FOLLOW

20 June 2014

BATUK OH BATUK...

Kesian Haiqal...dah nak masuk dua bulan dia batuk2. Dah macam2 jenis ubat yang dia telan. Ni yang Cik Nad & Encik asben risau sesangat...tak elok kan ambil ubat banyak sangat. Tapi dah batuknya tak nak hilang, tak kan nak biarkan jer..tak sampai ati pulak biar camtu jer tak kasi ubat. Tapi kannn...batuk Haiqal ni jenis yg menjadi sebelah malam jer, siang dia ok pulak! Dari satu segi...Alhamdulillah, takder la dia sampai memonteng sekolah kannn.

Mula-mula dulu Cik Nad bawa Haiqal ke klinik biasa jer...doktor pon kata dia batuk2 biasa jerr, so dapat la ubat yang biasa2...Selalunya, kalau demam ker selsema or batuk, 2-3 kali makan ubat mesti ok kannn. Tapi yang ni, sampai abis sebotol ubat, batuk dok camtu jugakkk, tak nampak gaya cam nak ok pon! Huhuhu....memang sadis la bila dia batuk...kekadang sampai keluar air mata...kekadang sampai termuntah. Sayu ati Cik Nad....Pernah sekali Haiqal tanya kenapa batuk dia tak nak baik2 pon...Cik Nad jawab "sebab Allah sayang Haiqal..Allah akan bagi ujian & kesakitan untuk org2 yang Allah sayang" Huhu...sabar yea anakku!

Cakap pasal ubat pulak...yang klinik punya jangan cakap la...3-4 dah pergi klinik. Pastu balik Penang ritu, mak mertua Cik Nad (nenek haiqal) ada la bagi Haiqal kunyah2 daun apa ntah...tak tau nama daun tu, tapi baunya sedap! Lepas Haiqal kunyah2 daun tu, cam kurang la sikit batuknya. Tapi tu laaa kurang jer...tapi still tak hilang terus. Selain tu...Cik Nad bagi jugak kat dia madu, kurma, pati delima...tak hilang jugakkk batuk tu tauuuu.

Sampai satu tahap...Cik Nad cakap pada Encik Asben, sudah2 laaa kita stop jer semua ubat klinik...Tak sanggup dah rasa biar dia ambik ubat batuk banyak2. Tetiba suatu hari Haiqal berusaha sendiri pi google petua hilangkan batuk! Haiqal ajak Cik Nad try petua tradisional pulakkk...Hah! Biaq betul... Esoknya kami pon try...simple jer...campurkan perahan limau nipis dan kicap, pastu minum....

Lepas minum limau nipis plus kicap tuuuu dia ok la untuk seketika...yesss hanya utk seketika. Hahaha....Disamping tu madu & pati delima tetap on! Esoknya Cik Nad try petua kedua pulak...Limau nipis plus madu...hurmm tetap juga  sama...hilang untuk 2-3 hari pastu batuk balik. Abah Haiqal dah mula risau tahap gaban! Semalam abah dia dah mula bising2 berleter kat Cik Nad suruh bawak Haiqal ke doktor pakar. Yea laaa...okehhh, Cik Nad beralah. Walaupon sebenarnya Cik Nad nak try lagi satu petua tradisional. Ada seorang kakak Indon tu cakap..petua yang paling mujarab utk batuk ialah...minum air kelapa muda + telur ayam kampung mentah + perahan kunyit hidup skit...Memang Cik Nad nak try sangat, entah laaa rasa cam best jer petua ni. tapi memandangkan Pak Tuan tu dah bising2...siap bagi aku jelingan 90 darjah lagiii...Tak berani pulak Cik Nad nak memandai!

Maka pagi tadi selepas hantar Daniel & Syamim ke sekolah, Cik Nad terus bawak Haiqal ke klinik pakar...monteng la jawabnya Abang Haiqal kita tu...hihi
haaa...sini la tempatnya hala tuju kami pepagi tadi...gagah Cik Nad harung MRR2..tapi ok la, pukul 9 pagi dah tak jam sangat. Kami sampai sebelum doktor sampai lagi, tu pon dapat nombor giliran ke 8. Nak tunggu seorang2 keluar dari bilik doktor punyaalaaahhh berchintaaa! Cik Nad dgn Haiqal sempat keluar dulu gi breakfast...Pastu sambung balik menunggu.

Akhirnya tiba la giliran budak Haiqal...Cik Nad memang selesa sangat dengan Dr. Hasmawati ni...Actually ni bukan first time kami ke sini. Nak ikutkan memang kalau boleh setiap kali anak2 tak sihat nak bawak jumpa Dr. Hasmawati...tapi tu la, tak cukup kesabaran kadang2 nak menunggu nombor giliran!


Lepas doktor check, terus dia suruh Haiqal ambik nabulizer...katanya sebab dah agak lama batuk so ada infection sikit..tapi tak series. Kalau series mesti dah kena warded kannn...Alhamdulillah. Dr.Hasmawati ni giler peramah...sembang2 kejap dgn Haiqal, macam2 soalan dia tanya...Patut sangat la patient kat luar tu dok azab menunggu giliran...kuang..kuang..kuang...!!!


Ni la ubat2 yang Haiqal dapat tadi...ada 5 jenis. Dr. Hasmawati kata batuk cam Haiqal ni memang tak boleh hilang setakat ubat batuk biasa2 tu...kena extra dose, yang luar biasa sikit!
Tak kira la apa pon...yang penting Haiqal sembuh. Kali ni Cik Nad & Encik Asben berharap sangat la Haiqal akan recovery sepenuhnya. Amien...


Yesss this is the best part! Ni la yang Haiqal suka sangat jumpa Dr. Hasmawati...dia memanggg pemurah nak bagi mc. Masa sembang2 dgn Haiqal tadi, Cik Nad dengaq Doktor tanya dia nak mc berapa hari...esok Haiqal nak sekolah atau nak rest kat rumah dulu...Anak bertuah aku tuuu dengan selamber nyer jawab.."Haiqal nak rest kat rumah la..Gi sekolah pon tak belajar sebab dok buat latihan sukan.." Boleh kauuuu...siap boleh kawtim tu! Dapat la mc 2 hari...muahahah!
 
 



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015