FOLLOW

16 February 2015

BELAJAR ASAS AL-QURAN & TAHFIZ DI AL-BAGHDADI...

Cik Nad seronok sangat nak share dengan korang cerita ni...

Sekarang ni ketiga-tiga anak Cik Nad - Haiqal, Daniel & Syamim belajar di Al Baghdadi... Abang Haiqal ikut kelas Tahfiz...Daniel & Syamim pulak belajar asas Al-Quran...Rasa lega sesangat hati mak ni tengok diaorang seronok belajar ilmu agama..Alhamdulillah...

Kita mula dengan cerita Kelas Tahfiz Abang Haiqal dulu lah...
Disebabkan Abang Haiqal dah khatam Al-Quran masa dia darjah 2, so sekarang Cik Nad dan Encik Abah nak sesangat dia belajar hafazan pulak...yer la, makpak mana yang tak teringin anaknya jadik Hafiz kannn...Tolong la sesama doakan impian kami ni tercapai...:)

Bagai org mengantuk disorongkan bantal bila kami tau Al-Baghdadi menyediakan kelas belajar tahfiz secara harian...maknanya siang ko boleh jer nak gi sekolah kebangsaan cam biasa...Attend kelas seminggu dua kali jer, sebelah petang...Dan yang paling best ialah sibus pembelajaran diaorang ni lebih dari sekadar hafazan...Sebabnya konsep Tahfiz Al-Baghdadi ni ialah MENGHAFAZ, MEMBACA & MEMAHAMI...

Ni ialah buku yang diaorang gunakan...menarik buku ni, berwarna...Hafazan dimulakan dengan juzuk 30 kemudian juzuk 29, 28 dan seterusnya...


Nampak tak...menarik kan persembahan dalam buku ni...contoh masa belajar Surah Nuh, disamping menghafaz, akan diajar jugak isi kandungan surah ni...Pelajar akan tahu surah ni diturunkan dimana...ada berapa ayat...dan rumusan isi surah tersebut...

Sejujurnya buku ni bagi Cik Nad sangatttt best...Gaya penyampaiannya mudah dan seronok...
Cik Nad sendiri pon suka mentelaah buku ni...Abang Haiqal memang "berkawan" dengan buku ni...mana dia pergi diangkut sekali...Kalau nak bawak Al-Quran leceh sikit kan, nak kena ada wudhuk dan sensitif sket la nak diusung sana sani...Disebabkan ini hanya sebuah buku...memudahkan lah nak bawak kemana-mana...Tapi opkos la kena ada tertibnya bersama kalimah2 Allah ni kannn...

Di samping buku ni...pelajar jugak dapat sekeping carta NADI...Carta ni gunanya untuk Ustaz menenda ayat-ayat yang telah di hafaz...

Carta NADI - catatan Ustaz di bahagian dalamnya

Akhir sekali Pelajar diberi sekeping lagi Carta untuk pemantauan ibubapa di rumah...Maknanya makpak boleh double check hafazan anak dan tick sendiri di rumah...

Nilah cartanya...Cik Nad tampal di kepala katil Abang Haiqal...Sebelum tido tuu jenguk2 la ayat yang awak dah hafal dan cuba baca-baca semula sementara nak lena yea nak...


Ok, nak citer kelas asas Al-Quran Daniel & Syamim pulak...

Hmmm tu muka bahagia sangat nak pi mengaji...Diaorang ni bila-bila masa pon happy...:)

So far, Alhamdulillah...Daniel & Syamim seronok belajar di Al-Baghdadi...kelas seminggu sekali jer...Hari Jumaat kul 8.30 - 10.30 malam...Ustazah yang mengajar tu sporting giler dan pandai tackle budak...tu yang sampai dua beradik  ni tertunggu-tunggu jer hari jumaat..seronok masuk kelas mengaji ni katanya...:)

Ni lah kelas diaorang...students dalam 10 orang kottt...ok la tak ramai sangat...
Kelas selesa ada air cond...


Korang pernah tak tengok kat tv sebelum ni ada rancangan bebudak belajar ngaji guna kaedah ketuk2...alaaa yang diaorang pengang kayu di tangan...sambil sebut bunyi huruf diaorang ketuk kayu tu...haaa itulah teknik Al-Baghdadi...

Buku Tamhid yang digunakan untuk belajar bersama kayu ketuk2 tu...
Walaupun kelasnya seminggu 2 jam jer, tapi Cik Nad difahamkan pelajar akan dapat menguasai asas Al-Quran dalam masa 6 bulan...Maknanya lepas 6 bulan dah boleh mengaji...Yang tu Cik Nad tak boleh nak komen apa-apa lagi...kita tunggu lepas 6 bulan, Insyaallah nanti Cik Nad buat review semula...

Ini pulak buku aktiviti diaorang...Bagus jugak...Dalam masa 2 jam dalam kelas tu ada belajar mengaji, menyanyi, mewarna & bercerita...sebab tu la budak cam enjoy jer join kelas ni...

Setiap seorang pelajar dapat seketul CD ni...Cik Nad dapat 2 ketul sebab anak aku 2 orang...mihmihmih...Dannnn sekarang ni CD ni jer la yang terpasang dalam kereta Cik Nad...
Daniel & Syamim punya kerja...takper nakkkk mak ko pasrah...:)

 Macam ni la diaorang belajar...titik-titik merah tu menentukan berapa kali nak kena ketuk kayu...Entah laaa Cik Nad pon tak berapa nak faham...Mak belajar mengaji guna muqaddam jer!!!

Kandungan buku aktiviti...

Kandungan buku aktiviti...

Tu la ceritanya... Harap-harap Haiqal, Daniel & Syamim mendapat ilmu Al-Quran yang terbaik di Al-Baghdadi...Aamien...

Cik Nad share jugak la yurannya yer...Kottt la ada yang tengah survey...semoga bermanfaat...


YURAN KELAS TAHFIZ :
KELAS : SEMINGGU 4 JAM
RM 150 sebulan...
(Sorry pendaftarannya tak ingat laaa, tak silap RM100)
Buku, Carta dll dapat percuma masa pendaftaran.


YURAN KELAS ASAS BELAJAR AL-QURAN :
KELAS : SEMINGGU 2 JAM
RM100 sebulan...
Pendaftaran RM85...
Buku-buku, CD, Kayu ketuk dapat percuma masa pendaftaran.


p/s : Untuk siblings ada diskaun RM10 seorang...Disebabkan anak Cik Nad 3 orang belajar disitu...
         Makanya setiap bulan dapat la diskaun RM30...:)


4 comments:

  1. Bagus yer review ciknad...ada satu pusat latihan al-baghdadi di selayang ni...insyaAllah macam teruja nak masukkan QI ke kelas mcm ni...nk khatankan QI dlu pastu nanti umur 4 atau 5 tahun nak masukkan ke kelas...amin...bagus ciknad htr semua anak ke sni...yuran xd la mahal mana...tp berbaloi sebab katanya 6 bulan selepas itu boleh mengaji...teruja mak dengar haaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam best kannn lepas 6 bulan boleh baca Quran...Insyaallah...Nanti Cik buat review semula lepas 6 bulan yer...

      Delete
  2. Alhamdulillah, seronok baca review Cik Nad ni.. Cik Nad kena promote entri ni, mana tau ramai ibu2 yang tercari-cari kan.. moga anak2 Cik Nad dapat menguasai dengan lebih cepat.. Aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq seronok baca review ciknad...benda2 baik ni memang seronok kita nak share kan...:)

      Delete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015