FOLLOW

05 May 2017

Resepi : AYAM MASAK BALI TERBAEEKKK!




Semalam Cik Nad masak Ayam Masak Bali..
Resepi yg pernah viral tak lama dulu..
Orang dah habis masak, Cik Nad baru nak try😜
Heheee...
Tapi boleh tahan jugak resepi ni..
Sedap & senang nak masak..

(Resepi asal - Aisha Shukor)
Bahan-bahan;
1 ekor ayam digoreng +garam kunyit
*1 genggam cili kering
* 6 biji bawang besar
* 1 labu bawang putih
* 1 inci halia
* sedikit belacan (sebesar 1/2 ibu jari)
8 batang serai dititik
6 tangkai daun kari
3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
Kicap tamin secukupnya (CikNad guna kicap kipas udang)
3 sudu besar sos cili (takde dlm resepi asal, CikNad tambah sendiri)
■blend semua bahan bertanda *

Cara-cara;
1) panaskan minyak goreng ayam tadi, goreng serai hingga warna separa coklat
2) Masuk daun kari dan goreng hingga garing.
3) Masuk bahan blend dan tumis kesemuanya hingga wangi dan garing
4) Masuk gula, garam, sos cili, kicap..kicap tu masukkan sikit2 sampai dapat warna cantik merah maroon. Cik Nad campur kicap kipas udang masin dan manis.
5) Masuk ayam, gaul sebati dan masak lagi 10 minit.


1 comment:

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015