tu, aku dah stop buat biskut raya! Hahah..alasan nya anak-anak aku dah ramai. Yea laaa dah 3 orang kannn. Dan semuanya perlukan perhatian Cik Nad. Kalu mengadap biskut raya ni...dari siang bawak ke malam pon tak abisss...Sian pulak anak-anak Cik Nad.Sekarang ni anak-anak kira dah besar laaa...Haiqal 10thn, Daniel 6thn, Syamim 4thn. Tapiiii tak tau la kenapa...Cik Nad dah jadi malas nak berbiskut. Nak open order cam dulu-dulu memang tak arrr..tapi nak buatkan untuk rumah sendiri pon dah takder jiwa! Acaner tu?? Dah kritikal tahap pemalas aku ni...ko tengok la!! Entah kemana minat aku tu menghilang...tak patut kannn!

Anyway, Cik Nad rasa tak boleh kot nak dilayan sangat sikap pemalas aku ni. Nak try buat jugakkkk...tak kira la, menjadi 2-3 jenis pon okay la tu. Plan nyer esok nak start...Insyaallah.




Tugas-tugas menggeladah resepi biskut pon bermula...tapi nak cari yang senang-senang jer...asal boleh! Haha...Nanti la, kalau menjadi kita share kan resepi nyer okay...:)


BE KIND WHENEVER POSSIBLE.... LET'S SPREAD LOVE!

02 July 2014

SELAMAT BERPUASA...

Selamat berpuasa semua...hehe...dah puasa ke-4 baru laaa Cik Nad terhegeh-hegeh nak wish! biasala, mak busy you! Ngee...Apapun semoga kita sama-sama beroleh rahmat dan kemenangan di bulan yang mulia ni. 

Hmm..setakat puasa hingga hari ke-4 ni, Alhamdulillah Cik Nad masak setiap hari untuk juadah berbuka. Takder la special ponnn, biasa-biasa jer...janji masak kannn...Ok nak share menu Cik Nad setakat ni eh. Tapi share menu jer la, takder gambar...I posa you, letih nak snap pic. (Boleh tak kasi alasan cam ni...hehe) 
  1. PUASA -1; Nasi putih, ayam masak merah, kacang bendi goreng cili. Kuih muih beli kat pasar ramadan Seri Gombak...
  2. PUASA -2; Nasi putih, kari daging + tulang, kacang buncis goreng, telur dadar. Kuih muih pulak, Encik Asben tapau kat pasar ramadan Taman Melati.
  3. PUASA -3 ; Nasi putih, sambal tumis udang, sayur sawi masak air, ulam pegaga + sambal belacan. Kuih pulak, Cik Nad buat puding cendol...so tak payah tapau kuih.
Hari ni...hurmm maybe tak masak kottt. Bukannya Cik Nad tak nak masak tau, tapi semalam masa berbuka adalah pulak dengar Haiqal membebel nak makan KFC. Teringin KFC pulak anak aku tuuu...Takper, hari ni kita berbuka dengan KFC jer la. Dapat la mama bermalasan hari ni. Iyerr laaa tak payah masak kan. Nak keluar gi merayau malas pulak, bulan-bulan puasa ni, takper la lepak kat umah jer. Dapat jugak peluang nak ketuk-ketuk keyboard sambil cakap sorang diri! Hahaha...Tu yang Cik Nad paling suka bila update blog...dapat cakap seorang diri...best apaaaa!!!!kihkihkih...

Puasa tahun ni sama jugak macam tahun lepas, Haiqal seorang jer yang ikut kitaorang berpuasa. Daniel & Syamim belum lagi. takper laaa diaorang pon kecik lagi kannn. Cik Nad taknak sungguh-sungguh sangat suruh diaorang puasa kecik2 lagi tuuu. Takut nanti kita terhantar signal yang salah pada anak. Taknak la diaorang nampak ajaran Islam ni cam kejam. Biar la diaorang belajar-belajar dulu, puasa main-main ...boleh stop sekejap minum air, minum susu, pastu baca niat balik! Hahaha....

Ok la, nak gi ambik Daniel& Syamim balik sekolah...Byeee

BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015