FOLLOW

20 August 2015

MELATIH ANAK BERSOLAT.

Anak adalah amanah...

Antara tugas yang paling utama untuk parents ialah mendidik anak bersolat...



"perintahkan anak-anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun..
dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun..
dan asingkan tempat tidur diantara mereka (lelaki dan perempuan)

                                                                         ~Hadis Abu Dawud~




Tahun ni Shahizz Daniel dah 7 tahun....
Tahun yang sangat penting...dah kena mula biasakan dia dengan solat...
Masih lagi dalam proses nak membiasakan...tak boleh ekstrim sangat...
tapi proses ni kena berterusan untuk jangkamasa panjang...tak boleh on and off..
Secara peribadi bagi Cik Nad pendekatan yang mak bapak gunakan sangat memainkan peranan...
Cuma kita yang tau perangai anak kita...kita yang paham dia jenis cam mana...
Setiap budak kan lain-lain peel... di sini la peranan mak bapak sangat penting...


Shahizz Daniel, 7 tahun.


Sembahyang subuh sebelum ke sekolah.


Di sini Cik Nad nak share beberapa point yang Insyaallah boleh membantu untuk melatih anak bersolat...Semoga perkongsian ini bermanfaat yea...


  • Point pertama yang Cik Nad nak share kat sini...perkara yang sangat penting...peringatan untuk diri Cik Nad sendiri jugak...Mengajar anak solat ni seharusnya IKHLAS KERANA ALLAH..Jangan sesekali kita mengajar anak solat kerana ingin bersaing dengan anak-anak orang lain...
Nauzubillah...

Ini bererti kita melatih anak bersolat kerana manusia dan bukan kerana Allah...
Rasa bangga atau ujub ibubapa dikhuatiri merosakkan anak kita sendiri...
Pertama sekali, set in mind..apa yang kita buat ni adalah kerana Allah..
Moga kita mampu melahirkan generasi yang mendirikan solat, Insyaallah.


  •  Biasakan anak-anak melihat kita bersolat sejak mereka kecil/bayi lagi.. (sebelum latih anak solat, ibu bapa kenalah menjaga solat kita terlebih dahulu!) biarkan mereka "solat main-main" bersama kita ketika kita bersolat... mengajak anak-anak ikut solat berjemaah bersama juga merupakan satu pendekatan yang sangat baik..cara ini menjadikan mereka rasa sangat dekat dengan solat..

          Ini kerana...Anak-anak percaya apa yang dia lihat, bukannya apa yang kita cakap..
80% didikan adalah memalui tauladan...

Jom lah kita berusaha untuk jadi role model pada anak-anak..Insyaallah!


  • Pada waktu lapang, time lepak2 dengan anak eloklah kita isikan dengan bercerita tentang ganjaran syurga untuk orang yang menjaga solat...sesekali selitkan jugak amaran Allah dan azab neraka untuk yang mengabaikan solat...benda ni kena berterusan...lagiiii dan lagiiii...Insyaallah lama kelamaan perkara ni akan berakar umbi dan menjadi darah daging dalam diri anak-anak..


  • Sebagai ibu...Jomlah kita banyakkan berdoa untuk anak...Sentiasa...setiap hari...Rajin-rajin lah buat solat hajat...Mohon pada Allah supaya jadikan keturunan kita golongan yang menjaga solat...



  • Ibubapa perlu tegas dalam mendisplinkan anak bersolat...tak boleh jemu atau lalai...Zohor kita dah suruh, Asar ingatkan lagi...Maghrib ingatkan lagi dan seterusnya..Kegagalan ibubapa bertegas dalam urusan solat anak-anak menjadikan anak-anak memandang remeh soal solat.

  • Parents perlu bijak agar anak tidak rasa jemu atau menganggap solat ni suatu penyiksaan..Dalam ketegasan perlu ada kelembutannya..ini yang Cik Nad cuba sampaikan tadi..pendekatan ibu bapa tu sangat penting..hanya kita yang tau anak kita ni jenis budak yang macam mana kann..
Salah satu cara yang Cik Nad gunakan untuk Daniel ialah sediakan kalender Prayer Practice..


Setiap kali lepas solat, Daniel akan tampal sticker tick tu..Pastu kalau dalam sebulan dia berjaya penuhkan maknanya dalam bulan tu dia berjaya solat 5 waktu..dia akan dapat la hadiah dari mama & abah..:) small gift jer..asalkan budak tu happy untuk bersolat..
So far, Cik Nad tak pernah lagi rotan Daniel pasal solat ni..kaedah menghukum tu nanti dulu (tu pon kalau perlu)..mula-mula ni kita bagi galakan dengan rewards terlebih dulu..


Dari pengalaman Cik Nad sendiri...mendidik 2 orang anak lelaki bersolat...
Memang tak sama...masing-masing punya karakter yang berlainan...

Abang Haiqal sekarang dah 11 tahun...Alhamdulillah setakat ni dia seorang anak yang menjaga solat... Dan dia mula bersolat sejak dia 7 tahun..

Sekarang ni time untuk Daniel pulak...
Sebenarnya Daniel bagi cabaran yang lebih untuk mama..hehee..
Dia ni memanjang "terlupa" pasal solat...akal dia jer tuuu...
Tapi takper...mama kan ada..boleh jer mama ingatkan bila masuk waktu...


Ni ada sekali tu Daniel sakit kaki...boleh pulak dia dapat idea nak sembahyang duduk...:)


  • Persediaan kearah melatih anak bersolat elok kita mulakan sebelum mereka 7 tahun..contohnya melatih anak berwudhuk dan mengajar mereka menghafal surah-surah pendek seperti Al-Fatihah, Al- ikhlas, Al-falaq dll..

  • Berikan masa untuk anak..ibubapa perlu banyak bersabar..Janganlah kita paksa anak cepat pandai bersolat, bimbang nanti perkara ni jadi tekanan untuk mereka..kita usaha slow2 tapi konsisten..maknanya proses ni berterusan untuk jangkamasa panjang..Insyaallah apabila anak menginjak ke usia 10 tahun, mereka sudah konsisten dalam bersolat...
PRACTICE MAKES PERFECT!









19 comments:

  1. AlhamduLILLAH dan Tahniah Nad :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Lia...perjalanan hidup anak2 ni masih terlalu jauh..sebagai ibu kita cuba berikan yg terbaik. Semoga Allah memberkati usaha kita..

      Delete
  2. Alhamdulillah..itulah,lain budak lain ragamnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..disitu lah pentingnya pendekatan ibu bapa...

      Delete
  3. Alhamdulillah...
    Sejuk perut Emaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...hopefully kita sama2 mampu melahirkan generasi yg soleh...Amin..;)

      Delete
  4. Alhamdulillah, bagus daniel. Btw, kat mana nak beli calender prayer practice tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad beli kat Al-Baghdadi Learning Centre..rasanya semua cawangan ada jual kot..kalau nak Nad tolong belikan pon boleh..WA 019-2802910

      Delete
  5. setuju..kena dari awal dan bermula dengan tunjuk pada anak2 ..saya dulu awal2 ajar anak solat degan ajar dia hafal bacaan dalam solat..seawal umur 5 tahun saya dah start suruh dia hafal al fatihah dengan surah pendek2..naik 6 tahun ajar dia bacaan2 sujud,rukuk.,doa lepas solat dan cara ambik wuduk.ambik masa setengah tahun jugak la..sebelum umur 7 tahun dia dah boleh solat ..

    Yang penting kena selalu ingt kan sebab memang depa cepat lupa lagi2 time tengok tv dan bermain..kalau tak peringat memang lebuh macam tu ja..sementara nak bagi biasa..bila dah biasa tak payah pesan,azan ja terus bangkit pi ambik air semayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Diana...practice makes perfect..ni antara tugas terpenting kita sebagai ibu..

      Delete
  6. Insyaallah... tu pendekatan yg akk gunakan sekarang.
    wpun rayyan nak masuk 5 thn dah tahun depan. tetap ajar dia solat.
    biarkan je dia solat main2. belikan kopiah, sejadah kecik dan telekung utk yaya supaya mereka paham.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. 1 pndekatan yg baik... boleh ker nk share2..?? he..



    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..anak lelaki saya juga baru 5tahun, mudah terikut kakak dan ayahnya solat sama.
    Moga dipermudahkan segala urusan kita membesarkan anak2..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah :)
    aida ada anak dara umur 8 dan 10.
    sesekali jemaah sama.
    yes jadik role model tu utama kan.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih, ilmunya sangat bermanfaat. Anaku sekarang masih berumur 3 tahun, dan mulai diajari sholat oleh umi

    ReplyDelete
  11. Tahniah che nad. Nk contohi che nad lah...

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing nad. Info yg sangat berguna. Alhamdulillah....dapat anak yg menjaga solat.

    ReplyDelete
  13. bagusnyaaaaa Ya Allah .....! mudah2an syurga buatmu,akak :D

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian nad. Mmg betul kene ajr ank dari kecil :)

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015