Tapiii kannn...haaa mesti ada jugak tapinya kan! Hahaha...ada 2 tapi disini. Setiap kali nak balik kampung Cik Nad ada 2 problem.
- Yang pertama : PACKING BARANG - sumpah ni laaa perkerjaan yang paling Cik Nad tak suka. Anak 3 orang, dengan mak pak nyer sekali...5 orang semuanya. kalau balik seminggu, cuba bayangkan baju yang nak dibawa. Tu baru cerita baju tak kira lagi barang-barang lain...susu, pampers, bedak, minyak rambut, sikat...bla..bla..bla...Nak-nak anak dara Cik Nad tu...dengan klip rambut dia, anak patung lagi..pitam mak dia hooiii! Jenuh nak kutip barang. Nanti sebelum balik KL kena makesure pulak semua yang dibawa tu dikutip balik. Huwarrgghhh...
- Yang kedua : JAMMED - Haaa yang ni memang semua pengguna jalanraya cuak kannn...aiiihhh tak sanggup mak! Sekarang ni kira ok la jugak, KL - Penang 4 jam jer...kalau tak jam la. Dulu masa bebedak ni kecik-kecik lagi kitaorang tinggal di Kerteh, Terengganu. Yang ni memang takder ampun punya, 8 jam tau! Kalau anak tak meragam takper, mau datang angin kus-kus...meroyan mak diaorang dalam kereta dibuatnya. Tapi mujur jugak Encik Suami Cik Nad ni boleh dikatakan terror la jugak planning time perjalanan. Selalunya dia pilih time cun untuk bertolak, elakkan kitaorang terjebak dengan jam. Rimas ooiii dok dalam kereta lama-lama. Harap-harap kali ni pon kami terlepas dari terjebak dengan jam.
Antara barang yang dah siap packing |
Yang ni semua dah siap iron, nanti nak pakai touch up sikit2 jer, kat mana yang nampak line2 tu. |
Kuih raya serba sikit untuk mak & mak mertua. Belum masuk beg lagi! |
Ni semua barang-barang utama yang akan masuk bonet. Yang sampingan pon boleh tahan jugak...cth: kasut, beg telekong, beg susu, pampers...hehe..meriah kan!!! (sambil senyum tak ikhlas) Wajib juga bawa mainan anak-anak serba sikit, biar diaorang boleh main-main sikit dalam perjalanan. Budak-budak ni kalau takder akviti boleh pitam mak pak nak handle diaorang! Lagi..dengan laptop, tab, charger bagai...allaaaa kalau nak list satu-satu, boleh sawan Cik Nad kat sini tau!
Apa-apa hal pon...balik kampung tetap dinantikan...tambah-tambah nak balik raya ni...syahdu semacammmm jerrr...kannn!!! Yang paling penting untuk anak-anak...keceriaan di wajah anak-anak adalah segalanya untuk mama diaorang ni...:) Asalkan korang bahagia anak-anakku....
Insyaalah selepas 2 jam dari entri ni, Cik Nad & family akan bertolak balik Penang...Semoga semuanya berjalan lancar. Kali ni adik Cik Nad yang belajar di UM tu pon nak follow kitaorang.
Budak bertiga ni la yang over excited tiap kali balik kampung. Suruh diaorang balik sendiri naik basikal tu...baru ada akai!!! |
BE KIND WHENEVER POSSIBLE, LET'S SPREAD LOVE...
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)