FOLLOW

22 September 2016

Resepi ; KARI IKAN SPECIAL (Tanpa santan)

Hello..hai korang!

Hari ni Cik Nad nak share resepi Kari Ikan Special..
Resepi ni merupakan salah satu menu feveret family Cik Nad..
Sebenarnya resepi kari ikan ni ada pelbagai versi..
Lain orang lain caranya, kannn...
Yang Cik Nad nak share ni kiranya versi Cik Nad sendiri..
Antara kelainan kari ikan Cik Nad ialah ikannya digoreng terlebih dahulu..
Cik Nad jugak tak menggunakan santan..
So yang tengah berdiet tu boleh lah makan tanpa rasa berdosa..
:):):)
Rasanya???
Insyaallah sedapppp...:)
Jom kita jenguk resepinya...




okeyyyy
Kita move on ke bahan-bahan...



BAHAN-BAHAN ;

2 EKOR IKAN BAWAL HITAM SIAP DIGORENG 
* nak guna ikan lain pun boleh. Gaul dengan garam kunyit dan goreng jangan terlalu garing *
1 SUDU KECIL HALBA CAMPUR
SEINCI HALIA DIHIRIS NIPIS
4 ULAS BAWANG PUTIH
2 BIJI BAWANG BESAR
SEBATANG SERAI DIKETUK
SETENGAH BIJI TOMATO DIPOTONG DADU
1 BIJI TOMATO DIBELAH 4
1 BIJI CILI HIJAU
1 BIJI CILI MERAH
1 BIJI TERUNG DIPOTONG 4 ATAU 6
5-6 BIJI KACANG BENDI
5 SUDU BESAR REMPAH KARI IKAN
1 SUDU BESAR REMPAH KURMA
1 SUDU KECIL SERBUK CILI
GARAM SECUKUP RASA
AIR ASAM JAWA SECUKUPNYA



CARA-CARANYA ;

1) Panaskan minyak secukupnya. Tumis halba campur, bawang besar, bawang putih, halia, tomato yang dipotong dadu dan serai. Tumis hingga semua bahan jadi layu dan naik baunya.

2) Masukkan 2 cawan air putih. 

3) Kemudian masukkan rempah kari ikan, rempah kurma dan serbuk cili. 

4) Kacau sebati dan biar hingga pecah minyak.

5) Masukkan pula air asam jawa. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air.

6) Seterusnya masukkan kacang bendi,terung dan tomato yang dibelah 4. Tambahkan garam secukup rasa.

7) Biar kari menggelegak sedikit.

8) Seterusnya bolehlah masukkan ikan bawal goreng tadi. Kacau rata biar ikan sebati dengan kuahnya. (Ni lah namanya ikan di laut, asam di darat, di dalam kuali bertemu jua! hehehe)

9) Finally patah-patahkan cili merah dan cili hijau ke dalam kari kita. Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan.









10 comments:

  1. Sedapnya...peberet sgt gulai2 nie

    ReplyDelete
  2. boleh cuba. minat jugak gulai2 ni.. heheh

    ReplyDelete
  3. sedapnya....

    psssttt.. jemput join giveaway mia... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
  4. wahh tak penah lg kari letak serai. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  5. orang cakap..sedap gak kalau kari takde santan..ada orang ganti ngan susu cair.. tapi.. kite tak pernah buat.. macam tak lengkap jer rasa kari tu takde santan.. heheh..

    ReplyDelete
  6. Huwaaaa nampak sedap.. Wallawehh.. Leh cuba nanti ni...

    ReplyDelete
  7. Kalau kari mamak memang xpkai santan..
    Kita wat kari pun selalu tak pkai santan

    ReplyDelete
  8. part ni akak suka...yeay..thanks for the recipe

    ReplyDelete
  9. Sedapnya...peberet anak2 gulai2 nie.Boleh buat la

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015