FOLLOW

06 July 2014

AKU & KUIH RAYA...

Aku dan kuih raya...memang nostalgia sangat bila Cik Nad fikir pasal kuih raya! Sebenarnya Cik Nad ni dari kecik-kecik dulu memang minat giler buat-buat biskut  ni. Start jer bulan puasa mula la Cik Nad terkinja-kinja suruh mak buat kuih raya...dan selalu la jawabnya Cik Nad kena marah dengan mak...sebabbb orang baru puasa 2-3 hari aku dah bising nak buat kuih raya. Mak Cik Nad pulak jenis yang suka buat kuih raya hujung-hujung ramadan gitew! Dah puasa 25 hari baru dia nak start episod kuih raya..makan hati betul Cik Nad tau!!!

Episod seterusnya ialah selepas Cik Nad dah berkahwennnn...hahaha...duduk rumah sendiri kannn soka ati aku lerrr...Ingat lagi masa first year bulan puasa lepas kawen tu Cik Nad tengah pregnant, rasanya 3 bulan kot time tu...Tapiii gigih kau...aku buat 6 jenis biskut, dan setiap jenis anggaran 300 biji! Cer kau calculate...berapa??? Haaa dan semua tu Cik Nad buat sensorang tau! yes...absolutely sensorang! Takder maknanya Encik Asben aku nak tolong...tu bukan bidang dia katanya! Ok , fine...Tak jadi hal pon, sensorang pon laju gak kerja Cik Nad. Minat punya pasal kannn...Yeahaaa!!!

Tahun kedua selepas kawen, Cik Nad melangkah lagi setapak dalam bidang kuih raya ni dengan open order dari kengkawan dan sedara mara. Tak silap Cik Nad ada 6 jenis biskut yang Cik Nad buat. Dannn kau jangan tak tahu, sambutan yang Cik Nad terima sangat-sangat laaa di aluar jangkaan. Rasanya Cik Nad terima tempahan dalam 7000 biji. Hahhh hambek kaw 7000 biji tu! Yang parahnya time tu Cik Nad takder sesiapa yang bantu...mampu ker sensorang nak buat??? Masa tu pulak Haiqal baru setahun...cer bayangkan! mujur la Mak mertua Cik Nad tolong tengok-tengokkan Haiqal.

Tapi tu arr...orang kata apa-apa hal pon pengalaman tu penting kannn! Memang betul..tanpa pengalaman Cik Nad gagal berikan yang terbaik untuk customer...sobbb...sobbb...sampai arini sedih tau bila kenangkan. Kesilapan pertama ialah Cik Nad ghairah sangat ambik order tanpa pikir panjang...kan aku takder pembantu, sepatutnya hadkan jumlah order. Sample yang Cik Nad buat memang best giler laaa sebab sikit jer kan buat sample tu, satu adunan jer. Maka tergoda la customer! Tapiiii sumpah tauuu...takder niat sikit pon nak tipu customer. Bebetul tak terfikir ...bila buat sensorang dengan kuantiti yang banyak, ada anak kecik lagi pulak tuuu...memang susah sangat nak control quality..series! Huhu...Selain tu, Cik Nad jadi stress jugak sebab masa buat sample, bahan-bahan bakery semuanya Cik Nad beli di KL. Bila nak siapkan tempahan Cik Nad beli pulak bahan-bahan di Penang. Rupanya, disitu pon jadi masalah jugak sebab ada antara bahan -bahan yang quality nyer tak sama. Ahhhhh.....

Sedih kauuu...Memang sedih sangat bila hasil tempahan biskut yang Cik Nad siapkan dengan susah payahnya tapi kurang menjadi! Ermm kurang menjadi tu maksud nyer tak sama dengan sample. Mesti customer tak suka kannn...Iyer laa kalau Cik Nad jadi customer pon mesti frust! Tapi yang peliknya takder plak customer yang bersungut! Langsung Cik Nad tak terima komplen! Kenapa erk?? Kompius jugak...Agaknya diaorang malas nak bising-bising kottt..agaknya la. Tapi...bagi diri Cik Nad, sendiri mau ingat la kannn...Memang ni pengalaman la buat Cik Nad, belajar dari kesilapan.

Untuk tahun berikutnya pulak, Cik Nad bertekad untuk membetulkan semua kekhilafan. Cik Nad open order lagi 6 jenis biskut. Hmmm jumlah tempahan yang diterima dah menurun..Kihkihkih...Rasakan kau Cik Nad!!! Tapi takper, Cik Nad positif jer bab-bab gini. Kali ni memang best, berbekalkan pengalaman yang ada...boleh dikatakan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah...:)
Yang paling memberi kepuasan pada Cik Nad ialah pujian yang diterima dari customer. Senyum sampai telinga aku nih tau! Bukan la Cik Nad ni gilakan pujian...ahhh takder maknanya! Tapi itu la...maknanya customer berpuas ati dengan biskut Cik Nad. Sampaikan lagi 2-3 hari nak raya pon ada lagi yang nak repeat order..ishhh tak kuasa tau! Tak berani dah aku buat kerja kelam-kabut, nanti quality kelaut baru korang tau...hehe...pengajaran dari pengalaman yang lalu..:)

Tahun 2009 adalah tahun terakhir Cik Nad berbisnes kuih raya nih...masa tu Cik Nad di Kerteh. Hmmm buat sikit-sikit jer...kawan pon tak ramai di Kerteh. Lagipun susah nak jumpa bakery supplier kat sana. Di Kemaman ada la satu, tapi Cik Nad kurang berkenan quality barangnya. Selain tu yang Cik Nad tau ialah di Kuantan...giler kauuu sejam lebih perjalanan tu! Kalau nak repeat beli barang acamner?? Tak koser la mak!

Dannnn selepas 2009 tu, aku dah stop buat biskut raya! Hahah..alasan nya anak-anak aku dah ramai. Yea laaa dah 3 orang kannn. Dan semuanya perlukan perhatian Cik Nad. Kalu mengadap biskut raya ni...dari siang bawak ke malam pon tak abisss...Sian pulak anak-anak Cik Nad.Sekarang ni anak-anak kira dah besar laaa...Haiqal 10thn, Daniel 6thn, Syamim 4thn. Tapiiii tak tau la kenapa...Cik Nad dah jadi malas nak berbiskut. Nak open order cam dulu-dulu memang tak arrr..tapi nak buatkan untuk rumah sendiri pon dah takder jiwa! Acaner tu?? Dah kritikal tahap pemalas aku ni...ko tengok la!! Entah kemana minat aku tu menghilang...tak patut kannn!

Anyway, Cik Nad rasa tak boleh kot nak dilayan sangat sikap pemalas aku ni. Nak try buat jugakkkk...tak kira la, menjadi 2-3 jenis pon okay la tu. Plan nyer esok nak start...Insyaallah.




Tugas-tugas menggeladah resepi biskut pon bermula...tapi nak cari yang senang-senang jer...asal boleh! Haha...Nanti la, kalau menjadi kita share kan resepi nyer okay...:)


BE KIND WHENEVER POSSIBLE.... LET'S SPREAD LOVE!

3 comments:

  1. cer cik nad wat lg biskut raya thn ni.. blh I order!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaalah nak try buat lagi...tapi nak open order cam dolu2 tu memang tak arrr...haha...mak dah malas nak!

      Delete
  2. hahahaha... dulu tu ada kuasa turbo!!!

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015