FOLLOW

Showing posts with label REVIEW. Show all posts
Showing posts with label REVIEW. Show all posts

17 February 2017

CANTIK BERSERI BERSAMA DEEJA COSMETIC

Assalamualaikum..
Hi korang...😍

Sherry Ibrahi pengasas Deeja Cosmatik


CANTIK BERSERI BERSAMA DEEJA COSMETIC
Korang tengok tak drama 7 Hari Mencintaiku?
Best kan citer tu..
Masa layan drama tu dulu, Cik Nad cam dah tergoda dengan iklan Deeja Cosmetic yang muncul sekejap-sekejap masa drama tu..
Nampak lawaaa jer model dia, Sherry Ibrahim tu kan..
Maka membuak-buaklah perasaan ingin mencuba..
Pulak tu di fb & ig banyak jugak terbaca review kawan-kawan yang dah guna Deeja Cosmetic..
Best jer tengok diaorang dah flawless...
Oh myyyy...hakak pun nak jugakkk👱


Akibat dari pengaruh rakan sebaya, makanya baru-baru ni Cik Nad telah merebut peluang untuk mencuba Deeja Cosmetic ni..Manalah tau kannn..kottt akak mampu jadi cantik cam Si Sherry Ibrahim ker...hahaha...Lagiun ramai juga rakan Cik Nad yang dah cuba Deeja Cosmatic.

Deeja cosmetik

Amacam??Cik Nad boleh jadi model Baru Deeja Cosmetic tak?? Sebelum ni Cik Nad guna produk lain, Cik Nad ingat dah ok sangat dengan kulit Cik Nad.Rupanya lepas cuba guna Deeja Cosmetic , makin berseri-seri kulit wajah Cik Nad..Cik Nad nak cerita sikit pengalaman menggunakan Deeja Cosmetic ni dan apa kebaikan yang Cik Nad dapat sepanjang menggunakan Deeja Cosmetic.

Baru 2 minggu Cik Nad menggunakn produk ni.Cik Nad gunakan secara konsisten dan tak mengelat tau.Nak cantik kena la ada disiplin.Dalam set Deeja Cosmetic ni ada 5 jenis produk:

Set Deeja Cosmatic


SABUN PEMBERSIH MUKA ±120gm (NOT150702472K)

Sabun pembersih muka Deeja Cosmetic ni yang paling Cik Nad suka.Setiap kali lepas cuci muka rasa segar.Kulit pun nampak bersih sebab sabun ni mencuci jauh ke dalam kulit.Sabun ni mengandungi air mawar .Sebab tu rasa segar je lepas guna.Sabun ni juga boleh mencerahkan kulit dan menghilangkan jerawat .Memang terbaik la sabun ni .


TONER NANO ±30ml (NOT150702471K)

Untuk Toner Nano Deeja Cosmetic , Cik Nad Guna selepas cuci muka .Lepas siap cuci kita keringkan wajah sekejap kemudian apply Toner.Guna sikit je..Titik kan sikit pada tisu muka dan sapu la.Toner ni cepat meresap ke dalam kulit kita.Toner ni fungsinya untuk mengawal kelembapan kulit wajah kita dan membuang sel kulit mati. .Jangan abaikan toner sebab ada beza kulit yang guna toner dengan tak guna toner.Toner Deeja Cosmetic bukan saja mencerah dan melembabkan kulit malah melindungi kulit kita dari kotoran.


KRIM SIANG ±6gm (NOT150702468K)

Krim siang Deeja Cosmetic Cik Nad gunakan selepas apply Toner nano.Yang menarik tentang krim siang ni, ianya boleh dijadikan sebagai foundation juga.Jimat duit Cik Nad lepas ni tak payah beli foundation lagi.Sebaik sapu je krim siang terus nampak perubahan pada wajah. Krim siang ni mengandungi Aloe Vera dan biji almond juga biji tomato..kalau nak keluar rumah lepas pakai krim siang ni sapu je bedak , atau kalau nak makeup sakan ,lagi la cantik..kan??Solekan pun kekal seharian .Tak payah risau kulit rosak kena panas bila dah pakai krim siang ni.

kulit selesa walaupun seharian diluar


           
KRIM MALAM ±6gm (NOT150702469

Untuk krim malam pulak ada dua produk yang Cik Nad guna.Satu krim malam dan satu lagi krim Nano.Cara guna Krim malam ni , lepas dah pakai toner, Cik Nad pakai krim malam..Sikit je tau.nipis-nipis saja.kemudian pakai pulak krim nano.Yang ni wajib pakai.Tak boleh kejap nak pakai kekap tak nak..Kata nak cantik.. :)

Kenapa krim malam sangat penting?Sebab waktu kita tidur la krim malam dan krim nano ni akan bekerja merawat kulit kita .Masa kita tengah berehat, tak kena panas, tak de habuk "mereka' ni akan menutralkan kembali kulit kita,Lepas siang tadi kita dah ke sana sini dengan kulit kita ni, makan itu ini jadi waktu malam krim malam akan lindungi dan rawat kulit kita.Sebab tu wajib pakai.
     

KRIM NANO (Malam) ±6gm (NOT150702438K)

Macam yang Cik Nad cerita tadi, guna krim nano selepas dah guna krim malam.kalau perasan la tak semua produk rawatan kulit ada krim nano ni.Tapi Deeja cosmetik ada krim nano malam..Itu lah istimewanya Deeja Cosmetik.Kenapa ada krim nano?Krim nano Deeja Cosmetic membantu untuk Memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit pada waktu malam selepas seharian kulit terdedah dengan sinaran matahari dan juga kotoran,memberi keanjalan pada kulit dan menghaluskan kulit kita.

Pengalaman guna Deeja Cosmatic


Kandungan Bahan-Bahan Deeja Cosmetic

Kalau diperhatikan bahan-bahan yang terdapat dalam set produk Deeja Cosmetic ni dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi .
Vitamin E
Air Mawar
Carrot
Susu
Minyak biji anggur
Lemon Milky soap
Aloe vera
serbuk kolagen
minyak argan
Minyak jojoba
Biji Almond
Biji Tomato..
Bukan saja kualiti dan keberkesanan nya yang membuatkan ramai dah mencuba produk ni malah harganya juga berpatutan.Nak cantik semulajadi seawal 5 hari? Jom dapatkan Deeja Cosmetic sekarang...

Facebook Deeja Cosmetic HQ
Instagram Deeja Cosmetic 

Tel / Whatsapp: 019 694 5950

__________________________________

GARA-GARA MINYAK PANAS KULIT WANITA INI LEBIH CANTIK DARI SEBELUMNYA



Apa yang korang akan lakukan sebaik terkena minyak panas? Bukan sedikit ye tapi sebahagian dari kulit muka korang. Inilah mimpi ngeri yang berlaku kepada wanita ini.

Kulit wajah adalah aset besar terutama bagi wanita. Sakit, sedih dan risau semua ada bila berlaku kejadian sebegini. Sebaik terkena minyak panas wanita ini mendapatkan rawatan dari hospital. Tapi kerana bahagian yang terkena itu agak banyak dan sudah tentu masa yg diperlukan untuk sembuh lebih lama.

Pada awalnya wanita ini memilih gel aloe vera untuk merawat luka dan pada masa yang sama dia berharap gel ini dapat membantu  menghilangkan parut pada wajahnya.




"Saya kena mnyak panas tu ada dalam sebulan mcm tu la lepas tu saya dah tak pakai apa² skincare cuma sapu gel alovera je. Gel alovera tu cuma untuk baik luka² tu je nak hilangkan parut tu memang susah dan ambik masa lama jgk la.

"Tapi dalam sebulan tu muka dah jadi berminyak, tak bermaya, jerawat pn mula la tumbuh tapi parut tak hilang² juga...saya jadi down sangat² dengan masalah muka sy bila setiap kali tengok cermin, nak keluar rumah pn malu...kalau nk keluar rumah kena make up tebal², tapi make up mana boleh tahan lama...lama sikit je dh merekah.",

luah Nurul dalam perkongsiannya kepada kami.

Dek kerana tak tahan dengan masalah kulit yang semakin menjadi jadi, dia mula mencari ikhtiar lain. Dengan lambakan pelbagai produk di pasaran Nurul lebih berhati hati dalam produk yang terbaik dan bermutu. Apa yang penting produk tu selamat, mendapat pengiktirafan dari KKM dan mampu menghilangkan parut besar pada wajahnya.


"Saya cuba tengok²  produk skincare di facebook. Mulanya saya nak try set skincare lain, tapi tak tahu mcm mana saya boleh tertarik nak mencuba produk deeja cosmetic ni lepas tengok testimoni² yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dgn masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya mmg produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan sangat² konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni.


"Masa mula² nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat² puas hati dengan deeja cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa² pengelupasan dan tak ada pedih².


"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu", 

tambah Nurul.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh hubungi talian di bawah atau layari facebook mereka untuk lebih banyak testimoni.

Facebook Deeja Cosmetic

Talian untuk dihubungi:

019 649 5950
019 249 5950
019 278 5950
017 653 5950
019 945 9362
019 252 6838

"Nak Cantik Gebu ??? Haruslah Deeja Cosmetic"




24 November 2016

Senangnya nak bersihkan rumah bersama MAIDEASY

Assalamualaikum...
Hai korang😄


Korang tau tak.. Cik Nad ni sebenarnya dah 13 tahun menyandang jawatan full time housewife..
Errr atau lebih tepat 'modern housewife'  (urban sikit bunyinya tu kannn😎)
Alhamdulillah, anak pun dah 3 orang..


Bila jadi full time housewife ni ..

Kita lah emak..
Kita lah cikgu..
Kita lah baby sitter..
Kita lah doktor..
Kita lah driver..
Kita lah tukang masak..
Kita lah tukang cuci..
Semua-semua lah kita...Package all in one!
Betul tak???





Tak cukup dengan tu kadang-kadang dapat extra job lagi..
kita lah carpenter..kita lah plumber..

Pastu ada hati pulak nak jadi blogger lagiiii...kah!kah!kah!👅

Kadang-kadang tu...
STRESS tau tak...STRESS!

Bila tak terkejar nak manage urusan mengemas ni, serba tak kena jadinya..
Tak tenteram jiwa raga..

Macam mana nak tangani masalah kerja melebihi had yang tak sudah-sudah ni???
Okehhh..Cik Nad ada solution nya :)

Hidup di zaman serba canggih ni, kita perlu bijak menggunakan segala opportunity yang ada..
Zaman sekarang ni segalanya dah mudah..
Apa kata sesekali kita gunakan khidmat part time maid untuk membersihkan rumah?
Bukan saja untuk full time housewife macam Cik Nad ni..
Malahan Cik Nad yakin mommy mommy yang berkerja lebih-lebih lagi memerlukan khidmat part time maid ni..betul tak???

Nak ambil full time maid tinggal dengan kita dah macam-macam kes sekarang ni...
Harga pun dah bukan main tinggi lagi..
Mahal kan gaji bibik sekarang??
Kalau kita sendiri yang nak settlekan kerja-kerja rumah ni pulak..
Kadang tu sampai terkejar-kejar...tak sempat!
Daripada nak stress meroyan sensorang tengok rumah bersepah..
Elok sangat lah sesekali kita gunakan khidmat part time maid..
Seminggu sekali ke..
Dua minggu sekali ke..
Sebulan sekali ke..
Terpulanglah ikut keadaan rumah masing-masing..
Tujuannya untuk all out..kasi settle mana-mana yang tertunggak tu..
Barulah hidup kita lebih tenteram gitew...hahaha


Now Cik Nad nak suggest kat korang sebuah agensi part time maid yang sangat bagus..

Maideasy




Highly recomended!
Yang bestnya pasal Maideasy ni, pekerja diaorang 100% warga tempatan, takder foreign workers..
Kerja diaorang pulak memang tip top!


Jenis perkhidmatan yang Maideasy sediakan ialah :

  • Basic Home Cleaning Service
  • Move In / Move Out Service
  • Carpet Cleaning Service
  • Interior Painting Service

Cik Nad pilih Basic Home Cleaning Service untuk membantu kerja-kerja rumah yang tertunggak..
Sangat membantu hokeyyy😉
Satu sesi selama 4 jam dengan harga RM84.80 (termasuk 6% gst)..

Perkhidmatan Maideasy ni ada 2 sesi untuk kita pilih..
9am - 1pm  &  2pm - 6pm..

Cara nak dapatkan khidmat Maideasy senang jer..
Kita cuma perlu booking online di :

www.maideasy.my





Pilih jenis perkhidmatan yang kita nak..
Isi form yang disediakan..
Dah tentulah diaorang nak details kita especially alamat rumah kan..
Takder alamat cemana dia nak datang!
Bayaran pulak kita boleh pilih nak bayar online atau bayar by hand pada cleaner nanti..

Dah settle tu, sehari sebelum datang pihak Maideasy akan call atau sms kita untuk double confirm booking yang kita buat tu..
Kita jugak akan diberitahu nama cleaner yang akan datang dan pukul berapa..
Pastu Cik Nad terima pulak sms dari pihak Maideasy..
Ingatkan kita supaya jangan lupa prepare segala tools untuk kerja bersihkan rumah seperti vacuum, mop, kain lap, sabun cuci dan sebagainya..(pihak maideasy tidak menyediakan peralatan mencuci ya)

Peerghhh..proper giler service Maideasy ni!

Paling best, cleaner sampai ON TIME..
Bab ni Cik Nad paling suka..
Sebelum ni pernah ada pengalaman dengan agensi lain..
Janji pukul 9 pagi..9.30 kita call, on the way katanya!
Sakit hati betul!!!







Memang puas hati dengan kerja cleaner Maideasy ni tau..
Satu rumah dibersihkan..
Vacuum, mop lantai, lap tingkap, cuci toilet, lap kipas, lap grill..
Wahhhh..berkilat rumah hakak tau!
Memang 'all out'
Kalau korang ada special request nak minta diaorang iron ker, bersihkan dalam cabinet ker..
Pun boleyyy...




Ha! ni ada satu lagi berita gembira untuk korang yang nak khidmat part time maid sebelah malam..
Kalau yang berkerja tu mesti prefer nak kemas rumah sebelah malam kannn..
Maideasy ada jugak servis pukul 8 malah hingga 10 malam dengan bayaran RM50..


Dah tu, mak mak sekelian..
Korang tunggu apa lagi?
Laju-laju la hubungi MAIDEASY 😍


WEBSITE :


FACEBOOK :
Maideasy


INSTAGRAM :
@maideasy.my





Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015