FOLLOW

07 January 2016

CERITA AWAL TAHUN 2016

Ehhh dah masuk tahun 2016  kannnn..

Selamat Tahun Baru korangggg...

Dah 7 January baru terhegeh-hegeh nak wish...
Heheheh..
Maafkan hamba..:)

Hamba mengalami kebizian melampau sejak penghujung tahun 2015 lagi..
Sekarang ni Insyaallah dah stabil sikit jadual harian..
Kepala hotak pun rasa cam semakin stabil..
Makanya moh la kita berblogging...


Awal tahun cam biasala mak-mak ni kannn...semua bizi menggila dengan persekolahan anak-anak..tak ketinggalan mak bear nan seekor ni pun..kehulu kehilir membizikan diri..sampai kadang-kadang Cik Nad rasa cam..ehhh apa yang aku dok bizi sangat sebenarnya ni??? entah...kalau tak bizi pun kita buat-buat bizi jer laaa..baru nampak cam supermom!!! Bahahaha...

Baju bajan sekolah anak semua settle beli kat Penang..dari Abang Haiqal darjah 1 sampai sekarang dia dah darjah 6..tetap laaa mak dia setia membeli baju sekolah kat Penang..cisss..macam KL takdak jual baju sekolah!! Tapiiii kannn..sebenarnya iols ada agenda tersembunyi..kihkihkih..kalau beli kat Penang, senang kerja sebenarnya..sebab selalunya seluar sekolah Abang Haiqal & Daniel mesti nak kena potong bawah sikit..so, kerja-kerja gunting, jahit , adjust mana yang patut semua tu mak aku akan selesaikan..ngehhh..ngehhh..ko nampak tak betapa bijaknya mak bear ni menggunakan peluang yang ada??? 
Dasar sangat kannnnnn..-__-
Tu pun dok stress tahap gaban sebab lupa bawak balik lencana sekolah diaorang..kan senang kalau bawak balik lencana tu, boleh mak aku jahitkan sekali..
Grrrrr...awatlah pi lupa pulakkk???
Kan dah kena jahit sendiri..
Padan muka!




Kita sambut new year hari Jumaat kan..
Keesokannya tu iaitu 2 January bersamaan hari Sabtu kami dikejutkan dengan satu berita..
Memang terkejut habisss beb..
Hari Sabtu tu ialah birthday mamat kat sebelah aku nih..
Ha ahhh 2 January besday diaaa..
Selalu terkejut dengan besday laki aku ni sebab awal tahun sangat..
Alalalala..
Cik Nad ni kalau boleh nak buat application mintak tukar date besday laki aku nih..tak best la 2 January..time tu selalu dok sibuk dengan persediaan anak-anak ke sekolah..kalau tak pun time tu mesti ada di Penang..biasa la hujung-hujung tahun nak habiskan cuti kekdahnya mesti terlajak bercuti sampai awal tahun ..so selalu tak sempat nak prepare apa-apa pun..walaupun aku tahu sebenarnya dia tak kesah ponnn..lagi suka kott aku tak buat apa-apa untuk besday dia..heheee..well my husbeng is sangat simple orangnya..
Tapi Cik Nad nak jugak kalau boleh buatkan surprise birthday ker hapa untuk dia..ermmm tapi aku rasa dia tak suka kot surprise-surprise ni..tapi tak kesah lahhh aku teringin jugak nak buat untuk puaskan hati aku sendiri..kahkahkah..buat birthday orang untuk kepuasan diri sendiri??? Apa punya perangai ntahhhh!!!

Neway..

Happy Birthday Abang...:)

Cik Nad belanja makan-makan jer..

@Zawara Coffee, Setapak.




Sedap makanan kat Zawara Coffee ni..
Lain kali boleh datang lagi!

Setakat tu jer la besday Pak Incik ni untuk tahun 2016..
Insyaallah panjang umur tahun depan ai buat surprise yer bang..
Hahaha..tahun depan nak buat surprise, lani habaq siap-siap..
Bengong!!

Dah tu..4 January start lah sessi persekolahan 2016..Makanya ketiga-tiga anak syurga saya pun mulalah bersekolah..tahun ni relax jer sebab takder yang baru nak mula sekolah atau ke sekolah yang baru..masing-masing meneruskan persekolahan yang sama..Abang Haiqal dah darjah 6..Abang Daniel darjah 2 & Syamim 6 tahun di Smart Reader Kids.
Diaorang pun nampak relax jer..
Masing-masing control macho ke sekolah..:)



First Day ke sekolah Syamim takder uniform lagi sebab mak dia terhegeh-hegeh belum registerkan nama dia..ehhh tapi last year dah booking dahhh..saja jer melambat-lambatkan pembayaran..manalah tahu kottt principal diaorang kata siapa yang bayar lewat saya bagi diskaun 50%..takpun dia kata..siapa yang bayar lewat akan dapat hadiah berupa BMW..ngeheheheee..
Ada tak siapa-siapa yang rasa cam nak tampaq muka Cik Nad???
-___-

First day tu Syamim balik sekolah sendiri..dia merempit naik motor..
Ko tak caye???
Ehhh betul la!!!


Haaa tu laaaa Cik Nad cakap dahhh..ko tak nak percaya!



Ni citer Shahizz Daniel pulak..
tahun ni dia darjah 2..
Sempena menyahut saranan Pak Menteri supaya rakyat marhaen melakukan dua pekerjaan..
Maka Shahizz Daniel sekarang ni waktu pagi dia akan ke sekolah sebagai pelajar..manakala sebelah petang pulak dia menganggotai perwakilan UMNO...
---_---
Gasak ko lah nak..
Hahaha..



Yang ni paling diva!!!
Warning mak dia tak bagi ambil gambaq..
hamboiiii..hang ingat hang retisss???
Pastu siap bagitau kalau nak ambil gambar dia hari Jumaat baru boleh..
WHAT???
Ada hari-hari pulak..
Hok alohhh..ada yang nak kena gigit telinga ni!! ni mak dia curi-curi snap..tu yang dapat kot sisi jer 
tu..
Abang Haiqal darjah 6 tahun ni..
Yeahhhh UPSR!!!
Takper nak..chilll...
Usaha, Doa & Tawakal..:)

7 comments:

  1. hehehe.. siap warning jgn ambek gambaq.. dah kenapa laa tu dik..hahaha.

    ReplyDelete
  2. Ciknad...nak puji sikit...gambar 1 family makan kt zawara coffe tu cantik sgt...pandai ciknad amik gambar...suka...amboiii abg long kena amik gambar hari jumaat je ye dia tak tau mak dia blogger aktif hehhee...happy new year ciknad

    ReplyDelete
  3. hahhahahaa..adoii tergelak baca pasal syahizz tu..mmg skrg sekolah agama sampin merah eh ciknad..dulu2 hijau..kikiki

    ReplyDelete
  4. betul ciknad akk pun bx giler penghujung thn smpai laa skrg.. baru lega skit.

    ReplyDelete
  5. alahai syamim. comel nyer rempit. muka releks aje :) ha ha...
    wah. abg da besar. da bg syarat la plak ekk nak snap gambo dia.
    anak oh anak :)
    sabo jer la ekk.

    ReplyDelete
  6. happy family.. seronoknya ciknad..

    ReplyDelete
  7. awal tahun memang bulan yang memang sibuk dengan pelbagai urusan..

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015