FOLLOW

11 October 2016

SUSUNATUR ALMARI ANAK PEREMPUAN.

Assalamualaikum...
Hai korang!

Hari ni Cik Nad nak share susunatur almari budak Syamim..
Sebenarnya dalam bilik tidur Syamim dah siap ada built in wardrobe..
Tapi mak dia sesuka hati dah jadikan sebahagian besar wardrobe tu tempat simpan tuala, cadar, kain telekung dan yang seangkatan dengannya..hehe...
Tudung-tudung mak pun bergantung kat dalam wardrobe Syamim jugakkk..
Handbag mak pun tumpang situ jugakkk..
Sudahnya Syamim dapat sebahagian kecil area dalam wardrobe tu untuk barang-barang dia sendiri..
Huhh..kejam kan!

Selepas wujud sedikit keinsafan dalam sanubari mak..
Maka baru-baru ni mak belikan Syamim almari baru..:)))
Beli yang kecik comey jer..
Besar-besar kang tak muat nak masuk bilik tidur dia pulak sebab dah sedia ada seketul built in wardrobe tu kan..

Nak membeli almari pun drama jugak tuuu..
Cik Nad ni teringin la nak yang pink-pink..
Tak pun yang princess ker..barbie ker..
Yer la, seorang ni jer la anak pompuan mak khennn..
Tapiiii...
Anak bertuah tu tak nak!!!
Dia siap request nak almari boboiboy...
Ehhh..apahal pulak boboiboy???
Adoiiii...

Pujuk punya pujuk..
Memang jenis tak makan pujuk..
Ok, Fineeee!!!

Finally Cik Nad beli yang kosong jer..
Takder princess..takder barbie..and semestinya no boboiboy!!
Cari yang warna putih mulanya..
Tapi yang putih design dalamnya Cik Nad tak berkenan pulak..
So last sekali pikir-pikir ambik seketul yang colour hitam..




 Cik Nad suka partition kat dalamnya tu..
Kemas untuk kita nak atur barang..



 Dannn..
Ini kejadian selepas susunatur dilakukan..
Cik Nad masukkan dalam almari ni barang-barang yang Syamim guna hari-hari..
Senang untuk dia organised sendiri barang-barang dia..



 Untuk baju-baju harian Cik Nad atur macam ni..
senang untuk anak dara tu SIMPAN DAN AMBIL SENDIRI baju dia..
Ye laa dah besar kannn..
Kena belajar buat sendiri lah..
So, Cik Nad rasa cara ni sangat praktikal untuk dia..
Cik Nad ajar dia baju yang baru lipat susun dari belakang..
Yang nak dipakai ambik dari depan..
Buat sistem gitu..Kalau tidak hari-hari pun dia ambik baju yang sama nak pakai..haha..
Cara susun menegak camni paling sesuai sebab kita nampak semua baju yang ada...
Baju yang nak pakai jalan-jalan Cik Nad gantung kat hanger bahagian atas tu jer..



Untuk empat ruang berkotak bahagian bawah tu pulak..
Cik Nad prefer untuk gunakan bakul plastik putih ni..
Simpan situ barang-barang yang Syamim selalu guna..
Faveret toys dia..dan buku-buku cerita yang dia suka baca..
Senang untuk dia ambil dan simpan semula..
Taknak banyak sangat barang kat sini..kang serabut!





 Ini pulak kat bahagian dalam pintu almari..
Kita gunakan sepenuhnya ruang yang ada yer..hehee..
Comel dan sangat berguna hanging storage bin cenggini..
Bekas yang bawah sekali tu Cik Nad letak sikat..
(letak sikat paling bawah supaya senang Syamim nak capai)
Kedua dari bawah simpan stoking..
Seterusnya simpan segala hairband dia..
Yang atas sekali tu Cik Nad simpan aksesori-aksesori anak dara tu..
gelang tangan, rantai manik-manik, klip rambut dll..
Yang atas sekali tu kiranya benda-benda yang dia jarang guna pun..
Mak dia yang kena pilihkan kalu dia nak pakai pun..
Maka eloklah dok tergantung paling atas barang-barang tu..

Meh nak tunjuk sikit cemana nak gantung storage bin tu..
Alaaa Cik Nad tau  ko pun reti nak gantung benda alah ni..
Saja la hakak nak tunjuk jugak..
Ko tengok jer la!!


 Mula-mula lekatkan hanging hook..pilih la yang comel-comel sikit..hehe..tapi yang penting kena make sure hook tu boleh tampung benda yang berat sikit..jangan la beli yang murah sangat.. nanti tak kukuh, senang tanggal..selalunya kat belakang hook ni dia akan mention boleh tampung berat berapa..Yang ni kalau tak silap Cik Nad 500gm kottt..Tapi idok ler hakak humban barang 500gm ke dalam setiap satu storage bin tu..kang roboh pintu lemari tu tak pasal..mencari namanya tuh!!!


 Gituuu!






8 comments:

  1. salam kenal... bonde follow awak.. cantik idea awak ni.. kemas...
    www.bondezaidalifah.hussin

    ReplyDelete
  2. yey kemas tersusun...i pn tak beli almari kartun² utk zafirah..beli kaler merah plain je...boleh pakai turun temurun kat adik laki dia...ngehehe

    ReplyDelete
  3. kemas sangat ciknad. tak sabar nya nak buat bilik anak nanti. haih bila la dapat pindah..huhu.

    ReplyDelete
  4. Kemasnyaaaa....
    Kita suka post2 psal susun atur ni...
    Sebab kdg2 susun atur kita ke laut jugak...hahhaha

    ReplyDelete
  5. cantik dan kemas. mommy pun rajin

    ReplyDelete
  6. Wah! Kemasnya! Boleh tiru idea ni nanti bila anak dah besar.. ^_^

    ReplyDelete
  7. bila ada anak perempuan memang seronok..memang semua nak buat untuk dia je..

    ReplyDelete
  8. nampak teratur dan kemas ..ni tk langsung ajar dia cara untuk kekemasan diri..

    http://caramelmacchiyato.blogspot.my

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015