FOLLOW

23 January 2015

JALAN-JALAN WAR MUSEUM PENANG.



Ni sebenarnya entry peram...kami pegi War Museum ni masa cuti sekolah yang lepas...Sekarang baru sempat nak buat entry...Cik Nad ni dah la pelupa, sebelum ingatan aku makin mengarut...baik buat entry cepat-cepat...Okey, jom kita terjah!


Lokasi :

LOT 1350, MUKIM 12,
DAERAH BARAT DAYA, BATU MAUNG,
11960 PULAU PINANG.

Bayaran Masuk :

ADULT : RM 20
CHILD : RM 10
FAMILY : RM 55 (2 ADULT +2 CHILD)
PARKING : RM 5
CAMERA / HP : RM 2




Lepas dah beli tiket, kita akan diberi sedikit penerangan tentang sejarah War Museum ni.. Cik Nad terkebil-kebil dengar...sebab apa tau?? Sebabnya pekerja kat kaunter yang dok bagi penerangan tu seorang warga Indon...Hok allohhh dah kenapa pulak ni?? Orang Indon pulak citer kat kita sejarah tempat kita...Dah la Cik Nad memang asal Penang...Krikkk...krikkk...
Paling best, masa nak bayar dia minta ic kita sebab harga special untuk Malaysian Citizen...Ko tengok!!! Rasa tercabar pon ada...

Okey, meh Cik Nad story skit history War Museum ni (seperti yg diceritakan makcik Indon tu...tepuk dahi sket!)
Tempat ini merupakan bekas kubu pertahanan tentera British...Ini merupakan Kubu Perang yang pertama di Malaysia...Dibina pada tahun 1930 dan siap pada 1939...Selepas kemasukan tentera Jepun, tempat ini menjadi kem tahanan pada perang dunia ke-2...Kubu ini menjadi tempat penyeksaan tawanan oleh tentera Jepun...Ramai yang mati diseksa disini...Sila seram sket yea dengan tempat ni...


Tempat ni self guided tau...kita kena jalan sendiri ikut arrow yang di sediakan...penerangan ada di setiap check point...Masa nak masuk tadi kita akan dapat flyers untuk rujukan sepanjang meneroka kawasan ni...Kawasannya besar boleh tahan jugak hooiii...Yang ada baby tu, Cik Nad rasa tak berapa sesuai kott datang sini...Dah la kawasan hutan, jauh nak kena jalan..naik turun bukit lagi...Pastu, ermmm cam seram jugak la tempat ni...
Eh, lupa nak gitau...tempat ni terbiar 60 tahun sebelum dibuka untuk orang awam...ko bayangkan...sila la bayangkan!!! Hehe...




Pic atas ni ialah terowong bawah tanah...jauuuuhhhh ke bawah nun...dalam! Kita tak boleh masuk, boleh tengok jer...Kalau boleh masuk pon, Cik Nad tak sanggup kott...ko nak???
Terowong satu lagi tu, pengunjung boleh masuk...kita akan dibekalkan sebijik toarch light kecik...
Dalamnya gelap ya hampun...kami satu family dapat 1 toarch light jer...Encik abah jalan depan sekali, dia yang pegang toarch light tu...Cik Nad yang paling belakang...huhu...gelap siotttt...mujur ada hp kat tangan, terus on hp bagi cerah sket...Dalam terowong ni kannn...sempit, gelap, bau semacam...ermm kalau ko ada anak kecik Cik Nad nasehatkan tak payah masuk la..karang ada yang nanges tak tido malam pulak...

jalan nak masuk terowong ni cerah lagi...dalamnya gelap gelita, sempit pulak tu!

Seterusnya ada satu lagi terowong...yang ni lagi rare!!!...kena merangkak 7 meter pastu gigih pulak kena memanjat ke atas 9 meter...Kami tak masuk pon...tak sanggup Cik Nad nak beraksi lagak ngeri kat sini..Hahaha...Daniel seorang jer yang dok bising nak masuk...Maaf la nak, jangan nak tunjuk hero sangat kat sini boleyyy...:)

Terowong merangkak


Errr..ingatan aku dah lupus tentang pic ni..tempat apa ntah yang budak2 ni kemahen dok bertinggung tu!

Add caption

Antara bilik para tentera

Tetiba kat tengah hutan tu ada Paint Ball Park...
Tu laaa dah cakap tempat ni besar jugak...tengok Syamim dah nak abis bateri tu...Boleh dia mintak mama dukong...alahaiii jangan la nak...hazab mama ni nanti! Mujur ada buai ni, boleh dia rest sekejap..


Jalan sikit lagi...haaa sampai tempat yang betul2 scaryyyy...Tempat pancung!!! Ni la peralatan yang digunakan dan tempat ni dah tentu-tentu menyimpan 1001 kesah...Tak dapat bayangkan penyeksaan yang rakyat tempatan terima pada zaman tu kann...:(

Tempat pancung...

Dalam ni ditunjukkan alatan yang digunakan untuk menyeksa tawanan

Yang satu ni memang Cik Nad sedih sangat tengok...Tempat tahanan wanita-wanita tempatan yang dipaksa menjadi pelayan seks...sedihnya...bilik tu sempit jer...Kebiasaannya pengakhiran hidup diaorang ni, akan diseksa hingga mati...



Bilik para pegawai tentera

Yang ni pulak biliknya cantik dan besar sket...Ini ialah bilik untuk tentera Melayu yang berkhidmat untuk British...Errr tali barut British la kottt ni..Amboiii sangat nih!!!






Tu la kisahnya jalan-jalan kami ke War Museum Penang...Tempat bersejarah yang menyimpan 1001 kisah...Tempat yang menjadi saksi penderitaan rakyat...Kalau korang ke Penang, boleh la masukkan tempat ni ke dalam senarai lawatan...:)

Dah nak balik tu, semua muka monyok sebab lapar...Badan pon dah melekit berpeluh...Tapi semua jadi cargasss semula bila Encik Abah kata nak bawak gi lunch di Pen Mutiara...Kalau ingatan Cik Nad stabil lagi, nanti daku story plak pasal Restoran Pen Mutiara...

Ok byeee...nak balik dah!

BE KIND WHENEVER POSSIBLE...LET'S SPREAD LOVE!

6 comments:

  1. wah, bestnye..
    tpi scary jg tempat ni..huhu
    btw,patung perempuan ke kak yang rambut panjang tu?...huhu

    ReplyDelete
  2. Bawak masuk kamera pun kena bayar ke? ish2.. Belum berkesempatan nak ke sini lagi...


    Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

    http://bit.ly/ambankamir

    ReplyDelete
  3. salam kenal...


    akak dah berkali2 ke Penang. tapi tak pernah pun sekali ke sini.. insyallah.. nnt2 boleh.suka makan je..heee..heee

    ReplyDelete
  4. Ciknad...bertuahyer dpt menjejakkan kaki kt sini...nenek julia org penang...tak pernah lg mai sini...betul ckp ciknad...anak kecik lg baik jgn bawa...nanti teringat2 susah...budak2 kecik ni mudah nampak sesuatu berbanding kita ni...TQ ciknad...dpt juga julia tgk tempat muzium ni...boleh tahan julia ye meremang ciknad cerita...huwaaaaaaaa tetiba takut

    ReplyDelete
  5. Huhu... takot... org kate berhantu...

    ReplyDelete
  6. Huhu... takot... org kate berhantu...

    ReplyDelete

Komen anda amat Cik Nad hargai...tq...:)

Copyright to NADIAH HANUM
Designed by UMIESUEstudio 2015