Selamat berpuasa semua...hehe...dah puasa ke-4 baru laaa Cik Nad terhegeh-hegeh nak wish! biasala, mak busy you! Ngee...Apapun semoga kita sama-sama beroleh rahmat dan kemenangan di bulan yang mulia ni.
Hmm..setakat puasa hingga hari ke-4 ni, Alhamdulillah Cik Nad masak setiap hari untuk juadah berbuka. Takder la special ponnn, biasa-biasa jer...janji masak kannn...Ok nak share menu Cik Nad setakat ni eh. Tapi share menu jer la, takder gambar...I posa you, letih nak snap pic. (Boleh tak kasi alasan cam ni...hehe)
- PUASA -1; Nasi putih, ayam masak merah, kacang bendi goreng cili. Kuih muih beli kat pasar ramadan Seri Gombak...
- PUASA -2; Nasi putih, kari daging + tulang, kacang buncis goreng, telur dadar. Kuih muih pulak, Encik Asben tapau kat pasar ramadan Taman Melati.
- PUASA -3 ; Nasi putih, sambal tumis udang, sayur sawi masak air, ulam pegaga + sambal belacan. Kuih pulak, Cik Nad buat puding cendol...so tak payah tapau kuih.
Hari ni...hurmm maybe tak masak kottt. Bukannya Cik Nad tak nak masak tau, tapi semalam masa berbuka adalah pulak dengar Haiqal membebel nak makan KFC. Teringin KFC pulak anak aku tuuu...Takper, hari ni kita berbuka dengan KFC jer la. Dapat la mama bermalasan hari ni. Iyerr laaa tak payah masak kan. Nak keluar gi merayau malas pulak, bulan-bulan puasa ni, takper la lepak kat umah jer. Dapat jugak peluang nak ketuk-ketuk keyboard sambil cakap sorang diri! Hahaha...Tu yang Cik Nad paling suka bila update blog...dapat cakap seorang diri...best apaaaa!!!!kihkihkih...
Puasa tahun ni sama jugak macam tahun lepas, Haiqal seorang jer yang ikut kitaorang berpuasa. Daniel & Syamim belum lagi. takper laaa diaorang pon kecik lagi kannn. Cik Nad taknak sungguh-sungguh sangat suruh diaorang puasa kecik2 lagi tuuu. Takut nanti kita terhantar signal yang salah pada anak. Taknak la diaorang nampak ajaran Islam ni cam kejam. Biar la diaorang belajar-belajar dulu, puasa main-main ...boleh stop sekejap minum air, minum susu, pastu baca niat balik! Hahaha....
Ok la, nak gi ambik Daniel& Syamim balik sekolah...Byeee
BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)