FOLLOW

20 June 2014

BATUK OH BATUK...

Kesian Haiqal...dah nak masuk dua bulan dia batuk2. Dah macam2 jenis ubat yang dia telan. Ni yang Cik Nad & Encik asben risau sesangat...tak elok kan ambil ubat banyak sangat. Tapi dah batuknya tak nak hilang, tak kan nak biarkan jer..tak sampai ati pulak biar camtu jer tak kasi ubat. Tapi kannn...batuk Haiqal ni jenis yg menjadi sebelah malam jer, siang dia ok pulak! Dari satu segi...Alhamdulillah, takder la dia sampai memonteng sekolah kannn.

Mula-mula dulu Cik Nad bawa Haiqal ke klinik biasa jer...doktor pon kata dia batuk2 biasa jerr, so dapat la ubat yang biasa2...Selalunya, kalau demam ker selsema or batuk, 2-3 kali makan ubat mesti ok kannn. Tapi yang ni, sampai abis sebotol ubat, batuk dok camtu jugakkk, tak nampak gaya cam nak ok pon! Huhuhu....memang sadis la bila dia batuk...kekadang sampai keluar air mata...kekadang sampai termuntah. Sayu ati Cik Nad....Pernah sekali Haiqal tanya kenapa batuk dia tak nak baik2 pon...Cik Nad jawab "sebab Allah sayang Haiqal..Allah akan bagi ujian & kesakitan untuk org2 yang Allah sayang" Huhu...sabar yea anakku!

Cakap pasal ubat pulak...yang klinik punya jangan cakap la...3-4 dah pergi klinik. Pastu balik Penang ritu, mak mertua Cik Nad (nenek haiqal) ada la bagi Haiqal kunyah2 daun apa ntah...tak tau nama daun tu, tapi baunya sedap! Lepas Haiqal kunyah2 daun tu, cam kurang la sikit batuknya. Tapi tu laaa kurang jer...tapi still tak hilang terus. Selain tu...Cik Nad bagi jugak kat dia madu, kurma, pati delima...tak hilang jugakkk batuk tu tauuuu.

Sampai satu tahap...Cik Nad cakap pada Encik Asben, sudah2 laaa kita stop jer semua ubat klinik...Tak sanggup dah rasa biar dia ambik ubat batuk banyak2. Tetiba suatu hari Haiqal berusaha sendiri pi google petua hilangkan batuk! Haiqal ajak Cik Nad try petua tradisional pulakkk...Hah! Biaq betul... Esoknya kami pon try...simple jer...campurkan perahan limau nipis dan kicap, pastu minum....

Lepas minum limau nipis plus kicap tuuuu dia ok la untuk seketika...yesss hanya utk seketika. Hahaha....Disamping tu madu & pati delima tetap on! Esoknya Cik Nad try petua kedua pulak...Limau nipis plus madu...hurmm tetap juga  sama...hilang untuk 2-3 hari pastu batuk balik. Abah Haiqal dah mula risau tahap gaban! Semalam abah dia dah mula bising2 berleter kat Cik Nad suruh bawak Haiqal ke doktor pakar. Yea laaa...okehhh, Cik Nad beralah. Walaupon sebenarnya Cik Nad nak try lagi satu petua tradisional. Ada seorang kakak Indon tu cakap..petua yang paling mujarab utk batuk ialah...minum air kelapa muda + telur ayam kampung mentah + perahan kunyit hidup skit...Memang Cik Nad nak try sangat, entah laaa rasa cam best jer petua ni. tapi memandangkan Pak Tuan tu dah bising2...siap bagi aku jelingan 90 darjah lagiii...Tak berani pulak Cik Nad nak memandai!

Maka pagi tadi selepas hantar Daniel & Syamim ke sekolah, Cik Nad terus bawak Haiqal ke klinik pakar...monteng la jawabnya Abang Haiqal kita tu...hihi
haaa...sini la tempatnya hala tuju kami pepagi tadi...gagah Cik Nad harung MRR2..tapi ok la, pukul 9 pagi dah tak jam sangat. Kami sampai sebelum doktor sampai lagi, tu pon dapat nombor giliran ke 8. Nak tunggu seorang2 keluar dari bilik doktor punyaalaaahhh berchintaaa! Cik Nad dgn Haiqal sempat keluar dulu gi breakfast...Pastu sambung balik menunggu.

Akhirnya tiba la giliran budak Haiqal...Cik Nad memang selesa sangat dengan Dr. Hasmawati ni...Actually ni bukan first time kami ke sini. Nak ikutkan memang kalau boleh setiap kali anak2 tak sihat nak bawak jumpa Dr. Hasmawati...tapi tu la, tak cukup kesabaran kadang2 nak menunggu nombor giliran!


Lepas doktor check, terus dia suruh Haiqal ambik nabulizer...katanya sebab dah agak lama batuk so ada infection sikit..tapi tak series. Kalau series mesti dah kena warded kannn...Alhamdulillah. Dr.Hasmawati ni giler peramah...sembang2 kejap dgn Haiqal, macam2 soalan dia tanya...Patut sangat la patient kat luar tu dok azab menunggu giliran...kuang..kuang..kuang...!!!


Ni la ubat2 yang Haiqal dapat tadi...ada 5 jenis. Dr. Hasmawati kata batuk cam Haiqal ni memang tak boleh hilang setakat ubat batuk biasa2 tu...kena extra dose, yang luar biasa sikit!
Tak kira la apa pon...yang penting Haiqal sembuh. Kali ni Cik Nad & Encik Asben berharap sangat la Haiqal akan recovery sepenuhnya. Amien...


Yesss this is the best part! Ni la yang Haiqal suka sangat jumpa Dr. Hasmawati...dia memanggg pemurah nak bagi mc. Masa sembang2 dgn Haiqal tadi, Cik Nad dengaq Doktor tanya dia nak mc berapa hari...esok Haiqal nak sekolah atau nak rest kat rumah dulu...Anak bertuah aku tuuu dengan selamber nyer jawab.."Haiqal nak rest kat rumah la..Gi sekolah pon tak belajar sebab dok buat latihan sukan.." Boleh kauuuu...siap boleh kawtim tu! Dapat la mc 2 hari...muahahah!
 
 



16 June 2014

KESAH HOMEWORK SHAHIZZ DANIEL...

Esok sekolah dah nak mula selepas bercuti 2 minggu lebih...fuhhh...sunyi la Cik Nad esok! Huhu...Series tau, selalu lepas habis cuti sekolah anak-anak ok2 jer nak kembali ke sekolah. Errr adalah sikit-sikit diaorang buat muka tak best, pastu buat liat nak bangun pagi 2-3 hari pertama. Tu biasa laa kannn...Tapiiii mak diaorang ni yang terlebih emo!!! Cik Nad memang sedih hari pertama sekolah lepas cuti tauuu...tak tau nak citer camna, perasaan aku ni dah macam anak aku seorang jer dalam dunia ni yang nak kena gi sekolah...Overrr sangat ko Cik Nad ooiiii..yea laaa sepanjang cuti sekolah rumah aku riuh-rendah sampai ke malam buta dengan peel anak-anak kesayangan aku tu...huhuhu...

Ehhh apa benda yang Cik Nad melalut ni?? Sebenarnya nak citer pasal homework Daniel...dah merapu kemana pulak. Haaa tu laaa Cik Nad dah kata mood aku memang tak betul punya bila dah nak start sekolah ni, macam aku yang nak ke sekolah esok pagi! Apakahhhh!!!!!

Okeyyy...balik ke pangkal jalan! Homework Daniel...untuk cuti sekolah yang lepas ni, Daniel kena siapkan homework dalam 13 muka surat. Tak kisah la kannn sebab cuti pon panjang. Tapi Cik Nad kenal sangat anak Cik Nad tuuu..hehe...masa mula2 dia ke tadika lagi Cik Nad dah dapat tangkap benda ni! Daniel memang tak suka buat writing. Alaaa yang cikgu kasik satu ayat/perkataan kat atas...bebudak kena tulis benda tu sampai full page. Daniel memang tak suka..macam terseksa jer dia nak abiskan writing tu. Kesian pulak aku tengok....alahaiii


Haaa camni la homework yang Cik Nad maksudkan tu...homework yang langsung Daniel tak berkenan! Hahaha...Dalam 2 minggu lebih cuti sekolah tu, tadi pagi baru dia habiskan homework...tu pon dengan muka muncung. Memang dia tak suka lah!

Tapi...Honestly, Cik Nad tak marah...:) Sebab apa tak marah? Sebabnya Cik Nad kenal anak Cik Nad tu...haha cam poyo jer jawapan aku tu kannn...iskkk tak la...memang betul, Cik Nad rasa tak perlu nak marah kottt. Sebab sebenarnya Daniel ni rajin...cuma dia tak suka tulis satu benda tu berulang-ulang, dia rasa tak mencabar agaknya...boring! tapi kalau cikgu bagi homework matematik, laju jer dia siapkan. Balik jer dari sekolah, belum bukak baju lagi terus dia siapkan matematik. Memang dia suka sangat matematik!

So...perlukah Cik Nad nak marah?? NO...tidak sama sekali! Kasihan sebenarnya, sebab dia tengah berjuang buat benda yang dia tak suka...hahah...macam azab bebenar bunyinya kan. Iyea laaa kita yang tua ni pon kalau terpaksa buat benda yang kita tak suka...camna reaksi kita? Boleh kau nak berlagak macho buat muka selamber padahal dalam hati penuh sumpah seranah..kannn..tapi budak2 mana la reti nak berlagak hipokrit camtu...

Bagi Cik Nad simple jer...kena make sure Daniel habiskan jugak homework dia..Cik Nad try explain kat Daniel sebabnya kenapa cikgu suruh buat writing tu banyak2...sebab nak kasik writing Daniel jadi cantik, Daniel kan dah nak masuk darjah 1 next year. Tapi dia argue balik kauuu...Daniel cakap buang masa jer tulis banyak2 kali. nanti dah letih writing jadi lagi buruk. Biar tulis sekali dah la..baru jadi cantik! Oppss Daniel sedang cuba ketengahkan persoalan  "Quality vs Quantity"... haha...apapun Cik Nad rasa jawapan yang Daniel kasik tu adalah jawapan yang jujur. Tengok pada cara dia siapkan homework...3-4 barisan teratas, cantik jer tulisan dia...makin ke bawah dah semakin ke laut! 

Hmmm disini la kita sebagai ibu kena mainkan peranan sebaik mungkin...kita kena bijak dan rasional. Bagi Cik Nad, cara untuk tangani setiap anak adalah berbeza. Kita perlu peka dalam hal ni..Dalam kes Daniel tadi, memang Cik Nad tak marah dia tapi Cik Nad tak jugak tunjuk pada dia seolah-olah Cik Nad memihak kepada dia. Cik Nad nak Daniel belajar terima hakikat hidup atas muka bumi ni...bukan semua benda yang kita suka kita akan dapat, dan tak semua benda yg kita tak suka kita boleh elak! Ini mesej tidak langsung yang Cik Nad cuba sampaikan...memang dia tak akan faham sekarang ni sebab baru 6 tahun kannn, sejauh mana sangat laa dia mampu berfikir hakikat kehidupan semua tu. Tapi Cik Nad yakin, dari sekarang kita perlu semai perkara2 yang positif. Cik Nad taknak dia leka hidup dalam zon yang selesa...Cik Nad biarkan dia ambik masa macam mana yang dia nak, janji siap sebelum buka sekolah. Dan...dia kena siapkan sendiri, mama tak akan tolong!

Akhirnya bila dah siap tadi...Cik Nad pura2 laaa kononnya aku terkejut sangat tengok homework dia dah settle. Aku puji2 la tulisan dia tuuu. Hahaha..dan sebagai upahnya, Cik Nad janji nak belikan dia buku latihan matematik! Terus dia tersenyum sampai ke telinga...Ko jangan tak tau...kalau buku matematik, seminggu dia boleh habiskan satu buku. Lagi satu yang Daniel suka...buku word puzzle. Alaa yang cari perkataan2 tersembunyi dlm huruf yg banyak2 tu...
Shahizz Daniel yang sentiasa ceria bersama adiknya.


Okey la...Cik Nad nak tido dahhh. Esok pagi kena bangun awal..anak-anak nak gi sekolah...uwaaaaaa....




12 June 2014

Happy 4th Birthday Syamim Nur Izzah...

Actually birthday Syamim 2nd June..tapi kami celebrate pada hari Sabtu, 7 June...Alaaa Cik Nad buat sambutan secara kecil-kecilan jer...Sebenarnya sebelum2 ni kitaorang tak pernah pon celebrate birthday Syamim. Kali ni dia sendiri yang request nak buat birthday party...siap kasik tema kauuu, dia nak pakai baju ala2 frozen gitew! Fuhhh..terkebil-kebil gak Cik Nad memikirkan permintaan sesatunya anak pompuan Cik Nad nih...ko biar betul! Mak ko ni dah la takder seni, tak reti nak berkreatif bagai...camner ekk? FROZEN OH FROZEN....Akhirnya.....
>
>
>
Haaaa akhirnya Cik Nad mintak tolong otai...ni mak Cik Nad merangkap nanny kepada si birthday girl! Cik Nad tak tipu ko...mak Cik Nad ni memang kreatif giler...baju Syamim pakai ni dijahit sendiri 100% oleh nanny dia! haaa terror kannn...kalau aku jangan harap arrr, nak jahit butang baju pon terhegeh-hegeh! Errr...mmm...yea la, itu hakikatnya. Heheh! So, Alhamdulillah...dapat la kitaorang merealisasikan permintaan Si birthday girl yang agak mengada-ngada niiii...kekeke...

Nak ceritanya, birthday party ni sangat laaa simple dimple. Cik Nad cuma jemput antara family terdekat jerrr. mula2 memang plan nak jemput satu kampong...tapiii kann...encik asben Cik Nad kata tak payah laa, sebab sekarang ni kan musim cuti sekolah...jadi weekend memang berlambak sangat majlis walimatul urus. Semua org busy nak gi kenduri kawen sana sini sinun...So kami jemput sikit jer tetamu, tak nak menyusahkan org datang birthday party yg tak seberapa ni...


Ni aksi si birthday girl sebelum majlis...korang jangan ingat Cik Nad mendera Syamim pulak eaaa...sebenarnya budak kecik ni yg sedang mendera mama dia...huhu...aku nak kemas rumah, dia pon nak kemas...aku nak mop lantai, dia pon nak mop...camni punya gaya, bila kerja nak settle?? Hangin jugak Cik Nad dibuatnya...tapi layankan ajer la...nanti penat dia stop la sendiri...

 HAHAHA...tu laaa dah cakap dahhh...dah letih mengacau dia akan stop sendiri! kannn...Memandangkan birthday party tu kul 8 mlm...so, petang tu Cik nad pastikan Syamim tido secukupnya supaya dia tak meragam malam ni! 

Yang ni bapa Cik Nad...bapa Cik Nad ni pon sangat kreatif orangnya...korang jangan tak tau, masa Haiqal berkhatan dulu, bapak aku siap buatkan pelamin untuk cucu dia! haaa...tapi kali ni kitaorang design yang simple2 jer la...majlis kecik jer kannn takmaw la over2 sangat. 

Ini la wall design kami yang tak seberapa...Bapak & adik2 aku yang buatkan...Sentuhan Cik Nad tidak diperlukan sama sekali kerana aku memang tak reti...huwarghhh sentap!

 Tengok tuuu...birthday girl sedang di touch up oleh nenek & mak2 sedaranya. Time ni Syamim kemahen berlagak dengan mama dia...langsung dia tak pandang aku! Cisss...

Ermmm....sekarang ni birthday girl sedang berarak di hadapan tetamu...ala2 princess gitew! Suka la kau Syamim yea..:) tu agaknya dia tengah feeling dia dah jadi princess Elsa...kekeke...

Syamim Nur Izzah...



Macam biasa la kaannn...mesti nak kena nyanyi lagu Happy Birthday masa potong kek. Cik Nad pon dengan rela hatinya menjadi ketua kumpulan bersama kanak-kanak ribena ni untuk nyanyi. Yang bestnya, masa kitaorang nyanyi tuuuu Syamim tersipu-sipu malu. hehehe...sememangnya anak dara Cik Nad ni pemalu...saling tak tumpah cam mama dia...ngeeeee...Oppsss lupa nak kasik tau...kek pon image frozen jugak youuu

Ni lah rupanya birthday cake tu...Chocolate Devil Cake with cheese layer. Sedapppp...Adik Cik Nad yang orderkan cake ni..tapi memang puas ati la!


Sebelum memulakan aktiviti makan-makan, kitaorang baca doa selamat dulu...Baru la afdal kannn



...dan aktiviti makan-makan pon bermula...biasa-biasa jer hidangan dari Cik Nad. Harap-harap semua tetamu suka la yea. Errr semua ni Cik Nad order jer, macam tak konpiden jer aku nak masak sendiri. Heheh...


Tima kasih banyak-banyak pada semua yang hadir ke majlis yang tak seberapa ni...:)

Bebudak comel ni semua enjoy tengok  movie Frozen kat TV...Besar sungguh pengaruh citer Frozen ni pada kanak-kanak yea!

Syamim Nur Izzah bersama hadiah-hadiah nyer...sukanya dia...hehe...Kompom penuh bonet kereta dengan toys masa nak balik KL nanti..Tabahkan hati yea suamiku, masa nak susun barang dalam bonet nanti! muahahah...

Hah! amekaww...hadiah teddy bear dari Si comel Shahana ni dah nak sama besar dengan Syamim...Sedap buat peluk tido ni..ngeeee

Syamim cam dah letih jer masa kitaorang bukak2 hadiah ni...takper, no problem..mama boleh tolong bukakan! Mama ko energetic lagi tengah-tengah malam ponnn...



Gambar ni tak letak pon takper kannn...Tapi takper arr..sesaja aku nak kasik bukti yang aku kerja kuat ooiii malam tu..buat air bagai! Kihkihkih...ada sesiapa yang kisah ker? hahaha...tak kira, nak citer jugak. Blog aku, suka ati aku la kan! Dusyummm!!!


Pic keluarga kecil kami...Sweet tak? hehe...
<
<
<
<
<
FINALLY....

SYAMIM NUR IZZAH...A DAUGHTER LIKE U IS A TRUE BLESSING, A GIFT & A WONDERFUL ADDITION FOR US...OUR WISH FOR YOU IS A BETTER TOMORROW THAT IS FULL OF BARAKAH FROM ALLAH S.W.T....
HAPPY BIRTHDAY SAYANG...LUV U FOREVER...



04 June 2014

Resepi breakfast simple & yummy!

Assalamualaikum....

Hello, Cik Nad in the house!! 

Nak cerita pasal breakfast...Cik Nad ni memang hari2 sediakan breakfast Monday to Friday. Encik asben tak kesah sangat ada breakfast ker tidak. Tapi Cik Nad akan sediakan jugak...alaaa yg simple dimple pon jadi la sebabnya tujuan utama Cik Nad ialah nak bekalkan something utk Haiqal ke sekolah. Boleh jer kalau nak suruh dia beli di kantin sekolah, tapi...ermmm rasanya lagi puas ati kalau Haiqal makan bekalan dari rumah...bekalan air tangan mamanya sendiri. Lagipun aku ni kan fulltime momma, takder la terkejar pagi2 nak ke office kannn. Taapiiii please yea...Tolong jangan ingat jadi fulltime momma ni senang! please haa...hanya org yg alami yg akan memahami situasi kami ni. Jadual Cik Nad tersangat la padat hokeyyy! soo sooo bizi i tell u...u better don't play play ha! kihkihkih... U see, I talk London now!

Now Cik Nad nak share satu resepi yg tersangat la simple...alaaa anak2 kita pun boleh buat sendiri punya...senang sangat! anyway, resepi ni sedappp sangatttt...Anak2 & encik asben Cik Nad sukaaaa sangat! Betul ni...aku tak tipu. yea la kan, even tak kerja tapi pepagi harus la Cik Nad bergerak pantas. nak sembahyang subuh, siapkan breakfast, siapkan anak2 ke sekolah & bekalkan diaorg makanan. So tak sesuwei la kot nak berlama-lama di dapur. Okey, jom kita jengok hidangan favourite breakfast Cik Nad yg simple dimple...;


BAHAN-BAHAN:
  1.   Roti Gardenia
  2.   Sosej
  3.   Telur
  4.   Mayones
  5.   Cili Sos
(Kalau suka boleh jer nak tambah lada sulah, hirisan cili, bawang & daun sup...tapi aku tak letak sebab anak aku tak suka) Haaa bahan2 ni selalunya memang dah sedia ada kat umah kita kan..very very the senang!

Cara2nya:


mula2 pukul telur. Then campurkan hirisan sosej, mayones & cili sos. Cik Nad tak letak garam sebab sosej tu sendiri dah ada rasa masin, lagipun memang elok kita kurangkan garam dlm masakan yea tak? Pastu panaskan sedikit butter...letak sesenduk campuran telur kita tadi...




Kemudian, letakkan sekeping roti atas campuran telur tadi...jangan tunggu telur tu masak, nanti roti tak nak melekat dgn telur tu.

Step seterusnya, ratakan pulak campuran telur di bahagian atas roti...haaa kiranya roti kita ni double side ada telur and sosej tuuu!

Next, kita balik2kan roti tu supaya both side masak sekata..dah tu boleh la diangkat...Buat hingga campuran telur habis...senang sesangat kan!

Tadaaaa...dah siap....Jom breakfast^_^ ....

NOTE; Cik Nad tau resepi ni sangat simple...tapi saja la aku nak share, mana tau mungkin boleh kasi idea pada sesiapa yg tercari cari idea resepi yg simple utk breakfast. Utk yg dah teror tu...tak payah la ko jenguk ke sini kannn...okey, semoga perkongsian ini bermanfaat. Salam sayang dari Cik Nad...

"Be kind whenever possible...Let's spread love"

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015