FOLLOW

01 October 2015

BERMAIN DENGAN OPERASI TAMBAH / TOLAK



Kalau dah namanya budak tu kan..Benda-benda gini memang suka sangat la diaorang...
Ni cara yang Cik Nad gunakan untuk ajar Syamim operasi tambah & tolak..
Sebenarnya kat sekolah pon cikgu dah mula ajar tambah tolak ni..
(Syamim Nur Izzah berusia 5 tahun sekarang)
Cik Nad cuma mantapkan lagi pengusaannya kat rumah..
Buat cara gini memang suka la budak Syamim tu..
2-3 hari ni dok 'main' benda ni jer..
Dia rasa cam dia sedang bermain, tapi sebenarnya dok kukuhkan pengiraan..
Tu yang bagusnya kaedah bermain sambil belajar ni..
Insyaallah makin lama semakin laju dia mencongak..


Caranya..
Di setiap batang kayu tu ada ditulis operasi tambah /tolak..
Anak kena mencongak dan masukkan ke dalam bekas angka jawapannya..


Nak buat benda alah ni pon senang jer...
Ko tengok pon dah tau camner Cik Nad buat kan...
Kos pon tak banyak..barangnya pon ada jer kat umah ni..

Syamim Nur Izzah, 5 tahun.

Sebelum ni Cik Nad dah berjumpa dengan cikgu Syamim..
Tanya cara yang cikgu gunakan di sekolah..
Nak seragamkan untuk Cik Nad ajar Syamim kat rumah..
Takder la kompius pulak budak tu kan..
Yer la nak ajar basic tambah tolak ni pon ada beberapa cara..
Ada yang guna objek cam guli untuk dikira..
Ada yang guna sempoa..
Ada yang guna lukisan..
Cikgu Syamim gunakan cara "simpan dalam kepala"

Contohnya 5+3,  Dikira begini...
Simpan 5 dalam kepala, keluarkan 3 dijari..
Kemudian congak...
Lepas 5...6,7,8! (sambil menutup 3 jari tadi)
So far okey laaa..laju jugak Syamim mencongak guna kaedah ni..


Shahizz Daniel, 7 tahun.

Ehhh... Abang Daniel pon nak join sama yer...
Hehehe...jangan harap la dia nak bagi laluan Syamim main seorang...
Okey..untuk Abang Daniel mama guna konsep lain sikit..
Yer la dia dah darjah 1 kan...benda gini kira 'kacang putih' la untuk dia!!!
So mama buat camni..
Mama akan set time, 2 minit...
Daniel kena habiskan game ni dalam masa 2 minit...
Laju-laju mencongak kekdahnya...
Ada Cik Nad ambikkan video Daniel & Syamim bermain tolak tambah ni..
Tapi mak tak reti pulak nak upload kat Blog..hehe..
Kalau korang nak tengok, silalah jenguk FB Nadiah Hanum yer...


Seronok tengok anak-anak gembira bermain sambil belajar gini..


Lepas ni Insyaallah nak sambung buatkan angka yang lebih besar..:)







9 comments:

  1. Upload kat youtube dulu kemudian baru boleh masuk blog..kalau upload terus ke blog memang tak boleh kot..

    ReplyDelete
  2. kreatip sgt ciknad. syok nya jd housewife ni. doakan akak jugak ..

    ReplyDelete
  3. Yeayy nnt leh ajar tuk dhia jugak..

    ReplyDelete
  4. waa ^^ kreatif! Sy tag awk -> http://creamylittlediary.blogspot.my/2015/10/fuyooo-ggiveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
  5. Wowww konsentrasi yang bagus, elok sgt lah buat mcm ni, rasa nak buat lah utk Qi, now nak ajar ABC tak lepas lagi, byk main dak Qi ni hehehhehe

    ReplyDelete
  6. yer la macam kak diana cakap nak senang upload dulu kat youtube nanti ambil code je masukkan ke dalam entri. senang sikit upload video macam tu

    ReplyDelete
  7. Kretiflah cik nad. Nak buat mcm ni jugak lah.

    ReplyDelete
  8. Terbaikkk.. Anak2 mesti sukakannya

    ReplyDelete
  9. yes terbaik from nad.
    bagus if didik dari awal.
    silibus sekolah rendah for maths amat tinggi.
    sian anak2 kita :(

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015