FOLLOW

18 November 2015

ANNUAL CONCERT SYAMIM BERSAMA SMART READER KIDS TAMAN MELATI 2015

Pejam celik..pejam celik..
Dah setahun Syamim Nur Izzah bersama Smart Reader Kids..
Tahun lepas, masa 4 tahun Syamim dengan tadika lain..
Atas sebab-sebab tertentu, Cik Nad tukarkan dia ke Smart Reader pada tahun ni..
Dan Insyaallah tahun depan pun still dengan Smar Reader Kids Taman Melati..


So far semuanya ok-ok..
Alhamdulillah Cik Nad puas hati dengan centre ni..
Syamim pun happy..Ceria jer dia nak ke sekolah..
Dari segi perkembangan Syamim pulak..
Memang 100% memberangsangkan..
Nampak improvement sama ada dari sudut pelajaran atau sosial..
Syamim  ni jenis yang pemalu..(cam mak dia..ahaksss!)..
Tapi seriously, sekarang ni ada peningkatan dalam communication dan keyakinan diri dia..
Alhamdulillah..
Cik Nad tak tau la pendapat parents lain cemana..
Tapi bagi Cik Nad ticer-ticer kat centre ni memang terbaikkkk...ohsem!
Tak ragu-ragu mak nak register untuk tahun depan pulak..:)
Mama doa yang baik-baik, semoga tahun depan pun semuanya berjalan lancar..
Amin...



Ni nak citer pasal Annual concert Syamim yang baru lepas ni..
Diadakan pada hari Ahad, 15 Nov 2015..
Di Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur...



Awal pagi lagi kami dah siap..
Kena sampai ke dewan tu kul 8.30 pagi..
Acara start kul 10 pagi, tapi kena sampai awal sebab teacher nak touch up makeup bebudak..
Dalam surat dah mention suruh parents makeup kan yang basic sesiap kat umah..


Mujur Umi Ira ada..
Dia yang pakaikan baju dan makeup kan Syamim..
Baju ni dapat terus ke Syamim..
Errr nak pakai time bila la pulakkk..dengan seksinya! Hahaha..


Kami sampai kat Dewan Tun Sambanthan ngam-ngam pukul 8.30..
Terus buat pendaftaran..
Pastu ada disediakan breakfast..
Ada nasi lemak and kuih-kuih..
Yang Cik Nad sukanya kannn..
Annual Concert ni untuk centre Taman Melati jer, takder join sekali dengan centre2 lain..
Macam CIC dulu..entah berapa centre ntah join sesama..
Crowded giler!
Yang ni ok laaa..selesa kottt..


Masa pendaftaran tu kengkonon dapat souvenir - file berisi foto..
Photoshoot tu diaorang dah buat di sekolah sebelum ni..
Errr untuk 'souvenir' dan costume ni parents kena bayar 200+ yerrr...mihmihmih..


Kemudian Syamim diserahkan pada teacher dia untuk diwarna-warni kan..hahaha..
Teacher Su kata makeup tak perlu dah..yang Umi Ira makeupkan tadi dah ok..
Diaorang just buat hair style..plus tabur merlip2 tu kat kepala..:)
Kagum pulak tengok ticer-ticer ni makeupkan budak..
Lajuuuu....
Ker diaorang ni pernah jadi makeup artist dulu?? Hahaha..
Mau kalau Cik Nad yang makeupkan ramai-ramai budak camni, malam baru bleh start concert!


Yeayyy...dah siap!
I'm ready for concert!!!


"Saya bidadari kecil yang pemalu"


Jom kita selfie dulu nakkk...hehee


Syamim and the gang..



Ni lah juruacara untuk Annual Concert kali ni..
Yang lelaki tu Cik Nad pun tak tau dia siapa..haha..
Setahu Cik Nad diaorang takder ticer lelaki..
Import agaknya untuk memeriahkan majlis..gitew!
Yang perempuan tu ialah ticer Art & Performing..
Cikgu faveret Syamim!
Selalu dia citer pasal ticer ni gurau-gurau dengan dia..
Kiranya penyayang dan pandai tackle budak..
Hari Jumaat Syamim jadi extra eksaited nak gi school..
Sebab ada class Art & Performing ni..hehee..
Kuat drama jugak anak dara ni..gedikss!


Di bawah ni antara gambar-gambar persembahan diaorang..
Cuteeee sangat! Hahaha..
Tapi gambar Cik Nad yang tak berapa nak senonoh..
Duduk seat yang belakang..mak tak gigih nak bangun ke depan untuk ambik gambar..
Alaaa rasanya lepas ni parents akan dapat salinan CD sepanjang concert ni..
Dah gitu, malas plak rasa nak sesak-sesak gi ambik gambar..
Hmmm dasar blogger pemalasss...kan???
Lalalalala...




Ehhh..korang tau tak...
Mama dengan abah Syamim tanjat giler tau..
Rasa cam kena karen tengok budak Syamim tu menari...
Hamboiii..pandai bergelek ghopanya dia..
Adusss...ko belajar mana nak??? huhu..


Yang di bawah ni pulak ialah acara penutup...
Pelajar 6 years dah selesai diaorang nyer Graduation Ceremony..
Acara finale ni memang ohsem..siap ada bunga api bagai..


Semoga anak-anak ini menjadi anak yang cemerlang..
Berjaya dalam kehidupan..
Mampu menjadi pemimpin di masa akan datang...
Amin..

2016 Syamim di sini lagi...:)



10 comments:

  1. tahniah syamim dah grad 5 tahun...
    cer citer detail skit tadika ni ciknad.

    ReplyDelete
  2. tahniah syamim! cute baby. agree dgn ameris. boleh cik nad cerita sikit tadika ni in future?

    ReplyDelete
  3. tahniah syamim..
    Dah grad...

    comel..

    ReplyDelete
  4. alo..lo..lo..comell nya Syamim ni sis... cute sgt dengan baju tu...
    Alhamdulillah kan bila sekolah kt sini banyak perubahan positif... :)

    ReplyDelete
  5. Alolo.. comel syamin.. kita tahun depan baru nak hantar anak tadika. berdebar ni

    ReplyDelete
  6. Meriah nya..walaupun tak campur dengan centre lain..lebih selesa...comelnya pakai baju tu..nampak bam2 pulak dia..heheh..ada ke video nya?nak tengok..

    ReplyDelete
  7. syoknya baca. saya plak rasa tak sabar nak tunggu anak masuk tadika tahun depan. =)

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015