FOLLOW

16 June 2014

KESAH HOMEWORK SHAHIZZ DANIEL...

Esok sekolah dah nak mula selepas bercuti 2 minggu lebih...fuhhh...sunyi la Cik Nad esok! Huhu...Series tau, selalu lepas habis cuti sekolah anak-anak ok2 jer nak kembali ke sekolah. Errr adalah sikit-sikit diaorang buat muka tak best, pastu buat liat nak bangun pagi 2-3 hari pertama. Tu biasa laa kannn...Tapiiii mak diaorang ni yang terlebih emo!!! Cik Nad memang sedih hari pertama sekolah lepas cuti tauuu...tak tau nak citer camna, perasaan aku ni dah macam anak aku seorang jer dalam dunia ni yang nak kena gi sekolah...Overrr sangat ko Cik Nad ooiiii..yea laaa sepanjang cuti sekolah rumah aku riuh-rendah sampai ke malam buta dengan peel anak-anak kesayangan aku tu...huhuhu...

Ehhh apa benda yang Cik Nad melalut ni?? Sebenarnya nak citer pasal homework Daniel...dah merapu kemana pulak. Haaa tu laaa Cik Nad dah kata mood aku memang tak betul punya bila dah nak start sekolah ni, macam aku yang nak ke sekolah esok pagi! Apakahhhh!!!!!

Okeyyy...balik ke pangkal jalan! Homework Daniel...untuk cuti sekolah yang lepas ni, Daniel kena siapkan homework dalam 13 muka surat. Tak kisah la kannn sebab cuti pon panjang. Tapi Cik Nad kenal sangat anak Cik Nad tuuu..hehe...masa mula2 dia ke tadika lagi Cik Nad dah dapat tangkap benda ni! Daniel memang tak suka buat writing. Alaaa yang cikgu kasik satu ayat/perkataan kat atas...bebudak kena tulis benda tu sampai full page. Daniel memang tak suka..macam terseksa jer dia nak abiskan writing tu. Kesian pulak aku tengok....alahaiii


Haaa camni la homework yang Cik Nad maksudkan tu...homework yang langsung Daniel tak berkenan! Hahaha...Dalam 2 minggu lebih cuti sekolah tu, tadi pagi baru dia habiskan homework...tu pon dengan muka muncung. Memang dia tak suka lah!

Tapi...Honestly, Cik Nad tak marah...:) Sebab apa tak marah? Sebabnya Cik Nad kenal anak Cik Nad tu...haha cam poyo jer jawapan aku tu kannn...iskkk tak la...memang betul, Cik Nad rasa tak perlu nak marah kottt. Sebab sebenarnya Daniel ni rajin...cuma dia tak suka tulis satu benda tu berulang-ulang, dia rasa tak mencabar agaknya...boring! tapi kalau cikgu bagi homework matematik, laju jer dia siapkan. Balik jer dari sekolah, belum bukak baju lagi terus dia siapkan matematik. Memang dia suka sangat matematik!

So...perlukah Cik Nad nak marah?? NO...tidak sama sekali! Kasihan sebenarnya, sebab dia tengah berjuang buat benda yang dia tak suka...hahah...macam azab bebenar bunyinya kan. Iyea laaa kita yang tua ni pon kalau terpaksa buat benda yang kita tak suka...camna reaksi kita? Boleh kau nak berlagak macho buat muka selamber padahal dalam hati penuh sumpah seranah..kannn..tapi budak2 mana la reti nak berlagak hipokrit camtu...

Bagi Cik Nad simple jer...kena make sure Daniel habiskan jugak homework dia..Cik Nad try explain kat Daniel sebabnya kenapa cikgu suruh buat writing tu banyak2...sebab nak kasik writing Daniel jadi cantik, Daniel kan dah nak masuk darjah 1 next year. Tapi dia argue balik kauuu...Daniel cakap buang masa jer tulis banyak2 kali. nanti dah letih writing jadi lagi buruk. Biar tulis sekali dah la..baru jadi cantik! Oppss Daniel sedang cuba ketengahkan persoalan  "Quality vs Quantity"... haha...apapun Cik Nad rasa jawapan yang Daniel kasik tu adalah jawapan yang jujur. Tengok pada cara dia siapkan homework...3-4 barisan teratas, cantik jer tulisan dia...makin ke bawah dah semakin ke laut! 

Hmmm disini la kita sebagai ibu kena mainkan peranan sebaik mungkin...kita kena bijak dan rasional. Bagi Cik Nad, cara untuk tangani setiap anak adalah berbeza. Kita perlu peka dalam hal ni..Dalam kes Daniel tadi, memang Cik Nad tak marah dia tapi Cik Nad tak jugak tunjuk pada dia seolah-olah Cik Nad memihak kepada dia. Cik Nad nak Daniel belajar terima hakikat hidup atas muka bumi ni...bukan semua benda yang kita suka kita akan dapat, dan tak semua benda yg kita tak suka kita boleh elak! Ini mesej tidak langsung yang Cik Nad cuba sampaikan...memang dia tak akan faham sekarang ni sebab baru 6 tahun kannn, sejauh mana sangat laa dia mampu berfikir hakikat kehidupan semua tu. Tapi Cik Nad yakin, dari sekarang kita perlu semai perkara2 yang positif. Cik Nad taknak dia leka hidup dalam zon yang selesa...Cik Nad biarkan dia ambik masa macam mana yang dia nak, janji siap sebelum buka sekolah. Dan...dia kena siapkan sendiri, mama tak akan tolong!

Akhirnya bila dah siap tadi...Cik Nad pura2 laaa kononnya aku terkejut sangat tengok homework dia dah settle. Aku puji2 la tulisan dia tuuu. Hahaha..dan sebagai upahnya, Cik Nad janji nak belikan dia buku latihan matematik! Terus dia tersenyum sampai ke telinga...Ko jangan tak tau...kalau buku matematik, seminggu dia boleh habiskan satu buku. Lagi satu yang Daniel suka...buku word puzzle. Alaa yang cari perkataan2 tersembunyi dlm huruf yg banyak2 tu...
Shahizz Daniel yang sentiasa ceria bersama adiknya.


Okey la...Cik Nad nak tido dahhh. Esok pagi kena bangun awal..anak-anak nak gi sekolah...uwaaaaaa....




4 comments:

  1. Daniel memang banyak ragam.. tapi dah boleh nmpak budak ni bermasa depan yg cerah inshaAllah.. budak pndai math ni selalunya cerdik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amien...semoga Daniel akan jadi anak yang cemerlang dunia & akhirat...tq Nur Wahab.

      Delete
  2. anak yang cerdik!! tulisan dia kemas!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Umie Sue...semoga Allah membuka mata, hati & minda kita agar sama2 mampu menjadi ibu yang cemerlang...:)

      Delete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015