FOLLOW

Showing posts with label SUSUNATUR / DEKO. Show all posts
Showing posts with label SUSUNATUR / DEKO. Show all posts

11 October 2016

SUSUNATUR ALMARI ANAK PEREMPUAN.

Assalamualaikum...
Hai korang!

Hari ni Cik Nad nak share susunatur almari budak Syamim..
Sebenarnya dalam bilik tidur Syamim dah siap ada built in wardrobe..
Tapi mak dia sesuka hati dah jadikan sebahagian besar wardrobe tu tempat simpan tuala, cadar, kain telekung dan yang seangkatan dengannya..hehe...
Tudung-tudung mak pun bergantung kat dalam wardrobe Syamim jugakkk..
Handbag mak pun tumpang situ jugakkk..
Sudahnya Syamim dapat sebahagian kecil area dalam wardrobe tu untuk barang-barang dia sendiri..
Huhh..kejam kan!

Selepas wujud sedikit keinsafan dalam sanubari mak..
Maka baru-baru ni mak belikan Syamim almari baru..:)))
Beli yang kecik comey jer..
Besar-besar kang tak muat nak masuk bilik tidur dia pulak sebab dah sedia ada seketul built in wardrobe tu kan..

Nak membeli almari pun drama jugak tuuu..
Cik Nad ni teringin la nak yang pink-pink..
Tak pun yang princess ker..barbie ker..
Yer la, seorang ni jer la anak pompuan mak khennn..
Tapiiii...
Anak bertuah tu tak nak!!!
Dia siap request nak almari boboiboy...
Ehhh..apahal pulak boboiboy???
Adoiiii...

Pujuk punya pujuk..
Memang jenis tak makan pujuk..
Ok, Fineeee!!!

Finally Cik Nad beli yang kosong jer..
Takder princess..takder barbie..and semestinya no boboiboy!!
Cari yang warna putih mulanya..
Tapi yang putih design dalamnya Cik Nad tak berkenan pulak..
So last sekali pikir-pikir ambik seketul yang colour hitam..




 Cik Nad suka partition kat dalamnya tu..
Kemas untuk kita nak atur barang..



 Dannn..
Ini kejadian selepas susunatur dilakukan..
Cik Nad masukkan dalam almari ni barang-barang yang Syamim guna hari-hari..
Senang untuk dia organised sendiri barang-barang dia..



 Untuk baju-baju harian Cik Nad atur macam ni..
senang untuk anak dara tu SIMPAN DAN AMBIL SENDIRI baju dia..
Ye laa dah besar kannn..
Kena belajar buat sendiri lah..
So, Cik Nad rasa cara ni sangat praktikal untuk dia..
Cik Nad ajar dia baju yang baru lipat susun dari belakang..
Yang nak dipakai ambik dari depan..
Buat sistem gitu..Kalau tidak hari-hari pun dia ambik baju yang sama nak pakai..haha..
Cara susun menegak camni paling sesuai sebab kita nampak semua baju yang ada...
Baju yang nak pakai jalan-jalan Cik Nad gantung kat hanger bahagian atas tu jer..



Untuk empat ruang berkotak bahagian bawah tu pulak..
Cik Nad prefer untuk gunakan bakul plastik putih ni..
Simpan situ barang-barang yang Syamim selalu guna..
Faveret toys dia..dan buku-buku cerita yang dia suka baca..
Senang untuk dia ambil dan simpan semula..
Taknak banyak sangat barang kat sini..kang serabut!





 Ini pulak kat bahagian dalam pintu almari..
Kita gunakan sepenuhnya ruang yang ada yer..hehee..
Comel dan sangat berguna hanging storage bin cenggini..
Bekas yang bawah sekali tu Cik Nad letak sikat..
(letak sikat paling bawah supaya senang Syamim nak capai)
Kedua dari bawah simpan stoking..
Seterusnya simpan segala hairband dia..
Yang atas sekali tu Cik Nad simpan aksesori-aksesori anak dara tu..
gelang tangan, rantai manik-manik, klip rambut dll..
Yang atas sekali tu kiranya benda-benda yang dia jarang guna pun..
Mak dia yang kena pilihkan kalu dia nak pakai pun..
Maka eloklah dok tergantung paling atas barang-barang tu..

Meh nak tunjuk sikit cemana nak gantung storage bin tu..
Alaaa Cik Nad tau  ko pun reti nak gantung benda alah ni..
Saja la hakak nak tunjuk jugak..
Ko tengok jer la!!


 Mula-mula lekatkan hanging hook..pilih la yang comel-comel sikit..hehe..tapi yang penting kena make sure hook tu boleh tampung benda yang berat sikit..jangan la beli yang murah sangat.. nanti tak kukuh, senang tanggal..selalunya kat belakang hook ni dia akan mention boleh tampung berat berapa..Yang ni kalau tak silap Cik Nad 500gm kottt..Tapi idok ler hakak humban barang 500gm ke dalam setiap satu storage bin tu..kang roboh pintu lemari tu tak pasal..mencari namanya tuh!!!


 Gituuu!






13 October 2015

KEMASKINI BUKU-BUKU ANAK.

Dah bulan Oktober sekarang ni yer...
Tak lama lagi nak sampai ke penghujung 2015...
Waktu-waktu camni elok sangat la kita 'rombak' buku2 anak...
Cik Nad baru habis 'merombak' ni haaa...
Check semula semua buku diaorang...
Buku2 latihan tu yang dah habis buat Cik Nad let go jer..
Nanti nak masuk tahun baru kita beli pulak buku2 latihan yang baru kannn...
Yang mana buku latihan yang belum habis buat, keluarkan dan letak terus atas meja study anak...
Guide dia supaya habiskan semua latihan tu...
Lagipun sekarang ni memang nak dekat ujian akhir tahun...
Elok lah perbanyakkan buat latihan...


Buku-buku cerita pon sama...
Budak-budak ni kalau pergi kedai buku dah macam orang kena sawan...
Mengangkut buku cerita kemahen!!!
Bagus la kot ko suka membaca nak...
Jangan ko simpan buat pekasam buku-buku tu sudahhh...


Buku-buku cerita pon Cik Nad check juga...
Asingkan mana yang dah habis dibaca...
Tu yang plan nak beli rak buku...
Comey sket nak atur buku2 cerita budak-budak ni...
Nantilah..tengah survey dulu...
Banyakkk buku cerita Haiqal, Daniel & Syamim..
Buat masa ni Cik Nad kumpul dalam lemari jer yang dah habis dibaca...
Tak kan pulak nak buang...sayang kannn...
Buku-buku cerita nanti-nanti pon boleh baca lagi...


Kalau ada buku cerita yang belum dibaca tu...
Siaplah korang tadah telinga yer...
Izinkan mak menyampaikan sepatah dua kata...
Masa nak beli kemahen eksaited...
Balik rumah ko buat pekasam...
Memang mencari la tu...
Ingat mak ko tak garang ker???
Sila takut sket wahai anak...
Tapi so far Syamim jer ada 1-2 buku tak baca lagi...
Abang Haiqal & Daniel rekod bersih...
Syabas mere beta!
Ngehhh...ngehhh...ngehhh...


Bukannya apa..
Budak-budak ni kalau kita belikan jer buku tanpa pemantauan...
Tak guna jugeee...
Mak kena rajin buat spot check...
Dah nak dekat hujung tahun ni...
Elok sangat la kita punggah-punggah semula mana yang patut...
Biar organized buku-buku anak ni...












06 April 2015

RUANG STUDY ANAK.

Assalamualaikum....
Hai...Salam ceria uols...:)
Dah lama sebenarnya Cik Nad nak share benda ni...
Tapi asyik tertangguh jer...
Hari ni baru la sampai seru gamaknya...
Hahaha...

Bagi mak-mak cam Cik Nad ni...
Apa-apa nak buat pun kena fikir keselesaan anak dulu...
Yer la ada anak-anak yang sedang membesar memang camtu...
Betul tak???
Korang pun sama kan...mesti cenggitu jugak...
Apalah maknanya rumah yang cantik tapi anak-anak tak selesa di dalamnya...
Memang tak bestttt...
Nak-nak lagi ruang study...
Kalau boleh tu biarlah diaorang ada tempat yang proper skit untuk belajar...
Tak payah keluar belanja tinggi sangat pun...
Asal selesa untuk anak-anak, cukup la tu...

Cam rumah Cik Nad ni...
Kecikkk sebenarnya rumah ai...
Bilik tidur pun comel2 jer...
Abang Haiqal & Daniel share bilik tidoq...
Memang muat-muat 2 katil single & wardrobe jer...
Meja study tak mampu dah nak sumbat situ...
Tapi kannn...Cik Nad memang tak berapa berkenan sebenarnya budak2 ni study dalam bilik...
Susah mak nak pantau weiii...
Anak tiga...so kalau boleh biar diaorang dudok gather-gather masa study...
Senang mak nak perhati tiga2 sekali...

Makanya dengan rela hati mak korbankan kawasan sudut ruang tamu untuk jadikan study area anak2...
Dulu plan nak letak buai ler konon kat situ...
Tak pun nak hias cam konsep indoor garden...
Haaahhh...tak payah!!! Lupakan semua itu!!!
Child education comes first...
Haaa gitu kekdahnya...
Ok tak nak berleter panjang-panjang...
Jom kita layan gambar...


Ni lah study area Haiqal, Daniel & Syamim...Di sudut ruang tamu rumah...





Setiap seorang satu meja ada 2 drawer untuk diaorang simpan apa-apa yang berkaitan dengan pelajaran...Mama kena selalu buat spot check, sebab selalu sangat robot2 mainan tersesat masuk sini...Tu yang waktu tengah buat homework tetiba akan dengar bunyi ultraman dok fight...Hamboi sangat!


Kerusi beli kat Giant jer...RM10 sebijik...Cukup la tu...asal selesa duduk...
Lagipun senang kerusi plastik camni...takder la kes tercalar lantai laminate mak kat bawah tu...mihmihmih...


Atas setiap meja Cik Nad letak benda ni...apa namanya bekas ni haa?? Errr blur pulak hakak...apa ntah orang panggil ni...korang paham2 jer la...Ni tempat untuk diaorang letak homework yang belum dibuat...Penting ada benda ni tau...sebab budak bertiga ni dengan mak nyer sekali semua ada penyakit amnesia...hahaha...boleh jadi hilang ingatan nak buat homework...Dah malam nak tidur tetiba ada pulak bunyi "mama...ada homework tak buat lagi"...Grrrrrr...So sekarang ni balik jer dari sekolah terus diaorang akan keluarkan homework letak sini...Cik Nad pulak akan letakkan buku2 untuk diaorang buat latihan kat rumah...Contohnya untuk Syamim minggu ni Cik Nad letak buku colouring & math..Maknanya, dia sendiri pun dah faham minggu ni nak kena study math dan buat colouring... Seminggu sekali Cik Nad tukarkan buku lain pulak...Cik Nad lagi selesa camni...kalau minggu ni ajar dia math, sepanjang minggu math jer...satu minggu satu subjek...Cik Nad tak buat satu hari satu subjek...Mak kompius...ngada-ngada skit mak nih!


Satu problem kat sini ialah study area budak-budak ni betul ngam2 depan pintu masuk...maknanya bukak jer pintu, direct nampak sini..Nak tak nak kena sentiasa pastikan area ni kemas selalu...Agak mencabar jugak sebenarnya nak pastikan budak-budak bertuah ni kemaskan meja study diaorang sentiasa...Kalau tidak migrain ooiii...masuk jer rumah dah nampak pemandangan yang tak ingin dilihat...Tapi so far Alhamdulillah...diaorang dah biasa kemaskan meja lepas belajar...Dan Cik Nad buat rule...atas meja kena kosong! Jangan nak ngada2 letak mainan ker apa...


Ni pulak tempat yang memang dikhaskan untuk simpan buku-buku, beg sekolah, beg ngaji dan yang seangkatan dengannya...


Haaa...proper la skit kan! Tak suka la tengok beg sekolah sepah-sepah bawah meja semua tu...


Cik Nad asing-asingkan buku teks, buku latihan dll dengan guna file holder camni...Senang sikit diaorang nak susun buku ikut jadual waktu ke sekolah...Atas sekali tu stok alat tulis...tapi tak boleh hambik suka ati tauuuu...siapa nak kena mintak dengan mama dulu...ai is mak yang sangat garang hokeyyy!!!! Hahaha...



Sticker ni Cik Nad beli di super save jer...tak ingat dah berapa ringgit...itu la aku cakap tadi...aku ni ada amnesia gamaknya...semua benda aku tak ingat! tapi murah laaa..dalam 5 hengget kot..Ceria la sikit ruang ni kan...


Butterfly tu pun beli kat supersave jugak...Frame tu beli kat jusco RM9.90...gambar kat dalam tu Cik Nad edit sendiri guna pics art pastu print kat kertas A4...Okey la tu, asal sedap mata memandang...:)

~HAPPY STUDY ANAK-ANAK~


Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015