FOLLOW

13 January 2016

SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN NURUL ZAKIAH & MOHD ARIFF



Sebenarnya tahun 2016 ni merupakan tahun penambahan ahli keluarga untuk family kami..
Cik Nad nak dapat 2 orang adik ipaq serentak oiiii...
Iyaa..lump sump 2 orang sekaligus..kira pakai borong la kott..kahkahkah..
Insyaallah kalau takder aral lepas aidilfitri nanti adik Cik Nad yang ke 3 & 4 akan kahwin serentak..
Insyaallah..
Korang tolong doakan semuanya berjalan lancar yer..:)


Entry kali ni Cik Nad nak citer sekitar pertunangan adik Cik Nad, Nurul Zakiah..
Yang seorang lagi tu, Insyaallah 7 Feb ni baru nak bertunang..
So, kita citer pertunangan Nurul dulu lah..
Ni adik Cik Nad yang ke 4..
Sebenarnya majlis pertunangan Nurul telah berlangsung pada 26 Dec 2015..
(Sekarang baru sempat nak update..hehee)
Ehhh.. korang setuju tak kalau Cik Nad kata family yang ada anak pompuan ramai ni meriah dia lain macam bila buat kendura-kendara..
Setuju tak???
Hahaha..
well..pompuan kannn..mestilah havoc dia lain macam sikit!
camtulah kami ni..kami 6 jahanam  beradik ..seorang jer lelaki..5 lagi pompuan..
LIMA POMPUAN  gila  ko..cer bayangkan! 
Macam-macam perangai..macam-macam peel..
Tak payah tunggu majlis perkahwinan..nak buat birthday kecil-kecilan pun kompom riuh rendah..
Tapi memang best la kannn..meriah giler kottt..bila dah berkumpul tu bisingnya ya hampuunnn..
sampaikan tenggelam suara mak pak aku..sekejap-sekejap kena check mak pak ada tak..takut senyap-senyap diaorang lari dari rumah ker hapa sebab tak tahan nak hadap peel anak cucu...

---___---


Sebelum majlis tu cam biasa la..kitaorang dah bincang-bincang..bahagi tugas bagai..
Ehhh..cam over pulak ayat 'bahagi tugas' tu..padahal majlis kecil-kecilan jer pon..Hahaha..
**sukaati aku la nak tulis apa pun**jeling sket!
okehhh..jom kita merewang..
Apa yang penting?
Kerjasama!
Kami wonderpets datang membantu..
Hahaha...


Yang ni adik aku Amirah..still single and available
Ni lah dianya orang kuat di belakang tabir..
Paling kreatif dan paling kuat merapu dalam family..
Makhluk ni la yang membereskan hal ehwal hantaran..opkos dengan kerjasama kak long la khennn..
mihmihmih..
kerja nak dapat kredit jer haku nih!
Kami gi sopim barang nak gubah hantaran kat Mydin BJ jer..ok gak situ..banyak pilihan..
Asalnya tema kami turqoise..tapi bila pompuan-pompuan gila yang pi beli barang hantaran ni..tetiba time tu jugak tergedik nak tukar tema..dah jadi biru hijau pulak..
Whateverrrrr!!!..mata jeling ke atas!


Balik rumah jer terus buat kerja-kerja menggubah..tapi sambil buat tu sambil kami kena marah dengan mak..sebab kononnya carpet dia rosak! hahaha..thats my mazer..:)
Even simple jer, tapi sweet kannn?? kannn??
Ok la tuuu..homeiii kannn..
Siapa kata tak cantik... jaga ko!!!
Sebenarnya hantaran yang nak kena gubah-gubah melipat-lipat tu kami mintak tolong mak sedara buatkan..dia memang otai..tima kasih la mami, sudi tolong kami..:)
Aku rasa ada jer ambik gambar gubahan tu semua..tapi sekarang ni takder pulak..dah terdelete ker hapa ntah..takder rezeki nak show off  share kat sini...:)



Kat atas ni gambar merewang kitaorang..haha..merewang la sangat..gambar yang first tu adik aku Hanim..gigih dia sensorang dok potong daun pandan nak buat bunga rampai..tak meriah kenduri kalau takder bunga rampai katanya..mak-mak sungguh hang hanim oiii..:)
Pic sebelah tu si bongsu kami, Mastura..yang ni makhluk paling pendiam antara kami..
Yang paling zirafah pun dia jugakkk...paling bongsu tapi dia yang paling tinggi!


Dah habis citer merewang kat rumah, jom kita pi dewan pulak..


Jemputan tak ramai pun..yer la, majlis bertunang jer pun kan..tapi sengaja buat kat dewan..selesa sikit tetamu yang datang..Maka malam sebelumnya tu kami gi la makeup2 sikit dewan tu..dewan kocik jer..sonong kojo kami..Bahahaha..
Paling seronok time ni ialah budak-budak tu..
Kemain sibuk diaorang..konon bizi laaa dapat tugas susun2 kerusi tu..


Ni lah orang kuat yang selesaikan kerja-kerja kat dewan..:)


Kami buat jugak mini pelamin..buat sendiri taw!!!
 Tolong respek sikit yer..*libas selendang*
Sila abaikan pic yang last tu..biasalah, dalam orang dok sibuk-sibuk buat kerja, mesti ada seekoq dua yang nak buat perangai sewel selfie-wefie ni kannn..dah la dua2 muka sememeh! hahaha..


Para zirapah sedang menggantung back ground pelamin..yang renek-renek pulak berdiri kat depan sambil sibuk bagi arahan itu ini..mujur takdak yang pengsan kena baling kerusi..

*
*
*
*

FINALLY...
Jeng..jenggg..jenggg...


*
*
*
*



Cantik tak???
Hasil kerjasama kami adik-beradik...(err termasuk 2 menantu & cucusss)
Berani siapa nak kata tak cantik..
Aku sumpah jadi batu!
Ehhh kamon la..we all buat sendiri tau..ok sangat la niii..
apa punya perangai ntah..nak paksa semua org kata cantik


Kak Long rasmikan dulu..ngeheee..
buruk bebenor perangai!


Ok..ok..ni pengantin yang betulnya..
Si cantik manis Nurul Zakiah Abdul Wahab..


Nurul Zakiah di atas singgahsananya..
Harap ko happy yer dik dengan pelamin ni..:)

Sebenarnya mini pelamin ni surprise dari kami untuk Nurul..
Semalam masa kami merewang kat dewan Nurul tak ikut..dia sibuk diinaikan time tu kat rumah..
Nasib baik dia cool jer masa tengok pelamin ni..
dibuatnya dia terkejut beruk, terus bukak langkah silat ker hapa tak ker haru biru!
Kahkahkah..
ok2..tak kelakar pun kan!


Bersama Ayahanda & Bonda..


Sekitar majlis...



Ada dua orang photographer bertugas masa hari tu..seorang pompuan yang tudung ijau tu..seorang lagi kanak-kanak bawah umur yang perasan dewasa..ada gak la insiden bergaduh berebut camera antara mak sedara dengan anak buah..hahaha..


Cincin pertunangan..cer cari cincin tersembunyi di celahan bunga..:)


*******************

Selesai sudah majlis...

 Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Finally,

Selamat bertunang untuk Nurul dan pasangannya Ariff..
:)


7 comments:

  1. meriahnya bila semua family berkumpul kan ciknad. riuh dia lain machammm

    ReplyDelete
  2. Thanks so much! Terharu sgt2.. bukan pelamin je surprise.. bunga tangan tu pn surprise! Love u la cik nad!

    ReplyDelete
  3. Thanks so much! Terharu sgt2.. bukan pelamin je surprise.. bunga tangan tu pn surprise! Love u la cik nad!

    ReplyDelete
  4. Selamat bertunang buat adik ciknad. Wahhh...meriah tu. Dapat 2 adip ipar terus ☺☺

    ReplyDelete
  5. semua buat sendiri..bagus nya..jimat banyak..

    ReplyDelete
  6. memang meriah bila perempuan ramai nih... haha

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...selamat bertunang

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015