FOLLOW

11 November 2015

BAKED MEATBALL WITH MASHED POTATO



Kali ni Cik Nad nak share resepi yang sangattttt mabeles!!!
Series sedap ni...sangat membahagiakan tekak...
Tapi lemak-lemak di badan pon akan turut menari ria...Hahaha...
Alaaa kita tak payah la buatnya hari-hari kannn..
Sekali-sekala makan makanan camni ok la tuuu...
Hidup kena enjoyyy..*ehh..tetiba!*

Sebenarnya idea asal resepi ni dapi Puan Azlina Ina, Group Resepi Kita di fb...
Masa nengoknya tu dah dapat agak mesti sedap benda alah ni..
Tapi Cik Nad tak save pulak resepinya..
Memang gitu la perangai Cik Nad ni..
Karang bila nak masak baru terhegeh-hegeh scroll nak cari resepi..
Tapi memang tak jumpa sampai ke sudah...Padan muka!
Dah tu Cik Nad agak-agak jer la membuatnya...

Dan akhirnyaaa...
Nasib baik sangatlah menjadi resepi ni..
Wallaweyyyy!!!
Bukan sekadar menjadi jer, malahan sedapppp...
Wahhh bonga-bonga  hati mak tau...
Ni yang buat eksaited nak share kat blog ni...
Korang cubalah buat nanti...
Insyaallah tak akan menyesal punyer..
Believe me ok..
Hahaha...

Ok lah, jom kita tengok resepinya...




BAHAN-BAHAN :
4 keping roti gardenia
1 kotak kecil susu fresh milk
4 biji kentang saiz besar (direbus & dilenyek halus)
Meatball secukupnya direbus (anggaran 17 biji)
Cheese secukupnya (untuk ditabur di permukaan)
sedikit garam dan lada sulah

CARA-CARANYA :



1) Celup roti dengan susu dan susun kedalam tray/bekas yang siap digris.
2) Di dalam bekas yg lain, gaulkan kentang yang dilenyek bersama garam, lada sulah dan baki susu fresh milk tadi. Susu dicampur sedikit demi sedikit sehingga nampak just nice cam mashed potato. Pandai-pandai la korang main agak yer.
3) Ratakan mashed potato tadi ke atas roti. Sambil ratakan tu tekan-tekan sikit biar mampat. Susun meatball diatas mashed potato dan tekan sedikit supaya terbenam ke dalam.
4) Tabur cheese di permukaan sebelum dibakar. Suka hati la korang nak guna cheese apa, Cik Nad guna cheese slice tu jer.
5) Lastly bakar guna api atas bawah. Tak payah la lama sangat membakar, agak-agak cheese kat atas tu dah melt dan golden kira ok dah la. Sebabnya meatball dan potato kita dah siap rebus awal-awal tadi kan.


Ni lah hasilnya...
Dah keluar dari oven tu pandai-pandai la kita make up kan dia sket...


Gitewwww...
Tergoda tak???
Muahahaha...

Seeloknya lepas keluar dari oven korang biarkan sejuk sket baru potong...
Kalau potong masa panas gedik tu nanti dia tak cantik...
Tak terbentuk sempurna kekdahnya...
So masa panas-panas tu sila bawak bersabar dulu yer...
Istighfar banyak-banyak...
Kihkihkih...

Ok..Selamat mencuba...:)











12 comments:

  1. Ya ALLAH..sedapnya cik nad..rin xd oven..klu ada skang jugak bt. Hahaha

    ReplyDelete
  2. sedapnya cik nad.. terlior pulak kite.. hahaaha..

    ReplyDelete
  3. wahhh... nmpak pun mmg sedap laa ciknad. harus cuba ni..

    ReplyDelete
  4. cik nad, tergoda i tengok mashed patato u..wawaa

    ReplyDelete
  5. alahaiii sedapnya lah sis... betul2 tergoda...hihi
    salam perkenalan..follow sni #225 :):)

    ReplyDelete
  6. tengok pun dah buat rasa sedap
    belum rasa lagi tu...perghh!
    minta sikit boleh dak?

    ReplyDelete
  7. kita kalau meatball ni tak payah gigih nak masak la sebab asben kita memang tak makan apa jenis daging pun.. bini dia pun tetiba jadi orang tak makan daging jugak. Apapun memang dalam gambar tu nampak sedap sangat

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015