FOLLOW

16 December 2015

NAK HANTAR ANAK KE TADIKA MANA YER?



Hujung-hujung tahun cenggini memang ramai parents yang sibuk dok intai sana sini..
tertinjau-tinjau mencari..puas la survey nak hantar anak ke tadika mana..
Nak-nak lagi kalau yang nak bertadika tu anak sulung..


Hahhhh..
Menggelupur lain macam sikit makpak ni kalau anak sulung yang nak mula bersekolah..
Excited kannn...
Yesss..yessss...I know that..:)
Faham sangat la feel tu..iols pun pernah lalui saat-saat tu..


Ada jugak yang tanya-tanya dengan Cik Nad pasal hantar anak ke tadika ni..
Maklumlah..anak hakak tiga-tiga dah besar panjang..
Si bongsu tu pun next year dah 6 tahun..kiranya ada la sekelumit pengalaman tentang anak bertadika ni!
Errr rasa diri dah tua pun ada gak..ngeheee..


Honestly..sejujurnya kan..
Bagi Cik Nad kita sebagai parents ni memang PERLU CEREWET bab memilih tadika anak ni tau..
Tak boleh ambik mudah jer..
Paling tak boleh terima bila ada yang kata..
"Alaaaa hantar jer la anak ke tadika mana pun..semua tadika sama jer"


BIG NO!!!


Ko jangan nak macam-macam sangat..ni soal masa depan anak tau! Pembesaran anak-anak yang holistik, cemerlang IQ & EQ memerlukan persekitaran yang sangat positif. Pendekatan early child development yang sesuai adalah sangat penting..
Emosi anak..sosial anak..pergaulan anak..cara anak berfikir semua bermula di sini hokeyyy..Jangan pandang ringan benda-benda camni..Tapi sekarang ni memang majoriti makpak sangat ambil berat hal ni..kan???


Okeylah..berikut ni Cik Nad share 7 tips untuk memilih tadika..
Semua ni dari pengalaman hakak sendiri 'mengtadikakan' 3 orang anak..
Hambik ko..'mengtadikakan' tu!
Ayat mak pun macam orang tak pernah tadika..
Hahaha..



1) ASK FOR OPINION
  Tanya opinion dari parents yang anak diaorang pernah bertadika di situ..Ask them how satiesfied they are. Orang yang dah ada experience mesti diaorang tahu kan..Tapi hopefully diaorang tak tipu kita la..hahaha..takder la, just joking..tak kannn lah ada yang nak menipu benda-benda camni kan! unless orang tu gila!..:) Ataupun boleh jer google cari info tentang centre yang bekenaan..Kottt makpak budak sebelum ni blogger ker..boleh dapat free info. Ehhh Cik Nad pernah masa gi survey tu ..tunggu kejap kat pintu masuk, pastu tahan seorang parent ni and mintak opinion dia pasal cantre tu..Alaa buat muka selamber jer laaa..nak tanya jer pun..bukannya kita tahan dia nak mintak nasik ker hapa! 


2) TEACHERS vs SYLLABUS
  Ni pendapat peribadi Cik Nad yer..Cikgu yang bagus tu adalah jauh lebih bermanfaat dari silibus yang hebat..Sangat-sangat-sangat-sangattttlah penting untuk kita pastikan anak kita didedahkan dengan pendidik yang berkelayakan..Hal ni sedih tau bagi Cik Nad..ada sesetengah tadika yang hanya fikirkan profit semata..so diaorang pakai tangkap muat jer cikgu-cikgu..siapa pun yang datang apply kerja terus diterima jadi cikgu..HELLOOOO..Cikgu tadika ni kerjanya nak didik anak orang tau..bukannya nak jaga lembu kambeng yang sesuka ati nak tangkap muat jer! Bukan semua orang boleh jadi cikgu tadika ni..kena ada kesabaran, bijak tackle budak, penyayang..So parents kena make sure centre yang kita pilih tu sediakan cikgu yang betul-betul qualified..Ingat, the biggest influence on your child's education will be the teachers..seseorang cikgu boleh mempengaruhi emosi dan psikologi anak.


3) TADIKA FRANCHISE
Sekarang ni trend kan berduyun-duyun tadika jenis franchise kat Malaysia..contohnya Smart Reader, Little Chalips, Q-Dees, Brainy Bunch dll..banyakkk sangat..dari permerhatian Cik Nad, rasanya kualiti yang dibawa oleh cawangan tadika-tadika franchise ni TAK SAMA..memang tak sama even diaorang gunakan buku dan silibus yang seragam..kalau ada kawan kata anaknya ke smart reader cawangan yang dekat dengan rumah diaorang and centre tu bagus sangat..tip top! so kita tak boleh assume semua centre smart reader satu malaya ni pun tip top cenggitu jugak..memang tak laaa..even berada di bawah satu label..budak-budak tu pakai uniform yang sama..tapi kualiti tak semestinya sama..sebab tu kita tak boleh ambik mudah percaya 100% dengan jenama franchise yang diaorang bawak..kena check faktor-faktor lain jugak..dan kalau tak silap Cik Nad yuran antara setiap centre pun tak sama.


4) SILA BUAT LAWATAN
Rasanya semua parents memang akan buat lawatan sambil belajar ke centre yang kita nak hantar anak  tu kannn..sebelum ambil apa-apa keputusan harus la survey tempat tu dulu..yer dak? Ni Cik Nad nak pesan ni haaa..masa korang buat lawatan tu..silalah pasang segala antena yang ada..keluarkan segala bakat kepoci yang ada dalam diri..jangan malu-malu..inilah masanya..keluarkannn!!! Okehhh..Masa buat lawatan tu sila titik beratkan seberat-beratnya point-point dibawah ni :

  •  Teliti segala artwork yang dilekatkan di dinding kelas. Dari sini kita boleh nilai corak pengajaran diaorang. 
  • Minta penjelasan tentang makanan yang disediakan. Make sure halal. Cik Nad pernah ada pengalaman gi survey tadika bersama adik di Penang (untuk anak adik Cik Nad). Sembang-sembang dengan principalnya, sekali kami tanya status halal makanan di situ memandangkan principal dan majoriti cikgu kat situ chinese..dia jawab "yes, of course halal..no pork allowed here" ok fine..pastu kami tanya lagi siapa yang sediakan makanan dan supplier bahan mentah..dia jawab diaorang ambik bahan mentah ayam, sayur, daging semua dari supplier chinese..hohoho..mekasih la Puan Principal...:) tu lah pentingnya bertanya, biar nampak cam kepoci..takper aihhh..dah ragu-ragu camni baik tak payah..kang ayam tu entah sembelih ker tidak pun tak tau..pastu korang mintak la nak tengok dapur, ushar sikit tahap kebersihan. Anak kita hari-hari nak bermastautin kat situ, so kena pantau betul-betul.
  • Periksa jadualwaktu. Pastikan pembelajaran di situ seimbang IQ & EQ. Paling elok yang seimbang akademik, agama, aktiviti yang merangsang motor skill dan ada playgroup. Terlampau akademik sangat pun tak elok untuk budak.
  • Untuk yang nak ambil full day, check aktiviti yang ada di sebelah petang..
  • Tanya nisbah bilangan murid dengan bilangan cikgu dalam satu kelas. Pastu ushar sekali keluasan kelas. Korang rasa logik tak? Kalau kelas kecik pastu meja kerusi rapat-rapat sebab nak tampung budak yang ramai..tu ada yang tak kena!
  • Bukak mata besar-besar, perhatikan kebersihan centre tersebut. Kalau boleh bawak kanta pembesar..hahaha..make sure diaorang titik beratkan bab kebersihan ni..gi la tengok toilet sekali. Kalau kita yang singgah situ 10 minit pon dah rasa tak selesa, camner anak kita nak hari-hari hadap tempat tu..betul tak?
  • Perhatikan cara cikgu berkomunikasi dengan pelajar sedia ada di situ..mesra alam tak? kalau nampak cikgu macam mak tiri, eloklah kita pikir 9-10 kali dulu. 


5) JARAK
Pikir masak-masak tentang jarak tadika tersebut dari rumah atau office parents. Seeloknya janganlah jauh sangat. Kadang kita ni masa mula-mula nak sekolahkan anak semangat kemahen tinggi. Biarlah jarak jauh pun takper..lautan api pun sanggup kurenangi..haha..hover sangat tu! sebab kononnya dah berkenan sangat dengan tadika terpilih tu. Pastu mula-mula semua ok, berjalan lancar..lepas 4-5 bulan mula rasa beban nak ulang alik setiap hari hantar ambik anak..Hahhh tu la pasal..awal-awal ni kena pikir masak -masak. Lagipun kalau tetiba ada emergency ker hapa, tak ker jenuh nak berkejar gi ambik anak.


6) BAJET
Penting sangat point ni..tolonglah make sure yuran tadika anak bersesuaian dengan bajet makpak..:) Tak payah nak ikut orang okeyyy..Sekarang ni ada sesetengah tadika yang yurannya dah sampai boleh buat down payment kereta! Kalau yang mampu tu ok laaa go ahead..tapi kalau awal-awal lagi ko dah rasa cam membebankan, tak payah kottt. Takut nanti esok-esok sampai jadi hutang bergolok bergadai sebab nak tadikakan anak. Kena avoid benda-benda camni. Korang percayalah..tak semestinya tadika mahal  jer yang bagus dan tadika yang yurannya biasa-biasa tu tak semestinya tak bagus..Paling sedih bila ada sesetengah parents yang sampai jadik down sebab tak mampu nak hantar anak ke tadika mahal..ohhh myyyy..please lah jangan ada mentaliti camni ok..tak perlu! 


7) BERDAFTAR
Yang ni semua orang pun tahu kan..penting ni..tapi ramai yang tak tau tadika yang anak kita pergi ni berdaftar ker tidak..nampak ramai jer budak kat situ, kita pun register la anak kita sekali..hehee..korang camtu tak??? Haha..jangan lupa tau tanyakan prinsipal kat situ status tadika tu..berdaftar ke tidak..yang tak berdaftar ni leceh lah..walaupun kat mata kita semuanya ok-ok jer di situ..tapi once kalau terjadi apa-apa yang tak kena, kita nak buat report pun susah. Panjang pulak ceritanya nanti. Dannn selalunya tadika tak berdaftar ni cikgunya pun takder kelayakan.


Selamat memilih tadika yang terbaik yer..:)


****************************************************************

...THROWBACK...

Syamim Nur Izzah , 5 thn...next year pun Insyaallah still dengan Smart Reader Kids


Abang Daniel & Syamim..masa ni kat CIC...gi school naik moto sendiri jer anak-anak mama ni..hehee


Masa ni Abang Daniel 6thn, Syamim 4thn..lahaiiii keciknya anak dara tu masa ni..sekarang ni dah nak sama tinggi dengan mama *tipu*



Shahizz Daniel masa 4 tahun..Tadika Minda eGlobal ni kat Taman Puncak Jalil..bagussss sangat tadika ni. Thumbs up!



Ni pun masa Abang Daniel 4 tahun..lain muka dia sekarang ni..cepatnya masa berlalu..:) Sekarang dah nak masuk darjah 2.

5 comments:

  1. TQ 4 info ciknad. akk pun tgh mencari taska/tadika yg boleh sampai kul 7 mlm. dilema tol. ni laa yg tak sabar nak jd housewife. cian bdk2 tu. ada ke taska yg sampai kul 7??

    ReplyDelete
  2. Good info cik nad. Masa anak sulung masuk tadika dulu pon dok hunting satu2 tadika. End up pilih ikut budget kita. Tak mampu nak hantar yg mahal2. Fees tadika skang pon register dah macam nak masuk universiti. Ukur baju dibadan sendiri.

    ReplyDelete
  3. nad throwback :)
    aida cari yg paling dekat dgn umah.
    list kan.
    then survey.
    alhamdulillah, yg paling dekat tu la jadi pilihan sebab yg paling bagus.
    ketiga-tiga anak di tadika yg sama :)

    ReplyDelete
  4. Feel free to visit my blog for my sharing :)
    http://mrsingenieur.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam, untuk cari tadika di Penang, boleh rujuk berikut :)

    1. Little Caliphs Sungai Ara
    55, Jalan Kenari, Sungai Ara, 11900 Pulau Pinang
    Negeri: Pulau Pinang
    No. Telefon: 016 420 9485 | 016 349 9485
    Alamat E-mel: sa@jomdaftartadika.com
    Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-sungai-ara/

    2. Little Caliphs Bayan Baru
    32, Lorong Mayang Pasir 2, Bayan Lepas, 11900 Pulau Pinang
    Negeri: Pulau Pinang
    No. Telefon: 016 417 9485 | 016 349 9485
    Alamat E-mel: bb@jomdaftartadika.com
    Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-bayan-baru/

    3. Little Caliphs Balik Pulau
    1, Solok Simpang Jaya, Balik Pulau, 11900 Pulau Pinang
    Negeri: Pulau Pinang
    No. Telefon: 016 781 9485 | 016 349 9485
    Alamat E-mel: bp@jomdaftartadika.com
    Laman Web: https://jomdaftartadika.com/little-caliphs-balik-pulau/


    Harap membantu :)

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015