FOLLOW

10 September 2015

JADUAL SEORANG SURI.

Alhamdulillah...hingga ke hari ini dah 13 tahun Cik Nad menjadi seorang suri atau seorang fulltime momma..Pilihan yang Cik Nad buat sendiri..takder paksaan dari sesiapa..takder hasutan dari sesiapa..Cik Nad happy dengan kehidupan Cik Nad..bersyukur dan sentiasa cuba memanfaatkan setiap nikmat dalam kehidupan..Tak pernah menyesal dengan jalan hidup yang Cik Nad pilih sendiri ni..dan sekalipun tak pernah wujud walau sekelumit rasa malu! Yeaaah saya bangga menjadi seorang suri..bak kata omputeh..I'm proud to be full time housewife..^_^





Secara peribadi bagi Cik Nad suri zaman sekarang ni jauuuhhh berbeza dengan suri zaman dahulu..Hmmm memang tak sama kotttt...zaman mak-mak kita dulu suri rumahtangga hanya tinggal di rumah menguruskan urusan rumahtangga 100%...memasak, mencuci dan uruskan anak-anak..

Tapi..Suri zaman sekarang lebih besar skop aktivitinya..semestinya tugasan memasak, mencuci dan mendidik anak masih menjadi tugas utama..tapi pendekatan suri zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu..banyak aktiviti mak-mak zaman sekarang ni..Macam Cik Nad sendiri..bizi kemahen oiiii..macam-macam benda nak dibuat..Sebenarnya Cik Nad rasa bersyukur jugak bila dapat menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti..rasa life kita lebih bermakna gitu..takder lah boring kannn...

Untuk memastikan kesemua aktiviti harian berjalan lancar, perancangan adalah sangat penting...yessss..."PLAN YOUR WORK & WORK YOUR PLAN"...

Jom kita jadi suri yang profesional...




Gitewww...Jangan kata akak tak payung!!! Hahaha...Suri pun perlu ada planner tau...yea PERLU!..Cik Nad akan plan setiap urusan harian pada hari Ahad..maknanya Cik Nad akan susun jadual weekly..siap dah atur menu yang nak dimasak, bekal anak ke sekolah, aktiviti anak & 'me time'...Susunan jadual mestilah realistik & praktikal...kita sahaja yang tau apa yg sesuai dan terbaik untuk family kita...




Hal ni sangat membantu..Cik Nad suka kaedah camni...Ia memastikan perjalanan harian kita lebih efisyen dan bermanfaat...masa kita menjadi lebih bernilai..Even Cik Nad ni fulltime momma, tapi tanpa perancangan yang betul masa kita akan berlalu begitu saja.. Bayangkan anak-anak ada depan mata tapi masing-masing buat hal sendiri jer..Rugi lah!!! Dengan adanya planner camni..setiap tugas harian kita dapat berjalan dengan smooth..well organized...Insyaallah.


PAGI

Aktiviti harian Cik Nad bermula seawal 5 pagi..Bangun tidur jer terus set in mind, 'hari ni adalah hari yang indah..Syukur Allah masih pinjamkan usia dan aku akan manfaatkan hari ini sebaik-baiknya'..Bersihkan diri dan solat tahujud (tolong doakan Cik Nad mampu istiqomah)..kemudian baca surah yasin sementara tunggu solat subuh..Selepas solat barulah Cik Nad kejutkan anak-anak untuk bersiap ke sekolah, sementara Cik Nad ke dapur untuk siapkan breakfast/ bekal anak ke sekolah..Ikut jer jadual dalam planner breakfast apa yang nak disediakan..Anak-anak Cik Nad dah biasa memang setiap hari diaorang bawak bekal...errr kalau istilah orang zaman sekarang, berbento! Hehehe...tapi Cik Nad takder la deko2 bento tu..Rasa cam buang masa pulak..Apapun Cik Nad respek pada mak-mak yang gigih mendeko bento anak setiap pagi..hebat korang!

Ketiga-tiga anak Cik Nad bersekolah sessi pagi..Salah satu aktiviti faveret Cik Nad setelah anak2 ke sekolah ialah menghadiri Kuliah Dhuha..menimba ilmu akhirat kaedahnya...



Best sangat person in charge untuk Kuliah Dhuha kitaorang ni tau...setiap awal bulan dia akan siapkan jadual kuliah dah post ke group WA..senang kerja Cik Nad nak masukkan dalam planner hari apa yang nak ke kuliah..well organized!

Selain dari menghadiri Kuliah Dhuha, waktu anak-anak ke sekolah ni jugak akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mama diaorang untuk ke pasar, beli barang-barang dapur, kemas dan deko rumah, ke kedai buku untuk cari bahan belajar anak, update blog dan sesekali shopping! Hehehe..Shopping tu satu terapi kan untuk mak-mak...:) So, dengan perancangan yang betul dapatlah semua aktiviti ni berjalan dengan sempurna dan teratur...akak tak suka laaa rushing tunggang langgang..semak otak! Oppsss lupa pulak nak mention pasal masak...weekdays Cik Nad masak yang simple-simple jer..



Menu untuk lunch/dinner pun dah siap buat jadual..hehe..kat atas ni contohnya...Cik Nad dah siapkan 30 kumpulan menu..tukar-tukar setiap hari..Senang ada jadual camni... seminggu sekali jer Cik Nad gi pasar..dengan adanya jadual camni, senanglah kita nak beli bahan basah..pastu boleh asingkan dalm bekas dan susun dalam freezer ikut urutan bahan yang nak dimasak hari Isnin..Selasa..Rabu dan seterusnya..Lepas subuh terus keluarkan bahan mentah dari freezer..praktikal kan? Lajuuu jer kerja kita..lebih nilai untuk masa..Selalunya Cik Nad perlukan 1 jam jer untuk memasak...


TGHHARI / PETANG

Pukul 12 Cik Nad akan jemput Syamim balik sekolah...Hmmm time ni dah sarat perasaan rindu pada anak-anak..Mak-mak yang anak bersekolah mesti tau perasaan ni kan...hehehe...Indah sungguh anugerah Tuhan untuk insan bergelar Ibu...:)

Pastu Shahizz Daniel balik pukul 1 dan Shahaiqal Hakimi 1.30 petang..bergilir-gilirlah mak korang  jadi supir..bizi sikit waktu tengah hari ni..sampai rumah jer semua dah lapar..sambil lunch anak-anak akan bercerita perkara-perkara yang terjadi di sekolah...paling banyak mulot dah tentunya Shahizz Daniel..tiap-tiap hari pon ada jerrr cerita dia! Syamim pulak setiap hari akan ada komplen..itu tak kena, ini tak kena..Abang Haiqal paling cool..kita tanya baru dia jawab...Ahahaha...macam-macam ragam anak kan!

Selalunya lepas makan dan sembahyang zohor, Cik Nad akan tidur sekejap..around 15 minit pun jadi laa..ni ibarat charge bateri untuk aktiviti petang pulak..hahaha..dah tidur sekejap, bangun dan mandi..fuhhh fresh!!! Ok kita cargasss semula sampai ke malam...Sebelah petang ni memang 100% waktu bersama anak-anak..Tak plan pun aktiviti lain..kalau nak buat kuih or masak apa2, Cik Nad ajak anak join sekali kalau diaorang nak..kalau diaorang tak nak takper la..tak kan pulak mak nak paksa...Hahaha...

Pukul 3.30 petang ialah waktu untuk anak-anak mula membuat homework..Cik Nad akan duduk bersama, pantau pembelajaran diaorang..sambil-sambil tu check beg sekolah anak..periksa semua buku-buku dan alat tulis..Habis homework sambung buat latihan sampai pukul 5 petang..Kemudian sembahyang Asar, minum petang dah aktiviti bebas..Cik Nad suka menggunakan waktu petang ni untuk bermain atau beraktiviti bersama anak-anak..Aktiviti petang ni pun Cik Nad dah siap plan..Dah senaraikan aktiviti apa nak buat asalkan waktu ni dimanfaatkan sepenuhnya bersama anak..gurau-gurau sambil main dam ular pun boleyyy..dah cukup happy budak-budak tu..;)

Hurmmm...Walaupun saya seorang suri, tapi saya tak layan sinetron yer!..Hehehe...Alaaa kalau ko nak layan pun gasak la, bukannya salah ponnn...Tapi Cik Nad ni memang spesis yang tak suka tengok tv..Janganlah ko tanya pasal drama2..tak reti hakak!


MALAM

kadang-kadang kami dinner sebelum Maghrib, kadang-kadang selepas Maghrib..tengoklah keadaan..Lepas sembahyang Maghrib, ajar anak-anak mengaji..Kemudian aktiviti santai sambil membaca..Abang Haiqal akan sambung buat latih tubi sementara Cik Nad buat aktivit reading bersama Daniel & Syamim...membaca dalam keadaan yang santai-santai jer...Pukul 10 anak-anak masuk tidur..Abah uruskan Abang Haiqal & Daniel tidur..sementara mama uruskan Syamim..selalunya kena ada sessi bed time story dengan Syamim..Cerita favourite dia ialah Pak Pandir..hehehe..Lepas anak-anak tidur, Cik Nad kemas rumah sket dan prepare apa yang patut untuk nak siapkan breakfast esok pagi. Alhamdulillah..selesai satu hari yang indah...


Point utama Cik Nad satu jer...
Untuk mendapat satu hari yang indah, kita perlu ada pengurusan masa yang baik..





Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015