Antara tugas yang paling utama untuk parents ialah mendidik anak bersolat...
"perintahkan anak-anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun..
dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun..
dan asingkan tempat tidur diantara mereka (lelaki dan perempuan)
~Hadis Abu Dawud~
Tahun ni Shahizz Daniel dah 7 tahun....
Tahun yang sangat penting...dah kena mula biasakan dia dengan solat...
Masih lagi dalam proses nak membiasakan...tak boleh ekstrim sangat...
tapi proses ni kena berterusan untuk jangkamasa panjang...tak boleh on and off..
Secara peribadi bagi Cik Nad pendekatan yang mak bapak gunakan sangat memainkan peranan...
Cuma kita yang tau perangai anak kita...kita yang paham dia jenis cam mana...
- Point pertama yang Cik Nad nak share kat sini...perkara yang sangat penting...peringatan untuk diri Cik Nad sendiri jugak...Mengajar anak solat ni seharusnya IKHLAS KERANA ALLAH..Jangan sesekali kita mengajar anak solat kerana ingin bersaing dengan anak-anak orang lain...
Nauzubillah...
Ini bererti kita melatih anak bersolat kerana manusia dan bukan kerana Allah...
Rasa bangga atau ujub ibubapa dikhuatiri merosakkan anak kita sendiri...
Pertama sekali, set in mind..apa yang kita buat ni adalah kerana Allah..
Moga kita mampu melahirkan generasi yang mendirikan solat, Insyaallah.
- Biasakan anak-anak melihat kita bersolat sejak mereka kecil/bayi lagi.. (sebelum latih anak solat, ibu bapa kenalah menjaga solat kita terlebih dahulu!) biarkan mereka "solat main-main" bersama kita ketika kita bersolat... mengajak anak-anak ikut solat berjemaah bersama juga merupakan satu pendekatan yang sangat baik..cara ini menjadikan mereka rasa sangat dekat dengan solat..
Ini kerana...Anak-anak percaya apa yang dia lihat, bukannya apa yang kita cakap..
80% didikan adalah memalui tauladan...
Jom lah kita berusaha untuk jadi role model pada anak-anak..Insyaallah!
- Pada waktu lapang, time lepak2 dengan anak eloklah kita isikan dengan bercerita tentang ganjaran syurga untuk orang yang menjaga solat...sesekali selitkan jugak amaran Allah dan azab neraka untuk yang mengabaikan solat...benda ni kena berterusan...lagiiii dan lagiiii...Insyaallah lama kelamaan perkara ni akan berakar umbi dan menjadi darah daging dalam diri anak-anak..
- Sebagai ibu...Jomlah kita banyakkan berdoa untuk anak...Sentiasa...setiap hari...Rajin-rajin lah buat solat hajat...Mohon pada Allah supaya jadikan keturunan kita golongan yang menjaga solat...
- Ibubapa perlu tegas dalam mendisplinkan anak bersolat...tak boleh jemu atau lalai...Zohor kita dah suruh, Asar ingatkan lagi...Maghrib ingatkan lagi dan seterusnya..Kegagalan ibubapa bertegas dalam urusan solat anak-anak menjadikan anak-anak memandang remeh soal solat.
- Parents perlu bijak agar anak tidak rasa jemu atau menganggap solat ni suatu penyiksaan..Dalam ketegasan perlu ada kelembutannya..ini yang Cik Nad cuba sampaikan tadi..pendekatan ibu bapa tu sangat penting..hanya kita yang tau anak kita ni jenis budak yang macam mana kann..
Salah satu cara yang Cik Nad gunakan untuk Daniel ialah sediakan kalender Prayer Practice..
Setiap kali lepas solat, Daniel akan tampal sticker tick tu..Pastu kalau dalam sebulan dia berjaya penuhkan maknanya dalam bulan tu dia berjaya solat 5 waktu..dia akan dapat la hadiah dari mama & abah..:) small gift jer..asalkan budak tu happy untuk bersolat..
So far, Cik Nad tak pernah lagi rotan Daniel pasal solat ni..kaedah menghukum tu nanti dulu (tu pon kalau perlu)..mula-mula ni kita bagi galakan dengan rewards terlebih dulu..
So far, Cik Nad tak pernah lagi rotan Daniel pasal solat ni..kaedah menghukum tu nanti dulu (tu pon kalau perlu)..mula-mula ni kita bagi galakan dengan rewards terlebih dulu..
Dari pengalaman Cik Nad sendiri...mendidik 2 orang anak lelaki bersolat...
Memang tak sama...masing-masing punya karakter yang berlainan...
Abang Haiqal sekarang dah 11 tahun...Alhamdulillah setakat ni dia seorang anak yang menjaga solat... Dan dia mula bersolat sejak dia 7 tahun..
Sekarang ni time untuk Daniel pulak...
Sebenarnya Daniel bagi cabaran yang lebih untuk mama..hehee..
Dia ni memanjang "terlupa" pasal solat...akal dia jer tuuu...
Tapi takper...mama kan ada..boleh jer mama ingatkan bila masuk waktu...
![]() |
Ni ada sekali tu Daniel sakit kaki...boleh pulak dia dapat idea nak sembahyang duduk...:) |
- Persediaan kearah melatih anak bersolat elok kita mulakan sebelum mereka 7 tahun..contohnya melatih anak berwudhuk dan mengajar mereka menghafal surah-surah pendek seperti Al-Fatihah, Al- ikhlas, Al-falaq dll..
- Berikan masa untuk anak..ibubapa perlu banyak bersabar..Janganlah kita paksa anak cepat pandai bersolat, bimbang nanti perkara ni jadi tekanan untuk mereka..kita usaha slow2 tapi konsisten..maknanya proses ni berterusan untuk jangkamasa panjang..Insyaallah apabila anak menginjak ke usia 10 tahun, mereka sudah konsisten dalam bersolat...
PRACTICE MAKES PERFECT!