FOLLOW

Showing posts with label HOMESCHOOLING MAMA NAD. Show all posts
Showing posts with label HOMESCHOOLING MAMA NAD. Show all posts

09 December 2015

JOM MAIN MASAK-MASAK BERSAMA ANAK

Seronok..seronok..seronok...

Apa yang seronok???

Seronok dapat menyeronokkan anak-anak..

Hahaha...
Gituuu..mithali sangat la kononnya ko ni Cik Nad..bajet bagusss jer!
krik..krik..krik..

Apa-apa jer laaa Jah oiii..janji anak-anak happy..

Antara aktiviti yang menjadi kegilaan tanpa batasan anak-anak Cik Nad ialah COOKING..
yesss.. they love cooking very much..sebab apa eh?? Entahhh..mak pun tak tahu..
Tapi yang pasti diaorang sukaa giler..boleh nampak la kebahagiaan dan kegedikkan depa bila mama bagi green light untuk beraksi di dapur..Ehemmm.. bukan selalau yer budak-budak tu boleh dapat izin untuk masuk dapur comel Cik Nad...hehee

Apalaaa mama ni!!!
macam dapoq dia best sangat..

Neway, semenjak dua menjak ni mama dah kerap jugak bukak slot cooking class dengan budak bertiga tu..iyer laaa mama pun tumpang happy bila anak-anak happy kannn...lagipun aktiviti memasak bersama anak-anak ni bagus sebenarnya..banyak benefits..Yang paling best ialah dapat creat bonding time together-gather dengan anak-anak..series ni! Even anak ada jer 24 jam depan mata kita..tapi bila beraktiviti camni akan ada something...ermmm suatu feel yang lain sikit..yer la time tu akan ada communication dan kerjasama dua hala antara ibu dengan anak..Insyaallah..:):):)

TAPIIII

hurmmm ada tapinya jugak tu..hikhikhik...

Ada tiga tapinya kat sini tau...
yesss ada tiga syarat yang kita kena hadam betul-betul untuk memastikan aktiviti cooking with kids ni berjalan dengan jayanya dan gumbira..
mak dan anak-anak kena sama-sama gumbira..enjoy the games gituuuu!

Syaratnya ialah...

PERTAMA : plan dari awal resepi atau jenis masakan apa yang kita nak buat..Seafdhalnya carilah resepi yang sesuai dengan umur anak..buat yang simple-simple jer pun dah ok..
Try to avoid things yang memerlukan kemahiran atau skills yang tinggi..Contohnya seperti goreng ayam..bahaya kottt minyak panas tu untuk anak.. unless anak ko memang dah terer macam chef, then ok laaa..:):)
So, make sure awal-awal lagi kita dah set resepi yang sesuai..
(contoh : sandwich, simple cookies, muffins, pancake dll)

KEDUA : Set in mind yang kita sedang beraktiviti bersama anak..ada kemungkinan yang sangat besar..apa yang kita masak akan TIDAK MENJADI..hahaha..mak please jangan buat muka sekupang kalau kek bantat, sandwich hancur or biskut keras cam batu!!! Kalau tak menjadi, apa yang patut kita buat? GELAK pleaseee...kahkahkah...
Yea..jom lah gelak kuat-kuat bersama anak-anak..besttt oiiii! kenapa nak series sangat kan! Dah habis gelak-gelak tu ko explain la kat budak tu kat mana silapnya..Jangan sesekali bunuh self esteem anak dengan cakap bendayang negatif hanya sebab masakan dia tak menjadi..never ever yea..ni aktiviti suka-suka jer kottt..bukannya nak latih anak jadi masterchef ker hapa!

KETIGA : Finally, terimalah kenyataan yang dapur ko akan tunggang-langgang sedikit sebanyak..hahaha..kalau anak seorang, mampu lagi dibendung..tapi kalau mak anak tiga macam hakak niii..redhooo jer la..:):):)
paling tidak pun mesti ada tepung tumpah, doh berterabur kat lantai, food colouring melekat kat baju anak..silap-silap ada yang tepung gula naik atas kepala anak! Kalau terjadi insiden yang tak diingini camni apa nak buat?? Lagi sekaliii..GELAK pleaseee...kahkahkah...have funs!!! Gelak dulu, pastu tegur anak kat mana silapnya..So the point is kena redho laa untuk mengemas dapur lepas habis aktiviti..bagus jugak kalau ajak anak kemas sama-sama..yang pentingnya jangan marah anak kalau dapur bersepah..buat ilekkk jer depan anak..lepas tu ko nak gi nangis kat bucu katil ker terpulang la! Hahaha...macam Cik Nad ni dengan anak tiga orang..kompom kesudahannya penuh sinki dengan perkakas untuk dicuci. Senyumm..jangan tak senyum..:):):)


Dah cukup preparation untuk ketiga-tiga syarat di atas..maka jomsss la kita ke studio membaking bersama anak-anak..

Lets enjoy our motherhood journey beb..:):):)


Ni Cik Nad punye Baking Studio bersama Haiqal, Daniel & Syamim..

Happy tahap gaban bebudak ni dapat buat sendiri muffin..
80% diaorang buat sendiri..
20% lagi mama yang comel ni kena tolong-tolong skit mana yang patut..
Part yang tak disangka-sangka ialah muffin ni MENJADI..
Hahaha..gebu gebas molek kejadiannya..

OK lah..meh Cik Nad sharekan resepi muffin tu kat sini..kot lepas ni ada yang nak main masak-masak dengan anak, boleh la cuba..Resepinya sangat simple..ringkas & mudah..sesuai  sangatlah untuk budak-budak..
macam buat cekodok jer pun..
bancuh-bancuh tepung, pastu masuk dalam paper cup dan bakar..
tak payah guna mixer pun...
senang kan!

Sebelum tu..credit untuk pemilik asal resepi ni, Azie Kitchen..
Terima kasih yer Kak Azie..:)


ko jangan pertikai kenapa muffin tu senget sebelah kat bahagian atasnya..hahaha..hasil kerja anak-anak kannn, standard la tu! Tapi rasanya not bad...sedap!

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

BAHAN-BAHAN :
125 gm tepung gandum
    7 gm baking powder
  75 gm minyak masak
  75 gm fresh milk
  75 gm gula castor
    1 biji telur
 1/2 sudu teh vanila esen
Sedikit choc chips untuk ditabur di atas muffin


CARA-CARANYA :
1) Ayak bersama tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
2) Campurkan minyak, susu, gula, telur dan vanila esen. Gaul sebati        kesemuanya.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
4) Masukkan adunan muffin ke dalam piping bag.
5) Piping kan ke dalam paper cup 3/4 penuh
6) Taburkan chocolate chips di atas muffin
7) Bakar 160 darjah selama 30 minit. (Atau bakar hingga masak sempurna  mengikut peel oven masing-masing)


Selamat main masak-masak..:):):)



02 December 2015

10 AKTIVITI MENARIK UNTUK ANAK DI MUSIM CUTI SEKOLAH


Hai korang..
Tau tak entry ni dah seminggu dok dalam draft..hukhuk..
Kononnya nak publish masa memula cuti sekolah..
Tapi lappy pulak buat hal..
Adehhhh..menguji sungguh!!!
Makanya dah seminggu cuti sekolah ni baru dapat nak share...

Yeaahhh..musim cuti sekolah dah bermula...
Untuk anak-anak Cik Nad kannn WAJIB kena ada planning aktiviti apa yang nak dibuat..
Time gi holiday atau balik kampung tu ok la, dah kompom budak-budak ni happy..

Tapiiii..

Kalau tak kemana-mana, dok melepak di rumah jer..Hahhh..memang mengundang la kalau takder backup plan aktiviti untuk diaorang ni..tunggang terbalik jadinya nanti! Hahahaha...
Biasalahkan...budakkk..kalau dah boring tak tau nak buat apa tu, mulalah nak merapu macam-macam..

So that, untuk menyelamatkan keadaan..awal-awal lagi mama dah list down aktiviti-aktiviti yang menarik..Jom lah anak-anak...meh kita sibukkan diri dimusim cuti ni..


1) INDOOR GAMES.


Ini merupakan cara paling senang dan simple nak habiskan masa dengan anak-anak di rumah..just sediakan indoor games seperti dam, chess, congkak dll..Cara yang Cik Nad selalu praktikkan ialah mainan ni semua mama yang simpan..maknanya korang tak boleh suka ati main bila korang nak!..muahahaha..ehhhh please dont get me wrong ya..bukannya Cik Nad nak kejam dengan anak..tapi rasanya bebudak ni akan lebih teruja kalau sesekali diberi peluang bermain game2 ni berbanding kalau benda-benda ni sentiasa jadi hak milik mutlak diaorang..Kalau dah selalu sangat hadap memang diaorang cepat boring..so, mama simpan..sesekali mama benarkan korang main yer..hehee..memang excited habiss la bila dapat main tu..Selalunya mama pon join main sekali..:)


2) OUTDOOR ACTIVITIES.


Sesekali bila cuaca cantik, eloklah bawak anak-anak beraktiviti di luar rumah..Di kawasan rumah Cik Nad ni ada taman yang sesuai untuk bawak budak-budak ni main..biasanya diaorang main basikal, badminton, bola..atau sesaja jogging kat situ..tapi kali ni Cik Nad ingat nak try aktiviti yang advance sket..haha..maknanya yang lain dari kebiasaan sebelum-sebelum ni..Contohnya seperti giant bubble, breakfast in the park, water games dll...tengah rajin menggoogle ni haaa nak carik idea apa nak main..untung ada encik google kannn..melimpah ruah idea dia..hahaha..mesti Haiqal, Daniel & Syamim suka!


3) ART & CRAFT


Sebelum ni Cik Nad plan nak hantar anak-anak ke Art Class masa cuti sekolah ni..tapi, pikir punya pikir..rasanya tak perlu kottt...sekali lagi disini kita boleh gunakan perkhidmatan encik google..:) Walaupun mama ni bakat seni memang ke laut, tapi mampu lagi kottt nak ajar anak..huhuhu..
Alaaaa kita cari yang simple-simple dah la yer nak..hehee..bolehhhh..insyaallah boleh! Nanti kita buat sama-sama yer..

Beraktiviti dengan clay ni memang wajib buat! Sukaaaaa sangat tau! Comel kann? kannn? Ni bukan anak jer yang seronok..mak pon excited ni haaaaaaa...


4) TANAM POKOK


Nak beriya sangat tanam pokok tu idak lerrrr...rumah kami ni atas kayangan..hahaha..takder tanah pon nak bercucuk tanam..tapi boleh lagi diusahakan untuk tanaman yang kecik comel dan sesuai indoor..kalau tanam pokok taugeh jer pon boleyyy..tanam dalam bekas telur cam pic di atas...ohhhh soooo chomelll...


5) COOKING

sumber : google
Yeaahhhh...ini adalah aktiviti yang kompom anak-anak akan enjoy..lets create bonding time together...kita sama-sama sepahkan dapur!!! Hahaha..sekali-sekala apa salahnya..kalau selalu-selalu memang pitamlah mak..:) Errrr dah list down ni sebenarnya..nak ajar diaorang buat sandwich, cookies, muffin...bestttt nyerrrrr...mama yang dah tak sabar ni..


6) READING


Cik Nad dah pilih 2 buku ni untuk bacaan Daniel & Syamim..ceritanya sama..cuma satu versi BM satu lagi English..Daniel dan Syamim dah takder masalah membaca..cumanya mama nak asah lagi kelancarannya tu..especially reading in english..Dannn..Cik Nad memang sengaja pilih buku-buku ni untuk tekankan pengajaran dari cerita-cerita ni..belajar tentang akhlak or good manners..Ajar diaorang membaca..dalam waktu yang sama fahamkan jalan ceritanya dan ambil pengajaran..Insyaallah..
Untuk Abang Haiqal pulak..dia boleh join adik-adik dia dengan act sebagai cikgu..hahaha..Abang Haiqal kena tolong ajarkan adik-adik..gitewww!


7) MENULIS


Honestly, Cik Nad kadang-kadang pening nengok hand writing budak-budak ni tau..so masa terluang yang ada masa cuti sekolah ni molek rasanya dimanfaatkan untuk latih diaorang menulis..nak-nak si Syamim tu..ada lagi penyakit sesekali dok tulis terbalik..hahaha..oklah nak..jom kita perindahkan tulisan tu..kalau tidak kesiannn kat cikgu korang nanti..pening nak hadap buku-buku korang nanti..hahaha..


8) IQ TEST


Bermain dengan anak-anak permainan IQ ni memang bestttt..mampu nak hadap berjam-jam..permainan seperti cari barang tersembunyi, sodoku, word search, puzzle dll..melalui google pun boleh dapat permainan IQ yang menarik..Memang riuh rendah la kami kalau melayan benda-benda camni..Errr sebenarnya buku-buku IQ test ada banyakkk dalam rumah Cik Nad..selalu beli, pastu tak sempat nak buat..Soooo inilah masanya untuk kutip balik buku-buku ni dan layan bersama anak!


9)MENGHAFAL SURAH-SURAH LAZIM


Satu aktiviti yang cukup baik...sama-sama menghafal sambil betulkan bacaan surah-surah lazim..Untuk membantu aktiviti ni, Cik Nad nak gi cari CD surah-surah lazim..kat kedai buku ada jer tu..pernah nampak dulu..Abang Haiqal dah hafaz surah-surah ni..so, boleh mintak dia ajarkan adik-adik..Sekurang-kurangnya anak-anak dapat amalkan surah-surah ni dalam solat..penting tu! Insyaallah..hopefully plan yang satu ni dapat berjalan lancar. Yesss priority akan diberikan untuk aktiviti hafazan ni..


10)KEMAS RUMAH


Sekali-sekala jom la kita gotong-royong!!! Hehehe..ok apaaa..best tau..:) Tapi janganlah mengharap sangat rumah akan jadi bersih berkilat!..tau-tau jer la kannn..budak kalau ngemas camner ghoper dia..ahaksss..tapi at least kita boleh tunjukkan diaorang cara menyapu, mop, cuci pinggan, cuci toilet,
atau paling simple ajar diaorang kemas bilik tidur sendiri..termasuklah almari baju diaorang. Penting jugak kan untuk diaorang tahu kemahiran camni.

03 November 2015

"MAIN WATERCOLOUR DI TAMAN" ~ AKTIVITI OUTDOOR YANG OHSEM!


Sesekali seronok jugak bawak anak-anak buat aktiviti art outdoor...
Saja jer biar diaorang 'main-main watercolour'...
Selalunya dok buat colouring dalam rumah jer...
Ni tukar mood sket..
Best laaa..sambil menghirup udara segar gitew..
Daniel & Syamim punyalah excited...
Seronok Cik Nad tengok diaorang happy cenggitu...
Bahagia rasanya bila dapat memberi kebahagiaan untuk anak-anak..
Walaupun melalui benda-benda simple camni..Alhamdulillah...:)


Lokasi ni di kawasan rumah Cik Nad jer..
Gigih mak mengangkut meja sekali..
Hahaha..biar selesa sket...
Pastu bawak la segala peralatan...
Water colour, berus lukisan, air, wet tissue...
Kali ni Cik Nad bagi tajuk bebas...
Colour la apa pon yang ko suka...
Asalkan bahagia...hehehe...



Suka Daniel & Syamim main 'cop tapak tangan'...
Sila abaikan rambut Syamim yang kembang semangkok tu..
Sebenarnya diaorang ni belum mandi lagi...
Bangun tidur, breakfast, terus datang sini...
Nanti dah selesai main colour2 ni baru kita mandi...
Lagipun lepas habis aktiviti ni kompom comot!!!



Hasil seni Daniel & Syamim...
Tak tau la di mata orang lain cemana..
Tapi bagi Cik Nad..cantik!!!
Cik Nad suka tengok hasil lukisan budak-budak yang comot-comot camni...
Sebenarnya ada keunikan tersendiri tau..
Series mak suka..:)

Dekat 2 jam jugak la kami spend time kat sini...
Seronok..next time kita buat lagi outdoor art gini yer anak-anak...
Insyaallah...



Tapi...
Sebelum balik kena make sure kita kemaskan semula tempat tu...
Jom anak-anak kita kemas sama-sama...
Buang segala sampah...
Lap or bersihkan mana-mana yang terkena watercolour..
Pastikan tempat yang kita gunakan ni betul-betul 'clear' sebelum kita balik...
Secara tak langsung dapat ajar anak ilmu sivik...

Ok.. next time kita sambung lagi...:)

01 October 2015

BERMAIN DENGAN OPERASI TAMBAH / TOLAK



Kalau dah namanya budak tu kan..Benda-benda gini memang suka sangat la diaorang...
Ni cara yang Cik Nad gunakan untuk ajar Syamim operasi tambah & tolak..
Sebenarnya kat sekolah pon cikgu dah mula ajar tambah tolak ni..
(Syamim Nur Izzah berusia 5 tahun sekarang)
Cik Nad cuma mantapkan lagi pengusaannya kat rumah..
Buat cara gini memang suka la budak Syamim tu..
2-3 hari ni dok 'main' benda ni jer..
Dia rasa cam dia sedang bermain, tapi sebenarnya dok kukuhkan pengiraan..
Tu yang bagusnya kaedah bermain sambil belajar ni..
Insyaallah makin lama semakin laju dia mencongak..


Caranya..
Di setiap batang kayu tu ada ditulis operasi tambah /tolak..
Anak kena mencongak dan masukkan ke dalam bekas angka jawapannya..


Nak buat benda alah ni pon senang jer...
Ko tengok pon dah tau camner Cik Nad buat kan...
Kos pon tak banyak..barangnya pon ada jer kat umah ni..

Syamim Nur Izzah, 5 tahun.

Sebelum ni Cik Nad dah berjumpa dengan cikgu Syamim..
Tanya cara yang cikgu gunakan di sekolah..
Nak seragamkan untuk Cik Nad ajar Syamim kat rumah..
Takder la kompius pulak budak tu kan..
Yer la nak ajar basic tambah tolak ni pon ada beberapa cara..
Ada yang guna objek cam guli untuk dikira..
Ada yang guna sempoa..
Ada yang guna lukisan..
Cikgu Syamim gunakan cara "simpan dalam kepala"

Contohnya 5+3,  Dikira begini...
Simpan 5 dalam kepala, keluarkan 3 dijari..
Kemudian congak...
Lepas 5...6,7,8! (sambil menutup 3 jari tadi)
So far okey laaa..laju jugak Syamim mencongak guna kaedah ni..


Shahizz Daniel, 7 tahun.

Ehhh... Abang Daniel pon nak join sama yer...
Hehehe...jangan harap la dia nak bagi laluan Syamim main seorang...
Okey..untuk Abang Daniel mama guna konsep lain sikit..
Yer la dia dah darjah 1 kan...benda gini kira 'kacang putih' la untuk dia!!!
So mama buat camni..
Mama akan set time, 2 minit...
Daniel kena habiskan game ni dalam masa 2 minit...
Laju-laju mencongak kekdahnya...
Ada Cik Nad ambikkan video Daniel & Syamim bermain tolak tambah ni..
Tapi mak tak reti pulak nak upload kat Blog..hehe..
Kalau korang nak tengok, silalah jenguk FB Nadiah Hanum yer...


Seronok tengok anak-anak gembira bermain sambil belajar gini..


Lepas ni Insyaallah nak sambung buatkan angka yang lebih besar..:)







20 August 2015

MELATIH ANAK BERSOLAT.

Anak adalah amanah...

Antara tugas yang paling utama untuk parents ialah mendidik anak bersolat...



"perintahkan anak-anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun..
dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun..
dan asingkan tempat tidur diantara mereka (lelaki dan perempuan)

                                                                         ~Hadis Abu Dawud~




Tahun ni Shahizz Daniel dah 7 tahun....
Tahun yang sangat penting...dah kena mula biasakan dia dengan solat...
Masih lagi dalam proses nak membiasakan...tak boleh ekstrim sangat...
tapi proses ni kena berterusan untuk jangkamasa panjang...tak boleh on and off..
Secara peribadi bagi Cik Nad pendekatan yang mak bapak gunakan sangat memainkan peranan...
Cuma kita yang tau perangai anak kita...kita yang paham dia jenis cam mana...
Setiap budak kan lain-lain peel... di sini la peranan mak bapak sangat penting...


Shahizz Daniel, 7 tahun.


Sembahyang subuh sebelum ke sekolah.


Di sini Cik Nad nak share beberapa point yang Insyaallah boleh membantu untuk melatih anak bersolat...Semoga perkongsian ini bermanfaat yea...


  • Point pertama yang Cik Nad nak share kat sini...perkara yang sangat penting...peringatan untuk diri Cik Nad sendiri jugak...Mengajar anak solat ni seharusnya IKHLAS KERANA ALLAH..Jangan sesekali kita mengajar anak solat kerana ingin bersaing dengan anak-anak orang lain...
Nauzubillah...

Ini bererti kita melatih anak bersolat kerana manusia dan bukan kerana Allah...
Rasa bangga atau ujub ibubapa dikhuatiri merosakkan anak kita sendiri...
Pertama sekali, set in mind..apa yang kita buat ni adalah kerana Allah..
Moga kita mampu melahirkan generasi yang mendirikan solat, Insyaallah.


  •  Biasakan anak-anak melihat kita bersolat sejak mereka kecil/bayi lagi.. (sebelum latih anak solat, ibu bapa kenalah menjaga solat kita terlebih dahulu!) biarkan mereka "solat main-main" bersama kita ketika kita bersolat... mengajak anak-anak ikut solat berjemaah bersama juga merupakan satu pendekatan yang sangat baik..cara ini menjadikan mereka rasa sangat dekat dengan solat..

          Ini kerana...Anak-anak percaya apa yang dia lihat, bukannya apa yang kita cakap..
80% didikan adalah memalui tauladan...

Jom lah kita berusaha untuk jadi role model pada anak-anak..Insyaallah!


  • Pada waktu lapang, time lepak2 dengan anak eloklah kita isikan dengan bercerita tentang ganjaran syurga untuk orang yang menjaga solat...sesekali selitkan jugak amaran Allah dan azab neraka untuk yang mengabaikan solat...benda ni kena berterusan...lagiiii dan lagiiii...Insyaallah lama kelamaan perkara ni akan berakar umbi dan menjadi darah daging dalam diri anak-anak..


  • Sebagai ibu...Jomlah kita banyakkan berdoa untuk anak...Sentiasa...setiap hari...Rajin-rajin lah buat solat hajat...Mohon pada Allah supaya jadikan keturunan kita golongan yang menjaga solat...



  • Ibubapa perlu tegas dalam mendisplinkan anak bersolat...tak boleh jemu atau lalai...Zohor kita dah suruh, Asar ingatkan lagi...Maghrib ingatkan lagi dan seterusnya..Kegagalan ibubapa bertegas dalam urusan solat anak-anak menjadikan anak-anak memandang remeh soal solat.

  • Parents perlu bijak agar anak tidak rasa jemu atau menganggap solat ni suatu penyiksaan..Dalam ketegasan perlu ada kelembutannya..ini yang Cik Nad cuba sampaikan tadi..pendekatan ibu bapa tu sangat penting..hanya kita yang tau anak kita ni jenis budak yang macam mana kann..
Salah satu cara yang Cik Nad gunakan untuk Daniel ialah sediakan kalender Prayer Practice..


Setiap kali lepas solat, Daniel akan tampal sticker tick tu..Pastu kalau dalam sebulan dia berjaya penuhkan maknanya dalam bulan tu dia berjaya solat 5 waktu..dia akan dapat la hadiah dari mama & abah..:) small gift jer..asalkan budak tu happy untuk bersolat..
So far, Cik Nad tak pernah lagi rotan Daniel pasal solat ni..kaedah menghukum tu nanti dulu (tu pon kalau perlu)..mula-mula ni kita bagi galakan dengan rewards terlebih dulu..


Dari pengalaman Cik Nad sendiri...mendidik 2 orang anak lelaki bersolat...
Memang tak sama...masing-masing punya karakter yang berlainan...

Abang Haiqal sekarang dah 11 tahun...Alhamdulillah setakat ni dia seorang anak yang menjaga solat... Dan dia mula bersolat sejak dia 7 tahun..

Sekarang ni time untuk Daniel pulak...
Sebenarnya Daniel bagi cabaran yang lebih untuk mama..hehee..
Dia ni memanjang "terlupa" pasal solat...akal dia jer tuuu...
Tapi takper...mama kan ada..boleh jer mama ingatkan bila masuk waktu...


Ni ada sekali tu Daniel sakit kaki...boleh pulak dia dapat idea nak sembahyang duduk...:)


  • Persediaan kearah melatih anak bersolat elok kita mulakan sebelum mereka 7 tahun..contohnya melatih anak berwudhuk dan mengajar mereka menghafal surah-surah pendek seperti Al-Fatihah, Al- ikhlas, Al-falaq dll..

  • Berikan masa untuk anak..ibubapa perlu banyak bersabar..Janganlah kita paksa anak cepat pandai bersolat, bimbang nanti perkara ni jadi tekanan untuk mereka..kita usaha slow2 tapi konsisten..maknanya proses ni berterusan untuk jangkamasa panjang..Insyaallah apabila anak menginjak ke usia 10 tahun, mereka sudah konsisten dalam bersolat...
PRACTICE MAKES PERFECT!









09 January 2015

AKTIVITI OUTDOOR YANG AWESOME...


 Dalam banyak2 aktiviti outdoor bersama anak-anak...
Cik Nad paaalingggg suka main pasir pantai...
Setiap kali balik Penang mesti tak pernah miss...
Rasa cam ada satu kepuasan dapat biarkan anak2 main pasir pantai tu...
Budak2 tu pon ceria kemahen...
Suka sangat la dapat mencomotkan diri tu kennn...
Takper2...
comotkanlah diri tu nak ooiiii...
Mak ko tak kesah pon...
Malahan mak rasa bahagia nengok kecomotan korang tu...
Hikhikhik...boleh camtu?

Muka bahagia jer dapat comotkan diri...

Sebenarnya kannn...
Cik Nad ni masa kecik2 dulu tinggal di perkampungan tepi pantai...
Membesar bersama pasang surutnya air laut...(dahsyat tak ayat aku!)
Main pasir pantai tu kira aktiviti harian Cik Nad & gang...
Banyak sangat la kenangan di tepian pantai ni...
Senang citer...
Jiwa Cik Nad bersama pasiran pantai ni cam ada sentimental value gitew...
Ni jugak antara faktor Cik Nad suka bawa anak2 main pasir pantai...


So far anak2 memang happy giler kalau gi pantai...
Biasa la kann..budak!
Nampak ceria dan bahagia jer...
Cik Nad tak larang diaorang nak main camner pon...
Asal tak bahaya, gasak korang la nak pulun main camner pon...
Tapi selalunya aktiviti feveret diaorang ni buat istana pasir...:)
Hari tu ada snap pic budak2 ni buat istana...
Tapi ntah mana perginya pulak...haissyyyy!!!

Macam-macam lah diaorang explore...
Kejar ketam ...
Buat perigi...
Main masak-masak...
Buat highway main kereta...
Kutip kulit siput...
Melukis...
Tanam kaki dalam pasir...

Seronok kannnn!!!
Dengan ditemani angin pantai yang mendayu...
Alahai...rindunya keindahan pantai...:)

Sebenarnya korang semua pon memang dah tahu kannn...
Bagus tau biarkan anak2 main-main manja di tepian pantai ni...
Dapat stimulate sistem2 otot kasar & halus...
Membantu perkembangan deria sentuh...
Anak2 jugak dapat explore kreativiti dan tingkatkan daya imaginasi...

Cuma satu jer Cik Nad nak pesan...
Make sure kuku anak tak panjang yea bila ke pantai...
Takut nanti sangkut pasir di celah2 kuku...

Suka sangat tengok jari-jari kecil ni menggenggam pasir...:)

BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!
Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015