FOLLOW

29 August 2014

RESEPI KARI DAGING...


Haiii...Hellooo...Hari ni Cik Nad nak share resepi kari daging versi Cik Nad...Sebenarnya Cik Nad baru habis masak kari daging ni...Terus terfikir nak share...:)

Ramai yang dah tau kannn nak buat kari daging niii...Tapi sesaja ler, kot2 ada yang nak try versi Cik Nad ni haaa...versi anak mami gitewww! Hahaha..Yang baru nak belajar2 masak tu, Cik Nad harap resepi simple ni dapat membantu okeyyy...Let's check it out...



BAHAN-BAHAN:
1 KG DAGING BATANG PINANG
2 BIJI BAWANG BESAR
SECUKUPNYA KELENGKAP MENUMIS (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
2 SUDU BESAR HALIA & BAWANG PUTIH DIBLEND
4 SUDU BESAR REMPAH DAGING
1 SUDU BESAR REMPAH KURMA
1 SUDU KECIL SERBUK CILI
2 BIJI TOMATO
2 BIJI CILI HIJAU
SEDIKIT SANTAN (Cik Nad guna santan KARA)
1 PAKET KECIL KERISIK
SEDIKIT DAUN PUDINA
GARAM SECUKUP RASA
3-4 BIJI KENTANG DIPOTONG 4

CARA-CARANYA;
  1. PANASKAN MINYAK MASAK + SESUDU MINYAK SAPI JIKA SUKA. TUMIS BAWANG YANG DIHIRIS, KELENGKAP PENUMIS, SEDIKIT DAUN PUDINA DAN HALIA & BAWANG PUTIH BLEND...KACAU HINGGA NAIK BAU
  2. MASUKKAN 2 CAWAN AIR...KEMUDIAN MASUKKAN KESEMUA REMPAH DAN SERBUK CILI. KACAU DAN BIAR HINGGA PECAH MINYAK. KALAU TERLALU PEKAT CAMPURAN REMPAH TU, KO TAMBAH LA AIR SKIT..TAKUT GARING PULAK NANTI..
  3.  DAH TU BOLEH LA KITA MASUKKAN DAGING...MAKE SURE DAGING TU DIPOTONG ELOK2 YER...KALAU TIDAK KERAS PULAK NANTI. SELALUNYA CIK NAD TAMBAH 3 CAWAN AIR SEBAB DAGING AMBIL MASA SKIT UNTUK MASAK KAN...MASUKKAN JUGA TOMATO DAN CILI HIJAU
  4. PASTU BOLEH MASUKKAN SANTAN. CIK NAD SELALU GUNA SANTAN KOTAK KARA TU JER..TAK PAYAH BANYAK SANTANNYA YER SEBAB KITA ADA KERISIK LAGI. CUKUP LA DALAM SETENGAH KOTAK KECIL. (KALAU NAK KURANGKAN LAGI PON BOLEH)
  5. SEKARANG KO DUDUK DIAM2, BIARKAN DAGING TU EMPUK...SAMBIL2 TU BOLEH LA KEMAS2 DAPUR!!
  6. BILA DAGING DAH HAMPIR EMPUK BARU MASUKKAN KENTANG, KERISIK DAN GARAM. KALAU PEKAT SANGAT KUAH KARI TU TAMBAH AIR SIKI-SIKIT YEA...
  7. AKHIR SEKALI BILA KENTANG PON DAH EMPUK KITA SESUAIKAN RASA..(.KALAU CIK NAD LA KANNN...I SUKA LETAK TOMATO OR CILI SOS SIKIT, DALAM 2 SUDU BESAR SEBAGAI PENAMBAH PERASA...CIK NAD TAK SUKA GUNA AJINIMOTO.)
Sekian resepi kari daging versi Cik Nad...resepi ni memang favourite anak2 Cik Nad...korang cuba laaa...Insyaallah sedappp!!!

Semoga bermanfaat yea...:)

BE KIND WHENEVER POSSIBLE... LET'S SPREAD LOVE!

1 comment:

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015