FOLLOW

26 January 2016

KISAH "KAK ANDAM" TERLAMPAU...



Baru-baru ni kan Cik Nad ada citer pasal majlis pertunangan adik Cik Nad, Nurul..
Ingat tak? kalau tak ingat klik sini


Biasalah kannn kalau dah nak buat majlis pertunangan haruslah nak makeup-makeup pengantin yer dokkk..Cik Nad  awal-awal lagi dah surrender kalau bab nak makeup orang ni..muka iols sendiri pun tak reti nak touch up inikan pula makeupkan pengantin..memang tak la! Kalau dolu-dolu masa zaman muda mudi hakak reti la jugak main dengan alat-alat makeup ni..tapi sekarang hakak dah insappp..*phuiii*...kahkahkah...
Tapi series la, dah lama iols tak bermakeup, lipstick pun ada 2 batang jer beli tahun lepas kottt..
Adik Cik Nad, Hanim tu terer la jugak makeup, tapi dia pulak ada anak kecik..bila anak dia nak besar pun tak tau..asal besar jer, muncul lagi yang kecik..yang kecik tu besar sikit..keluar lagi yang kecik!!! Hahaha..ok, tak kelakar!


So untuk menyelamatkan keadaan yang sediakala selamat, Nurul laju-laju dah deal dengan seorang 'kak andam' dari Pulau Pinang..Yeahhhh!!!
(sebenarnya aku tau Nurul pun memang cuak nak serah muka dia kat kakak-kakak dia)
:):):)
Dengan tu kami ingatkan dah settle la satu bab...


TAPI...


Kusangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahhari..
ehhh..silap..silap!!!
Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari..

Sekali kak andam tu dah buat taik..
Adoiyaiiii...orang Penang kata dok buat leceyyyyy...


Ceritanya camni...hmmm sebelum tu Cik Nad rasa elok tak payah dedahkan nama kak andam ni yer..bukan apa, kita faham dia berbisnes..taknak la sampai kacau periuk nasik dia pulak..cukuplah perkongsian ni untuk kita ambil pengajaran mana yang patut..okehhh???


Haaa berbalik pada cerita tadi..majlis pertunangan Nurul start pukul 12 tengahhari..so, si pengantin perempuan ni dengan machonya  deal dengan kak andam suruh dia datang pukul 10.30 pagi..dah bagi alamat..dah habaq tarikh..dan kak andam tu pon dah setuju..kira settle la..ok fine!


Malam sebelum majlis pertunangan tu lagi sekali Nurul ingatkan kak andam..dan kak andam pun kata ok..
korang boleh agak tak apa yang akan  terjadi???
Hehehehe...
Tiba hari yang ditunggu-tunggu, kami sekeluarga memang bizi la start dari pagi lagi..yang tak bizi pun acah-acah bizi jugak..mana nak kemas dewan, susun hantaran, tunggu catering..tapi yang paling ketara ialah masing-masing dok sibuk melawa..haha..5 beradik pompuan weiii..sesak semua beratur depan cermin nak lilit tudung..berdiri paling depan hadap cermin ialah mak aku!!! Kahkahkah..takper, relax arrr mak Cik Nad bukannya baca pun blog nih..:)


Sedar-sedar jam dah pukul 11 pagi..baru aku teringat, kak andam tak datang lagi!!!
Tengok-tengok Nurul dok terpacak dengan muka pucat lesi..ketaq kottt minah tu..haruslah kan..rupanya dia dah berkali-kali mesej kak andam..kak andam kata dia on the way..eiiii series Cik Nad tak suka janji dengan orang yang tepati waktu..sakit ati kottt..
Tunggu punya tunggu dah pukul 11.30..bayang kak andam pun tak nampak..
Ini boleh menimbulkan ammarah!!!
Gila ko..majlis nak start kul 12...11.30 dia tak sampai lagi..
Last-last aku suruh Nurul desak dia..tanya bebetul dia ada kat mana sekarang..tak payah nak on the way sangat! bukannya dia mai dari KL pon...Akhirnya kak andam bagi jawapan yang sangat besttt..
Time tuuu masa pukul 11.30 pagi dia sedang berada di depan gereja Bukuit Mertajam..dan kat situ tengah jam teruk!!!


WHAT???


Korang tau tak dari gereja Bukit Mertajam tu nak ke rumah mak Cik Nad ambil masa setengah jam kalau jalan clear..tu kalau jalan clear tau..kalau dok hadap jam teruk camni bila yang dia nak sampai??? Nanti nak cross penang bridge kompom jam lagi cuti-cuti ni..Adoiiii awat la hang camni kak andam oiiii...
Takkk..yang Cik Nad tak pahamnya..hari tu 26 December, sehari selepas krismas..ko tak boleh pikir ker, mestilah jam area-area gereja ni semua..tambah pulak gereja Bukit Mertajam tu ialah gereja besar Pulau Pinang..awat ceq pi lalu jalan tu kak andam oiii...hang tak boleh pikiaq jalan alternatif lain kaaa??? kalau dah takdak jalan lain pun, hang kena la keluaq rumah awai-awai..lepas subuh nak keluaq pon takpa..sebab hang dah janji dengan orang..amanah ni tau...ker hang pi makeup paderi kat gereja tu..haihhhh!!!


Yang tu satu hal..ada satu lagi yang paling tak boleh blah..


Kak andam tu kata kat Nurul suruh postpone majlis tu ke pukul 2..
Amboiiii...amboiiii...amboiiii...
Dia siap cakap ni first time orang mintak dia makeupkan pukul 10.30 pagi..konon dia tak pernah dengar orang buat majlis bertunang kul 12 tengahhari..
Apa kata kau???
Sorry to say, tapi ni dah kira kuang hajaqqq...sewel ker hapa minah ni? Majlis orang, soka ati la nak buat kul berapa pun..kalau tak boleh makeup, awal-awal lagi cakaplah tak boleh..
Bukannya kami paksa hang, acu pisau kat leher suruh makeup jugak-jugak ker hapa!
Yang hang pi mengaku kata boleh tu pasaipa? Annoying betoi laaaa...
Aku terus suruh Nurul cakap dengan dia tak payah datang terus..lantak la hang on the way ker.. in the way ker..masa ada lagi setengah jam jer..tak payah dok buang karen melayan kak andam terlampau tu..Apapun memang tak profesional la tindakan kak andam ni!


Haaaa masa tinggal lagi setengah jam!!!
Siapa pulak nak makeupkan budak nurul ni???
Alalalalala...
Korang suspen tak???
Tengah kami semak-semak otak tu..nasib baik muncul wonder pets datang membantu..
Lega!!! Alhamdulillah, muncul tiga dara tepat pada masanya...
Nurul nyer best friends sampai..yeayyyy..
Tunggu apa lageyyy..terus serah tugas makeupkan pengantin pada diaorang bertiga...
Terima kasih yer adik-adik...nasib baik hangpa ada..kalau tidak dah sah-sah hakak akan jahanamkan muka Nurul dengan tangan hakak yang keras kejung ni..


Adik-adik..kakak serahkan muka Nurul kat hangpa..buatlah lagu mana hangpa suka pun.. kami redho! Tak sia-sia Nurul berkawan baik dengan wonder pets bertiga ni..hahaha..hangpa memang terbaik la!


Masa bila yang hangpa beratoq ambik gambaq ni pun tak tau..awat tak ajak hakak sekali?
:)
Ok apa wonder pets ni makeup..dah cantik pun..berseri-seri..
Huhhh..kirim salam jer la kat kak andam terlampau tu! *mata pandang atas*

Dah sampai dewan, Hanim touch up sikit..

Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan lancar walaupun kak andam berpotensi untuk membuat onar pada mulanya..


Ucapan ringkas untuk Kak Andam :

Salam dik..
Pertamanya Cik Nad doakan adik berjaya dalam bisnes yang adik ceburi ni..
Cik Nad tau adik berpotensi untuk terus maju ke hadapan..
Tapi sejujurnya Cik Nad rasa masih banyak yang perlu adik pelajari..
Paling penting cara berkomunikasi dengan pelanggan..:)
Awak berbisnes dikkk..kena fikir panjang sebelum bercakap..
Jadikanlah ini satu pengajaran..
Entry ni bukan untuk jatuhkan awak yer..(sebab tu Cik Nad tak mention nama)
Semoga adik tak akan ulangi kesalahan ni lagi..
Ingat, bila dah berjanji dengan pelanggan itu dah dikira amanah...
Jangan sulitkan urusan orang, Insyaallah urusan kita juga akan dipermudahkan..
Lastly, kalau dah terbuat salah...ringankanlah mulut tu untuk meminta maaf..:)

All the best!!!


Sekadar gambar hiasan...tiada kena mengena dengan cerita kak andam..haha











9 comments:

  1. Ketara sgt dia x profesional...klu dh sedia tau jln jam..kebetulan waktu cuti plak...hmmm...haru haihhh

    ReplyDelete
  2. memang jalan tu jam ..malam pun boleh jam apa lagi siang..bukan hari krismas je jam..tak kan benda tu dia tak tau..dia orang sini kot..adoi..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah berderau baca, kalau kena kat diri dia sendiri baru dia tau...suka hati lah nak buat jam berapa nak tunang ke nikah ke adoyaiiiii pliss datang awal...bukan 1030 pagi keluar rumah 1030 pagi...lepas subuh dah kena bertolak...pi awal setel keje awal kannn senang huhhhhhhhhhh...sgt2 beri pengajaran, mujur kawan2 nurul ada membantu...kalau julia mau kena bebel kot kak andam tu..huhhh

    ReplyDelete
  4. kami paling tak suka benda ni berlaku.. bengang wei..

    ReplyDelete
  5. Hampir jd perkara yg sama kat adik anis aritu..tp tu kwn dia..sen baik mjls kul 2..kwn dia mai pukul 1.30...mendidih dah darah akak dia ni duk tgk...

    ReplyDelete
  6. Geramnya kat mak andam tu. Macam first time pulak dapat job..tak reti nak bajet keluar rumah pukul berapa

    Bisness macam ni berkembang dari mulut ke mulut..tapi dia sendiri yang melingkupkan bisness dia. Dia tak tahu ke KUASA MULUT kita :p


    Apa2 pun alhamdulillah ada 3 super wonderpets tu menyelamatkan keadaan. Not bad makeup..ok lah tu


    6 golongan yang perlukan Meal Shakes

    ReplyDelete
  7. Suspen betul baca. Memang konghajar betul lah kak andam tu. Buat inaya majlis orang jer tau.

    ReplyDelete
  8. Mak aii.kalau SA memang menggelupur panik dah tu, tp takpe..sib baik ada penyelamat..

    ReplyDelete
  9. Sakit plak hati dengan kak andam ni..bagitau la awal2 kalau terlambat ke, terbangun lambat ke, ter tak jadi datang ke...ish...geram kalau dengan orang x tepati masa n xde kata maaf ni....ehhh...ter emo kat sini plak..hehehe..sorry tuan tanah..hihi..naaib baik Allah hantar penyelamat tepat pada waktunya..😊😊😊

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015