FOLLOW

Showing posts with label CERITERA KAMI. Show all posts
Showing posts with label CERITERA KAMI. Show all posts

26 January 2016

KISAH "KAK ANDAM" TERLAMPAU...



Baru-baru ni kan Cik Nad ada citer pasal majlis pertunangan adik Cik Nad, Nurul..
Ingat tak? kalau tak ingat klik sini


Biasalah kannn kalau dah nak buat majlis pertunangan haruslah nak makeup-makeup pengantin yer dokkk..Cik Nad  awal-awal lagi dah surrender kalau bab nak makeup orang ni..muka iols sendiri pun tak reti nak touch up inikan pula makeupkan pengantin..memang tak la! Kalau dolu-dolu masa zaman muda mudi hakak reti la jugak main dengan alat-alat makeup ni..tapi sekarang hakak dah insappp..*phuiii*...kahkahkah...
Tapi series la, dah lama iols tak bermakeup, lipstick pun ada 2 batang jer beli tahun lepas kottt..
Adik Cik Nad, Hanim tu terer la jugak makeup, tapi dia pulak ada anak kecik..bila anak dia nak besar pun tak tau..asal besar jer, muncul lagi yang kecik..yang kecik tu besar sikit..keluar lagi yang kecik!!! Hahaha..ok, tak kelakar!


So untuk menyelamatkan keadaan yang sediakala selamat, Nurul laju-laju dah deal dengan seorang 'kak andam' dari Pulau Pinang..Yeahhhh!!!
(sebenarnya aku tau Nurul pun memang cuak nak serah muka dia kat kakak-kakak dia)
:):):)
Dengan tu kami ingatkan dah settle la satu bab...


TAPI...


Kusangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahhari..
ehhh..silap..silap!!!
Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari..

Sekali kak andam tu dah buat taik..
Adoiyaiiii...orang Penang kata dok buat leceyyyyy...


Ceritanya camni...hmmm sebelum tu Cik Nad rasa elok tak payah dedahkan nama kak andam ni yer..bukan apa, kita faham dia berbisnes..taknak la sampai kacau periuk nasik dia pulak..cukuplah perkongsian ni untuk kita ambil pengajaran mana yang patut..okehhh???


Haaa berbalik pada cerita tadi..majlis pertunangan Nurul start pukul 12 tengahhari..so, si pengantin perempuan ni dengan machonya  deal dengan kak andam suruh dia datang pukul 10.30 pagi..dah bagi alamat..dah habaq tarikh..dan kak andam tu pon dah setuju..kira settle la..ok fine!


Malam sebelum majlis pertunangan tu lagi sekali Nurul ingatkan kak andam..dan kak andam pun kata ok..
korang boleh agak tak apa yang akan  terjadi???
Hehehehe...
Tiba hari yang ditunggu-tunggu, kami sekeluarga memang bizi la start dari pagi lagi..yang tak bizi pun acah-acah bizi jugak..mana nak kemas dewan, susun hantaran, tunggu catering..tapi yang paling ketara ialah masing-masing dok sibuk melawa..haha..5 beradik pompuan weiii..sesak semua beratur depan cermin nak lilit tudung..berdiri paling depan hadap cermin ialah mak aku!!! Kahkahkah..takper, relax arrr mak Cik Nad bukannya baca pun blog nih..:)


Sedar-sedar jam dah pukul 11 pagi..baru aku teringat, kak andam tak datang lagi!!!
Tengok-tengok Nurul dok terpacak dengan muka pucat lesi..ketaq kottt minah tu..haruslah kan..rupanya dia dah berkali-kali mesej kak andam..kak andam kata dia on the way..eiiii series Cik Nad tak suka janji dengan orang yang tepati waktu..sakit ati kottt..
Tunggu punya tunggu dah pukul 11.30..bayang kak andam pun tak nampak..
Ini boleh menimbulkan ammarah!!!
Gila ko..majlis nak start kul 12...11.30 dia tak sampai lagi..
Last-last aku suruh Nurul desak dia..tanya bebetul dia ada kat mana sekarang..tak payah nak on the way sangat! bukannya dia mai dari KL pon...Akhirnya kak andam bagi jawapan yang sangat besttt..
Time tuuu masa pukul 11.30 pagi dia sedang berada di depan gereja Bukuit Mertajam..dan kat situ tengah jam teruk!!!


WHAT???


Korang tau tak dari gereja Bukit Mertajam tu nak ke rumah mak Cik Nad ambil masa setengah jam kalau jalan clear..tu kalau jalan clear tau..kalau dok hadap jam teruk camni bila yang dia nak sampai??? Nanti nak cross penang bridge kompom jam lagi cuti-cuti ni..Adoiiii awat la hang camni kak andam oiiii...
Takkk..yang Cik Nad tak pahamnya..hari tu 26 December, sehari selepas krismas..ko tak boleh pikir ker, mestilah jam area-area gereja ni semua..tambah pulak gereja Bukit Mertajam tu ialah gereja besar Pulau Pinang..awat ceq pi lalu jalan tu kak andam oiii...hang tak boleh pikiaq jalan alternatif lain kaaa??? kalau dah takdak jalan lain pun, hang kena la keluaq rumah awai-awai..lepas subuh nak keluaq pon takpa..sebab hang dah janji dengan orang..amanah ni tau...ker hang pi makeup paderi kat gereja tu..haihhhh!!!


Yang tu satu hal..ada satu lagi yang paling tak boleh blah..


Kak andam tu kata kat Nurul suruh postpone majlis tu ke pukul 2..
Amboiiii...amboiiii...amboiiii...
Dia siap cakap ni first time orang mintak dia makeupkan pukul 10.30 pagi..konon dia tak pernah dengar orang buat majlis bertunang kul 12 tengahhari..
Apa kata kau???
Sorry to say, tapi ni dah kira kuang hajaqqq...sewel ker hapa minah ni? Majlis orang, soka ati la nak buat kul berapa pun..kalau tak boleh makeup, awal-awal lagi cakaplah tak boleh..
Bukannya kami paksa hang, acu pisau kat leher suruh makeup jugak-jugak ker hapa!
Yang hang pi mengaku kata boleh tu pasaipa? Annoying betoi laaaa...
Aku terus suruh Nurul cakap dengan dia tak payah datang terus..lantak la hang on the way ker.. in the way ker..masa ada lagi setengah jam jer..tak payah dok buang karen melayan kak andam terlampau tu..Apapun memang tak profesional la tindakan kak andam ni!


Haaaa masa tinggal lagi setengah jam!!!
Siapa pulak nak makeupkan budak nurul ni???
Alalalalala...
Korang suspen tak???
Tengah kami semak-semak otak tu..nasib baik muncul wonder pets datang membantu..
Lega!!! Alhamdulillah, muncul tiga dara tepat pada masanya...
Nurul nyer best friends sampai..yeayyyy..
Tunggu apa lageyyy..terus serah tugas makeupkan pengantin pada diaorang bertiga...
Terima kasih yer adik-adik...nasib baik hangpa ada..kalau tidak dah sah-sah hakak akan jahanamkan muka Nurul dengan tangan hakak yang keras kejung ni..


Adik-adik..kakak serahkan muka Nurul kat hangpa..buatlah lagu mana hangpa suka pun.. kami redho! Tak sia-sia Nurul berkawan baik dengan wonder pets bertiga ni..hahaha..hangpa memang terbaik la!


Masa bila yang hangpa beratoq ambik gambaq ni pun tak tau..awat tak ajak hakak sekali?
:)
Ok apa wonder pets ni makeup..dah cantik pun..berseri-seri..
Huhhh..kirim salam jer la kat kak andam terlampau tu! *mata pandang atas*

Dah sampai dewan, Hanim touch up sikit..

Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan lancar walaupun kak andam berpotensi untuk membuat onar pada mulanya..


Ucapan ringkas untuk Kak Andam :

Salam dik..
Pertamanya Cik Nad doakan adik berjaya dalam bisnes yang adik ceburi ni..
Cik Nad tau adik berpotensi untuk terus maju ke hadapan..
Tapi sejujurnya Cik Nad rasa masih banyak yang perlu adik pelajari..
Paling penting cara berkomunikasi dengan pelanggan..:)
Awak berbisnes dikkk..kena fikir panjang sebelum bercakap..
Jadikanlah ini satu pengajaran..
Entry ni bukan untuk jatuhkan awak yer..(sebab tu Cik Nad tak mention nama)
Semoga adik tak akan ulangi kesalahan ni lagi..
Ingat, bila dah berjanji dengan pelanggan itu dah dikira amanah...
Jangan sulitkan urusan orang, Insyaallah urusan kita juga akan dipermudahkan..
Lastly, kalau dah terbuat salah...ringankanlah mulut tu untuk meminta maaf..:)

All the best!!!


Sekadar gambar hiasan...tiada kena mengena dengan cerita kak andam..haha











13 January 2016

SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN NURUL ZAKIAH & MOHD ARIFF



Sebenarnya tahun 2016 ni merupakan tahun penambahan ahli keluarga untuk family kami..
Cik Nad nak dapat 2 orang adik ipaq serentak oiiii...
Iyaa..lump sump 2 orang sekaligus..kira pakai borong la kott..kahkahkah..
Insyaallah kalau takder aral lepas aidilfitri nanti adik Cik Nad yang ke 3 & 4 akan kahwin serentak..
Insyaallah..
Korang tolong doakan semuanya berjalan lancar yer..:)


Entry kali ni Cik Nad nak citer sekitar pertunangan adik Cik Nad, Nurul Zakiah..
Yang seorang lagi tu, Insyaallah 7 Feb ni baru nak bertunang..
So, kita citer pertunangan Nurul dulu lah..
Ni adik Cik Nad yang ke 4..
Sebenarnya majlis pertunangan Nurul telah berlangsung pada 26 Dec 2015..
(Sekarang baru sempat nak update..hehee)
Ehhh.. korang setuju tak kalau Cik Nad kata family yang ada anak pompuan ramai ni meriah dia lain macam bila buat kendura-kendara..
Setuju tak???
Hahaha..
well..pompuan kannn..mestilah havoc dia lain macam sikit!
camtulah kami ni..kami 6 jahanam  beradik ..seorang jer lelaki..5 lagi pompuan..
LIMA POMPUAN  gila  ko..cer bayangkan! 
Macam-macam perangai..macam-macam peel..
Tak payah tunggu majlis perkahwinan..nak buat birthday kecil-kecilan pun kompom riuh rendah..
Tapi memang best la kannn..meriah giler kottt..bila dah berkumpul tu bisingnya ya hampuunnn..
sampaikan tenggelam suara mak pak aku..sekejap-sekejap kena check mak pak ada tak..takut senyap-senyap diaorang lari dari rumah ker hapa sebab tak tahan nak hadap peel anak cucu...

---___---


Sebelum majlis tu cam biasa la..kitaorang dah bincang-bincang..bahagi tugas bagai..
Ehhh..cam over pulak ayat 'bahagi tugas' tu..padahal majlis kecil-kecilan jer pon..Hahaha..
**sukaati aku la nak tulis apa pun**jeling sket!
okehhh..jom kita merewang..
Apa yang penting?
Kerjasama!
Kami wonderpets datang membantu..
Hahaha...


Yang ni adik aku Amirah..still single and available
Ni lah dianya orang kuat di belakang tabir..
Paling kreatif dan paling kuat merapu dalam family..
Makhluk ni la yang membereskan hal ehwal hantaran..opkos dengan kerjasama kak long la khennn..
mihmihmih..
kerja nak dapat kredit jer haku nih!
Kami gi sopim barang nak gubah hantaran kat Mydin BJ jer..ok gak situ..banyak pilihan..
Asalnya tema kami turqoise..tapi bila pompuan-pompuan gila yang pi beli barang hantaran ni..tetiba time tu jugak tergedik nak tukar tema..dah jadi biru hijau pulak..
Whateverrrrr!!!..mata jeling ke atas!


Balik rumah jer terus buat kerja-kerja menggubah..tapi sambil buat tu sambil kami kena marah dengan mak..sebab kononnya carpet dia rosak! hahaha..thats my mazer..:)
Even simple jer, tapi sweet kannn?? kannn??
Ok la tuuu..homeiii kannn..
Siapa kata tak cantik... jaga ko!!!
Sebenarnya hantaran yang nak kena gubah-gubah melipat-lipat tu kami mintak tolong mak sedara buatkan..dia memang otai..tima kasih la mami, sudi tolong kami..:)
Aku rasa ada jer ambik gambar gubahan tu semua..tapi sekarang ni takder pulak..dah terdelete ker hapa ntah..takder rezeki nak show off  share kat sini...:)



Kat atas ni gambar merewang kitaorang..haha..merewang la sangat..gambar yang first tu adik aku Hanim..gigih dia sensorang dok potong daun pandan nak buat bunga rampai..tak meriah kenduri kalau takder bunga rampai katanya..mak-mak sungguh hang hanim oiii..:)
Pic sebelah tu si bongsu kami, Mastura..yang ni makhluk paling pendiam antara kami..
Yang paling zirafah pun dia jugakkk...paling bongsu tapi dia yang paling tinggi!


Dah habis citer merewang kat rumah, jom kita pi dewan pulak..


Jemputan tak ramai pun..yer la, majlis bertunang jer pun kan..tapi sengaja buat kat dewan..selesa sikit tetamu yang datang..Maka malam sebelumnya tu kami gi la makeup2 sikit dewan tu..dewan kocik jer..sonong kojo kami..Bahahaha..
Paling seronok time ni ialah budak-budak tu..
Kemain sibuk diaorang..konon bizi laaa dapat tugas susun2 kerusi tu..


Ni lah orang kuat yang selesaikan kerja-kerja kat dewan..:)


Kami buat jugak mini pelamin..buat sendiri taw!!!
 Tolong respek sikit yer..*libas selendang*
Sila abaikan pic yang last tu..biasalah, dalam orang dok sibuk-sibuk buat kerja, mesti ada seekoq dua yang nak buat perangai sewel selfie-wefie ni kannn..dah la dua2 muka sememeh! hahaha..


Para zirapah sedang menggantung back ground pelamin..yang renek-renek pulak berdiri kat depan sambil sibuk bagi arahan itu ini..mujur takdak yang pengsan kena baling kerusi..

*
*
*
*

FINALLY...
Jeng..jenggg..jenggg...


*
*
*
*



Cantik tak???
Hasil kerjasama kami adik-beradik...(err termasuk 2 menantu & cucusss)
Berani siapa nak kata tak cantik..
Aku sumpah jadi batu!
Ehhh kamon la..we all buat sendiri tau..ok sangat la niii..
apa punya perangai ntah..nak paksa semua org kata cantik


Kak Long rasmikan dulu..ngeheee..
buruk bebenor perangai!


Ok..ok..ni pengantin yang betulnya..
Si cantik manis Nurul Zakiah Abdul Wahab..


Nurul Zakiah di atas singgahsananya..
Harap ko happy yer dik dengan pelamin ni..:)

Sebenarnya mini pelamin ni surprise dari kami untuk Nurul..
Semalam masa kami merewang kat dewan Nurul tak ikut..dia sibuk diinaikan time tu kat rumah..
Nasib baik dia cool jer masa tengok pelamin ni..
dibuatnya dia terkejut beruk, terus bukak langkah silat ker hapa tak ker haru biru!
Kahkahkah..
ok2..tak kelakar pun kan!


Bersama Ayahanda & Bonda..


Sekitar majlis...



Ada dua orang photographer bertugas masa hari tu..seorang pompuan yang tudung ijau tu..seorang lagi kanak-kanak bawah umur yang perasan dewasa..ada gak la insiden bergaduh berebut camera antara mak sedara dengan anak buah..hahaha..


Cincin pertunangan..cer cari cincin tersembunyi di celahan bunga..:)


*******************

Selesai sudah majlis...

 Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Finally,

Selamat bertunang untuk Nurul dan pasangannya Ariff..
:)


07 January 2016

CERITA AWAL TAHUN 2016

Ehhh dah masuk tahun 2016  kannnn..

Selamat Tahun Baru korangggg...

Dah 7 January baru terhegeh-hegeh nak wish...
Heheheh..
Maafkan hamba..:)

Hamba mengalami kebizian melampau sejak penghujung tahun 2015 lagi..
Sekarang ni Insyaallah dah stabil sikit jadual harian..
Kepala hotak pun rasa cam semakin stabil..
Makanya moh la kita berblogging...


Awal tahun cam biasala mak-mak ni kannn...semua bizi menggila dengan persekolahan anak-anak..tak ketinggalan mak bear nan seekor ni pun..kehulu kehilir membizikan diri..sampai kadang-kadang Cik Nad rasa cam..ehhh apa yang aku dok bizi sangat sebenarnya ni??? entah...kalau tak bizi pun kita buat-buat bizi jer laaa..baru nampak cam supermom!!! Bahahaha...

Baju bajan sekolah anak semua settle beli kat Penang..dari Abang Haiqal darjah 1 sampai sekarang dia dah darjah 6..tetap laaa mak dia setia membeli baju sekolah kat Penang..cisss..macam KL takdak jual baju sekolah!! Tapiiii kannn..sebenarnya iols ada agenda tersembunyi..kihkihkih..kalau beli kat Penang, senang kerja sebenarnya..sebab selalunya seluar sekolah Abang Haiqal & Daniel mesti nak kena potong bawah sikit..so, kerja-kerja gunting, jahit , adjust mana yang patut semua tu mak aku akan selesaikan..ngehhh..ngehhh..ko nampak tak betapa bijaknya mak bear ni menggunakan peluang yang ada??? 
Dasar sangat kannnnnn..-__-
Tu pun dok stress tahap gaban sebab lupa bawak balik lencana sekolah diaorang..kan senang kalau bawak balik lencana tu, boleh mak aku jahitkan sekali..
Grrrrr...awatlah pi lupa pulakkk???
Kan dah kena jahit sendiri..
Padan muka!




Kita sambut new year hari Jumaat kan..
Keesokannya tu iaitu 2 January bersamaan hari Sabtu kami dikejutkan dengan satu berita..
Memang terkejut habisss beb..
Hari Sabtu tu ialah birthday mamat kat sebelah aku nih..
Ha ahhh 2 January besday diaaa..
Selalu terkejut dengan besday laki aku ni sebab awal tahun sangat..
Alalalala..
Cik Nad ni kalau boleh nak buat application mintak tukar date besday laki aku nih..tak best la 2 January..time tu selalu dok sibuk dengan persediaan anak-anak ke sekolah..kalau tak pun time tu mesti ada di Penang..biasa la hujung-hujung tahun nak habiskan cuti kekdahnya mesti terlajak bercuti sampai awal tahun ..so selalu tak sempat nak prepare apa-apa pun..walaupun aku tahu sebenarnya dia tak kesah ponnn..lagi suka kott aku tak buat apa-apa untuk besday dia..heheee..well my husbeng is sangat simple orangnya..
Tapi Cik Nad nak jugak kalau boleh buatkan surprise birthday ker hapa untuk dia..ermmm tapi aku rasa dia tak suka kot surprise-surprise ni..tapi tak kesah lahhh aku teringin jugak nak buat untuk puaskan hati aku sendiri..kahkahkah..buat birthday orang untuk kepuasan diri sendiri??? Apa punya perangai ntahhhh!!!

Neway..

Happy Birthday Abang...:)

Cik Nad belanja makan-makan jer..

@Zawara Coffee, Setapak.




Sedap makanan kat Zawara Coffee ni..
Lain kali boleh datang lagi!

Setakat tu jer la besday Pak Incik ni untuk tahun 2016..
Insyaallah panjang umur tahun depan ai buat surprise yer bang..
Hahaha..tahun depan nak buat surprise, lani habaq siap-siap..
Bengong!!

Dah tu..4 January start lah sessi persekolahan 2016..Makanya ketiga-tiga anak syurga saya pun mulalah bersekolah..tahun ni relax jer sebab takder yang baru nak mula sekolah atau ke sekolah yang baru..masing-masing meneruskan persekolahan yang sama..Abang Haiqal dah darjah 6..Abang Daniel darjah 2 & Syamim 6 tahun di Smart Reader Kids.
Diaorang pun nampak relax jer..
Masing-masing control macho ke sekolah..:)



First Day ke sekolah Syamim takder uniform lagi sebab mak dia terhegeh-hegeh belum registerkan nama dia..ehhh tapi last year dah booking dahhh..saja jer melambat-lambatkan pembayaran..manalah tahu kottt principal diaorang kata siapa yang bayar lewat saya bagi diskaun 50%..takpun dia kata..siapa yang bayar lewat akan dapat hadiah berupa BMW..ngeheheheee..
Ada tak siapa-siapa yang rasa cam nak tampaq muka Cik Nad???
-___-

First day tu Syamim balik sekolah sendiri..dia merempit naik motor..
Ko tak caye???
Ehhh betul la!!!


Haaa tu laaaa Cik Nad cakap dahhh..ko tak nak percaya!



Ni citer Shahizz Daniel pulak..
tahun ni dia darjah 2..
Sempena menyahut saranan Pak Menteri supaya rakyat marhaen melakukan dua pekerjaan..
Maka Shahizz Daniel sekarang ni waktu pagi dia akan ke sekolah sebagai pelajar..manakala sebelah petang pulak dia menganggotai perwakilan UMNO...
---_---
Gasak ko lah nak..
Hahaha..



Yang ni paling diva!!!
Warning mak dia tak bagi ambil gambaq..
hamboiiii..hang ingat hang retisss???
Pastu siap bagitau kalau nak ambil gambar dia hari Jumaat baru boleh..
WHAT???
Ada hari-hari pulak..
Hok alohhh..ada yang nak kena gigit telinga ni!! ni mak dia curi-curi snap..tu yang dapat kot sisi jer 
tu..
Abang Haiqal darjah 6 tahun ni..
Yeahhhh UPSR!!!
Takper nak..chilll...
Usaha, Doa & Tawakal..:)

08 August 2015

POTLUCK SELEPAS RAYA.

Habis jer cuti raya dah mula la bersusun-susun aktiviti sambutan Hari Raya sana sini kannn... Cik Nad sukaaa, meriah jer rasa bila ada sambutan hari raya tu..Tak kiralah sambutan hari raya kat sekolah anak-anak jer pun, mak dia ni tetap rasa meriah...tumpang seronok ke anak tu...
Yer la budak kann..asal ada jamuan makan-makan jer...seronoknya kemahen!!!

Sekarang ni memang trend kalau buat apa-apa jamuan mesti konsep potluck...betul tak?
Best gak jamuan cenggini...masing-masing bawak juadah seorang sikit pastu kongsi-kongsi makan...
Meriah...macam-macam hado...

Cik Nad paling suka tengok sambutan raya budak-budak sekolah...Best tengok diaorang datang sekolah dengan wajah ceria..memasing bawak juadah, pastu baju raya budak-budak tu memang win! Macam-macam fesyen...hahaaa...suka sangat tengok...Untungkan bebudak sekarang...cantik-cantik baju raya...Tambah-tambah yang girl...amboiii yang datang cam retis pon ada...dengan baju liplap...manik sana sini..yang pakai tudung naelofar pon hado tuh! Entah kot dia rembat yang mak dia punya ker tak tau la pulokkk...hahaha...tapi kelasss habisss...Glam!

Minggu yang balik dari cuti raya tu terus sekolah Abang haiqal & Daniel dah buat sambutan hari raya...Kemahen suka la budak berdua tu...awal-awal lagi dah pesan kat mama mintak gorengkan mee dan meehoon...baekkk la nak...Kita goreng versi budak-budak nak makan yer, tak pedas sangat...
ala-ala manja gitu...



Ceria jer tu nak gi sambutan hari raya...Mula-mula tu Cik Nad nak buatkan kek...tapi diaorang tak nak..Ok lah, ikutkan korang jer laaa...Risau gak nak sediakan dalam kuntiti yang banyak ni...selalunya dok main masak-masak ikut portion yang family kami nak makan jer...Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...Boleh tahanlah jugak rasanya...Harap-harap kena lah dengan selera budak-budak tu...

Minggu seterusnya pulak skul Syamim pulak buat sambutan hari raya...konsep potluck la jugak..
Lagi sekali Cik Nad cadangkan nak buat kek..dan sekali lagi cadangan Cik Nad ditentang! Haizzz budak-budak ni...banyak bunyi betul...Syamim kita kawan-kawan dia semua suka makan sosej...dah tu ko nak bawak sosej jer gi jamuan raya??? Adoiiii...beriya sangat nak bawak benda alah tu...mak ok jer...lagi sonang kerja mak ko ni...mihmihmih...cuma aku rasa cam tak berapa nak kena la pulak...tapi dah itu yang dia nak...layan jer la! Grill sosej, pastu hias-hias sikit...dah selesai! Lupa nak snap pic sosej tu..sebab dok saited snap pic tuan yang bawak sosej...heheee...


Ramai yang tanya baju Syamim ni beli kat mana...
Mak aku yang jahitkan sebenarnya...:)

Lepas dah settle jamuan raya Syamim..tetiba Abang Haiqal kata cikgu dia nak buat sambutan birthday party untuk pelajar-pelajar kelas dia yang lahir bulan May, June & Julai...
Potluck lagiiikkk...
Ko nak bawak apa Abang Haiqal???
Dia mintak nak bawak nasi goreng...dah la malam ni baru gitau, esok pagi dah nak kena bawak...
boleh jer mak nak buat nasik goreng..tapi dalam freezer tu ada udang sikit jer...tak padan kot nak buat nasik goreng untuk 37 orang nak makan...huhu...

Pastu kannn...tetiba Cik Nad teringat satu drama yang Nadiyaa Nisa berlakon tu...
Alaaa apa ntah tajuknya...yang Rahim Razali jadi bapak dia...mak dia dah meninggal, pastu nadiyaa nisa dok try masak nasik goreng cam mak dia buat tapi tak menjadi...sampai nangess minah tu dok try...ko tengok tak citer tu??? Aku tak ingat apa endingnya...yang aku ingat part nasik goreng tu jer...
Dia buat nasik goreng bodo-bodo jer..tapi nampak cam sedap!!!
Hahaha...dah melalut ke drama pulak hakak ni...kahkahkah...
Anak suruh goreng nasik jer pon...dah sampai keluar cerita drama semua apa cerrr???
Tapi tu lah yang Cik Nad buat...dapat ilham dari drama tu...ngeheee...


Yang ni namanya nasik goreng Nadiyaa Nisa...Hahaha...
Hakak masuk jer semua bahan yang ada dalam peti ais...
Buat cam nasik goreng cina...letak lada sulah...
Haiqal cakap sedappp..kawan-kawan dia semua suka...Alaaa budak sekolah memang cenggitu kan...
Ko bagi jer la apa pon...dia bedal jugak!!! hahaha...

Last sekali dah habis potluck anak-anak, mak pulak nak berpotluck...hahaaa...
Potluck mak dengan geng mak-mak la jugak...Cik Nad ni bukannya kerja opis pon..so takder la nak berpotluck dengan opismate semua tu...tapi ni potluck dengan geng-geng surau...haaa ko hado??? Hahaha...
Hakak kan dok join Kuliah Dhuha kat Masjid Al-Iman, Kemensah...diaorang la yang ngajak berpotluck ni...



Cik Nad buatkan Cashewnuts Congo Bars & Fudgy Brownies...
Haritu masa upload kat fb ada yang mintak resepi...Insyaallah nanti Cik Nad share yer...
Senang jer nak buatnya...

29 June 2015

ROTI JALA PALING "SWEET" UNTUK MAMA.

Kemahen tajuk entry ni kannn...
Kiranya ni kisah aku, roti jala & anak-anakku...
Haaaa gitu!

Al-kesahnya...minggu lepas Cik Nad masak kari daging untuk berbuka...Pastu terpikir pulak, dah alang-alang ada kari daging ni kalau buat roti jala sket mesti best...iols memang suka makan roti jala...cuma nak menjala tu jer kekadang tak berapa nak rajin! Dah hari tu angin kus-kus hapa ntah yang menghembus kat aku, maka datanglah kerajinan untuk menjala tu...Yeahhhh...

Sedang aku bizi menjala datang la si Daniel...macam biasa la dia nak "tolong" mama masak...dah kita ni nak cepat...letih berpuasa pon yer jugak...aku buat-buat tak dengar jer permintaan budak tu...dah sampai merayu-rayu anak aku tu...Huwaaaa...kejam nyer mama ni...hukhuk...berkali-kali jugak la Daniel dok mintak nak tolong, tapi aku terusss jer buat tak layan...suruh dia gi dok diam-diam kat depan tengok tv...:(

Dan pada malamnya tu...lepas anak-anak dah mentido...barulah sel-sel otak mak ni berhubung...rasa sayuuuu jer hati nih...huhuhu...tengok muka Daniel yang tengah lena tu, rasa bersalah sangat kat dia...sorry yer nak...mula lah dok terpikir macam-macam....haizzz...

Apalah salahnya kalau aku biar jer Daniel tolong tadi???

Bukannya roti jala tu nak buat jual ker hapa...takder nak kasik kat sesiapa pon...kami anak-beranak jer nak makannya pon...lahaiiiii awat la hang jadi lagu ni Nadiah Hanum oiiii....benda-benda camni nampak remeh jer kan...tapi sebenarnya Cik Nad dah hampakan Daniel tadi...dah ragut satu kegembiraan yang sepatutnya dia dapat hari ni! Dia cuma mintak nak tolong jer...
Huwarrrrgghhhh....
Jahatnya mama ni...:(

Dua malam berturut-turut dok teringat lagi benda ni tau...errr mungkin mak ni agak over skit...hahaha...tapi series, nak tido jer dok laaa terpikir pasal tu...hati tisu sangat aku ni kalau bab anak-anak...Finally aku ambik keputusan esok nak buat roti jala lagi...bukannya nak makan sangat pon...tapi buat ni semata-mata nak gembirakan hati anak-anak, terutamanya Shahizz Daniel...Yeayyyy....paling tepat nak hilangkan rasa bersalah mak ni haaa...

Esoknya tu...masa ambik diaorang balik sekolah, Cik Nad cakap dengan Daniel "petang satgi Daniel tolong mama buat roti jala nak?"....terus dia angguk laju-laju...berseri-seri muka dia ko...lega hati mak ni tengok dia senyum camtu...dan petang tu, tiga-tiga beradik masuk dapur buat roti jala!!! Hahahaha...masing-masing muka bahagia jer...Alhamdulillah, sejuk ati mama...:)



Penuh dapoq mak yang sekangkang kera ni...hahaha...tapi memang happening lah!




Chef cilik in action...bukan susah sangat kan nak gembirakan anak kan???
Pengajaran untuk diri Cik Nad sendiri...:)



Tapi ko jangan pertikai la kannn cemana kejadian roti jala ni akhirnya...cakap jer ko nak shape apa, semua ada...kahkahkah...dah nama pon hasil kerja anak-anak...hentam saja la labuuuu...


Dan hasilnya...


JENG...JENG...JENG...






Hahahaha...macam-macam corak ada...yang kecik..yang besar...yang gemok...yang kurus....
Apa-apa jer la anak...asal korang bahagia...

Terima kasih yer anak-anak kerana sentiasa mewarnai hidup mama...
ini lah roti jala paling "sweet" untuk mama...


Pada korang yang nak buat roti jala tu...
Cik Nad suggest korang ikut resepi Azie Kitchen...
Memang sedap roti jala ikut sukatan kak Azie ni...
Lembut gebu jer dari berbuka sampai ke sahur...


02 June 2015

CERITA BAJU RAYA 2015. (PART 2)

Hamboiiii...
Berpart-part pulak cerita baju raya ko yer Cik Nad....Hahaha...
Memang laaa...
Sekali keluar shopping memang tak cukup...
Errr dua kali shopping pun tak cukup sebenarnya!
Haihhhh membeli ala kadar jer yang sebetulnya...
Tapi nak cukupkan untuk 5 beranak ni ambik masa la jugak kannn...


Untuk shopping part 2 ni, Cik Nad nak carik kain pasang...
Nak buat baju melayu & kurung kitaorang...
Nak pakai pagi raya, gi sembahyang raya kan...
Sekejap jer nak pakai baju melayu/kurung ni bebenornya...
Anak-anak lepas balik sembahyang raya, ambik gambor skit...
Terus diaorang mintak nak salin baju...
Takdernya diaorang nak melaram dengan baju tu sampai ke petang...
Memang tak lah!!!
Tak selesa kononnya...
Panas lah...rimas lah...
Ada-ada jer diaorang ni...
Sudahnya baju tu nanti buat pakai gi ngaji...


Paling best nyer...
Sampai ke saat nak beli kain tu...
Aku masih lagi tak tetapkan warna tema...
Hahaha...suka2 ati jer...
Alaahhh bukannya wajib pon nak bertema-tema ni, betul tak???
Sebelum ni ada gak pikir2...
Berkenan kaler dusty pink...
Cantik kan kaler tu???
Tapi Abang Haiqal tak setuju!!
Kemahen anak bujang aku tuuuu...
Dulu2 mak beli jer kaler apa pun ikut suka mak...
Sekarang dah tak boleh nak buat camtu...
Kuasa veto mak dah terancam....huwaaaa...
Abah tak kesah, anak2 pulak yang terlebih kesah!!! Grrrrrrr.....




Tempat yang dituju ialah Jakel Mall...
Mula2 ingatkan nak ke Gulatis kat Wangsa Maju tu jer...
Yang tu dekat jer dengan rumah...
Tapi pikir2 balik...
Tak pernah lagi Cik Nad ke Jakel Mall...
Try gi situ la kali ni!

Pepagi dah keluar...
Errrr kul 10 lebih la...
Kalau keluar pepagi lepas subuh pun...mana bukak lagi pintu Jakel tu kan!
Sampai2 jer...kononnya diaorang tengah "happy hour"....
Kain terpilih untuk dihappy hourkan tu jadi murah la...
Dari RM150 sepasang...jadi RM50...
Murah la tu kannn...
Berpusu-pusu la jugak manusia dok pilih kain2 tu...
Cik Nad jenguk2 jugak...
Tapi tak berkenan...
Sebabnya kain tu jenis kain jarang yang nak kena lapik tu...
Tailor yang nak menjahit baju kami ni ialah mak aku...
Mengamuk kang dia kalau bagi kain berlapik ni...
Dah la lambat beli kain...
Dari bulan sudah lagi tailor terhormat tu dok mintak kain...
Ahhh sudahhhh...tak mau aku mencarik pasal!


Urusan beli kain ni berjalan tersangatlah lancarrr....
Terus tuju tempat kain baju melayu...
Promoter kat situ banyak membantu jugak...
Abang Haiqal berkenan kaler mint green...
Encik Abah & Daniel pun setuju...
Aku kebil-kebil mata tengok drama diaorang ni...
Laaaa...tak jadi lah aku punya dusty pink???
Cissssss....nyampah tau!!!
Hokey la, mak redha...
Terus hambik 10 meter...
Untuk membalut tubuh 3 hero mama di pagi raya...
Ecececehhh...


Pastu laju2 ikut promoter tu ke tempat kain pasang untuk baju kurung Syamim & mama...
Beriya promoter tu dok tunjuk kain yang sedondon dengan mint green tadi...
Ehhh mint green ker green mint ek???
Lantak lah...mana2 pon boleyyy...
kahkahkah...bukannya nak kena saman pon kalau sebut silap...
Lalalalala...

Cik Nad tak nak kain yang jarang nak kena lapis bagai...
Taknak yang design terlalu heavy...
Taknak yang bermanik...
Taknak yang grand...
Senang citer...hakak nak yang sehabis simple...gituuu
Saya kan seorang wanita yang humble dan simple...
Ngehhhh...ngehhh...ngehhh
Panggggg!!!! Penampaq sekali!


Sudahnya dapat la kain yang aku berkenan...
Cantik dan manis dimata Cik Nad...:)
Harga pun tak mahal...
Tak sampai 1 jam kottt...
Dah settle memilih...
Terus panggil Encik Abah suruh bayarkan...



Lepas bayar dapat borang untuk cabutan bertuah hapa ntah...
Isi jer la borang tu...
Katanya pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon...

Lepas dah bayar jalan2 skit dalam mall tu...
Tak naik pun tingkat atas2...
Malas aku...Dah takder apa nak dibeli lagipon...


Baju melayu yang dah jahit siap pun banyak jugak...
Macam-macam kaler...
Tapi kualitinya Cik Nad tak tahu lah...
Aku ushar2 gitu jer...


Ehhhh...
Rupanya kat bahagian belakang tingkat bawah tu ada Ariani!!!
Cheq tak taw ponnn...
Maklumlah tak pernah datang sebelum ni...


Gitewww...
Lepas beli kain boleh terus gi cari tudung kekdahnya...
So sila bawak duit banyak2 yer...
Senang nak melabur kat sini!
Bahahaha...tak kuasa mak!!!
Cik Nad masuk la jugak...
Tangkap syria sehelai...

Ermmm korang nak tengok ker kain yang Cik Nad beli...
Merangkap baju tema family Cik Nad di pagi Aidilfitri 2015...
Bahek lah...hakak tunjukkan yer...

JENGGG...JENGGG...JENGGGG....




Itulah dianya...
Yang kosong berjalur tu untuk baju melayu hero2...
Yang bercorak tu untuk Cik Nad & Syamim...
Pasni nak cari tudung plain kaler baby pink untuk Syamim & mama...
Omeyyy tak???
Hehehehe....
Next week nak hantar kain kat mak aku...
Mujur la mak sendiri yang jadi tailornya...:)

Sambung sket lagi yer...
Tengah mood nak bercerita pulak dah...
krikkk...krriikkk...

Keluar dari Jakel Mall kami jalan kaki jer ke Restoran Insaf...
Layan tekak dengan Beriani Kambeng...



Alhamdulillah...
Dah kenyang masuk Pustaka Minerva pulak...
Sebelah jer dengan Restoran Insaf...




Belilah buku sikit2 untuk budak bertiga ni...
Tengah cuti sekolah 2 minggu ni kannn...
Bagi diaorang buat aktiviti kat rumah....
Mak pun tumpang sekaki jugakkkk...
Haruslaaa weiiii....
Daku rembat 2 bijik buku...
Tak sabar nak baca!!!



27 May 2015

CERITA BAJU RAYA 2015 (PART 1)

Assalamualaikum...
Hai...

Korang dah shopping baju raya tak???
Bulan puasa dah nak dekat kannnn...
Cik Nad tak suka la gi shopping time puasa...
Dah berapa tahun dah tak keluar shopping masa bulan puasa...
Jenuh oiii nak bersesak dengan umat manusia...
Nak layan peel anak lagi...
Tak cukup kudrat dah mak ni...phewww...
Bulan puasa kali ni mak berazam nak sediakan juadah berbuka sendiri...
Ha ahh aku nak masak hari2, no bazaar Ramadan...
Insyaallah...
Ni tengah plan jadual utk juadah berbuka...
Insyaallah nanti Cik Nad share yer...:)


So weekend lepas kami dah mulakan operasi...
Macam biasa, seperti tahun yg lepas2...
Tempat yang dituju ialah SOGO...
Dari dulu lagi memang SOGO jadi tempat feveret untuk cari baju anak2...
Yer...baju anak2 jer punya citer ni...
Baju makpak takder pulak beli di SOGO...
Kenapa ntah...aku pun tak pasti!!!


Sebelum shopping singgah breakfast cum lunch sekali...
Dah kul 11 pagi time tu...


Makan di Old Town yang opposite dengan SOGO tu...
Mak makan karipap 2 ketul jer...
Taknak heavy2 nanti tak larat nak jalan...
Nak shopping baju 3 beradik tu memerlukan energy level yg tinggi tau...
Ko jangan buat main...
Dengan cerewetnya bebudak niiii...lahaiiii....
Kang mak dia boleh bertukar jadi rasaksa...stress!!!

Selesai makan terus masuk SOGO...
Errrr...aku sebenarnya kompius dengan SOGO ni tau...
Dari dulu lagi aku dok perhati...
Sentiaaasaaaa dia ada sale!!!!
Sepanjang tahun kot...krikkkk...krikkk...
Entahlah, marketing strategy yang camner diaorg gunakan sebenarnya eh???
Bila masa pergi pon cenggituuu la jugak...

"SALE"

Memang ramai orang...tapi ok la, tak sesak sangat...
Kami terus laju2 tuju ke level 4...
Kids Department...
Haaa...level 4 pon sana sini SALE jugakkkk...
Hahahaha....
Gasak korang la...
Sale ker tidak, yang pasti aku nak habiskan misi baju raya anak2 hari ini jugak!!!



Cer ko tengok...
Kemahen kononnya diskaun 50%...70% pun ada...
Tapi Cik Nad tak rasa pulak rege baju kat situ murah bebenorrr...
Biasa2 jer kotttt...
Cumanya shopping kat SOGO ni selesa...
Ada room utk anak2 main...
Tu yang tetiap thn kami datang sini...
Sambil2 mama pilih baju, abah temankan anak2 kat tempat main kanak2 tu...
Amannnn mak nak shopping...kihkihkih...


Alhamdulillah budak2 ni buat hal masing2 jer...
Ehhh lama tau kami kat dlm SOGO ni...
Maghrib baru balik...hambekkk ko!!!
Bukan senang nak beli baju tiga2 makhluk tu...
Mak beranak 3 mesti setuju dengan aku...kann??? kannn???
Sembahyang zohor & asar kat dalam tu jugak...
Surau SOGO ni selesa...
Tu yang kami takder masalah dok sampai malam...ngeeheee...
Tengok gambo atas ni...
Syamim sampai terlena kat riba abah...
Errrr...sofa ijau kat SOGO tu kitaorang buat cam harta sendiri jer...
Muahahaha...
Nasib la!!!



Hasil tangkapan dah penuh sebakul...
Ajak pulak sorang2 gi try kat fitting room...
Aku cuba sehabis daya menggarangkan muka time ni...
Buat2 series gitu...
Biar bebudak ni gerun sket...
Baru la diaorang tak banyak komplen...
Haaaa strategi mau power beb!
Kahkahkah...Banyak la ko punya strategi Cik Nad oiiii...
Takdernya budak2 tu nak heran ponnn...
Campurtangan encik abah jugak yang menyelamatkan keadaan...
Sobssss...
Dah try2 sume...
Ok la settle satu bab...
Cuma Abang Haiqal jer problem...:(
Kesian  kat anak bujang aku niiii...
Dia ni hadapi masalah krisis identiti...
Seluar budak yg saiz paling besar pon dia dah tak muat...
Gi carik yang dewasa saiz paling kecik pon cam tak sesuai dgn dia...
Dah tu acaner???
Mujur last2 jumpa yg brand JEEP , ada saiz Abang Haiqal...
Alhamdulillah...terus rembat 3 helai!
Settle...terus gi bayar...



Tudiaaaa...
Panjang berjela bil mak...
Tapi ok la tu...pakaian 3 budak kannn..
Yang bestnya, lepas bayar dapat redeem kupon...
Ni yang Cik Nad paling seronok ni...mihmihmih...



Yeayyyy...
Kupon yang dapat tu siap boleh beli kasut untuk Daniel & Syamim...
Penjimatan di situ...kannnn!!!
Yeaayyyy...#tepuk tangan#

Selesai sudah episod pertama...
Weekend ni rasanya nak gi cari kain pulak...
Untuk baju melayu/kurung...
Warna apa pulak nak buat baju kali ni yer???
Cik Nad cam kenan kaler dust pink...
Ermmm...
Apapun yang penting semua kena settle sebelum Ramadan....
Muktamad!
Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015