FOLLOW

16 November 2016

..DAN BILA ANAK LELAKI MINAT MEMASAK..



Hi..
Assalamualaikum😘...

Hari ni Cik Nad nak cerita perihal hobi anak teruna saya, Shahaiqal Hakimi, 12 tahun...

"My hobby is cooking" - Haiqal

Pelik ker kalau budak lelaki seusia Haiqal  minat memasak?😒
Bagi Cik Nad itu normal..takder masalah!
Zaman sekarang  ramai lelaki yang pandai memasak, suka memasak, malahan ada yang memilih memasak sebagai profesion..
Takder apa yang pelik..

So sebagai ibu, Cik Nad happy sebenarnya dengan hobi anak bujang ku ini..
Sejenis hobi yang bermanfaat, Insyaallah..
Daripada masa lapang dihabiskan dengan sia-sia, elok juga dia explore bidang yang dia minat ni.

Sebenarnya dari kecil lagi Haiqal dah tunjukkan minat memasak..
Dia suka tolong mama kat dapur..
Kalau minta dia tolong potong sayur ke..laju jer dia datang!😆
Masa dia 6 tahun lagi dia dah sibuk mintak nak tolong mama goreng ayam, goreng ikan..
Tapi Cik Nad tak berani nak bagi..
Risau kannn..minyak panas tu, bahaya jugak kottt..
So Cik Nad benarkan dia tolong sikit-sikit jer..
Buat benda yang sesuai dengan umur dia.


Gambar atas ni masa Haiqal 8 tahun..
Tinggi sikit jer dia dari kuali tu..hahaha..😅
Tengah tolong mama goreng cucoq udang!

Dulu dia tolong gitu-gitu jer..
Tapi yang betul-betul dia mula mengganas dengan hobi memasak ni sejak dia habis UPSR..
Kononnya isi masa lapang lepas habis exam la tu..
Hahaha..suka hati ko la nak!
Dia suka layan Dapur Bujang..
Seronok sungguh dia melayan celoteh si Fendi tu..
Statement dia yang paling tak boleh blah :
"Haiqal rasa Fendi tu lagi terer masak dari mama la" 😵😵

HELLOOO HAIQAL!!!!

Kau jangan cari pasal dengan mama yer..
Ko belum kenal siapa mama ko yang sebenarnya!
                             😝




                                   


💓BONDING 
Sejujurnya, Cik Nad happy bila Haiqal minat memasak ni..
Sebabnya secara tak langsung Haiqal & mama sedang berkongsi hobi..
Sweet kannn💕😉
Maka tercipta lah extra bonding antara Haiqal & mama..
Sesuatu yang sangat menyenangkan..

Kami sama-sama layan Dapur Bujang..
Sama-sama cari resepi untuk dicuba..
Sama-sama ke supermarket cari barang..
Sama-sama masak..
Sama-sama makan...

Haaa! best ker best??

Cik Nad cukup risau kalau anak-anak semakin besar semakin menjauhkan diri dari parents..
Biasa kan kita dengar cerita-cerita camtu...
Semakin meningkat remaja, ada anak yang mula cenderung memilih kawan berbanding keluarga..
Tak salah nak berkawan..mama tak halang pun..
Cuma sebolehnya mama nak jadi bff dengan anak-anak mama sampai bila-bila..
Dengan berkongsi minat yang sama, kami jadi semakin rapat, Alhamdulillah.


💪MENINGKATKAN SELF ESTEEM ANAK
Cik Nad percaya sebagai ibu, kita adalah penyumbang self esteem yang paling hebat terhadap anak..
Ibaratnya kita ada kuasa veto untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak..
Salah satu cara terbaik ialah menyokong perkara-perkara positif yang anak minat..

Itu lah sebabnya Cik Nad menggalakkan hobi Haiqal ni..
Kita support dia..
Dengar setiap cerita dia..
Cuba jawab soalan-soalan dia..(kadang-kadang geram jugak sebab banyak sangat tanya!)
Puji hasil masakan dia..
Apa-apa sajalah..asalkan boleh buat dia jadi positif..
Ataupun biar dia rasa dirinya 'valueable'..
Yang penting try to avoid cakap benda-benda negatif yang boleh buat dia jadi down..
Contonya cam "ehhh apa lah minat masak! macam pompuan..dah takde hobi lain ke nak buat?"
Sangat-sangat negatif ye ayat tu...chooiiii!

Mengenali Haiqal ni..(mestilah aku kenal, anak aku kan!)
Dia seorang yang pendiam..pemalu pun ye jugak..
Kurang keyakinan diri???
Ermmm ada jugak...
So, Cik Nad nak gunakan peluang ni untuk tingkatkan self esteem dia..Yesss!
Sebagai ibu, kita kena bijak rebut peluang..

Beberapa hari lepas, Cik Nad ada share di Facebook cerita Haiqal buat burger bakar..
Klik SINI
Terima kasih banyak pada korang yang like dan komen..
Bila tunjuk kat Haiqal, dia happy sangat..meleret senyum!
Pastu siap request nak buat video dia memasak pulak lepas ni..
Nak buat video???
Haa! tu ada unsur-unsur keyakinan diri dah mula terbit tu..Hahaha
Cik Nad yakin benda-benda begini akan dapat meningkatkan self esteem Haiqal..
Insyaallah.

All the best Haiqal..
Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Haiqal😗








5 comments:

  1. Hehehe..saya suka tengok lelaki masak ni.
    Mungkin sebab suami suka memasak.
    Best lah mama Haiqal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DARI PAK SUNANG Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI - >>>>KELIK DI SINI <<<<<

      Delete
  2. bestnya ada anak share hobi ni hihi..

    ReplyDelete
  3. woww bagus sgt haiqal.. esok2 ganti mama je kat dapo.

    ReplyDelete
  4. Bagus nyer... Sambil memasak, boleh kongsi2 cerita kan...

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015