FOLLOW

27 January 2015

BAKED CHEEZY MACARONI


Weekend lepas Encik Abah outstation...
Tinggal la kami 4 beranak...
Ahad pagi Haiqal & Daniel ada taekwando...
Habis kul 12.30, terus bawak anak2 gi luch kat luar...
Ai is malas nak masak....
Kemas-kemas rumah sikit pastu nak check buku budak2 ni...
Sepatutnya Hari Ahad diaorang kena belajar bahasa arab dengan abah...
Minggu ni tak jadik la nampaknya...
Mak ko ni kalau subjek nan satu ni memang tak dapat la nak nolong...
Haram aku tak reti bahasa arab...
Mujur abah sekolah aliran agama dulu...
Mak ni sekolah convent...hahaha...

Dah tu petang lepak-lepak jer kat umah...
Tengok siaran ulangan Suamiku Encik Sotong sambil makan twisties...
Tetiba Haiqal requested nak makan makaroni bakaq...
Hmmm ok jugak tu...
Tak payah Cik Nad keluar gi beli dinner dah...
Bernas idea mu nak...mak sukeee...hewhew!!

Baked cheezy macaroni ni kira resepi 'sap sap soiii'
Pakai main campak jer bahan2 yang ada kat umah...
Tapi ok la jugak kejadiannya...
Kena dengan tekak Cik Nad & anak-anak...
Ada balance skit malam tu Haiqal suruh simpan...
Nak buat bekal ke sekolah esok...
Heheh...sedap la tewwww...
Jom kita share resepi...


BAKED CHEEZY MACARONI.

BAHAN-BAHAN:
+/- 250 GM MACARONI DIREBUS BERSAMA SEDIKIT GARAM
1 TIN SUP CAMPBELL MUSHROOM
1 SUDU BESAR REMPAH DAGING
3 KEPING DAGING BURGER POTONG DADU
3 BIJI TELUR DIPUKUL
1 BIJI BAWANG BESAR DIPOTONG DADU
4 KEPING CHEESE CHEEDAR
1/2 TIN CENDAWAN BUTANG
SEDIKIT HIRISAN CAPSICUM
SEDIKIT DAUN SUP & BAWANG DIPOTONG HALUS

CARA-CARANYA:
1) TUMIS BAWANG BESAR HINGGA LAYU, KEMUDIAN MASUKKAN DAGING BURGER. BIAR SEPARUH MASAK

2)MASUKKAN REMPAH DAGING DAN SECAWAN AIR. KACAU SEBATI.

3)MASUKKAN CENDAWAN BUTANG BERSAMA SUP CAMPBELL. GAUL SEMUANYA. KALAU TERLALU PEKAT TAMBAHKKAN AIR SKIT.

4)MASUK MACARONI, CAPSICUM, DAUN SUP & BAWANG. GAUL SEBATI SEMUANYA DAN TUTUP API.

5)MASUKKAN SETENGAH DULU BAHAN-BAHAN TADI KE DALAM TRAY...PASTU TUANG SEPARUH TELUR YANG DIPUKUL TADI (RATAKAN SIKIT)...KOYAK KECIL DUA KEPING CHEESE DAN TABURKAN.

6)TUANG DIATASNYA BAKI SEPARUH LAGI MACARONI...TUANG BAKI TELUR, DAN TEKAN-TEKAN SIKIT DENGAN SUDU UNTUK RATAKAN MACARONI DALAM TRAY...
KOYAK KECIL LAGI 2 KEPING CHEESE DAN TABUR DIATAS.

7)BAKAR HINGGA MASAK DAN GOLDEN.

nota: Cik Nad tak guna garam sebab sup campbell tu dah sedia masin...lagipun masa rebus macaroni tu dah letak garam. Daging burger tu boleh jer nak tukar dengan bahan lain ayam ker..daging cincang ker...udang ker...Cik Nad guna burger sbb itu jer yg ada dlm fridge aku time tu...heheh



8 comments:

  1. wah, bestnye..
    nak cuba buat la..hihi tq =)
    jemput dtg blog sy..

    ReplyDelete
  2. wah.. sedap2... nampaknya boleh buka restorant sdh ni..

    Ulat dalam Maggie

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa. terliur tengok ^ ^

    ReplyDelete
  4. mmg tgh cr resepi makaroni sap sap soi. ni terbaik.
    ok thanks nad

    ReplyDelete
  5. wahhh!giteww...mcm resepi berkungfu haaa...sapsapsoiii..hihi.salam kenal sis... :) sy follow sini...

    ReplyDelete
  6. sedappkann kalau buat sendiri.hehe.mekasih singgah blog tadi.done follow :)

    ReplyDelete
  7. uishh terliuq aihh nengoknye...huhu

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015