FOLLOW

02 December 2015

10 AKTIVITI MENARIK UNTUK ANAK DI MUSIM CUTI SEKOLAH


Hai korang..
Tau tak entry ni dah seminggu dok dalam draft..hukhuk..
Kononnya nak publish masa memula cuti sekolah..
Tapi lappy pulak buat hal..
Adehhhh..menguji sungguh!!!
Makanya dah seminggu cuti sekolah ni baru dapat nak share...

Yeaahhh..musim cuti sekolah dah bermula...
Untuk anak-anak Cik Nad kannn WAJIB kena ada planning aktiviti apa yang nak dibuat..
Time gi holiday atau balik kampung tu ok la, dah kompom budak-budak ni happy..

Tapiiii..

Kalau tak kemana-mana, dok melepak di rumah jer..Hahhh..memang mengundang la kalau takder backup plan aktiviti untuk diaorang ni..tunggang terbalik jadinya nanti! Hahahaha...
Biasalahkan...budakkk..kalau dah boring tak tau nak buat apa tu, mulalah nak merapu macam-macam..

So that, untuk menyelamatkan keadaan..awal-awal lagi mama dah list down aktiviti-aktiviti yang menarik..Jom lah anak-anak...meh kita sibukkan diri dimusim cuti ni..


1) INDOOR GAMES.


Ini merupakan cara paling senang dan simple nak habiskan masa dengan anak-anak di rumah..just sediakan indoor games seperti dam, chess, congkak dll..Cara yang Cik Nad selalu praktikkan ialah mainan ni semua mama yang simpan..maknanya korang tak boleh suka ati main bila korang nak!..muahahaha..ehhhh please dont get me wrong ya..bukannya Cik Nad nak kejam dengan anak..tapi rasanya bebudak ni akan lebih teruja kalau sesekali diberi peluang bermain game2 ni berbanding kalau benda-benda ni sentiasa jadi hak milik mutlak diaorang..Kalau dah selalu sangat hadap memang diaorang cepat boring..so, mama simpan..sesekali mama benarkan korang main yer..hehee..memang excited habiss la bila dapat main tu..Selalunya mama pon join main sekali..:)


2) OUTDOOR ACTIVITIES.


Sesekali bila cuaca cantik, eloklah bawak anak-anak beraktiviti di luar rumah..Di kawasan rumah Cik Nad ni ada taman yang sesuai untuk bawak budak-budak ni main..biasanya diaorang main basikal, badminton, bola..atau sesaja jogging kat situ..tapi kali ni Cik Nad ingat nak try aktiviti yang advance sket..haha..maknanya yang lain dari kebiasaan sebelum-sebelum ni..Contohnya seperti giant bubble, breakfast in the park, water games dll...tengah rajin menggoogle ni haaa nak carik idea apa nak main..untung ada encik google kannn..melimpah ruah idea dia..hahaha..mesti Haiqal, Daniel & Syamim suka!


3) ART & CRAFT


Sebelum ni Cik Nad plan nak hantar anak-anak ke Art Class masa cuti sekolah ni..tapi, pikir punya pikir..rasanya tak perlu kottt...sekali lagi disini kita boleh gunakan perkhidmatan encik google..:) Walaupun mama ni bakat seni memang ke laut, tapi mampu lagi kottt nak ajar anak..huhuhu..
Alaaaa kita cari yang simple-simple dah la yer nak..hehee..bolehhhh..insyaallah boleh! Nanti kita buat sama-sama yer..

Beraktiviti dengan clay ni memang wajib buat! Sukaaaaa sangat tau! Comel kann? kannn? Ni bukan anak jer yang seronok..mak pon excited ni haaaaaaa...


4) TANAM POKOK


Nak beriya sangat tanam pokok tu idak lerrrr...rumah kami ni atas kayangan..hahaha..takder tanah pon nak bercucuk tanam..tapi boleh lagi diusahakan untuk tanaman yang kecik comel dan sesuai indoor..kalau tanam pokok taugeh jer pon boleyyy..tanam dalam bekas telur cam pic di atas...ohhhh soooo chomelll...


5) COOKING

sumber : google
Yeaahhhh...ini adalah aktiviti yang kompom anak-anak akan enjoy..lets create bonding time together...kita sama-sama sepahkan dapur!!! Hahaha..sekali-sekala apa salahnya..kalau selalu-selalu memang pitamlah mak..:) Errrr dah list down ni sebenarnya..nak ajar diaorang buat sandwich, cookies, muffin...bestttt nyerrrrr...mama yang dah tak sabar ni..


6) READING


Cik Nad dah pilih 2 buku ni untuk bacaan Daniel & Syamim..ceritanya sama..cuma satu versi BM satu lagi English..Daniel dan Syamim dah takder masalah membaca..cumanya mama nak asah lagi kelancarannya tu..especially reading in english..Dannn..Cik Nad memang sengaja pilih buku-buku ni untuk tekankan pengajaran dari cerita-cerita ni..belajar tentang akhlak or good manners..Ajar diaorang membaca..dalam waktu yang sama fahamkan jalan ceritanya dan ambil pengajaran..Insyaallah..
Untuk Abang Haiqal pulak..dia boleh join adik-adik dia dengan act sebagai cikgu..hahaha..Abang Haiqal kena tolong ajarkan adik-adik..gitewww!


7) MENULIS


Honestly, Cik Nad kadang-kadang pening nengok hand writing budak-budak ni tau..so masa terluang yang ada masa cuti sekolah ni molek rasanya dimanfaatkan untuk latih diaorang menulis..nak-nak si Syamim tu..ada lagi penyakit sesekali dok tulis terbalik..hahaha..oklah nak..jom kita perindahkan tulisan tu..kalau tidak kesiannn kat cikgu korang nanti..pening nak hadap buku-buku korang nanti..hahaha..


8) IQ TEST


Bermain dengan anak-anak permainan IQ ni memang bestttt..mampu nak hadap berjam-jam..permainan seperti cari barang tersembunyi, sodoku, word search, puzzle dll..melalui google pun boleh dapat permainan IQ yang menarik..Memang riuh rendah la kami kalau melayan benda-benda camni..Errr sebenarnya buku-buku IQ test ada banyakkk dalam rumah Cik Nad..selalu beli, pastu tak sempat nak buat..Soooo inilah masanya untuk kutip balik buku-buku ni dan layan bersama anak!


9)MENGHAFAL SURAH-SURAH LAZIM


Satu aktiviti yang cukup baik...sama-sama menghafal sambil betulkan bacaan surah-surah lazim..Untuk membantu aktiviti ni, Cik Nad nak gi cari CD surah-surah lazim..kat kedai buku ada jer tu..pernah nampak dulu..Abang Haiqal dah hafaz surah-surah ni..so, boleh mintak dia ajarkan adik-adik..Sekurang-kurangnya anak-anak dapat amalkan surah-surah ni dalam solat..penting tu! Insyaallah..hopefully plan yang satu ni dapat berjalan lancar. Yesss priority akan diberikan untuk aktiviti hafazan ni..


10)KEMAS RUMAH


Sekali-sekala jom la kita gotong-royong!!! Hehehe..ok apaaa..best tau..:) Tapi janganlah mengharap sangat rumah akan jadi bersih berkilat!..tau-tau jer la kannn..budak kalau ngemas camner ghoper dia..ahaksss..tapi at least kita boleh tunjukkan diaorang cara menyapu, mop, cuci pinggan, cuci toilet,
atau paling simple ajar diaorang kemas bilik tidur sendiri..termasuklah almari baju diaorang. Penting jugak kan untuk diaorang tahu kemahiran camni.

10 comments:

  1. So far sepanjang cuti sekolah ni SA baru ajar Dania masak je..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Mak mak bekerja macam julia ni terbatas sikit nak buat semua ni...sabtu ahad je boleh...sebab sekarang julia selalu balik malam je huhhh...sian kt Qi...tp mujur dia memahami umi dan walid bekerja alhamdulilah...noted ilmu diatas...insyaAllah at least 1 dari semua tu ju dh try...mewarna hehehhe

    ReplyDelete
  3. saya baru nak beli sahiba hujung minggu ni..ingt nak beli minggu lepas tapi sebab kami satu rumah batuk jadi tak kemana la.tunggu hujung minggu ni..hehehe..tak la anak2 bosan..

    ReplyDelete
  4. baru cari bahan nak buat busy book...harap2 dpt siapkan dgn kadar segera..hihi

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni tak berapa rancak homeschooling sebab dalam proses lepas pindah rumah.

    ReplyDelete
  6. ciknad terbaik laa... mmg seorang yg very organised..

    ReplyDelete
  7. aida minggu ni minggu sifir dgn kakak2.
    kiranya maths week la.
    hajat di hati nak ber art & craft.
    tapi tak tau lagi. sebab next week start isnin aida da plan minggu hafazan surah lazim.
    tq nad for sharing :)

    ReplyDelete
  8. ok tu tanam pokok..tanam pokok buah, kalau subur boleh la makan buah tu bila dia dah masak. hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015