FOLLOW

01 August 2015

RESEPI NASI AYAM.



Bagi Cik Nad nasi ayam ni ialah menu penyelamat...Kalau dah takder idea nak masak apa, anytime on jer buat nasi ayam ni...anak-anak mesti suka!
Ermmm makpaknya pun suka jugak...
Nak buatnya pun tak lah sesusah mana...

Weekend lepas Cik Nad rasa cam nak masak nasi ayam...terus jer lajuuu tangan ni menggoogle...
yer laaa kalau kita perasan resepi nasi ayam ni ada pelbagai versi...
tak salah kan kalau kita mencuba versi2 yang lain dari kebiasaan...
Cik Nad memang suka mencuba!
Dan hasil menggoogle hari tu..Cik Nad terjumpa 2 resepi nasi ayam yang sangat menarik...

Kedua-dua resepi ni ada keistimewaan tersendiri...Paling Cik Nad tertarik resepi dari Kak Azlita menggunakan gula merah bersama bahan-bahan lain untuk merebus ayam...menarik kan!
Kak Azie pulak menggunakan susu fresh cream didalam nasi..hmmm meletoppsss
Cik Nad gabungkan dan olah kedua-dua resepi ni mengikut selera family...
Tak sabar nak cuba...Haiqal, Daniel & Syamim mesti suka...
Selalunya pon memang budak-budak ni hantu nasi ayam..port feveret diaorang ialah nasi ayam kat stesyen minyak Petron, Taman Melati...depan rumah Cik Nad tu...
Ok, kali ni mama try buat yang lebih sedap dari nasi ayam Petron tu yer nak...hehehe...
Jom kita mula...


Step pertama dah tentulah kita kena rebus ayam hingga separuh masak untuk dapatkan air rebusan ayam tu...


Seekor ayam dipotong ikut selera kita sendiri...nak potong 4 pon bolehhhh...potong 2 bolehhh...tak nak potong langsung pon bolehhh, masak terus seekor gitu...
tapi Cik Nad potong kecik cam biasa jer...senang anak nak makan nanti...

**Perap seketika ayam bersama ;
2 sudu besar halia + bawang putih yang diblend
1 biji bawang besar dipotong 8
5 sudu besar gula merah (Cik Nad guna brown sugar)
1 kiub pati ayam.

Perap seketika bahan-bahan diatas...kemudian tambahkan air (banyakkan sikit air tu) dan rebus hingga ayam separuh masak. 


AYAM

Ayam yang telah direbus tadi, keluarkan dari rebusannya..toskan dan perap pulak bersama :

-Sos tiram
-kicap cair
-kicap manis
-madu
-minyak bijan

biarkan seketika dan bolehlah di goreng atau dibakar...
Cik Nad memilih untuk membakar dengan menggunakan periuk ajaib...
Senang citer kan...aromanya ya hampunnnn....
Dah settle bab ayam..pastu pandai-pandai la hias dengan salad, timun, tomato semua tu yer...


NASI


BAHAN-BAHAN :
-Mentega
-Bawang merah, bawang putih & halia yang diblend
-Daun pandan
-serai
-sedikit susu fresh cream / susu cair
-Kiub ayam
-garam & gula secukup rasa
-kelengkap penumis

** Cuci beras hingga bersih dan ketepikan...Di dalan periuk rice cooker panaskan mentega, kemudian tumis kelengkap penumis, bawang merah, bawang putih & halia yang diblend, daun pandan dan serai...tumis hingga naik baunya...kemudian masukkan beras dan gaul bersama...Akhir sekali masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan yang kita perlukan..tambahkan sedikit susu fresh cream, kiub ayam dan gula garam secukupnya.


SUP


**Didih kan semula sebahagian air rebusan tadi (yang sebahagian lagi kita dah guna untuk masak nasi)...masukkan kentang dan carrot yang dipotong dadu...Setelah empuk, masukkan daun sup, daun bawang, lada sulah dan garam...

Bagi Cik Nad sup ni memang paling win!!! maybe sebab dalam air rebusan tadi kita dah letak gula merah...so memang lain rasanya...sedap sangattt...selalu kalau kita beli nasi ayam, sup nyer terasa kosong jer kan...tapi yang ni memang lain...hirup sup tu saja pun dah bahagia anak tekak ni...hahaaa


SOS CILI


-10 biji cili merah
-5 ulas bawang putih
-6 biji bawang merah
-seinchi halia muda
-5 biji cili padi
-sedikit air limau nipis

** panaskan sedikit minyak, goreng kesemua bahan kecuali air limau nipis..kemudian tambahkan sedikit air rebusan ayam (beberapa sudu jer) dan blend.. dan campurkan air limau nipis..


SAMBAL KICAP



Cara nak buat sambal kicap yang besttt ni Cik Nad dapat dari sepupu, Kak Sakinah...lain dari yang lain...menjadikan gabungan nasi ayam kita lebih power gitewww...

**Blend kering sedikit bawang goreng..kemudian campur dengan sedikit air rebusan ayam dan kicap lemak manis..panaskan seketika dan siap.

16 comments:

  1. menu mudah yang sedap...memang menu penyelamat kan..
    tapi saya masak tak pernah letak susu

    ReplyDelete
  2. ok hari ni nak masak nasi ayam..
    tq for the idea..

    ReplyDelete
  3. pasti sedap,nanti tak coba masak resep dari cik nad.

    ReplyDelete
  4. wah...masuk gula merah tu memang tak pernah terfikir...nanti saya nak cunba resepi ni..saya pun kalau buat nasik ayam lebih suka bakar dari goreng sebab mudah tak payah nak jaga2 api..

    Nad..kat label tu letak la resepi nasi ayam..Untuk SEO tu..nanti orang google naik kat search enjin.Untung2 kat 1st page .

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... baru lepas makan kat rumah terbuka tadi. Hehe

    ReplyDelete
  6. Hmm.. Kathy pun sll baca resipi nasi ayam dr kedua belog ini. Best.

    ReplyDelete
  7. Hmm.. Kathy pun sll baca resipi nasi ayam dr kedua belog ini. Best.

    ReplyDelete
  8. 1st raya ritu mak2 sedara wat n.ayam, Cikna plak tukang goreng ayam.... M'mandangkan jiran mak sedara ni owner rest so kami ikut resepi dia,punya la renyah dh siap goreng ayam rebus skjp dgn air perapan ayam td, hasilnye biasa2 je.....;-/

    ReplyDelete
  9. Lapar la plak tengok nasi ayam cik nad ni..raya hr tu mkn nasi ayam yg sepupu buat..sedap..

    ReplyDelete
  10. harus cuba ni nasi ayam gabungan 3 blogger..
    nantikan saya lak update blog nasi ayam versi ciknad ni.

    ReplyDelete
  11. tu la kan.. lain orang lain cara masakan even menu yang sama.. saya pun suka cuba jugak style masak orang lain.

    ReplyDelete
  12. hadoi sodap nyer cik nad.
    yes. aida setuju. kalau takde idea aida pun buat nasi ayam.
    anak2 gembira tak terkata :)

    ReplyDelete
  13. hadoi sodap nyer cik nad.
    yes. aida setuju. kalau takde idea aida pun buat nasi ayam.
    anak2 gembira tak terkata :)

    ReplyDelete
  14. nak cuba lah !

    jemput jenjalan blog saya.

    :)
    http://sasuzanazanudin.blogspot.com/2015/08/tips-kurus-selepas-raya.html

    ReplyDelete
  15. ya Allah rajin sungguh ciknad..nasi ayam saya la paling simple dalam dunia rasa nya..smua campak je..huhu

    ReplyDelete
  16. klo resipi kak azlita mmg terbaik hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015